Ehhmmm..sedap giler kek ice cream nie. Makan sampai terpejam mata sambil menghayatinya.
makan beef steak juga tapi biasa-biasa jer.
makan kat Sanfrancisco Steakhouse, Tropicana City Mall untuk food review.
(ringkas dan padat jer entry kali ni..hhahaha tak ada masa nak type ni ..)
Wednesday, January 27, 2010
Monday, January 25, 2010
main kerusi
Anak sapalah tidak berbaju ini huhuhu..susah bebenor nak bg dia pakai baju. kena lah berlari mengejar..dan dia memang suka main kejar2 dengan mama..
Ini aktiviti hujung minggu. Kerusi dia terbalikkan dan duduk atas tu. sambil tu tolak2 dengan kaki sambil kata, "mama pit..pit (sempit),"
memanglah sempit kalau dh masuk di celah kaki kerusi tu. pastu suruh aku angkat..dah angkat masuk balik..dah masuk nak keluar. Gitulah kerjanya...tak leh langsung nak buat keje tau.
tu yg tak tahan tu pantang jer camera menghala kat dia..
Aku rasa semua budak suka meneroka...main permainan yg tak sepatutnya. kalau yang betul2 permainan cam lori, kereta tu main kejap jer lepas tu cepat bosan mulalah cari permainan lain macam main kerusi, main air, sepahkan surat khabar, tarik baju kat rak, main bedak, duduk atas rak Tv sambil cabut wayar, terbalikkan kotak mainan itu ler permainan si fahim ni..
kalau perempuan lain pula cara mainannya...suka main anak patung, makeup, main masak-masak, sepahkan brg dapur, sepahkan bedak, gunting kertas sana sini, tukar baju banyak kali dan byk lagilah...yg tak tersebut kt sini.
Sunday, January 24, 2010
anak terunaku rajin
Oh bahagia sungguh, bukan sahaja anak daraku rajin menyepahkan barang anak terunaku juga rajin membasuh tengoklah gambar kat bawah ni kalau tak percaya. Walaupun tangan tak sampai mencecah air, tapi gagah juga ambil kerusi dan naik atas kerusi.
kalau tak bagi alamat..nangis ler. Bila dah sekali ajar kali kedua dia ambil sendiri jer kerusi tuh.
Inilah pandangan dr belakang...kalau rajin sampai ke besar kan bagus.
kalau tak bagi alamat..nangis ler. Bila dah sekali ajar kali kedua dia ambil sendiri jer kerusi tuh.
Inilah pandangan dr belakang...kalau rajin sampai ke besar kan bagus.
Brg yang paling dia suka ialah botol susu. tapi penatlah nak lap sinki tu sebab airnya menitik ke bawah. pandai pulak bila dah jemu panggil, "mama..mama...mama...sudah..sudah. tuyun,"
Bila dia panggil tu tandanya sudah bosan membasuh dan nak main permainan lain pula.
Saturday, January 23, 2010
kerja oh kerja
Dulu kalau bekerja pada Sabtu pastinya bekerja dalam keterpaksaan atau tidak rela.
Mulut sahaja berkata YA tetapi hati berkata tidak,
Tersenyum mengangguk sedangkan hati di dalam , "oh Tidak"
Tambah pula apabila suami membebel kerana bertambah perbelanjaan untuk baby sitter yang kadang-kadang terpaksa dikeluarkan drp poketnya
bukan merungut tapi itulah hakikat..
demi kerjaya terpaksa juga..mana boleh merungut sedangkan di dalam hati Tuhan yang tahu. Terpaksa melakukan kerja amal dengan ikhlas. "Ikhlas ker??"
Tetapi kini sangat jauh bezanya, apabila editor meminta, "Siti boleh buat overtime tak sabtu ni, cover event?"
Aku menjawab dengan rela, "ohh boleh jer"
Kadang kala bekerja pada dua kali Sabtu berturut-turut tidak mengapa..malah bekerja pada public holiday juga menjadi kebiasaan sekiranya article diperlukan segera kerana sudah pasti akan dibayar double.
Bukan aku mata duitan..tetapi itulah yang membezakan bekerja lebih masa dan dibayar mengikut cara yang betul sesiapa sahaja akan bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Berbeza sekiranya pekerjaan yang tidak dibayar pastinya dilakukan asal siap sahaja itu belum termasuk rungutan untuk diri sendiri sahaja.
Malah baby sitter juga tidak pernah merungut sekiranya aku bekerja lebih masa atau menghantar pada sabtu atau public holiday kerana dia juga tentunya akan dibayar lebih masa (OT). Sekurang-kurangnya bertambah juga duit poketnya dan aku juga tidak kisah lagi memberi lebihan RM50-RM150 padanya sekiranya bekerja lebih masa. Itu belum termasuk sekiranya meninggalkan anak bermalam di sana. Berbeza suatu ketika dulu, untuk mengeluarkan waima RM50 juga terasa susahnya kerana sudah pasti duit itu terpaksa dikeluarkan drp poket sendiri dan sudah tentu akan menjejaskan bajet bulanan.
Bukan berkira tetapi itulah hakikat semua perkara memerlukan duit pada masa sekarang. Untuk membuang air pun kita terpaksa membayar 0.30 sen. Bergerak sahaja semuanya mesti ada duit, membayar tol dan minyak, makan dan minum. Kalau berseorangan mungkin tidak terasa, jika berkeluarga dengan belanja anak-anak mencecah RM500-700 seorang termasuk bayaran baby sitter, susu, pampers belum termasuk pakaian. Dua orang RM1000-1400 itu jika belum bersekolah, jika sudah bersekolah pasti perbelanjaan bertambah. apabila kos-kos ini meningkat pastinya pendapatan juga wajib bertambah pada setiap tahun. bayangkan kalau pendapatan hanya RM2,000 untuk isteri dan sama untuk suami dan digunakan untuk membayar sewa rumah, kereta, perbelanjaan anak, bil-bil lain apabila hujung bulan '0' malah terpaksa berhutang lagi.
"Eleh gaji laki bini ribu-ribu tak kan tak cukup?" ada juga terdengar individu berkata begitu. Memanglah tidak cukup sekiranya bekerja di bandar besar seperti KL, Penang, JB yang kos hidupnya sama sahaja. lainlah jika tinggal dikampung yang sewa rumah teres sekitar RM200 sahaja, tiada tol , malah perbelanjaan menjaga anak juga murah. gaji RM2000 ke atas tinggal di kampung sudah terasa besarnya. Jadi tidak boleh membuat perbandingan sebegitu.
Makanya terpaksalah bijak mencari wang sambilan untuk menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat dari hari ke sehari atau pergi jumpa bos dan minta dia naikkan gaji anda.

Friday, January 22, 2010
mari manjakan diri
Thursday, January 21, 2010
Bila kakak merajuk..adik cool jer
Bukan senang nak ambil gambo budak 2 orang ni sambil pose. Masa ni sukalah sebab kakak dapat T-shirt Upin & Ipin. Excited sgt dia terus pakai tidur. Pagi esoknya nak pakai lagi..uhhh..biar betoi anak aku ni. Lepas dah pujuk-pujuk baru ok.
Anak dara aku sekarang ni makin sensitif...ikut sapa ntah???
hari tu husband aku dah ambil anak..aku pulang lewatkan..bila sampai rumah ....si adik terus jer datang kat aku peluk2..cium konon2 cam lama tak jumpa lah. aku pun peluk-peluk ler adik sambil sembang2 dgn dia. Durrani masa tu tengah menyusu...sambil baring dia senyap jer. Buat macam tak tahu..aku pun ingat lepas dh peluk adik nak peluk kakak pula.
Bila aku pegang dia dan pusing kan muka dia nak cium rupanya air mata dah mengalir dah. Ohhhh..so touching...aku pun jadi sedih juga tgk dia menangis. sensitif rupanya bila aku peluk2, cium adik dulu. agaknya dia terasa..mama tak pedulikan dia. Rupanya dia pun nak juga benda yg sama...yerlah cuma aku lambat sikitlah peluk diakan tp still akan buat lepas buat kat adik.
Samalah juga masa dlm kereta, kalau kita tak layan dia bercakap..yerlah kadg2 penat kan balik keje. Husband aku pulak hari tu time dia tengah nyampah dengan budak opis dia...agaknya kepala pun tengah buntu dia diam jer dlm kete. Durrani sibuk tanya itu dan ini..semuanya aku yg jawab. Husband aku mmg senyap tanpa sepatah kata..lastnya Durrani menangis...sambil kata, "napa abah tak cakap..napa abah diam jer. cakaplah...kakak tanya tak jawab pun" sambil nangis2 tu dia kata gitu.
haaa amik kau...lepas tu susahnya nak memujuk dia diam...dan sejak dr hari tu memang tak pernah dah buat....walau penat macam mana sekali pun dengan dia mmg tak boleh tunjuk kena layan sama jer..kalau pagi2 kita hantar dia pg umah baby sitter happy2...petang pun gitu jugak.
Sebenarnya itulah yg anak-anak nak. Kalau balik rumah pun tgk TV kena layan dia tgk sekali. Kalau tak nanti mulalah meragam itu dan ini. Sebab itu ler susahnya nak memasak (alasanlah tu). Selalunya husbandlah yang layan masa tgk TV. Tak pun layan dorang main. Aku perasan dorang berdua ni bila malam mmg nak perhatian sangat-sangat. Kalau tgk TV nak teman, main nak teman, baca buku..buat apa sahajalah semuanya nak kita temankan. jangan harap ler ko boleh kata..kakak pglah tgk TV tu mama nak masak. Confirmlah dia takkan tgk punya.
Dan jgn harap juga ko boleh bertenet dgn senang-lenangnya dr jam 8 sampailah 11 malam adalah masa bersama dorang. nak bertenet, check emel ker, tulis blog, baca blog adalah pada waktu subuh yer jam 5 pagi huhuhuhu.
Kalau tak dilayan..kakak akan buat perangai...macam2lah yg dia buat untuk bg kita marah atau tarik perhatian. Uhhh mencabar kalau tgk dia nangis. tambah-tambah kalau saja2 biarkan dia nangis...konon2 nak tengok dia berhenti nangis sendiri. Jangan harap ler...lagi kuat adalah.
SEnang jer nak pujuk dia...kalau dia nangis terus jer peluk dan cium dia..sambil kata, "mama minta maaf yer...sayang. Nanti jangan buat lagi yer...kakak janji yer jagn buat lagi..bla..n bla..confirm lepas tu terus jer diam. Pujuk2 sambil bg ayat baekkk punya. Kalau dimarah lagilah berpanjangan..."mama marah kakak..."sambil nangis tu ngadu kat abah dia.
Tapi aku ni kdg2 keras hati jugak..saja nak tgk anak diam sendiri...hahhahha masa tu amiklah kau nak pujuk dia balik.
Tapi adik cool jer. gaduh dgn kakak pun ok lagi. kakak amik brg dia pun ok...buat2 nangis tapi air mata tak kuar pun. pastu pegi ngadu kat aku tak pun abah dia, "kakak buat" sambil peluk aku erat-erat. hahhahah comel jer bila dia sebut kakak.
fahim lebih mesra..dia suka mulakan dulu misalnya..nak ambil hati aku..dia akan datang kemudian peluk. sambil cium dan peluk erat-erat panggil mama..mama. bila kita tanya dia buatlah manja2 duduk atas riba sambil gelak-gelak.
kalau kakak ni...kita yg kena mulakan dulu...kena peluk dia..cium dia...sembang2 dgn dia..kalau tak surelah terasa hati.
Itulah tu bila dah besar sikit kena treat macam lain pula. esok2 dah sekolah lain pula perangainya. Bila dah naik sekolah menengah lain pula caranya...uhhhh mencabarkan jd mama zaman sekarang nikan. Semua kena guna pendekatan berbeza..lembut..dan guna psikologi.
***aku pernah interviu parental coach. dia penulis buku mengenai ibu bapa dan anak cemerlang. Banyk tip yang boleh aku kongsikan nanti yg kita tak tahu sebenarnya. cara dia didik anak memang best..semua anak2 dia cemerlang tak payah pg tuisyen pun. sebab dr kecil dia dah ajar. aku kongsikan di lain entry nanti. Bukunya aku dh baca separuh sangat bagus bagi ibu yang macam aku ni***
sesat oh sesat..
Aku paling benci kalau sesat. Keluar rumah awal dah budget nak sampai jam berapa last-last bila sampai pertengahan jalan lost. Bertambah-bertambah benci dan menyakitkan hati kalau malamnya siap search google map, bila tgk jalan yg ditunjukkan, "aahhh..ohhh..rasanya cam tahu jer. Dekat jer," so dengan confidentnya ingat dapat sampai ke tempat dituju lebih awal atau paling lewat pun 5 minit still ok lagilah.
Lagi menambah gabra sambil drive nak kena tengok map...dan bila sampai separuh jalan...jalan yg ada dlm map itu hilang, mulalah drive slow yerlah mata nak tgk signboard lagikan. Pastu kereta belakang hon kuat pulak tu, "gasaklah kau...kalau nak cepat potonglah kereta aku yg slow macam siput ni,"
"Araghhhhhhhhhhhh..jam dah 11.20 interviu 11 pagi. mahunya aku terjerit dalam kereta dengan ayat paling sopan sambil beberapa kali tampar stereng kereta sebabnya asyik lalu jalan yang sama jer.
"Lepas ni kena percaya pada instinc, sepatutnya kalau tak tahu dan rasa tak confident tu tanyalah PR tu kan atau pun naik cab jer senang. Ini tak gagah juga nak drive inilah bahananya kononnya taulah..pirahhh..ct oiii...berpeluh-berpeluh juga dalam kerete disebabkan air cond kereta yg tak berapa nak berfungsi tu. aduhhh..kenapalah Tuhan tak nak tolong aku hari ni jumpakan jalan yang betul," rungutan dalam hati kepada diri sendiri jer.
Lastnya dah banyak kali pusing, tempat pun tak tahu kat mana, baik letak jer kereta kat somewhere dan ambil cab. Yerlah kan drp pusing-pusing lastnya jam 12 tak juga jumpa-jumpa.
PR tu pulak dah banyak kali call tanya kat mana, "sabo..sabo sedang berusaha keras ni kembali ke pangkal jalan,"akhirnya jam 11.45pagi sampai juga ke tempat dituju SS24/9. Aku kalau area Petaling Jaya, Kelana Jaya, yang bermula dgn SS ni uuhhhh cukup mencabar keimanan dan kesabaran mencari jalan.
tak ke naya??? kalau interviu setakat family2 biasa jer bolehlah, " maaf mak cik atau sorry yer kak sesatlah," bolehlah dimaafkan. Tapi kalau interviu orang-orang besar, "iskkk..malu dan tak nampak ler profesionalnyer...masa itu emas beb,"
PR tu pulak dah banyak kali call tanya kat mana, "sabo..sabo sedang berusaha keras ni kembali ke pangkal jalan,"akhirnya jam 11.45pagi sampai juga ke tempat dituju SS24/9. Aku kalau area Petaling Jaya, Kelana Jaya, yang bermula dgn SS ni uuhhhh cukup mencabar keimanan dan kesabaran mencari jalan.
Ohh aku pernah try sekali guna GPS sorang rakan press ni..Ohh cool, best. Siap benda alah ni bercakap lagi, "Turn right, go straigt on, wahhh banyak senang aahhh ada teknologi ni, harganya kalau tak silap RM700. Mahal juga tuh..tapi memudahkanlah untuk org2 macam aku yg selalu sesat-sesat ni.
"Ya Allah jauhkanlah hambamu ini dari kesesatan Amin"
Tuesday, January 19, 2010
hantar anak sendirian
oh..semalam adalah hari pertama aku hantar anak-anak bersendirian. Selalunya tiap pagi aku memang hantar berdua dengan husband, sebabnya saja jer biar suami pun tahu juga cam ner susahnya hantar budak jangan isteri jer yang tiap pagi pg hantar...biar sama2. hehheheh..lagi satu anak jantan aku tu memang manja sikit sebabnya dr kecil tak nak duduk diam dalam car seat. jadi kenalah hantar berdua...
sekarang bila adik dah besar..nak try ler hantar sendirian...
pagi semalam dah siap susu dan biskut dorang untuk makan dalam kereta.
Masa hantar kakak bukan main excited, "mama naik kete mama ekk? uhhh bestnyer"
dia cakap lagi, "mama..mama bawa kete ekkk, cepatlah mama."
lepas tu bila tgk aku drive.."Wah..mama hebatlah,"
hehhehehe..itu ayat tak boleh blah, aku pun kata ," mama memanglah hebat..tgk ni mama bawa kete hantar kakak ngn adik," poyo giler jawapan...
pastu dia sembang lagilah dok pok..pet..pok pet..layan aku berbual.
yang si adik sibuk tengok tengok lori besar, bila lori lalu jer, "mama..mama..oyie becar..becar, " mmg suka betul dpt tgk lori dan best terjerit2 dalam kete. so far semalam..ok...tak ada masalah semuanya mengikut arahan dengan baik...aku kata duduk diam-diam...dorang pun duduk diam2 jer..sambil pakaikan seat belt.
harap2 pagi ni pun berjalan lancar dan selamat..AMIN.

Sunday, January 17, 2010
cerita katak dalam sardin
Sebulan lepas aku ada terima email mengenai sardin Ayam Brand yang dikatakan dalam email tu mengandungi daging katak. Bila baca memang sangat meloyakan...dan aku bila tgk jer tin sardin pun terus jadi loya. Yerlah sebelum ini memang aku makan sardin Ayam Brand . Terus jer rasa nak stop makan walaupun sebenarnya tidak tahu kesahihan email ini dan minggu lepas terus jer dapat email ni...Alhamdulillah tidak benar seperti yang terdapat dalam email tu. Walau bagaimana pun tekak aku masih loya lagi mgkin mengambil masa yg lama untuk kembali menyentuh sardin dan makanan yang ada sardin termasuk juga sanwic.
Assalamualaikum.
Tuan / Puan,
Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kamimengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin DalamSos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.
Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima ituadalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakanproduk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahantidak HALAL seperti daging katak.
Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undangpemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakansemua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.
Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selaindari apa yang tertera di atas label produk tersebut.
Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam SosTomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada SenaraiPemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gamxanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.
Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.
Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkanHALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami diMalaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanyadibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.
Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan MackerelDalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005(SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co(KL) Sdn. Bhd.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.
Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkanpengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undangjenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakanterhadap mereka yang berbuat demikian.
Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin danmuslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepadasesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkankebimbangan mereka.
Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantaremel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emelyang kami terima.
Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadapproduk barangan Ayam Brand.
Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan ataumaklumat selanjutnya.
Wassalam.
Yang Benar,
Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

Wednesday, January 13, 2010
kisah masyarakat
Ada bezanya bekerja di akhbar dan majalah. Jika dahulu aku banyak menulis ruangan kecantikan dan fesyen tapi di akhbar story lebih kepada kisah masyarakat. kadang-kadang kisah-kisah ini amat mengujakan aku, membuatkan aku sedih dan terharu dan lantas bersyukur kerana aku dan anak-anak lebih 100 kali baik daripada mereka.
Ya semalam temuramah di Pantai Dalam membuatkan aku hampir menitiskan air mata, membuatkan naluri aku membuak-buak bermonolog, " andainya aku kaya...andainya aku berharta...dan andainya aku punya wang berjuta sudah tentu akan aku bantu mereka sedaya yang boleh"
Seorang isteri tetapi bukan lagi memegang title isteri kerana ditinggalkan suami hampir 11 tahun lalu. Digantung tidak bertali. kehidupan seperti janda tetapi tidak janda bukan juga ibu tunggal. habis di mana letaknya gelaran sesuai. Kasihan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah..sedangkan suami bersenang lenang hidup di kondo mewah diulit gadis jelita. Nafkah langsung tidak diberi. Dilepas tanggungjawab begitu sahaja.
Puas turun naik mahkamah meminta dilepaskan tetapi setiap kali perbicaraan lelaki tidak hadir. susah sangatkah melafaz talak, kenapa dibiarkan begitu sahaja. Luluh hati aku mendengarnya.
Dia memang tiada duit cuma mengharap belas ikhsan orang ramai..sedangkan makanan terpaksa dicatu. pernah bekerja sebagai tukan cuci, mengutip tin dan botol kosong untuk mencari sesuap nasi, mencuci rumah orang, membasuh pinggan di restoran. Katanya biar dia tidak makan tetapi perut anak berisi. Tetapi sekarang tidak bekerja kerana bimbang keselamatan anak di rumah. Mujur bebrapa bulan lalu menerima bantual baitulmal tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung hidup 4 beranak dan sewa rumah.
Duit belanja diberi cuma RM2, untuk anak seringgit untuk tambang bas. tetapi anak yang baik dan memahami seringgit tetap dibawa pulang. Si anak hanya minum air kosong sahaja di sekolah kemudian apabila pulang baru makan nasi berpinggan-pinggan. mungkin RM1 sangat bererti dan besar nilainya....dibandingkan kita...syukur Alhamdulillah.
Semalam selepas pulang dia menghantar SMS, "Ct kalau ada orang nak bg tilam terpakai pun akak terima." .....
*** kalau ada yang ingin membantu boleh hubungi saya ya menerusi emel ctzekabc@gmail.com***

Saturday, January 9, 2010
cuma pandangan...isu agama tiada kompromi
Panas dengan isu sekarang ni mengenai penggunaan nama ALLAH dalam majalah Khatolik Herald. Bacalah kat atas tu antara artikel yang dipetik dalam majalah tu. http://zul4kulim.blogspot.com
Setelah sekian lama beribu-ribu tahun mengapa baru sekarang mereka mahu menggunakan nama Allah? Mengapa dulu tiada...adakah kerana ramai orang Islam sendiri menyokong??
Sebagai orang Islam isu agama memang tiada kompromi memang tidak boleh sama sekali membenarkan mereka menggunakan nama Allah kerana Allah untuk yang Esa tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Sebenarnya pembenaran ini memberi kesan untuk jangka panjang..bayangkan kalau anak aku yang sudah boleh membaca dan bertanya, " mama Allah tu ada anak ke? dia beranak yer? kemudian akan ada lg bermain difikirannya ...
mungkin kalau ibu bapa yang mempunyai pengetahuan agama yang kuat mungkin boleh memberi penjelasan panjang lebar. Bayangkan kalau ibu bapa yang cetek agama...tentu penjelasan tidak dapat diberikan secara tepat. Maka kacau bilaulah fikiran anak tu..dia pun berfikir yang bukan-bukan..lantas mencari jawapan sendiri.
Ingat kisah Aishah Bokhari?? Dia seorang pelajar dari Mesir, sudah khatam Al-Quran, mempunyai ilmu agama yg kuat. Malah ibu bapanya juga kuat agama. Tetapi disebabkan pengaruh kawan apa yang berlaku?? Dia murtad dan hilang begitu sahaja. Itu cuma satu cerita malah banyak lagi cerita yang tidak dihebahkan. Jadi cubalah bayangkan jika perkara ini terjadi maka makin berleluasalah usaha pihak Kristian cuba menyuntik jarum dalam diam..menyebarkan dakyah secara halus yang golongan sasarannya adalah anak-anak remaja.
Ini soal masa depan..mungkin kita cuma berfikir untuk hari ini sahaja...tetapi keputusan ini memberi kesan jangka panjang kepada anak cucu kita sebab itulah sebagai orang Islam kita mesti menentang sepenuhnya.
Aku rasa sekiranya dibenarkan penggunaan nama Allah nanti ada pula agama lain akan meminta perkara sama kerana mereka mengatakan agama itu boleh mengapa mereka tidak? Selepas minta penggunaan nama Allah minta pula gereja di setiap daerah atau kawasan perumahan seperti mana masjid....
Lebih dashyat lagi bayangkan suatu hari nanti mereka meminta pula supaya anak-anak boleh memilih agama sendiri apabila berumur 18 tahun. Nauzubillah...seram apabila memikirkannya. Saat itu jadilah kita seperti negara jiran Indonesia, boleh memilih agama sendiri selepas usia 18 tahun. Mahu ke negara kita dilaknat Allah dengan pelbagai gempa bumi...letupan sana sini...hidup tidak aman kerana sikap kita sendiri yang tidak ambil endah.
Harap-harap isu ini memihak kepada kita. sama-samalah kita berdoa kepada Allah...orang kata mencegah lebih baik drp mengubati. Aku sendiri pun bukanlah arif sangat cuma ingin menyatakan pendirian yang sama...sangat jelek apabila membaca sesetengah pendapat dalam blog apabila ada yang bersetuju mengenai kalimah Allah. Mengapalah sanggup mempolitikkan hal agama...sanggup memberi sokongan semata-mata mahu meraih simpati dalam parti yang dianuti oleh kaum lain. Sepatutnya umat Islam tidak boleh berpecah belah..kena bersatu hati dalam hal ini..kalau orang Islam sekali menyokong isu ini...bertepuk tanganlah 'mereka' sedikit sebanyak tujuan mereka untuk meraih sokongan berjaya.
Friday, January 8, 2010
Family day 2010
Ini gambar Family Day 2008 di teluk Batik, Lumut Perak
tahun 2010 , pada tahun Baru China nanti 13-15 februari depan, family day kami akan diadakan di Port Dickson negeri sembilan. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga.Aktiviti belum plan lagi dengan AJK acara.
Mungkin macam tahun lepas jugak kot yang mesti ada kena bawa hamper tiap keluarga dengan BBQ itu wajib.
kalau dua tahun lepas aku mengandung Fahim 4 bulan tahun ni dah bawa dua anak..ahli keluarga pun dah bertambah drp 33 dah jadi 35 orang.
harap-harap plan Family day ni dapat dijalankan dengan jayanya dan gembira. Amin
Dua tahun lepas pada Tahun Baru China 2008, aku dan keluarga mengadakan Family Day atau family gathering di teluk Batik Perak. memang seronok sebabnya itulah kali pertama kami bercuti dan berkumpul bersama keluarga hampir 33 orang rasanya. Masa tu tinggal kat chalet sahaja. Buatlah aktiviti untuk budak-budak dan untuk bapak-bapak. Dapatlah hadiah yang tak seberapa. Tiap family kena bawa 1 hamper dan kami bertukar-tukar hamper.
tahun 2009, cadangnya memang nak buat juga tapi ada 2 orang anak buah yang ambil SPM, memang tak sempat nak plan apa-apa. Jadinya memang tak ada family day dan duit-duit yang dikumpul sepanjang 2 tahun ni dibawa ke tahun 2010 lah yeeaahaaa...Oh ya kami adakan sistem tabung untuk keluara. Setiap keluarga diminta bayar RM20 jer sebulan. jadi adalah bendahari yang pegang duit tuh. Duit ni memang dikumpul untuk buat family day..
hamper pada 2 tahun lepas
tahun 2010 , pada tahun Baru China nanti 13-15 februari depan, family day kami akan diadakan di Port Dickson negeri sembilan. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga.
Mungkin macam tahun lepas jugak kot yang mesti ada kena bawa hamper tiap keluarga dengan BBQ itu wajib.
kalau dua tahun lepas aku mengandung Fahim 4 bulan tahun ni dah bawa dua anak..ahli keluarga pun dah bertambah drp 33 dah jadi 35 orang.
harap-harap plan Family day ni dapat dijalankan dengan jayanya dan gembira. Amin
Tuesday, January 5, 2010
semangat suami isteri dan anak leukimia
Semalam aku ada asgn kat Ampang. Bertemu dengan sepasang suami isteri yang anak tunggalnya disahkan menghidap leukimia masa berumur 13 tahun. Masa tu anak dia form one. Mmg menarik ceritanya. Semangat suami isterinya harus dipuji bagaimana pengorbanan memberikan perhatian pada anak, sanggup isteri berhenti kerja demi memastikan anak tersayang mendapat perhatian secukupnya . Dalam masa 2 tahun anaknya kena buat kimo, diberi pelbagai jenis ubat, drp kurus menjdi gemuk kerana kesan ubat, habis gugur semua rambut, masa tu peluang untuk sembuh hanya 50-50 sahaja tapi mereka tetap tidak berputus asa terus memberikan semangat dan semangat. Sampaikan doc sendiri mengakui tidak pernah melihat suami isteri yang bersemangat seperti mereka ni.
Lebih menarik anaknya yang tidak pernah ke sekolah sepanjang 2 tahun dan hanya ke sekolah pada 3 bulan sebelum PMR berjaya mendapat 8A dalam PMR dan menjadi pelajar terbaik sekolah. just amazing macam mana semangat budak ni dan parents dia. Katanya sepanjang peperiksaan mereka sama-sama ada di sekolah dan membaca surah yasin untuk anak ni.
Dalam pada interviu tu aku membayangkan kalau berada di tempatnya dah lah anak tunggal, penyakit leukimia pulak. Dengan duit tak ada nak dapatkan rawatan yang hampir mencecah RM300 ribu..bayangkanlah.
Tapi itulah mungkin ini dugaan Tuhan untuk pasangan suami isteri...dan aku perhatikan sepanjang interviu ni pasangan ni sangat romantik. Si suami suka buat lawak jenaka, tidak lekang dengan panggilan sayang, darling...memang tak kering gusi aku dari jam 4 berlanjutan sehingga 6.30 petang baru meminta diri pulang ke rumah.
Siap dijamu makanan..sudah kenyang perut dibungkus pula untuk aku dan photografer..katanya untuk anak-anak dan suami makan. Sungguh murah rezeki pasangan isteri nie. aku doakan moga anaknya akan sembuh 100% drp leukimia. Amin ...

Sunday, January 3, 2010
cerita Fahim
Dah lama tak cerita perkembangan Fahim. 010110 tadi fahim dah genap setahun enam bulan.
Bila makin besar makin banyaklah kerenahnya. makin banyak ler akalnya.
tambah pula dah boleh bercakap lagilah pandai meminta...
Bila nak susu, dia akan ambil botol susu sambil bawa kata mama,"mama cucu,"
pastu nak tidur suruh aku ambil bantal dan bear..kalau tak tak nak tido. Pastu, "mama pok..pok," minta aku tepuk bontot dia.
Sekarang nie kalau buang air besar pun dah boleh bg tau sendiri. Sempat juga lah 2,3 kali aku bg dia buang air besar dalam toilet..ttp kat bawah jerlah. Nak pakai pampers pun bkn main susah lagi berlari nak mengejar dia. tengoklah kalau buang air dah boleh bg tau sendiri dah bolehlah ajar tak pakai pampaers. Actualy buang air kecil dia bg tau jugak ttp selepas buang air ler..," mama...cing..cing," itulah bahasa dia. ambil yang hujung jer.
Kesukaannya main kereta..susun2 atas sofa..sambil buat bunyi kereta.

Lg satu dia mmg suka main air. Sekali 2,3 kali nak mandi. pantang nampak aku masuk bilik air sibuk jer dia nak mandi.
NEW UPDATE DIBABYCOLLECTIONS
TERKINI DARIPADA BLOG dibabycollections...
ENTRY BARU DI BAWAH ENTRY INI YER...
untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.dibabycollections.blogspot.com/
ENTRY BARU DI BAWAH ENTRY INI YER...
untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.dibabycollections.blogspot.com/
ada legging skirt
Saturday, January 2, 2010
kenduri cukur jambul Kasih maisarah
Minggu lepas ada majlis kenduri cukur jambul di PD. Adik ipar aku, Lia yang baru sahaja melahirkan anak ketiga, Kasih maisarah dah masuk 2 bulan lebih pun umurnya.
majlis sederhana..tapi meriah tengoklah gambar kat bawah nie.
gambar selepas majlis habis masing-masing dh selebet.
Durrani yg dah kepenatan tertidur di belakang..fahim jer tak tidur wpun dah kol 11 malam.
Lepas dh habis semua jam 12 barulah gerak balik Bangi. Penat usah cakap ler..esoknya keje pula tu.
Friday, January 1, 2010
selamat tahun baru
Entry baru pemula hari dan tahun baru 010110. Wah cantik sekali angka tu.
Sekejap jer masa berlalu sedar tak sedar sudah berada pada tahun 2010. Bermakna usia semakin meningkat bertambah setahun lagi..kata orang usia tidak mencerminkan apa-apa asal hati sentiasa muda. Ehmm..aku tidak mahu berpegang dengan kata-kata itu kerana pertambahan usia bermakna kita harus melihat ke belakang apa yang telah kita lakukan dan telah dicapai sepanjang tahun 2009. Alhamdulillah Tuhan masih memberi peluang meneruskan hidup..
Tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis terutama dalam kerjaya.
Tahun majalah kesayangan aku ditutup pada April 2009, kemudian aku ke bahagian buku sempat selama 2 bulan sahaja kemudian tercampak lagi ke department Jelita dan sempat bersama jelita lima bulan sahaja.
Penutup tirai 2009 cukup membanggakan dan mengembirakan aku.
apa yang aku impikan tercapai juga. Terima kasih Tuhan. Orang kata berkat kesabaran menunggu sekian lama...
Bertugas di tempat baru, syarikat baru, suasana baru cukup mengujakan dan itu aku kira adalah pencapaian membanggakan pada 2009.
Insyaallah menjelang 2010 aku ingin bekerja lebih keras, bersemangat dan penuh dedikasi.
banyak juga azam sebelum ini tidak dapat aku laksanakan dek kerana masalah kewangan. Terutama azam mengumpul aset. Harapan pada 2010 dan tahun-tahun seterusnya semoga semua impian itu akan terlaksana. AMIN.

Subscribe to:
Posts (Atom)