Saturday, April 17, 2010

buat massage


Dah lama tak berurut.
Selalunya buat massage bila ada rawatan percuma yang diberikan selepas selesai tugasan. Hehhehe..biasalahkan muka free inilah dia. Itu pun masih ada hutang yang belum aku jelaskan di sebuah spa di Bangi disebabkan tiada masa ke sana.
kali ni spa di Bangi juga, Zouk Spa yang ada 26 cawangan di seluruh negara. tempatnya cantik, kemas, bersih dan sangat selesa. Biliknya bertemakan merah & hitam serta dihiasi bunga-bungaan segar yang sangat menyedapkan mata memandang.
Oleh kerana aku ni jenis tak tahan diurut, jadi dari awal-awal lagi dan bg tahu pada tukang urut tu, " manja-manja sahaja yer kak,"

Tapi sekali..perghh..manja-manja dia sangat ler..ehhm..nak kata sakit..tak sakit..tapi sedap.
tambah2 bila kena urut tulang belikat..dan bahagian bahu. rasa nak terlena jer.
Selepas selesai..pergghh..sangat lega.
hilang semua sakit kepala dan bahu rasa ringan.
lepas ni haruslah kan...teringin nak buat sauna pulak, sebab sangat bagus untuk memecahkan lemak2 selain mencantikkan tubuh dan baru aku tahu sebenarnya berurut juga sangat bagus kalau nak langsing dan cantik. sebab boleh memecahkan lemak dan membuang angin dalam badan. Sebaiknya sebulan sekali pergi berurut atau buat sauna. Patutlah aku tgk pemilik spa ni sangat cantik dan langsing...rahsianya dan tentulah rajin buat sauna dan berurut.

Harga pun tak mahal..1 jam urut cuma RM50 sahaja.
Sauna 1 jam cuma RM60 sahaja.

9 comments:

fabulous.farah said...

mahal jugak eh sejam 50..pernah pergi kat bangi scrub+ fullbody massage die urut lebih sejam..60. tp xdelah beze sangat

ennieva fauzi said...

bestnya...tapi nak buat pedicure ngan menicure dulu ler

YatieJay said...

Salam...

Bestnya pergi berurut. Saya pun jenis tak tahan kena urut, tapi kalau badan dah terlalu sakit paksa diri juga kalau tak makin teruk.

Teringin sangat nak gi spa...tapi ada saja kekangan (anak, kerja etc...)

rynas said...

farah..kalau saya 60 sejam tu kira oklah sebab sebelum pernah buat review spa yang lg mahal sejam 100 lebih.

rynas said...

ben yer..ben kita buat pedicure menicure dulu ekk.. aku nak buat reviewlah karangdapat diskaun hehhehhe

fabulous.farah said...

ye kot..kalo spa-spa mahal ke kat hotel ke..tapi farah biasa g spa-spa yang kecik-kecik..harga die murah sikit=p hasil pon memuaskan..hehe

maya amir said...

tak penah gi spa.. teringin nak gi..byk sgt yg membuatkan tergendala..mmg boleh meredakan tekanan ye?

rynas said...

maya- aahh..sebab lepas urut badan rasa ringan jer. tapi itulah biasanya kekangan faktor masa ler..dgn duit hehhehe

rynas said...

yatijay- mmg pun bg kita yg bekerja ni masa tu menjadi kekangan utama. kalau saya ni buat time pg buat review terus jer..kalau tak mmg tak dernyer nak pg