Sunday, April 18, 2010

petua elak demam denggi

Oh aku baru balik dr Hospital Port Dickson, melawat kakak ipar yang kena demam denggi.
Dah seminggu lebih dia demam tak mau kebah-kebah, pergi klinik tp doc tak dapat detact sehingga buat ujian darah di hospital baru ler sah denggi.
Dia kata masa demam badan sengal-sengal, sendi semua sakit, sakit yang amat, kepala sakit tak lalu makan. Masa melawat tu hampir 10 botol air dah masuk dalam badan. Itu belum masuk 100 plus lagi.
Satu petua yang aku dapat, kalau demam tak kebah2..kemudian sengal2 badan terus jer makan sup ketam sebab itu jer ubat untuk elakkan platlet darah membeku. Sup ketam boleh mencairkan kembali darah dalam tempoh yg singkat. Jadi untuk penghidap denggi makan ler sup ketam banyak-banyak. kalau rasa nak demam pun terus jer makan. tak rugi pun...
Masa kakak aku dimasukkan ke hospital platlet darahnya 18 sekarang dah meningkat ke 22 dan hanya sehingga mencapai 100 baru ler boleh pulang.
macam2 kan penyakit sekarang nie...harap-harap kita sekeluarga terhindarlah drp pelbagai penyakit dunia ni AMIN.

oh lagi satu petua drp seorang kakak yang aku kenal, anaknya disahkan denggi berdarah, sehinggakan kat liang2 roma dah kuar sikit darah..mmg dah kronik...ntah macam mana kakak ni teringat nak bg anaknya minum air zam-zam... agaknya dah kehilangan puncakan terus jer teringat air zamzam. Dengan kuasa ALLAH lepas jer minum platlet anaknya meningkat dengan cepat dan doc pun terkejut dengan keajaiban air zam-zam ni. Lagipun air zam-zam tu banyak khasiatnya...kita hanya berikhtiarkan.

Ni ada sedikit info mengenai demam denggi yang patut kita tahu:

APA ITU DEMAM DENGGI ?-

-Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi.
- Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi.
- Sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
- Tiada ubat untuk merawat denggi.
- Cara paling berkesan untuk mencegah demam denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

MENGENALI NYAMUK AEDES.

- Berbelang hitam & putih di badan dan kaki
- Mengigit pada awal pagi (5.00 Pg - 7.00 pg) & awal senja (5.00 ptg-7.00 mlm)
- Membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
- kitaran hidup (telur hingga dewasa) lebih kurang seminggu.

MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
DI DALAM RUMAH :-

- Kolah bilik mandi & baldi yang menakung air - Bilik air aku mmg tak ada kolah
- Bekas perangkap semut- Ini pun tiada
- Bekas menakung air peti sejuk - oh memang tidak digunakan untuk peti sejuk
- Piring menakung air pasu bunga- hehhe satu pasu bunga pun tak ada baik dlm mahu pun luar rumah

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI.

1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit.
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.

Lebih teruk sehingga menyebabkan shock syndrom seperti yg terjadi kepada arwah Din Beramboi yang menyebabkan kegagalan organ berfungsi.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.
1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :-

-Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.

PERINGKAT DEWASA :
- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.

p/s: Orang kata mengelak lebih baik drp mengubati, jadi elakkan ler pembiakan nyamuk aedes untuk mengelak denggi.

12 comments:

Mag said...

ouh...padan la kalau orang denggi selalu orang bagi makan sup ketam..

rynas said...

Farah: yer sup ketam tu sgt bagus untuk cairkan darah..

sall said...

salam kenal rynas, ni adalah satu ujian Allah swt kepada hamba2nye kan.
Oleh itu kita sentiasa berdoa agar dijauhkan segala penyakit yg tidak diingini pada kita. Ingat la selalu padanye.Amin.

ibu_Arifa said...

yer ker? ni 1st time dgr.. tak tau pun sblm ni.. thanks bgtau info ni.

YatieJay said...

Thanks share info ni...tapi kan, wlpn kat rumah kita terjaga bersih dan takde takungan air utk pembiakan nyamuk, jiran2 kita macam mana pulak? Kalau nyamuk tu hanya berada dlm kwsn rumah dimana telurnya dilepaskan takpe gak, kan?

Oh, ya. Yatie teringat juga satu e-mail bagi petua kalau kena denggi, bagi pesakit minum air pegaga juga. Wallahualam!

rynas said...

sal- yer setiap penyakit tu kan ujian. kena banyak sabar untuk menghadapai setiap ujiannya

rynas said...

ibu arifa- aahh..saya dh lama jg ler tahu. hari tu masa abg ipar doc suspek denggi cepat2 saya suruh makan sup ketam banyak2. ahlamdulillah terus tak dapat demam
denggi.

yatie- betul tu kdg2 kita jer bersihkan tapi jiran tak. nak tegur pun susah gakkan. tapi kalau tak tegur..ginilah jdnya yer tak?

Mrs. Simplicity said...

mmg menakutkan. risau sangat dengan anak2 kalau tergigit nyamuk pun. sekarang denggi meningkat dimana. thanks for the tips ye :)

MeL said...

wah kuasa Allah kan..salu kalau dah denggi berdarah tu susah nak selamatkan dah. tq for the good info rynas ;)

Yunus Badawi said...

Salam rynas. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya semalam.

Kalau demam tak kebah2 elok bawa pergi hospital kerana kat klinik selalunya hanya bagi ubat dan tak buat ujian darah. Takut kalau kena denggi dan lambat dirawat boleh memudaratkan. Saya cakap dari pengalaman.

Pletlet saya pernah turun sampai 9. Mungkin Allah masih nak panjangkan umur saya.

rynas said...

yunus- iyer..ehhmm alhamdulillah masih sihat kan. mmg pun klinik ni mmg tak ada kelengkapan yg cukup sebab itu ler elok pg spital jer kalau demam tak kebah2.

simiey said...

terima kasih untuk info ni :)