Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi



KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.


***Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN.


Sekejap jerkan kalau dah sampai ajal memang kita tidak dapat menolak walau barang sesaat pun. Daripada sihat..tiba-tiba sakit dan terus pergi meninggalkan kita. Lepas ni tiada lagi suara ceria bersama Aznil di radio Era.

Anak aku pun suka tengok arwah dalam Afi dan Abah sebagai Pak Rahim juga watak Kicap dalam Tom Tom Bak. Hilang lagi seorang pelawak, juga penghibur berbakat semula jadi.

3 comments:

ibu_Arifa said...

al fatihah..tiap2 hari dok tgk ulangan raja lawak kat astro..terasa mcm dia masih bersama kita lagi..sedihnyer..takziah buat keluarga arwah

Unknown said...

usahkan budak ti, aku pun suka tgk watak pak rahim tu...mmg selamba kena buli dgn anak2 dan bini dia...lepas ni, tak dpt dah nak tgk aksinya yg mencuit hati...al-fatihah. Takziah buat keluarga mereka semua.

Ti, ko ingat tak? kak Lily rozana yg keja skjb tu je..ala yg pernah kerja kat BP selepas linda tu kan...seingat aku rasanya adik arwah kan...muka depa sebijik dan kak ana tu pun kelakar jugak...

rynas said...

ibu arifa- yerlah masih terbayang2 lagi keceriaan dia dlm Raja Lawak tuh.

Lili- Ingat akak tu..mmg adik arwah tuh. cam nerlah keluarga dia nak menghadapinya kan..sebab sekelip mata jer.. Dugaan Tuhan.