Dahulu ketika penulisan disiarkan dalam majalah jarang-jarang sekali aku menerima sms, email atau call mengucapkan terima kasih kerana telah mengeluarkan artikel yang bagus sehingga boleh merubah kehidupan atau perniagaan mereka.
tetapi kini sangat berlainan, boleh dikatakan hampir setiap hari...apabila artikel keluar aku terus dihujani sms dengan ucapan terima kasih, email yang menyatakan rasa gembira atau panggilan telefon yang memberitahu rasa suka. Itu belum termasuk email-email yang meminta nombor telefon mengenai syarikat atau individu yang aku tulis.
Ada pula terus menghantar hadiah dek kerana terlalu gembira..ada pula terus menangis kerana cerita yang dipaparkan terus membuat kehidupan mereka berubah daripada miskin kini kehidupan bertambah selesa.
Wahh besar sekali penangannya menulis di dada akhbar dengan majalah. Terasa kehidupan mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada masyarakat. Terasa diri sangat penting untuk terus memberikan info berguna dan bernilai kepada pembaca.
dan satu kisah yang belum ditulis membuatkan aku mula terfikir mengenai nilai hidup yang seharusnya dihargai sebaik mungkin. Wanita itu banyak membuka mata dan hati untuk terus berfikir mengenai kehidupan yang singkat dan sesingkatnya hidup ini wajar dilayari dengan bahagia.
Kisahnya sangat menarik dijadikan panduan, mempunyai 12 orang anak, suami pertama meninggal selepas 2 tahun berkahwin, kemudian hidup bermadu...dengan seorang anak menghidap pengakit jantung berlubang, tetapi mampu mendidik anak-anak menjadi insan berguna walau hidup serba kekurangan. Wajahnya sentiasa ceria kerana dia sentiasa mengambil setiap ujian sebagai sesuatu yg positif. Dari sinar matanya yang cerah menunjukkan dia memiliki jiwa yg kental. Wang bukan penentu..tetapi bagaimana dia menghargai nilai hidup itu sendiri.
"kalau ikutkan memanglah tak cukup, tapi Allah sentiasa murahkan rezeki akak. Allah sentiasa bersama akak walau akak diberi ujian besar" katanya.
Paling membuatkan aku terharu ketika pulang dia meminta untuk mengambil baki mihun sup yang cuma tinggal sedikit untuk dicampur dengan baki mibun supnya untuk dibawa pulang.
"Akak tak per ke ambil sisa makanan saya?" tanya aku.
"tak perlah ct akak tak kisah pun. Inikan rezeki tak baik membazir. Lagipun mana tahu rezeki yang tinggal ni bawa 'ong' kat akak," katanya sambil tersenyum.
terkelu aku sebentar. Sampai begitu sekali dia menghargai rezeki, sehinggakan baki makanan dibungkus untuk dibawa pulang. sedangkan kita yang dilimpah ruahkan dengan rezeki sentiasa membazir makanan...huhuhuhu itulah nilai paling berharga yang aku perolehi pada hari itu.
8 comments:
huhuhu..best la kan..rasa dihargai=)
seronok awk dpt dalami mcm2 kisah hidup org..
susah senang...kaya miskin..
teruskan menulis :)
farah- yer macam2 manusia bila kita jumpa dgn pelbagai peringkat manusia barulah kita memahami mereka
ana- aahh..kdg2 kisah2 masyarakat buat kita jd insaf sangat.
tie, ini sumbangan kita pada masyarakat..walaupun tak besar tapi jadilah untuk meringankan sedikit beban..memang menulis di akhbar lebih puas dari majalah...khalayaknya ramai serta telus...aku pun dapat rasa banyak perbezaan di sini. Sibuk tapi lebih gembira dan tenang.
yer ben..dulu menulis setakat nak muatkan dlm majalah hujung bln dapat gaji. Tapi skang bila gaji dah banyak terasa menulis tu untuk masyarakat plak.rasa ikhlasnya tuh..
wah..kerja yg mulia ni kak rynas.. cerita yang baik kita buat lah contoh utk menginsafkan/memperbaiki diri kita..betul tak?
bab cerita makcik yg mintak bungkus baki makanan tu, saya pun terharu..teringat pulak kat makanan yg xhabis dimakan yg selalu dibuang.. insaf..insaf
ibu arifa- yer Min cerita2 yg baik patut ler dibuat pengajaran. bila akak fikir balik senangnya kita ni membazir makanan disebabkan kita senang dapat. bayangkan org2 susah yang makan sisa makanan orang, kutip tepi jalan betapa mereka tu sangat menghargai rezeki. terus insaf tak mau bazir2 rezeki lagi huhuhu
Post a Comment