Monday, June 15, 2009

hari ibu dan bapa @ MENARA KL

Gambar-gambar sepanjang majlis Menyanjung Ayah Bonda anjuran majalah jelita dan Anjung Seri di Menara KL petang semalam. Majlis sepatutnya bermula jam 2.30 petang tetapi dilewatkan ke 3 petang disebabkan menunggu tetamu termasuk artis yang kebanyakannya sampai lewat.Antara artis jemputan ialah Shila OIAM dan adiknya Syada, Zarina Zainuddin bersama anak-anaknya (3 orang), Mas Anizan dan 2 anak, Datin Ziela Jalil bersama dua anaknya, Mak Nani, Vanidah Imran dan Shedee ttp dorang datang lewat sebab ada function lain sebelum tu.

banyak acara diadakan ni salah satunya, bual mesra bersama mak nani dan chef Anuar mengenai ibu.
Persembahan nyanyian oleh Shila OIAM dua lagu dan adiknya 1 lagu. Suara adik shila lg power drp shila.

gambar krew bertugas, Ain dan Fred, bergambar di tepi tingkap yang besar.

Ni pun krew bertugas juga. Dalam sibuk-sibuk sempat bergambar uols
Fred dgn Mas anizan. mula-mula malu pulak fred nak bergambar last-last nak juga.
gambar aku haruslah ada. manis sgt mas anizan ni. ingt lagi masa dia muda-muda tengah popular lawo sgt dia ni. masa tu tgh gosip bercinta dengan Ijoy. Tapi jodohnya dengan arwah ali bapoo tuh.

Dr Mega View tu tingkt paling atas, boleh nampak seluruh KL. Kalau malam lg cantik aku pernah naik sekali pada waktu malam kat restoran berputar tu, itu pun sebab ada shoting fesyen kat atas.
Acara mendapat sambutan adalah makan maggi paling cepat. mak suapkan maggi kat anak. ni Xeditor Jelita, kak ana bersama anaknya

mas anizan pun masuk juga acara ni dgn anak bongsu dia

kak kusyi pun masuk juga

Ada acara menghias kek untuk kanak-kanak. Ni kalau bawa Durrani ni haruslah dia join pertandingan ni.
Excited sungguh bebudak ni hias kek, ala conteng2 jer..
Hadiah untuk pemenang. pertandingan lain spt menghias bunga untuk kaum bapa, pakaian beragam dan pertandingan memasak.
Semua hadiah adalah ditaja yer uols. antaranya tajaan Maggi, corning wear, hadiah set memasak, ada percutian dan macam2 lagilah.
habis majlis dekat 6.30 petang, husband aku asyik bersms jer tanya bila nak balik, maklumlah dia kena jaga 2 anak kat rumah tuh. aduhh pening kepala aku, dah ler sibuk dgn function. masa sampai rumah 7.30 ehhmm aku tgk anak-anak ok jer..si kecik dok sibuk main-main, samalah ngan durrani.

Sunday, June 14, 2009

ke Menara KL

oh petang ni jam 2 ada function Hari Ibu dan Bapa majalah jelita di menara KL. Aku kena ada sana jam 12.30 saja dtg awal kalau-kalau ada apa-apa yang perlu dibantu. nasib baik Fahim dh sihat sikit badan pun dh tak panas. mana taknya malam tadi mmg berjaga betul setiap 4 jam aku bangun dan kejutkan dia bg makan ubat. Walaupun nangis terpaksa juga bg ubat sebab nak cepat baik lepas tu tuala basah sentiasa letak kat kepala dan badan. kalau tak buat cam tu selalunya 2,3 hari jugaklah demamnya. Mahunya esok aku kena EL, ttp tgk keadaannya hari ni alhamdulillah boleh keluar dengan senang hati sikit mudah-mudahan petang ni dah sihat betul. tadi bg makan nasi dgn sup pun dah berselera makan.

Oh petang ni majlis bertemakan a touch of white. Nasib baik baju putih aku banyak..ala minum petangkan pakai kemeja dgn jean pun dah ok. Tugasan aku adalah 'jaga artis' hehhehe tiap2 kali kalau ada finction gitulah tugasan yg diberi pd aku, jaga artis tu maksudnya kena cari artis yg akan datang untuk function ni, pastu pastikan saper yg nak perfom, berapa lagu, lepas tu sentiasalah keep in touch ngan artis2 ni kot2 last minit ada yg cansel ker? masa function pastikan artis dtg jam berapa, berapa org, lepas dh datang kena intertain artis nilah, kalau yg perfom pastikan minus one diberi pd krew bertugas, lepas tu bila nak balik say good bye dan thank you, pastu muah..muah..kiri kanan dan habislah tugas aku.

Gitu jer..nampak senang jer kan...tetapi selalunya kalau artis tak best, artis tk datang, last minit cansel kitalah yg kena, ttp dah biasa dah benda2 cam gini...org kata kena guna banyak planlah..plan A, plan B, Plan C hehhehe

Saturday, June 13, 2009

fahim demam

Ni baru balik dari klinik, bawa Fahim jumpa doktor. Alkisahnya malam tadi kawan husband berikan murtabak ni, jadi aku pun excitedlah makan. Dah tu fahim pun excited juga minta...aku bg ler sikit sebelum ni pun aku dah pernah bg dah dia rasa murtabak, oklah tak ada apa-apa..alah bg pun tak banyak. Cukup sekadar merasa.
Selepas itu setengah jam kemudian dia mula batuk, drp sikit batuk dua tiga kali cam ada benda melekat kat tekak. Aku pun tengok ler dlm mulut dia, kalau ada, mmg tak ada. Lepas tu dia muntah dan keluarkan semua makanan, termasuk murtabak yg dia makan tadi. panic ler juga bukan apa takut tercekik jer..puas juga tengok kat tekak mmg confirm tak ada...muntah pun dah kurang ttp aku tetap tak puas hati bawa juga pg klinik malam tadi.

Masa jumpa doc, doc kata perut dia banyak angin maybe punca drp murtabak tuh yg tak sesuai dgn dia. mungkin campuran bahan tu ada asid ke apa ker..mana tau kan. Bukan sebab tercekik atau apa. lega dengar...ttp kesian juga sebab salah aku ler bg murtabak tu kat dia. Balik jer rumah tengah malam badan dia dah panas...dan makin panas. Ubat demam mmg tak minta tadi..nasib baik ada ubat bontot terus jer aku masukkan...dan subuh tadi dah berkurang sikit..alhamdulillah. Ttp tetap nak bawa ke klinik pg ni.

bangun pagi sempat lah masak jemput-jemput, husband pulak bg fahim rasa sikit jer pun, dan aku pun kata ala bg jer sikit jgn banyak. Lepas tu terus jer dia batuk-batuk dan muntah balik. Alahai...mmg doc dah pesan jgn bg makan apa-apa...ingtkan ok..alah sikit sgt pun bg.
lepas tu terus jer bawa pg klinik yg sama dan doc yg sama..doc tu senyum jer..sambil kata, "kan dah pesan jgn bg apa-apa makanan," hasben aku sempat nyampuk tuh, " ala sikit jer doc..sikit sangat,"
"mmglah sikit ttp tu dah menganiaya anak, kan dah muntah balik," dia kata sambil senyum-senyum. terus jer husband aku diam. mmg salah sendiri pun. Terus dpt ubat berbotol-botol, ubat demam, batuk, selsema, antibiotik, ubt angin, ubat masuk bontot. Balik bg makan ubat terus tido. Harap2 fahim oklah..sebab esok aku ada function hari ibu dan bapa kat Menara KL. kalau dia masih demam susah juga cik abang nak jaga ni. tadi pun dia dah tanya, "esok awak pegi juga ker function tu?"
tak terjawab lah aku sebabnya mmg kena pagi juga..lg pun ini function terakhir untk thn 2009 kot. Rasanya lepas ni tak ada function apa2 dah.

Pagi tadi juga Vanidah Imran pelakon tu call, bg tau kemungkinan esok dia tk dapat hadir, alahai..cam ner ni dah janji nak dtg. pastu aku pujuk2 juga...yerlah makcik2 dan akak2 tu dah tahu dia adakan mesti semnagat nak pg function esok.

"Ok kak V trylah. nanti petang kak V call ct balik," katanya. jangan NAN ADO sudah..gitulah kalau cansel last minit ni mmg dah tak leh cakap apa dah reda ajerlah.

Friday, June 12, 2009

nak buku kartun

Masa balik kampung hari tu, durrani xcited sangat baca komik Doraemon kepunyaan sepupunya, aton (sama nama cam ko ton). Pada hal bukannya boleh baca pun ttp dia suka tgk gambar. Pastu masa balik KL adalah dia sebut-sebut pasal buku dan abahnya pula cakap, "nanti abah beli buku ekk"
Apa lagi terus dia ingat. balik dr umah Mak iDa petang semalam terus jer dia tanya aku, "mama beli buku eehhh?"
terkedulah sekejap, pengingat rupanya budak ni, " mama tak sempat beli ler. Esok ekk kita beli" sebenar dah banyak kali jg janjikan dia.
malam td masa abahnya keluar dia carikanlah komik Doraemon tuh. Ttp tak jumpa yg ada komik kat bawah ni. Hentam jerlah asalkan komik, supaya dia tak tanya lagi.

Inilah komiknya...bolehlah asal banyak gambo dalamnya. Bknnya pandai baca pun. Jgn dia suruh aku bacakan sudah spt buku Aladdin ngan pelita Ajaib tu. Sampai aku dah hafal dialognya..

Dapat jer terus baca dgn kushuknyer. sampai lupa hagemarunya

Xcited tahap gaban ni. Jgn kacau..jgn kacau

Kalau buku yg bergambar binatang ker, nombor ker sekejap jer. Pastu dia dah malas tgk. Lebih suka buku yg bergambar ada orang...


senyap..senyap...Syyyhhh...

menu kampung

Agak-agak korang ada lagi tak kat KL ni org makan style dalam talam gini?? Sambil duduk bersila bg lelaki dan bertimpuh bg perempuan. Ttp aku belasah jer makan bersila senang nak makan. Rasanya dah tak adakan. makan pula guna pinggan lama putih berbunga di tepi. Dengan menu-menu kampung, ttp idoklah kampung sangat pun cuma kalau di kampung masakannya rasa kampung sangat.
kenduri kendara kat kampung pun susah lg nak cari makan dalam talam gini sebab semuanya dh guna katering gitu. Ttp masa aku kahwin hari tu masih bertalam tau..ttp idoklah tetamu bersimpuh, makan atas mejalah.

teka lah menu apa??? sapa betul dapat hadiah..

Ini gulai ikan keli dgn timun. Ikan keli kt kampung masih lagi yg original bukan yg bela..kalau bela ni gemuk-gemuk gitu. ntah apa yg dibagi makan. Nak makan pun takut.Kalau ikan keli dlm bendang ni comel-comel jer.. aku mmg suka ikan keli tmbh2 kalau digoreng atau dibakar cicah dengan air asam..pergghh sedap..meleleh air liurku.

Acar timun dgn nanas.
Kerabu. Ini pun feberet juga. Kalau letak jantung pisang ngan kerang lglah sedap. Ini cuma taugeh dgn pucuk ubi kayu jer..

p/s: Semua menu di atas adalah resipi bonda terchenta yer. Cuma satu jer resipi aku...

shooting semalam

Selesai juga semalam shooting pengantin bertudung walaupun last minit call butik pengantin tu tapi baju-baju yang dia bawa memang 'meletop'. Aku suka simple ttp bila dipakai nampak menyerlah. Aku ambil drp butik ariweddingcouture kat Pandan Indah. Gambar ni pun aku cilok drp blog dia..aku tak sempat amik gambo..bolehkan Ari??? tak boleh pun dah amik dah 2 keping.
Seronok bekerjasama ngan Ari ni dia sgt memahami dan tahu apa yg kita nak..lepas ni kita buat projek lain pulak yer..

Ni dua keping gambar aku tempek kat sini...baju ala-ala jubah sesuai untuk bertudung dan tidak bertudung. dres pink ni cantik giler..hahhahah rasa nak kahwen lg sekali jer..motif????

Ni warna gold..cantik juga...sesuai untuk yg tinggi lampai. Model ni tinggi bebeno sebab itu ler kain nampak senteng.
Ohh nak promote sikit semua gambar2 ini akan dimuatkan dalam majalah koleksi pengantin bertudung. Nantikan kemunculannya...

Thursday, June 11, 2009

comat-comot

Sebab tu ler aku tak suka kalau dia makan ais cream..nak nak pulak kalau time nak jalan ke mana-mana. Dah lawo-lawo ni kenalah tukarkan baju, mandikan balik. Habis comot semuanya..spt gambar di bawah ini.


Melihat wajah sendiri di cermin..ingat cun ler tuh
Siap jilat-jilat bibir lagi sedap sgt agaknya
terbalik pulak gambo..penuh perasaan sungguh makan
baju dah ok..ttp muka out lah...comot..
sedap sungguh nampaknya
Cam nerlah tak kena hidung makan gitu...


Walau macam manapun aiskrim mmg ler kegemaran kanak-kanak. bkn saja kanak2 org tua pun suka. jadinya biarkan ajerlah nak comot ker apaer ker..

selesaikan hutang tag

Dapat tag drp blog sweetfiza. panjang juga tag, malas nak memikir inilah jawapannyer ahaks..

1.Apa Perasaan Anda Sekarang?
Pagi-pagi ni dah rasa risau sebabnya aku ada shooting pengantin bertudung pagi ni dgn butik kat Ampang last minit butik tu cansel, dah kol 7 malam baru call. Masalahnya no hp model aku sudah tinggal di office minta bantuan member dia pun tak ada juga. Terpaksalah aku proceedkan. takkan aku nak cansel ngan model pagi-pagi pulak...tak profesional ler pulak..dia dh datang office aku cansel pulak. Lastnya malam tadi aku minta tlg make up artis carikan butik yg boleh buat last minit. Alhamdulillah dapat ler..cumanyer aku risau kalau baju pengantin yang dibawa tak memenuhi citarasa aku. Reda jerlah kan...dah last minit namanya drp tak ada langsung.

2.Saya nak makan...
Perut tengah keroncong mmg rasa nak makan sangat. Lapo..lapo..lapo...apa-apa makanan pun ok. Tp aku dahaga sebenarnya tk dapat makan dpt minum pun ok..'Mai secawan"


3. Saya tak suka...
kalau berkaitan kerja canselkan photoshoot last minit, tak kiralah make up artis ker, photografer ker, model ker, baju ker..janji cansel. aku cukuplah tak suka...bkn apa bukan senang nak arrange balik. Malas oohh nak cansel..sebab tuh kepala hotak kena ada plan B.
kalau berkaitan perasaan ni aku tak suka kalau tetiba tak ada masalah tiba-tiba tak tegur aku dan menjauhkan diri drp aku. Bak kata org utara, " tak tau pasai apa, tiba-tiba dok senyap jer. senyum pun tak mau apa lagi nak tegoq"
kalau makanan dan minuman tak der yg aku tak suka..semua suka beb..

4.Impian saya?
Nak pi Mekah..tak kiralah buat umrah ke haji ker
Pastu ada duit banyak..duit yang tiba2 jer...tak pasal-pasal aku dapat dalam 1 juta ker..fuyooo Mak cik kayoooo. pastu leh sedekah kat adik beradik..org2 susah..saper2 yg memerlukan, aaahhh sebelum tu guna untuk diri sendiri dululah yer (sungguh materialistik aku ni yer)

5.Haiwan yang saya tak suka?
Uhhh..aku paling GELI dan TAKUT pada TIKUS tak kisah tikus mondok, tikus keturi, mak tikus anak tikus, bapak tikus..semua yg bernama tikus. termasuk tikus mainan. Adik beradik tikus mmg aku geli dan takut. Jadi pd tikus2 jgn dtg dekat pada aku...yer.

6.Saya harapkan..
Kalau sekarang ni aku nak diberi kesihatan yang baik untuk diri sendiri, anak2, suami, kaum keluarga. Dimurahkan rezeki...dan kalau dapat bertuko tempat kerja..ini yg aku wish sejak dulu ni ttp tak dak rezeki nak wat lagu mana. Pastu lg sekali nak dpt duit banyak hahhahha (verangan lah aku nie)

7.Jika boleh putarkan masa?
Soklan ni paling aku suka...aku nak belajar rajin-rajin balik..sampai pandai masuk u, pergi belajar kat oversea, jurusan medic ker..engineer ker..lawyer ker..buka klinik sendiri, firm sendiri gaji besar tiap bulan. hahhahha...tak mau jadi wartawan ni gaji kecik susah nak kayo...(kayo lagi...betullah mmg aku materialistik tanpa disedari hehhehe)


8.Saya pada 10 tahun akan datang?
Wahhh masa tu aku dah umo 42 tahun. belum tua sgt lg kan. Anak yg sulung dah 13 thn baru form one, yg kedua dah 11 tahun, masa tu dh ada anak ke3, ke4 kot InsyaAllah mg dimurahkan rezeki anak. Masa tu aku doakan agar aku sihat hendaknya. Tak mau makan gaji lagi..masa tu dh ada bisnes sendirik...(ttp tak tau bisnes apa..takperlah sayakan suka verangan ahaks)


9.Handphone saya adalah sebuah?
Tak ingatlah beb..sebab hp gua guna yg lama punya. meh..meh..kalau ada yg nak hadiahkan yg baru...

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Aku dulu sangatlah tidak percaya pd cinta ceewah...bercinta sekali jerlah dgn suami ..tiada 2, atau 3..auwww...

11.Saya suka pada
Semua benda yg boleh membuatkan aku gembira itu ler yg aku suka

12.Kawan-kawan saya
Kwn2 opis yg ramai...kwn2 time belajar kat USM dulu..kwn2 sekampung, kwn2 bloger

13.Pernah dikhianati?
Khianat macam mana yer..soklan tak jelas ekekkeke. sila jelaskan kemudian baru aku jawab

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
buat bodo jer...akkakakkaka

Senaraikan 8 orang untuk di Tag:

Saper ekkkk

Aton
bennie
intan
joyahglamer
niza
ummiabiqis
mummydaisy
mama aiman ngan aisya

Wednesday, June 10, 2009

wanita paling kerdil di dunia


Inilah dinamakan kebesaran Allah. Tengok ler budak tu kecil jerkan? Dia adalah wanita paling kerdil dan kecil di dunia. Berketinggian hanya 0.59 m (23.5 inci ) dengan berat 5.4 kg, lebih ringan drp anak aku Fahim yang berusia 11 bulan. Jyoti Amge berusia 15 tahun dan berasal dr India. Menurutnya dia bercita-cita menjadi seorang aktres apabila dewasa dan dianggap sebagai selebriti di tempat kelahirannya, Nagpur, tengah India."Ketika berusia tiga tahun, saya sedar saya berbeza dengan kanak-kanak lain."Saya tidak takut atau kesal dilahirkan sebagai orang kerdil malah saya berasa bangga dengan perhatian yang diberikan," katanya

jom berinai

Balik kampung tadi Durrani telah melihat tangan atuknya yang merah berinai. Lalu atoknya berjanji nak memakaikan inai pada Durrani. Selepas mandi elok jer dia minta inai dr atoknya dek kerana telah berjanji terpaksalah ditunaikan.
Ini inai Mekah. Senang sahaja picit dan sapukan terus pada jari. Inai jenis ni tak tahan lama dua, tiga hari dah hilang warnanya. tak macam inai giling itu mahu sebulan warna masih melekat pada jari.
Mula-mula pakaikan sebelah tangan jer dulu, lepas itu dia nak dua-dua belah tangan pula. tengok ler betapa gumbiranya apabila dapat berinai.

Aku minta dia tayang inai pada jarinya. Itu baru jer pakai dan belum basuh lagi sebab itu lah nampak kotor sikit


SElepas 20 minit, "mama cuci mama"
aku pun membasuhkan jari jemarinya dgn air. Lihatlah hasilnya, memang merah waktu mula-mula basuh.
Pose sambil menunjukkan inainya. "lihatlah hasilnya"
Lepas dah sapu tangan dia minta sapu kaki pulak. Idoklah aku nak sapu kesemua jarinya..aku sapu kuku sahaja. Kedua belah kaki di sapu dengan inai.
Selepas dah siap, atoknya berkata, "try sapu tepi kaki pulak"
aku ni teringin gak nak buat eksperimen kat anak..huhuhu..bkn tandanya aku nak dapat menantu cepat yer uolss saja suka-suka nak tgk reaksinya apabila melihat inai dikaki. Dia sangat excited uols...senyum sampai ke telinga.
Inilah hasilnya apabila kaki dan tangan diinai. Pastu mak aku buat lawak," ala nak jadi pengantin ker" lagilah dia senyum-senyum sambil sebut 'penantin' bukannya dia faham pun apa itu pengantin. Ttp masa pg kenduri hari tu baru tunjuk mana satu pengantin.
Masa hantar ke rumah bb sitter pg tadi terus mak ida tgk tangan dan kaki berinai, "alah fatin balik kampung kahwin ekkk..tak cakap ngan mak ida pun," masam jer mukanya sebabnya dia tak mau pg rumah Mak Ida, seronok bercuti agaknya.

main dalam kereta

Aku kalau bertolak balik kampung pagi atau tengah hari, memang ler agak memenatkan sedikit sebabnya Durrani dan fahim memang tak reti nak diam. Fahim tak mau dipegang langsung. kalau dilepaskan memanglah dia akan ke depan tempat driver siap nak tarik stereng lagi. Si kakak pula pun sama bergayut kat tingkap pastu belum sampai keluar KL lagi mulalah buka mainan dia. Dia ingt kereta tu macam rumah agaknya.
Inilah habis dibuka semua mainan dlm beg tu dan main. nasib baik ler tempat duduk belakang tu dah jadi macam bilik dah siap boleh tido lagi. Siap susun kereta jadi panjang...kemudian jatuhkan kereta tu..susun balik.
Sebab itulah sonok jer dia main. Tanpa memikirkan yang kereta sedang bergerak..janji boleh main. kalau agak-agak husband aku brek mengejut menyebabkan mainan dia bersepah dia jerit ler, "abah..lajunya" sekarang dah pandai dah kalau tgk kereta lori atau bas siap cakap, "bahaya ler"

Siap gaduh-gaduh lagi dlm kereta sebab adik kacau dia main.

fahim pula suka duduk kat celah kaki.Seronok agaknya terhoyong hayang.
Bila dah penat terus tertido. Badan kat bawah kepala jer letak kat toto.

Ini pula masa nak balik dr kg ke KL, bertolak 6.30 petang. Aku suka kalau bertolak petang-petang ni, bukannya apa dorang sonok main sekejap jer pastu masing-masing dah ngantuk. sebab dah petangkan, mata pun stim jer..aircond plak tu sejuk..kalau tengah hari panas.
Masa ni Fahim jer sonok main, kakaknyer masuk kereta terus baring dan tido. Dia pulak nak kacau-kacau kakak.
Tgk ler tido dengan lenanya. Aku pakaikan pampers dan tido terus sampai KL. Senang keje aku tak payah nak berhenti2 nak buang air (dasar mama pemalas ni hehheh) sebabnya aku pun boleh ler berehat sama sambil melelapkan mata barang seketika.
See...sebab itu ler aku suka kalau balik petang. Anak-anak boleh tido dengan lenanya drp mula masuk kereta sampai ler ke KL. Perjalanan pun aman jer tanpa gangguan dan tangisan. Tak payah nak berhenti, terus jer...3 jam lebih sikit dah sampai rumah. kalau berhenti2 ni maunya 4 jam lebih sampai. Tapi husband aku drive laju jugak..kadng2 sampai aku tegur kereta kat depan..yerlah dah rapat sangat barulah nak potong. Aku yang kat belakang ni naik takut dibuatnya nak tido pun tak senang hehheheh. Itu kalau mood nak bawa laju ler..kalau rasa nak santai-santai biasa jerlah.