*Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar*
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal duniaketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.Maka bergegaslah ustaz M ke hospitaluntuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya,kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah orang luar. Maknanyaseorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa haribagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudianitu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M.Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudahpun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asartempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ",ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",balas ustaz M.Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapahari 'pending'.Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nakmengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Dibilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospitaldan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imamtersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telahditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yangmemandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebutdengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini jugaberpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggalsebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orangsedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya.
Begitu juga orang di sekeliling.Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan"ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakankan?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahajayang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya padarakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidupsehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selaindaripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik,amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
*MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT*
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yangmeninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuha.Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunatTahiyyatul-Masjid sudah pasti. Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni,Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "UusyikomBitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. . Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang bolehdiucapkan selepas itu melainkan,
"Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakatsetempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada jugayang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yangbaru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alamyang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskannafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada dibelakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat dudukatas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaankhutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihatbeberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu danpeliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masihmengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustazM lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangisungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama diamenguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazahimam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronokmelihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..YaAllah....... ......
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntahdari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasibunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatanganbakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah iaboleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula olehamalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatansebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
4 comments:
sangat berguna dan menginsafkan..thanks for sharing=)
Bergenang mata baca kisah2 ni....mengisafkan!
Macam mana pulak bahagian kita 'esok' ye?!
baru sempat nak baca.. insaf jap. risau giliran kita pulak mcm mana nnt..
Subhanalla..Maha Suci Allah!Terima kasih kerana berkongsi!
Post a Comment