Thursday, March 25, 2010

minat sesat di KL

Layan gambar dulu....






**** Pilih yer mana satu nak...****

dah lama tak pegi asgn fashion show lelaki. wow!!! bestnyer..(gatalnya aku). Semalam ada fashion Dockers khakis pant kat Neo Restaurant, Jalan Sultan Ismail. Biasalah kan aku ni minat sesat..sebelum pegi dah tanya kwn2 kat manalah tempat tu..ok..ok cam tahu jer. confident nak drive jg sebab malas lepas tu balik opis ingat nak balik umah jer.
Bila sampai kat Jalan Sultan Ismail..tengok kiri dan kanan..mmg tak ada pun restaurant nyer...terus call abang photografer..dia pun tak sampai lg dia agak kat depan Equatorial. Tapi aku mmg tak nampak pun sgnboardnya.
Last-last aku buat dua pusingan...alahai jam ler pula. Memang giler jam..terus jer mood nak memandu jadi malas ..dah lalu depan Pavilion terus jer park situ. Boleh???? kalau aku boleh jer wakakkaka....drp pusing2 kan tak jumpa jalan...tahulah kan Jalan Sultan Ismail..kalau tersalah masuk pergi jalan P Ramlee, Ampang, Kia Peng..Tun Razak usshhh mmg banyak jalan betul. Lepas tu terus jer aku amik teksi. senangkan amik teksi kat situ..
Kenalah RM7 pada hal dekat jer tempatnya. sebelah KFC besar tuh..patutlah tak jumpa signboard warna hijau..dah tu tutup dengan pokok dia kat dalam sikit.. dush..dush..dush (sambil tumbuk muka beberapa kali)
Nasib baik bila start dpt tengok model2 lelaki yg gagah perkasa terus mood berubah ceewah!!!! Model semuanya mat saleh ok..ada sorang jer Melayu sorang China. dah tak ada ke model Melayu ekk. Ehmm kalau Melayu pendek plak nantikan tak cantik bila pakai baju.
Dah lepas makan finger food dalam jam 5 terus jer balik. sebab nak elak jam..dah mula terfikir cam ner nak amik kete ni. Tahan teksi mmg satu pun tak nak berhenti. Ada satu tu tak nak pakai meter dia terus letak jer RM10 ..uishhh mahal giler.
Last-last aku ikut jer orang yang berjalan kaki ni sure dorang pg monorel. Mmg dah lama giler tak naik transport awam..ginilah kekdahnya sambil dlm hati dok merungut sorang2. Photografer plak naik motor ..kalau tak aku dh tumpang dia dah huhuhu..menapak ler sorang2. dah sampai kat moneral tu terus jer tanya kat kaunter tu.
aku: Adik stesen paling dekat nak turun kt pavilion mana ekkk??
Adik kaunter: ala kak jalan kaki jer..belakang ni jer. mmg ni ler stesen paling dekat.
Aku: la yer ker? (cam tak puas hati) belakang ni jer..lalu mana dik?
Adik kaunter: (sambil bangun tunjuk jalan kat aku) akak lalu jer sini..pastu jumpa Pavilion.

Dan dan...tu jg aku rasa yg aku ni bkn duduk KL gila boleh tak tahu mana Pavilion padahal dekat jer kalau jalan. Belakang stesen Monorel tu jer.
aku pun dengan wajah yg malu terus ucap terima kasih dan meneruskan perjalanan mengikut kaki melangkah..tak sampai 5 minit jalan...terus nampak Pavilion....haaa..tu dia Pavilion. Gilak punya suka!!!!!...terus jer jalan laju-laju pergi kat Parking. masa tu usha2 jugak ler kedai2 kat situ..usha jerlah mana mampu nak beli beb..kedai untuk org2 kaya dan beruang opss berwang sahaja.

NaSib baik jalan tak jam dan sampai umah dengan senang lenang nyer. Ginilah kalau pompuan yg mmg susah nak ingat jalan. AKu akan lalu jalan yg sama jer..jln yg aku tau..wpun ada jalan lain. hai..ntah bila lah nak ingat jalan ni...


Wednesday, March 24, 2010

kaya..miskin..senang atau susah???

Minggu ni penat dan agak bz sedikit, sebabnya semua bahan untuk untuk hujung minggu ni dan minggu depan kena hantar sebelum Khamis. OMG banyak lagi bahan belum hantar tuh. Tapi banyak juga yang sudah chayok..chayok..
Rakan-rakan kat office tu selain kusyhuk menulis story juga tidak sabar bercuti ke Beijing dan inilah di antara sebab mengapa bahan perlu dihantar lebih awal drp biasa kerana semua team Harian Metro akan bercuti Beijing bermula Jumaat ini sehingga Selasa depan. Sioknyer...tapi aku??? huhuhu...tunggu tahun depanlah kot InsyaAllah kalau ada rezeki. Sebabnya kan aku masih baru lagi...jadinya tk dapat mengikuti trip kali ini..ala tak kisah pun..ikut keutamaanlah kan. Lagi pun tiap tahun ada trip ke luar negarakan..kalau capai target. Memang seronok tengok kawan2 bercerita..tiap tahun percutian ditaja sudah tentulah ada. kemudian percutian sendiri pilih sahaja mana yang berkenan di hati, Indon, Bangkok, singapura atau negara Eropah. Duit sudah banyakkan apa tunggu lagi.

Duit..duit..duit kalau ada duit semua boleh jadi.
ada yg kata jgn jadi hamba duit...duit tak boleh bawa ke mati..tapi aku kata pula kalau tak ada duit macam mana mahu kebumi. Beli kain kafan dan segala keperluan pun perlukan duit. Sekarang segala-galanya duit. Masuk bilik air awam paling kurang 30 sen. Kalau dalam poket tak ada duit jangan harap dapat keluar. Start sahaja enjin kereta minyak perlu diisi, kemudian perlu membayar tol dan isi perut sendiri. nah..cuba sangkal siapa kata duit tidak penting. Berduit taraf semakin tinggi, ke sana sini ramai yang mengangkat tangan, ada driver sendiri. Dibukakan pintu, diangkat bagasi. Serba serbi dilakukan orang lain. Tidak berduit di tepi jalanlah ko..ada yang mahu pandang. Itulah bezanya...taraf seseorang..

Tetapi ada pula walau hanya bergaji rendah RM700 tetapi mampu hidup senang disamping keluarga dan anak-anak. Semuanya ala kadar sahaja...cukup makan dan pakai. Serba serbi sederhana. Tiada kereta mampu berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam. Tidak pernah pakai baju mahal hanya di pasar malam sahaja. Makan di restoran murah sahaja. Berduit ala kadar namun hati senang.

Jadi yang mana satu pilihan anda? wah macam kuiz pula. aku pernah menemuramah seorang model terkenal, jika dilihat kehidupannya pasti orang mengatakan yang hidupnya mewah. Berduit mampu membeli apa sahaja. Anak dihantar ke sekolah antarabangsa. namun hatinya tidak senang, gagal dalam perkahwinan, kecundang dlm rumah tangga. Akhirnya dia berkata cinta perkara utama kemudian baru duit. Dengan cinta kita boleh mencari duit, tetapi duit tidak mampu membeli cinta. Berapa ramai yang mewah, berharta, kaya, popular tetapi hati tidak senang.

Sebenarnya kemewahan yg diberikan itu adalah ujian, dan ujian diberikan kemewahan itu paling susah sebenarnya. Sebab itu apabila mewah manusia mudah lupa diri, ego dan hidung tinggi tidak lagi memandang rumput di bumi, mula kedekut pada hal duit yang semakin di sedekahkan semakin bertambah pula. Agaknya sebab itulah Tuhan tidak beri aku kaya...nanti sombong dan ego pula cukuplah dengan kehidupan sekarang sederhana sahaja Motif???? aku nak jadi kaya ker????hahhaha ntah apalah merepek pagi-pagi ni.

Sebenarnya tiap kali bertemu dengan manusia daripada pelbagai peringkat, dengan pelbagai cerita buat aku sedar dan insaf. Ada yang miskin tersangat miskin, sehinggakan makan pun terpaksa yang sudah expired kutip tepi jalan. Ada yang diberikan ujian anak, anak cacat anggota, anak cacat penglihatan dan cacat akal dan ada pula diberi sakit sehingga meninggal. Jadi jika difikirkan apakah yang kita cari (hehehe cam kaunselor pulakkan) kaya, mewah, miskin, cacat dan akhirnya...kita semua dengan tujuan yang sama iaitu ke SANA juga.
jadi kalau kaya..tak menggunakan kekayaan ke jalan sepatutnya tak guna juga. Sekali Tuhan tarik apalah yang ada dengan duit berjuta-juta tuh. Biar bersederhana, asal hati senang serta menerima tiap ujian dengan reda. Anggap sahaja ujian untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran kita. sejauh mana dengan ujian itu kita semakin dekat dengan Tuhan dan seringkali aku juga menganggap ujian Tuhan itu sebagai penebus kepada dosa-dosa kita yg lalu.

Sunday, March 21, 2010

hujan lebat, petir dan kilat...

Rutin harian hari Ahad adalah mengemas rumah...masak ala kadar jer. Petang bawa anak2 pegi taman permainan sambil menyedut udara segar ceewahh..
Lepas dah puas main barulah makan kat kedai. hari ni try kedai baru kat Kajang, Restoran Yus & satey Kajang namanya. Ok lah makanannya sedap juga bolehlah makan lagi nanti.
Lepas jer habis makan hujan turun mencurah-curah diikuti kilat, petir sabung menyabung. Memang takut betul ler..drp meja tepi kami beralih ke tengah sambil menunggu hujan berhenti. Dalam kedai tu adalah dalam 10 orang kot..Nak balik pun takut weehhh tengah kilat2 gini.

Si fahim dah peluk aku erat dah sambil pejamkan mata tapi mata berkelip2 dia buat2 tidolah tu tido sebab takut hehhehe.
Si Durrani pula tersorok kat tepi meja sambil pegang cawan. Dia selamba jer..sambil dok gelak-gelak. tak takut ker budak ni.

Pastu dia tanya aku:

Durrani: mama...mama...takut ker?
aku: yerlah mama takut ler kan hujan dan kilat ni

pastu dia kata yang membuatkan aku nak tergelak..

Durrani: ala..janganlah takut. Kakak kan ada. (sambil pegang pipi aku seperti mana aku buat kat dia)

alahai so sweetlah anak dara aku ni. terus jer..hilang rasa takut wakakkakak...(apalah mak budak lebih takut drp budak).
ehh tapi serius aku kalau kilat memang ngeri giler. tambah2 kalau yang angin kuat rasa cam nak terbalik pokok tu. Mulalah terbayang," nak kiamat ker?"

Kalau baru hujan sikit..kilat dah gini cam nerlah Kiamat nanti terus jer insaf...bertaubat nak buat amalan banyak-banyak tak nak buat dosa2 kecil lagi. Huhuhuhu..takut...

Face expressions contest (Happy/angry/ sad/funny/cute)

'Create

Ni first time join contest. Ntah macam mana tergerak hati nak join
contest ni di anjurkan oleh .....
mamanazashop...
sesape yg nak join leh la gi melawat @ menjengah
klik sini yer...
Syarat-Syarat Penyertaan :
(A) CATEGORY BLOGGER
1) Terbuka kepada baby/kanak-kanak berumur 5 tahun & kebawah
2) Join FOLLOWERS blog dibawah, letakkan blog dibawah dlm senarai BLOG LIST anda, copy BANNER blog dibawah & letak di sidebar blog anda
- http://www.mamanazashop.blogspot.com/
- http://nazrirevellshop.blogspot.com/
- http://hantarannaza.blogspot.com/
3) Copy sticky mode contest diatas & mestilah link ke blog ini
4) Buat entry mengenai contest ini
5) Upload pic terbaru aksi anak anda (1 gambar shj), letak nama/umur & ceritakan serba sedikit tentang gambar tersebut
6) Tinggalkan komen anda di COMMENTS beserta URL/Link/E-mail entry tersebut


dan ini lah dia gambar yang di pertaruhkan ...




Nama: Muhamad Dhani Fahim

Umur: Setahun lapan bulan
Gambar ni diambil masa dia tengah suka main terus jer snap. Tapi Fahim memang suka bergambo, asal amik gambo jer gelak tak ingat. Lepas tu kembali normal..layan jerlah ekkk Zasss...


menulis blog cari duit atau suka-suka?

Aku cukup kagum dengan rakan-rakan blog yang sanggup buat blog walking setiap hari dan meninggalkan komen. Bertambah kagum bagi yang dapat membuat entry setiap hari ada kala 4 hingga 5 entry sehari. Fuhhh..banyak masa dorang ekkk.

Dulu kali pertama berblog (selepas kelahiran anak kedua) ohh belum sampai 2 tahun rasanya, teruja melihat mereka yang mempunyai blog menulis setiap hari. Ketika itu membaca blog orang lain adalah terapi diri sekadar membuang masa di rumah (banyak sgt ke masa wehh). Ketika itu aku juga turut sama rajin menulis, setiap hari pasti ada sahaja entry semuanya berkisar kehidupan anak-anak. Yerlah seronoklah kan...nanti bila anak dah besar dia orang boleh tengok balik gambar2 lama...serta cerita-cerita yang aku coretkan ni.

Ketika itu tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana duit. Takkan tulis ntah apa-apa ni boleh dapat duit. tapi ya...tak percaya lihat beberapa blog popular seperti ceeramoon, vp, hanis zulaikha, redmummy (sekadar menyebut beberapa nama) dan tanya mereka berapa yg mereka perolehi dengan menulis blog.
Ketika bekerja di majalah i-remaja (majalah pun dah berkubur) aku pernah menemuramah pemilik blog ceeramoon..wow boleh tahan incomenya 1-2k sekali dapat cek. Memang seronok mendengar...tapi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dapat duit sebanyak itu, mungkin terpaksa menunggu 3-4 tahun malah lebih drp itu.

Mgkin ada beranggapan hanya dengan menempek Nuffnang sahaja (aku pun sama) iklan akan menjengah blog anda. ya mungkin ada tapi terpaksalah menunggu rm1 yang tak bergerak-gerak atau hanya 60 sen untuk setahun hhahahha. Kalau yang menulis blog semata-mata mencari duit tentu frust dan tension kan.
baru-baru ni aku bertemu dengan pemilik blog paling popular kakred, sungguh sempoi orangnya..cantik lg peramah gitu. Sambil berbual dan makan di Aseana Cafe, KLCC.
Cerita tentulah berkisar bagaimana dia mencipta nama sehingga pengunjung blognya sekarang mencecah 4 juta orang wow!!!! can't imagine that. Tapi itulah realiti...sebab itu ler kehidupan kakred macam selebriti drp hujung rambut sampai kaki semuanya ditaja. Tidak puas hati aku bertanya, "Berapa income akak?"
Ohhh..ahh..wow (yg tu nanti baca kat paper ekkk) buat aku aku terkedu sambil menelan air liur beberapa kali.

berapa banyak kali wow aku pd hari itu. ternganga mulut aku sekejap. selepas itu kembali menyambung makan nasi berlaukkan kari ayam yang sedapnya ala-ala jer.
Tapi bukan mudah tau...tidur tidak menentu..penatnya Tuhan sahaja yang tahu. tapi keseronokan dan kepuasan itu ada.
Wah kakred kembali memberi semangat kepada aku (penulis blog cabuk cam aku ni boleh ke dapat income sebanyak tuh...atau jangan mimpi ..kalau dapat rm1k pun dah melompat sangat aku rasa. sekarang ni income di blog aku ahhhh jangan tanyalah buat lepas beli susu dan pamper anak hahhahah)

tapi aku menulis bukan sebab duit, bukan sebab glamor tapi seronok membaca blog org lain dan aku pun terpengaruh sama. ya bermula dengan terpengaruh selepas itu menjadi keseronokan dan ketagihan jika setiap hari tidak menjengah blog orang lain alahai terasa kosongnya hidup. tambah pula kerja macam aku..mencari berita...yang kebanyakan story aku cari di blog2 orang lain. Semakin rajin...semakin menarik ler story yang akan diperolehi type n search sahaja. senang kan???? .
lagi satu di blog kita boleh menulis apa sahaja...bebas menggunakan sebarang corak penulisan..walaupun terlalu bebas tetapi janganlah sehingga menyakiti hati orang...kutuk mengutuk atau dijadikan medan menghentam..kan mata pena (skang kena tukar jadi ketukan keyboard) lebih tajam dr segala-galanya.

Thursday, March 18, 2010

PERINGATAN dan cerita yg tidak mahu dingat

Oh sebenarnya malas nak ingat.
tapi nak berkongsi juga sekadar untuk ingatan supaya orang lain tak terkena.

Kejadian ni berlaku Jumaat lepas..sewaktu balik kerja.
Seperti biasalah kan aku melalui highway Seremban...jalan jam plak tu..jam yg tak bergerak.
Tiba-tiba tempreture kereta aku naik, dr sikit dah mula tinggi..sampai ler nak cecah garisan putih.
Dalam ketakutan dan panic aku pun berhenti ler tepi jalan, call husband. Dia minta aku cek air tapi tunggu enjin sejuk dulu.
Ok ler aku pun tunggu ler...dalam pada tu berhenti ler sorang mamat bermotor..tanya aku kenapa. masa ni memang aku tak berani nak turun, sembang dlm kereta jer. Aku cakap ler tempreture naik nak tunggu sejuk nak check air. Dia kenalkan diri dia mekanik...
aku call husband time tu..sebab dia kata nak cakap dgn husbnd aku. Aku pass hp kat mekanik tu...cakap pung pang pung pang...aku pun terus jer buka bonet. dan dia kata ada barang rosak sebab tu kipas tak jalan dan tempreture naik. dia bg tau ler harga barang.

Mula2 mmg takut2 juga maklumlah tak kenalkan...tapi aku terus jer setuju nak tukar sebab nak gerak jauh lagi..jam pulak...ok dalam jam 9 malam siap ler...dan dia ikut aku pg Esso sebab nak ambil duit dr ATM nak bg kat dia. (dalam takut-takut tu..uuhhh berani jugak aku ni)
Masa kat ATM..mekanik tu bg tau dia buka bonet aku (bonet aku tu rosak so memang dia boleh buka tanpa perlu tarik kt dalam kereta).
Aku pun katalah terima kasih " baiknya mamat ni" (dlm hati jerlah)

Lepas jer bg duit aku pun jalan ler...tak sampai 5 minit tiba-tiba, cermin kereta depan meletup..dan cermin aku terus retak seribu. Bukan sikit hampir semua bahagian retak dan kaca dah mula jatuh sikit2. Aku terus jer lah menangis dalam kereta..sambil tu drive ke tepi. Memang sedih sangat bila tengok cermin depan tu jatuh berkecai...tapi masa ni tak semua jatuh lagi. sikit-sikit jer. nak kata kena batu..memang aku confirm tak ada lori lalu time tu.

Lepas tu tiba-tiba jer datang India berhenti motor belakang kereta aku. Dia menawarkan diri membantu nak pecahkan cermin kereta dan bersihkan sekali. Aku pun memang tengah panic bagi jerlah dia pecahkan semua cermin dan cuci apa yg patut. Sambil aku tepon hubby.. dia dah nak dtg tapi aku tak kasi sebab time tu sebelah sana dr seremban ke KL mmg jam giler kalau datang jugak mau dekat 2,3 jam baru sampai..dan ler kena u turn balikkan..

Berbalik pd cerita India tadi dalam motornya lengkaplah dengan lampu kecil yg boleh disambung kat bateri kete aku untuk suluh masa cuci nanti, penukul untuk pecahkan cermin dan alas kereta, berus untuk bersihkan kaca. Ohhh sungguh profesional ok. Masa tu aku tk terfikir apa2 lagi sebab tengah bersedih ..sambil usap-usap kereta dan kata dalam hati, " memanglah niat nak tukar kereta baru tapi bukannya sekarang..lg pun sayang sangat kat kereta ni" aku kata gitu bukan apa sebab org kata kalau kita sebut2 nak tuko kereta karang kereta merajuk dan mula buat macam-macam hal. Seperti mana sekarang ni ler...

Ok berbalik pd cerita India tadi lepas dia dah bersihkan..berhenti pula sorang lelaki Melayu. Cara dorang bercakap mmg cam dah kenal lama jer...lelaki tu terus tanya aku, "Mau tukar cermin kete ker. saya ada cermin ni. Boleh tukar sekarang juga," oh ada service ni di tengah2 malam rupanya.
Aku yg memang dah penakut ni terus call adik dan husband. Husband tk bagi tukar sebab takut kena tipu..Tapi lelaki tu siap cakap, " kereta awak...awaklah buat keputusan buat apa tanya husband,"
Hello...ko saper plak nak cakap gitu terus jer aku jd nyampah plak dah ler tengah bersedih ni.
Jadi penyelesaian aku kena drive tanpa cermin kereta malam tu. memang mencabar ok...nasib baik tak ada apa2. angin pun tak kuat sangat dan aku sampai dengan selamat. Alhamdulillah...

Bila dah sampai rumah baru aku terfikir balik..pasal sindiket ni, mereka akan letakkan sesuatu pd cermin kereta supaya cermin kereta pecah dlm masa beberapa minit. jadi orang tak syak itu dilakukan sindiket. Bila dh pecah datang ler tukang membersihkan cermin ni...tahu tak berapa dia minta RM120 ok..tapi aku bg berapa yg aku ada sahaja. Nasib baik dia ambil kalau dia mintak gelang emas, jam aku ke tak ke haru huhuhuhu...sekali lagi bernasib baik.

Kemudian datanglah orang yg repair cermin kereta dengan harapan orang akan buat dengan dia. bayangkan kalau nak balik jauh Seremban, Nilai atau Melaka nak tak nak kena pasang cermin baru jugakkan. Service dia juga sangat mahal satu cermin RM350.

dan lebih menambahkan keyakinan aku yg ini dilakukan sindiket adalah cara cermin kereta aku itu pecah..kalau kena batu akibat lori mesti crash..dan retak di situ dan bukannya semua bahagian cermin retak seribu..Ini macam kena baling 100 biji batu dan nak kata panas sangat aku tak ada asgn hari tu tambah pulak parking kat office berbumbung.

Menurut sorang kawan dia kata memang ada chemical yang boleh menyebabkan cermin pecah. Chemical ni akan disembur pada cermin dan akan menyebabkan cermin pecah dalam masa beberapa minit. Yang ni aku belum pergi tanya mekanik lagi untuk dapatkan bukti sahih. cehhh cam penyiasatan plak kan.

Dan kebanyakan rakan yang aku ceritakan mengatakan yg ini dilakukan sindiket dan bukannya semula jadi. Macam berjanji pulakan...service kereta di jalan..kemudian datang pula service menukar cermin di jalan raya. Siap ada cermin dalam kereta dan peralatan menukar cermin. Hebatkan???? nampak macam bukan sindiket tapi takkan semua kebetulan pulakkan...

Kemudian aku teringat ketika kereta aku ditinggalkan di stesen minyak mamat mekanik tu telah mengisi air dalam bonet. Ehmmm..itu menambah lagi keyakinan aku yg ini dilakukan sindiket.
Seperti mana tabur paku di jalan..apabila tayar sudah pancit datanglah mekanik membetulkan tayar. Begitu juga dengan kerja menabur minyak atau apa sahaja supaya berlaku kemalangan...dan mereka mendapat upah drp situ...itu tidak mustahil dan mmg telah lama berlaku.

Pengajarannya...kalau kereta anda rosak carilah mekanik yg benar2 anda kenali. sekurangnya dia memperbetulkan apa yg sepatutnya. Dulu aku ada simpan no mekanik kat opis lama tu tapi bila tel rosak nombor dia pun dah hilang. Dalam keadaan panik mmg kita tak ingat saper-saper lagi. terus jer buat keputusan sendiri. Lagi pun dalam kepala tak nak susahkan sapa2 pun kecuali adik aku ler yg ada kat Sarawak tu huhuhuhu...

Lepas ni aku akan selalu beringat..aku ni selalu berprasangka baik pd orang. walaupun org yg tak kenal. Kadang2 kita tak tahukan yg mana satu ikhlas menolong atau nak ambil kesempatan. Peristiwa ni mmg benar2 jadi pengajaran pada aku. Redajerlah kan..yg penting selamat. Alhamdulillah!!!!!!!!!!

Pergi fashion show...

Petang semalam ada asgment kat hotel Ritz Carlton, Jalan Bukit Bintang. Fashion show butik baru designer baru..
Ohh hebat beb..buat kat dewan besar dengan model2 yang gah macam Tini, Deborah dan beberapa model mat salleh yang lain. Lepas tu jemput pula penyanyi Indon Afgan apa lagi memekik ler anak-anak datin-datin bila si Afgan ni menyanyi. Aku ni kalau tak sebab kena tunggu nak interviu datin dah lama dah aku mengundur diri. maklumlah inilah fashion show paling lama dan panjang...ada 60 kali tukar baju..foyoooo macam nak habiskan satu koleksi jer. Nasib baik ler bersabar..nasib baik juga suara Afgan tu sedap.

Sempat jugalah tengok beberapa artis yang tengah berbual2 tu ada Sofea Jane (wah cantik sangat dia), Dynas (tengah mengandung) , Zahida Rafik, Ning Baizura dengan maknya, Didie Alias, Hans Isaac, pengacara WHI, Nadia. Tetamu VIP Tengku Marsila isteri kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sangat cantik dan langsing badannya...aku rasa dia antara isteri kenamaan yg sangat pandai menjaga badan.

Dalam tengah dok sibuk2 tengok model berposing terpandanglah satu susuk tubuh yg sangat aku kenal. Tidak syak lagi dia ialah WAN IZHAR ABU BAKAR photografer tempat lama aku bekerja. lately ni suka beno jumpa kengkawan lama...terbukalah cerita lama. sempatlah berbual sekejap..dia pun tengah busy tu ambil gambar mak-mak datin.

Teringat lah dulu kalau buat fashion shoot dengan Wan Izhar ni semuanya kena perfect..kalau ko bawa model yang ala2 pendek, kaki kengkang, muka cam tak siap, lepas tu siap ler ko kena sound. Model ko bawa mesti perfect ok...dan pandai pose. Tapi aku memang suka hasil kerjanya kreatif dan teliti..kalau shoot memang angle dia ambil berbeza. Walaupun background tak cantik tapi gambar yg dia ambil memang meletup. dari situ ler aku banyak belajar...
Tapi yang tak tahannya aku pernah nangis sebab dia tak nak shoot gambar product aku ambil. sebabnya entah tetiba jer moody tak tentu pasal. Huwaaa...sedih siot..rasa cam la la tu juga tak mau bekerjasama dah dengan dia. Ko per hal tiba-tiba jer nak moody??? gitu ler lebih kurang.

Tapi sekarang ni tak tahulah kan dah berubah ke belum...sebab dah lama sangat tak jumpa lepas aku kahwin terus jer dia berhenti keje. ehhmm..dah masuk 4 tahun ler rupanya. Sekarang dia kerja dengan white studio..photografer terkenal tuh.
Agak-agak dia baca tak blog aku ni????
hahhahah mampus kalau dia bacakan...kalau baca pun jgn marah yer Wan...hhehehhe

Wednesday, March 17, 2010

Makan..makan...makan...


Semalamkan aku ada asgn kat Food Republic Pavilion, cooking workshop.
Chef tu menunjukkan kepada media cara memasak nasi ayam dan la mien wantan. nasi ayam tu biasalah jerlah resipinya...tapi yang la mien tu memang foyoo memang teruja 'mak' melihat...tiba2 jer tepung yang diuli dan dilambung2 kemudian jadi mee. kalau aku buat mahunya bertahun2 tak menjadi.
Lepas dah habis sesi memasak tu kami dibekalkan 2 kupon satu untuk nasi ayam dan satu la mien wantan. Aku makan la mien wantan jer....itu pun memang tak habis maklumlah tengah hari dah makan...ni makan lagi.
Jadi drp membazir aku, dgn member BH dan pgrafer tapaw ler nasi ayam dan satu la mien wantan.
Bila dah sampai rumah nasi ayam ok ler bagi anak-anak makan...la mien tu memang terbiar jer dalam plastik sebab tak memenuhi selera aku sangat. Aku kalau wantan suka makan kat Chicken Rice Shop jer..

Jam 12 tengah malam tengah menaip barulah teringat, Alamak...wantan.
Haruslah kalau tak makan akan masuk ke bakul sampah esoknya.
Jadi gagahi jugalah panaskan sup wantan...kemudian masukkan dlm mangkuk separuh.
En. suami dah tentu ler tak makan kalau benda yang pelik2 ni...jadi aku makan ler sorang-sorang jam 12 tengah malam lebih. Cam nak sahur ler pulak.

Ni mau bertambah berat badan ni huhuhu...dah ler memang terasa ketat jer seluar.
Tak perlah janji hati senang kan Bennie???
Dah ler sehari sebelum tu asgn kat tanjung Seafood..lepas ambil gambar pemilik restoran...kami dijamu dengan nasi dan lauk pauk yg memang marvelos!!!!! meletop gitu. Tambah2 tomyam dia yang memang Walahhh...original Thai..udang butter, ayam pandan, kerabu udang mmg terbaik.
Aku puji lebih2 pun bknnya aku buat review food pun..ttp memang sedap ler...dan yg penting murah. kalau saper2 nak rasa masakan seafood Thai boleh pg kat Ampang Waterfront 2, Tanjung Seafood...memang da boom lagi terbaik!!!!!( akak.... ni mau dpt makan free lagi puji2 tak hingat ni hehheheh)

Ginilah keje reporter...kalau tiap hari asgn disediakan makanan ( memang biasanya disediakan makanan ler) mana tak berat badan naik. tambah2 kalau pg asgn hotel...huhuhuh...tak leh tahan beb!!!! nak makan walaupun lunch dah makan. Cam ner nak control ekkk...

Itulah sebab masa kat tempat baru ni berat badan dah naik walaupun baru jer masuk 4 bulan. Cam ner kalau setahun ekkk.
tapi aku belum timbang lg ni..tak tahu naik berapa...tapi kalau dah org kata aku berisi...tak reti2 lagi???? huhuhu..sendiri mau ingatlah!!!!

mari membaca...

Mencabar betul bila anak-anak dah start nak mengenal huruf dan menambah vocab ni. Bukannya apa bila balik rumah belum sempat buka baju...si kakak dah ambil buku sambil kata, " mama..ajarlah mama"
Si adik pula turut ambil buku, " ma...mam ajar..ajar"
Aduh..."mama nak mandi..nak solat dulu..pastu nak masak,"

Cam tak sampai hati pula kan nak cakap gitu masa anak-anak tengah excited nak belajar ni.
"ok mama ajar kejap tau..pastu sambung jap lagi,"

Sempat ler aku solat...dah tu minta sambung balik ajar. Jam berapa pula nak masakkan.
kadang-kadang aku minta hubby aku ajar. Sempatlah aku memasak...gitulah hari-hari seterusnya.

Alah bukan ajar apa pun yg simple2 jer..sebut perkataan drp gambar..lepas tu kenal huruf kenal angka....pastu nyanyi pula.

Adik pun excited juga nak baca. Bagus..bagus anak mama!!!!!

Berkongsi buku gitu..


Dan kadang-kadang bergaduh juga berebut buku biasalah anak-anak kan




Tuesday, March 16, 2010

Main-main di taman

Kalau hari Ahad inilah aktiviti anak-anak.
Satu hari tak nak tidur sebab nak tunggu petang nak main kat taman permainan.
Bila dah jam 4 petang masing-masing nak mandi tukar baju.
Nasib baik cuaca ok walaupun hujan juga renyai2 tapi lama2 dah ok. sempatlah dia orang main.

Sebab baru lepas hujan...papan gelungsur ni pun dah kotor. Jadinya habis seluar kotor.

Ini jerlah gelungsur yg kosong yg lain2 semuanya ramai orang. Kat Taman Tasik Cempaka Bangi ni memang selalu penuh bila hujung minggu. Masing2 bawa anak-anak main. Ibu bapa pula berjoging atau main badminton. Nampak sangat nilai kekeluargaan yg semakin erat ni.


Layan jerlah gambar-gambar uols...




Mula-mula dulu takut2 juga nak naik gelungsur ni sekarang dah tak ada hal dah...

balik main ingat nak pi minum. Tapi memandangkan rupa seluar yg dah macam belacan tu tk jadilah nak pegrgi minum. Minum di rumah sajer yer.




Thursday, March 11, 2010

jumpa mamafiza WAHM

Jeng..jeng..jeng..
siapa wanita yg bergambar dengan aku tuh?
Bukan artis yer kwn-kwn..
dia ibu kepada 4 anak, masih muda lagi baru 26 tahun
Bermula dengan pencarian namanya di Internet kepada pertemuan petang itu yg sungguh menyeronokkan juga petang yang memberi banyak ilmu kepada aku. Sungguh!!!! aku kagum dengan dia..kekaguman aku semakin terserlah apabila melihat cara dia mendidik anak-anak.
Wow sungguh hebat. Dia langsung tidak menghantar anaknya ke sekolah...sehinggalah anak-anaknya berusia 17 tahun. Semuanya melalui homeschool, sekolah di rumah. Dialah ibu dan dialah guru.
Malah sepanjang 3 jam, anak-anak sangat mendengar kata, dan asyik memegang buku, tiada permainan lain selain buku. Berbual hanya dalam bahasa Inggeris sahaja. Boleh membaca ketika berusia 3 tahun dan banyak lagi yang boleh dipelajari drp Mamafiza ni.
Dia juga menganjurkan workshop WAHM (work at home mom) di cititel Midvalley 29 Mei ni..insyaAllah nak juga join bengkel dia nanti untuk menambah ilmu keibubapaan mendidik anak.
kalau nak tahu lebih lanjut... http://www.littlekittle.com/

*** Thanks mamaFiza...banyak tip yang akak dapat tau...

balik lewat dan ajar anak

Dua hari lepas aku balik lewat sebab ada asignment kat Sri Hartamas jam 9.30 malam baru sampai rumah. Rasa bersalah sangat sebab biarkan anak-anak kat rumah lebih rasa bersalah sebab kat asgnment tadi makan sedap-sedap ada chicken chop, ada fish n chip, ada lamb chop, speghetti so masa makan tu teringat ler kat anak-anak sangat.
Entah apa yang dia orang makan yer huhuhu...masa ambil fries, ohh Durrani ngan fahim suka ni terus jer teringat, lepas tu minum pulak fresh orange ..oh..tidak....terus jer cover balik...alah...demi kerjakan, bukannya merayau suka-suka tinggalkan anak kan.
Bila sampai rumah anak-anak sedang membaca bersama suami. Ohh..rajin suamiku mengajar mereka...lega. Terus hilang rasa bersalah itu.
Sebaik saja aku masuk ke rumah...anak-anak terus meluru memeluk kaki sambil menjerit...mama..mama...mama. Ohh kedengaran sungguh riang sekali. Seperti sebulan tak jumpa lagaknya. Sukanya aku..sambil memeluk dan mencium pipi mereka.
Sedih...macam mana kalau anak-anak ditinggalkan ibu bapakan.

Malam ini Durrani semakin mahir menyanyikan lagu Are you sleeping, Twinkle twinkle little star, one little two little three litle India dan lagu-lagu lain yg masih dalam hafalan...suka benar jika dapat menghabiskan semua lagu-lagu itu. Buku nyanyian itu dikelek dari pagi sampai ke malam...buku yg dibeli di pasar malam dengan harga RM3 sahaja. Oh aku berjanji akan memberikan hadiah jika dapat mengenal huruf ABC...Z dan boleh membaca. jauh benar lagi nampaknya untuk sampai kepada kebolehan membaca, selama ini dia hanya menghafal sahaja.

Fahim pula pada usia setahun setengah sudah boleh membaca 1,2,3...10. Oh mulanya dia hanya mendengar kakaknya membaca kemudian di dalam kereta satu demi satu disebutnya ketika mengira jumlah kereta di jalan raya. Ohhh...dalam diam dia belajar rupanya. Dia juga sudah boleh mengenal gambar dalam kad yang menunjukkan ABC...Z. Malah lebih lancar daripada kakaknya..cuma sifat cemburu sangat terserlah apabila aku melebihkan adik ketika mengajar...huhuhu...macam mana ya jika tidak mahu rasa cemburu ini berterusan???

Saturday, March 6, 2010

Le Tour De Langkawi punya pasal...

Mula-mula tengok helikopter ni berlegar-legar kat kawasan rumah. Seronok jer Durrani dgn Fahim tengok maklumlah selalu tengok aeroplane jer kan. Ni helikopter terbang rendah jer...mula-mula ingat TV3 buat liputan kot bang? Soal aku.
"Ehh taklah itu heli polis tu, round-round," kata dia.



Lepas tu bila masuk jer kat belakang UPM, kawasan kuda tu terus jer...kereta berbaris panjang gini. Alahai naper jam pulak ni. Dah ler aku keje hari ni..haruslah sampai office lewatkan. jam pun dan 9.30 ni.
Mula-mula ingat ada excident kot..tapi takkanlah kot..sebab kat sebelah sana pun ramai juga orang stop macam nak tengok sesuatu.


Lepas tu lalu pulak police trafik...bukan satu jer banyak...lepas tu kereta polis juga dan ada tertulis Le Tour De Langkawi...ohhh patutlah kan...

So ambik kesempatanlah tengok mat-mat salih ni kayuh basikal. Ramai juga dan yg penting sangat laju...lebih laju pd motorsikal aku rasa. Husband aku nak ambil gambar pun...berdesup jer nasib baik dpt sekeping.


Sebaik jer dorang ni lalu, orang pun bertepuk tangan sambil lambai2 tangan..wah...wah...semangat aku rasa.

Lepas dah habis penunggang2 basikal ni baru ler berderetan kereta proton waja...dengan masing2 bawa basikal. maybe coach dorang sekali dlm kete tuh. Aku rasa kereta pengiring lebih ramai drp penunggang basikal.

Anak aku yg sangat excited tengok kereta dan basikal banyak-banyak. Siap lambai tangan dan tepuk tangan lagi bila tengok basikal lalu. Bagus anak mama...

Bila dah habis menunggu dlm masa 45 minit kot barulah gerak ke rumah Mak Ida tinggal anak kat sana dan aku terus menuju ke office. Alahai terlewat sampai office..tapi tak per Le Tour punya pasal kan...



Wednesday, March 3, 2010

menu semalam

Sekarang ni dah start memasak balik. kalau dulukan asyik makan luar atau beli jer..
Tapi kalau hari2 makan luar bosan jugak kan. Sekali sekala masak sendiri wpun lauknya simple jer tapi sedap dan habis...

Balik keje selalu sampai dalam 7.30 paling lewat jam 8 malam, mandi solat..lepas tu terus jer bersilat kat dapur. Sekarang ni fahim pun dah ok..dah besar tak adalah lagi gangguan jadi boleh memasak dengan aman.
Semalam teringin nyer nak makan masak lemak ikan...
apa lagi bila tgk barang2 dah ada terus jerlah memasak.




Menu pertama sayur kobis goreng


Telur dadar jer...uols.

Masak lemak cili padi ...uhss...haruslah pedas sebabnya laki orang nogori kan...
tapi pedas yg tidak melampau sangat ler...tak ler sampai berasap telinga.

imej baru Durrani

sekarang kan musim panas, memang dah lama nak potong rambut Durrani bagi pendek. Tapi tak ada masa nak bawa Durrani pergi kedai...asyik tertangguh jer..last-last balik kerja semalam tengok rambut Durrani dah pendek.
"Sapa potong rambut kakak,?" tanya aku
"Mak Ida potong" jawab Durrani..sambil tersengeh-sengeh. Cam budak lelaki ler pulak aku tengok. tak perlah janji nampak kemas dan dia pun selesa.

Pagi semalam sebelum pergi kerja memang Mak Ida ada tanya...boleh tak nak potongkan rambut dia..agaknya dia pun rimas tengok rambut anak aku tu hehheheh...Ingat memang nak potong sendiri jer tapi macam tak confident pula kan...nak ler pergi kedai.



Inilah rupanya...apabila berambut pendek.

pandangan dari tepi...

rambut dia memang lambat nak tumbuh..
tapi aku tak sayang pun potong sebabnya memang suka kalau dia berambut pendek...
senang nak jaga, nak cuci nak sikat...
lg pun dia bukannya suka ikat-ikat pun..letak sepit bagai...cam budak pompuan lain.
bila dh potong ni senang sikit...



Monday, March 1, 2010

promosi susu...

Jumaat lepas dah tengok dalam paper, sale kat Giant. Ala bukannya nak beli apa sangat pun cuma tengok susu ANMUM yang harganya memang murah. Lagipun susu ni memang susah sangat ada sale. Jadi petang Jumaat dah pegi Giant balakong tapi stok dah habis. Tak per tunggu esok sebab nak balik PD kan boleh singgah Giant Nilai.
Petang tu on the way nak balik gigihlah pergi Giant Nilai. Nasib baik banyak lagi stok cuma seorang boleh ambil 3 tin saja. Disebabkan anak-anak tidur husband aku tunggu dalam kereta dan aku pergi beli.

tada!!!! inilah susunya untuk adik dan kakak. Dua-dua minum ANMUM.
harga biasanya dalam RM54.++, masa sale ni turun jadi RM48.++. Murahkan??? Jadi kami ambil 5 tin cadangnya nak ambil 6 tin..rupanya duit tak cukup sebab sudah bayar bil....cari MEPS alahai malas aku nak berjalan...sambil menolak troli. Ni pun dua kali aku masuk Giant beli susu.


Stok untuk sebulan???? agak-agak cukup tak ni??? rasanya macam tak jer. Dua tin dah tentu untuk rumah baby sitter, tiga tin kat rumah. Sekarang ni si adik sangat kuat minum susu..tiap dua jam..."mama nak cucu...mama nak cucu." Bila adik minum kakak pun nak juga. dan bila kakak minum adik pun nak juga...ehhmmm...memang asyik berlawan minum susu. Sebab itulah stok cepat habis. Yang sempat beli ni untuk adik tiga tin kakak dua tin jer...haruslah kena tambah untuk kakak satu tin lagi ni. Rugi betul tak sempat rembat enam tin huhuhuhu...