Sunday, October 10, 2010

sembang-sembang ..semuanya sama..

Minggu lepas aku bertemu dengan seorang kontraktor wanita kelas F, menerusi dia aku dapat bertemu dengan seorang kanak-kanak yatim piatu berusia 10 tahun yg memerlukan perbelanjaan untuk rawatan jantung berlubangnya. Setelah bersoal jawab, bersembang, bertanya khabar dan cerita kemudian terus berkisar kepada persekitaran politik semasa. Aku rasakan kakak ni bukan calang-calang orang kerana dia mengenali ramai orang drp pelbagai jawatan.

Katanya yang membahasakan dirinya sbg kak Zah, "akak risau dengan senario sekarang ni, entahlah macam mana keadaan org Melayu nanti, kalau kita sendiri tak nak tlg orang Melayu. Jangan sampai negara kita jd macam Singapore sudah, tertekan di negara sendiri. Tapi itulah orang Melayu tak sedar asyik dengan kuasa saja. Sedangkan kaum lain berbangga...bertepuk tangan. Macam manalah kalau kaum lain memerintah....haiii.." luahnya...

katanya lagi," ada kawan akak berjumpa akak, mengadu sebab anaknya tak dapat biasiswa. tapi nak buat macam mana sebabnya mmg Melayu yang nak begitu. Sekarang ni bila biasiswa dah diberi kepada kaum lain barulah mereka sedar. pada hal diri sendiri yang sokong begitu. jangan nanti anak nak masuk universiti pun susah sebabnya kouta dah disamaratakan...kalau setakat dapat 1A saja jangan haraplah....masa tu barulah sedar langit tinggi rendah," katanya dalam nada geram.

aku mula celik mata mendengar ceritanya, hanya mengangguk saja dan mengeyakan kebenaran itu...dia menyambung lagi....

...." akak pernah dapat tender tapi dimintanya 15% eehhmm tak payah..baik akak buat sendiri. Kalau esok di SANA tak payah dihitungkan amalan tak apa...ini nak kena timbang, lalu titian dan seksaan, api neraka lagi...baik akak buat sendiri. Hidup ni kena beringat, kena ikhlas bekerja walaupun benda tu remeh...biar berkat...kalau paku dan bata gred A jangan pakai gred C pula, paku saiz 8cm jangan guna yg 3cm, atau guna papan gred D untuk dapat harga murah. Hasilnya rumah bocor sana sini, terkopak, belum 5 tahun dah tanggal silingnya. Kena ikut spesifikasi yang betul. Begitu juga kerja di bidang lain...kena ikhlas....jangan asyik nak untung saja. Keikhlasan kena ada..tapi zaman sekarang orang tak fikir begitu...asyik fikir duit..duit..duit dgn duit semua boleh dibelinya. Tak sedar di SANA nanti semuanya dihitung dan dikira...

Katanya lagi.... "di sini yang akak tak puas hati, bila Melayu berniaga cepat jer majlis perbandaran datang tapi kalau kaum lain boleh pula. Dulu bila parti pemerintah kata rasuah...tapi bila parti pembangkang...sama juga rasuah...haiii...pening kepala.

"Alah semuanya sama saja....baik pemerintah atau pembangkang...semuanya sama. Kat mulut bolehlah cakap manis-manis belaka...apabila nak buat...macam-macam hal. Contohnya ..akak nak minta duit zakat untuk rawatan jantung berlubang ni pun tak dapat. Pada hal pusat zakat selangor paling banyak duit...macam-macam disoalnya...lastnya tak dapat pula. Tapi ada jiran yang bekerja suami isteri tinggal di sini boleh pula dapat RM500 sebulan. Sebab apa...ohhh ada kroni di dalam. Jadi..tak ke sama tu ...dulu dan sekarang...dulu dikatanya pemerintah rasuah dan kroni tapi bila kena batang hidung sendiri...buat juga...kenapa tak kata rasuah???? Jadi apa bezanya pemerintah dulu dan sekarang.....jadi akak buat kesimpulan semuanya sama.. semuanya disebabkan Kuasa dan Duit.

Bertambah panjang perbualannya.. cadangnya mahu beredar jam 12 tengah hari tetapi berlanjutan sehingga ke 1 petang.

...sambungnya lagi.."sekarang ni akak bayar zakat terus ke rumah anak yatim, oku atau orang tua..sebabnya dah tentu duit tu masuk ke saluran yang betul...

"Terima kasih ya...T...sebab tolong akak, mudah-mudahan, Tuhan balas jasa T, bukan apa biar Tuhan permudahkan apabila kita meninggal dunia nanti, senang tak menyusahkan orang lain," katanya sambil bersalam dan berpeluk cium denganku.


p/s: secebis kisah buat renungan kita bersama untuk difikirkan...

8 comments:

mak encik | SZ said...

itulah hakikat realiti hidup yang ada di sekeliling kita...huhuhu...semua samaa...bila RM dah mengaburi mata & hati, sanggup ketepikan maruah diri ...

Fieza79 said...

renug2 kan la...ada betol nya kat situ..

MummySuri said...

betul kata akak tu. melayu sekarang makin lupa diri...sedang kaum lain memijak2 kepala. masih ramai yang x sedar lagi. saya bab ni memang rasis sket. nasib baik ada orang macam ibrahim ali, kalau harapkan kj, lingkop le bangsa kita ni.

A D I A said...

setengah2 orang melayu ni tau nak senang je, nak benda terhidang depan mata. entah la tak tau nak salah siapa.v

Izan Ishak said...

demi duit org sanggup apa sahaja tanpa pikir implikasinya akan dtg~~

Izan Ishak said...

demi duit org sanggup apa sahaja tanpa pikir implikasinya akan dtg~~

Yan said...

ermmm ade member husbandpun zakat fitrah dia... dia antar trus ke badan2/rumah kebajikan kak.

Unknown said...

kwn2 kakyong pun ramai yg bayar zakat direct ke rumah anak yatim @ org susah di kg dia..

setuju sgt dgn kata2 akak tu.. di mana2 pun tetap ade rasuah & pihak2 yg mencari kesempatan semata2 utk duit & pangkat...

bab majlis bandaraya tu memang betull... kalo bangsa lain, sikit depa tak kesah. cuba bangsa kita yg baru belajar2 nak niaga tepi jalan ni... mau berambur air mata pun depa xde belas kasihan...