Wednesday, December 29, 2010

lunch at Chili's MidValley

Agak lama sudah tidak makan di Chili's MidValley. Rasanya kali terakhir ketika bekerja di Jelita dekat 2 tahun rasanya kot.
Oleh kerana rasa nak makan tu macam memanggil-manggil cewahhh...jadinya aku sudah menjemput kengkawan lama di jelita untuk lunch bersama-sama Selasa tadi. Nasib baik semuanya free cuma kak Azeda saja yang tiada kerana ada tugasan luar. (lain kali dengan akak pula ya)


ambil gambar chili's dulu sebelum order makanan ya.

ni wajib order kalau ke Chili's Nachos..mmg terbaik...

perasa untuk dimakan dengan roti pita. Maaf roti pita tiada dalam gambar.


beef dan chicken grill. Oleh kerana portionnya besar jadi kami order dan kongsi makan saja. Janji sedap dan habis...tidak membazir.


menu seterusnya...chicken fried..bersama kentang dan jagung..



diakhiri dengan desert yang sangatlah marveless...ice cream bersama kek coklat panas. sedap sangat wehhh desert ni..dan besar makan 4 orang pun tak habis.


ya inilah lah dia..yang menghabiskan makanan tadi. Kak ema, anis, Hazirah dan tentu ler aku hehhehe...


Gambar lagi...sebelum pulang ke rumah. Bestnya dapat jumpa. uols...sembang-sembang kenangan itu. Akhirnya dapat juga tunaikan janji..selepas setahun bekerja di tempat baru (dah tak dernya baru dah setahun pun).

p/s: nanti jumpa lagi ya...kengkawan...

ke pesta sajor...

Oh ke mana aku bercuti minggu lepas?
Tak ke mana-mana pun..biasanya kalau cuti panjang akan balik kampung saja. Maklumlah bukan senang nak balik kampung lama-lama selain drp cuti hari raya. Masa nilah saja nak bersama mak dengan ayah di kampung.
Plan nak ke pesta Pulau Pinang saja, dah lama tak pergi rasanya last dekat 4 tahun lepas kot. Teringat masa 3 tahun di Usm boleh dikatakan tiap tahun ler pergi dalam sebulan tuh dua tiga kali juga. hehhehe walaupun tak ada best sangat tapi dapat jalan-jalan kira oklah...


Last pergi bawa Durrani tu pun dia baru umur setahun kot..sekarang dah bawa Fahim dan dia dah pandai tengok itu dan ini terpegun jugalah bila tengok permainan yang banyak tuh. Juga rumah hantu yang menyebabkan dia takut. Sempatlah bawa dia naik keretapi..hahhaha...menjerit nak turun. Fahim ok jer relaks siap bangun lagi nak tgk kat bawah.

Bila nampak Upin Ipin terus minta belikan...kagum pada gambar upin dan Ipin ni.

Muka kepenatan. tapi mmg ramai orang sangat masa 25hb tuh. parking penuh. Nak jalan terpaksa berhimpit. Mmg tak best sebab ramai sangat orang. Lastnya tak jalan sangat dalam 1 jam terus keluar cari makanan.


sama jerlah kot seperti tahun-tahun sebelumnya.
tapi naper ntah kalau balik kampung bulan 12 tak sah ler kalau tak berkunjung ke sini. walaupun bukan ada daya penarik sangat pun. Saja nak bersesak-sesak dengan orang...tapi kalau ada anak kecil jgn ler bawa...menyeksakan jer. sian kat budak. Aku bawa durrani dgn fahim pun kasihan..separuh jalan dah penat minta dukung. Kita pun letih juga dukung anak...tapi nak jalan punya pasal..sanggup.
p/s: sempat pergi Sungai petani rumah sepupu kahwin dan terus ke Alor star Kedah.
Itu jer percutian hujung tahun ni.

Sunday, December 19, 2010

cuti, bonus dan beli rumah...

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog, semuanya kerana sibuk (org lain pun sibuk juga wehhh) dengan pengurusan kerja di pejabat dan juga di rumah.
Dua minggu lepas suami tidak sihat, kerisauan aku juga berganda disebabkan dia sering mengadu badannya banyak angin sehingga muntah-muntah. Puas berubat sama moden atau tradisional. Doctor memberitahu keadaannya sihat cuma mengalami penyakit 'kerisauan' yang terlebih. Seringkali juga dia menyebeut, "abang ni dah nak mati kot,"
aku membalas juga dengan gurauan, "selalunya orang nak mati dia tak akan cakap yang dia nak mati biasanya terus jer meninggal gitu,".

Sekarang setelah bertemu dengan ramai ustaz daripada di Bangi, Kajang, Melaka, Bagan Datuk dan Seremban keadaannya sudah semakin pulih. Semangatnya juga sudah semakin baik, selera makan juga sudah semakin bertambah...Alhamdulillah...
Jadinya keinginan aku untuk menulis di blog juga semakin menurun apabila memikirkan keadaan suami.
Sebab kedua bermula minggu ni aku akan bercuti selama seminggu dan akan kembali bekerja pada 29 Dec ni. Jadinya aku gunakan ruang yang ada untuk menyimpan stock, terutama column sendiri sehinggakan bos berkata, "Ct ...awak nak bagi stock sampai tahun baru ke?" hahhaha aku cuma membalas dengan senyuman. "Tak apa bagi lebih kak, jangan tak cukup nanti pening kepala akak."
Sememangnya sudah terbiasa sebelum bercuti aku pastikan tidak akan menyusahkan kawan-kawan dan juga memudahkan urusan editor memilih story.

Alhamdulillah tahun ini aku dapat bercuti panjang selepas setahun bekerja di Harian Metro..syukur Alhamdulillah kerana akhirnya aku mendapat kerja di tempat lain yang jauh lebih baik persekitaran sama ada suasana bekerja, bos mahupun gaji. Dan setahun ini banyak pengalaman yang aku kutip, pengalaman yang bertambah apabila bertemu ramai golongan manusia daripaya yang kaya dan mewah sehinggalah tinggal di bawah jambatan juga menjadi pelacur di lorong gelap. Semuanya memberikan kesedaran dan keinsafan untuk terus mensyukuri nikmat Tuhan.
Tahun ini juga aku bakal merasai bonus pertama setelah hampir lebih 5 tahun rasanya tidak pernah merasai bonus. (sepanjang 10 tahun bekerja pernah mendapat bonus hanya sekali). Itu sudah rezeki dan bersyukur juga dengan bonus itu.

Alhamdulillah sekali lagi...dan diakhiri dengan berita gembira apabila telah berjaya mencari rumah untuk dijadikan aset...ya membeli rumah setakat kemampuan saja, untuk disewakan dan bukan tempat tinggal sendiri.
Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk pengakhiran tahun 2010 dan kedatangan 2011 semoga memberi lebih sinar sama ada dalam kerjaya mahu pun keluarga. AMIN.

p/s: petang ni mahu pulang ke kampung di Perak, cadangnya mahu ke Penang, ada Pesta Pulau Pinang di sana dan kalau sempat mahu ke Sungai Petani Kedah.

Monday, December 6, 2010

eehh kejapnya...

Salam pagi Isnin..

ehhh sekejap jer masa berlalu hari ni dah 6 Dec 2010 tak sampai 30 hari nak sambut tahun 2011. Pejam celik pejam esok dah tahun baru hijrah ...dua hari lepas juga Ulang Tahun perkahwinan yang ke-5, rasa macam baru jer lagi kahwin, baru jer lagi bersanding...cewahh..
Bulan Dec ni mmg bz sikit..sebab tu blog pun tak berup date..dengan nak cuti seminggu hujung bulan ni, dengan nak setlekan kerja nak buat stok untuk cuti seminggu dengan nak siapkan projek buku yang dah pun bermula minggu lepas dan akan disambung ke minggu ini. Rasanya cam tak cukup jer seminggu 7 hari rasa nak tambah jadi 10 hari seminggu boleh?????

Itulah manusia..bagi 24 jam sehari pun tak cukup, apatah lagi kalau ditambah masa...itu ler tandanya manusia tak pernah puas dan bersyukur hhehehe (cam kena kat batang hidung sendiri jer).
Harap-harap plan bulan Dec berjalan lancar...dan akan bersambung untuk Januari 2011.
Ohh dec juga maknanya sudah setahun aku bertugas di tempat baru..rasa cam dah lama kerja jer kat sini...apa-apa pun semuanya menggembirakan sepanjang tahun ini. Cumanya sedih ada beberapa perkara yang tidak dapat dicapai untuk tahun ni..tak per kita bawa azam tu ke tahun depan ler pulak..

p/s: entry sembang-sembang kosong...sempena bulan busy sedunia hehhehhe

Thursday, December 2, 2010

mama jom pegi zoo nak tengok kangru

Ini rentetan daripada gambar-gambar pergi Australia hari tuh, hari-hari kakak cakap," mama jomlah pegi zoo nak tengok kangru," alahai anak mama ni..bilalah agaknya nak bawa pergi zoo. Sebabnya Zoo Negara ni macam tak ada apa jer...kalau dapat pergi zoo Taiping atau zoo Melaka ok juga sebabnya masih terpelihara dan banyak binatang kat sana.
"Nanti yer sayang bila mama cuti bolehlah bawa pergi zoo".
Hari-harilah dia buka lap top sebab nak tengok kangru...


Ni gambar masa pergi Koala zoo hari tuh. Nak masuk bayaran dikenakan USD30 dalam RM90 mahalkan???
compare dengan zoo kita...
Kat dalam tentulah banyak koala bear jer..tapi aku tak bergambar pun walaupun binatang ni comel dan jinak rasa macam geli pulak nak pegang bulu-bulunya tuh. Nak bergambar kena bayar dalam USD20 iaitu RM60.

Kangru di sini sangat jinak..boleh pegang boleh bg makan, boleh ambil gambar..sangat mesra alam..


Sibuk nak cari kangru yg bawa anak dalam kantung tapi malangnya tak ada.

Minah salleh sedang memberi makanan pada kangru..

see...banyakkan??? semua kangru sedang lepak sementara menunggu gambar diambil.


Ehhh..koala bear..yang sangat suka tidur. Hampir 20 jam drp masa 24 jam sehari adalah masa untuk tidur. Ni nasib baik dia bangun kalau tak asyik tidur jer kerjanya.

Diakhiri dengan gambar aku bersama kangru..patutlah kakak cemburu sebabnya tengok gambar mama bersama kangru.

Wednesday, December 1, 2010

badi mayat..benar atau igauan??

Pernah dengar tak badi mayat?
Adakah ianya benar-benar berlaku atau igauan individu saja yang takut atau terbayang-bayang selepas mengunjungi jenazah? Bagi mereka yang tidak pernah mengalami mungkin akan menganggap, "ehh mana ada," atau "alah...lemah semangat tu..tu yang tak lena tidur"
Alhamdulillah setakat ini walaupun pernah menziarah jenazah namun tidak pernah lagi terbayang atau teringat-ingat sehingga mengganggu lena semalaman.

Minggu lepas rakan sepejabat suami meninggal dunia, jadinya suami sebagai rakan yg rapat juga pergi menziarah di rumah si mati. Selepas pulang ke rumah mungkin kerana terlupa dia tidak terus mandi akibatnya malam itu suami mengakui badan tidak sihat, rasa kembung perut atau perut penuh angin. Ok..ingatkan sakit biasa, jadi malamnya terus ke Az-Zahra mendapatkan ubat.

"Ohh tak ada apa-apa ni cuma kembung biasa saja," kata doktor yang merawatnya.
Malamnya dia tidak dapat tidur takut katanya, dan sentiasa terbayang-bayang wajah si mati. Aku meminta dia supaya tidak berfikir yang bukan-bukan, namun sama saja.
Keesokkan oleh kerana tidak tahan, dia pergi ke Darul Shifak mendapatkan air penawar dan malamnya ustaz itu meminta suamiku mandi menggunakan air penawar itu.

dan malam itu terus kedua-dua anakku demam panas...mujur ada ubat bontot dapatlah dikurangkan sedikit panasnya tapi aku menganggapnya hanya demam biasa saja kerana tidak mahu mengaitkan dengan benda mistik itu.

Malamnya pada jam 1.30 pagi Fahim terjaga dan terus menangis dengan kuat. Sukar dipujuk, malah matanya juga berkeadaan seperti luar biasa. Puas aku membacanya ayat kursi namun masih sama. Tangisannya bertambah kuat. Malah dia membaling apa saja yg ada di hadapannya sambil memanggil mama...mama..mama. Apabila didukung dia tidak mahu malah mahu menggigit bahuku. Dalam keadaan panik itu suami melaungkan azan sebanyak 2 kali kemudian barulah tangisannya reda, dan dia tidur seperti biasa. Sukar dipastikan mengapa..tapi naluri aku berkata mungkin ada kaitan dengan suamiku.

Esoknya kami terus berjumpa ustaz salleh (anak buah Harun Din) memang terkenal di Bangi dan seluruh Malaysia kerana kebanyakan kes rasuk atau memindahkan jin drp bangunan besar seperti KLCC dia yang melakukannya.
Dia merawat menggunakan ayat al-Quran sambil memegang kedua-dua ibu jari dan belakang suami dan menepuk-menepuk badan suami. Lama juga hampir 20 minit selepas itu memberikan air untuk diminum, mandi dan disembur sekeliling rumah pada waktu magrib manakala untuk anak cuma diminum kemudian disapu ke muka saja.

Ustaz ini tidak menolak apa yang berlaku kepada suami dan anak adalah disebabkan badi mayat. Semalam menurut suami, keadaannya sudah mulai berkurangan. Dia sudah boleh tidur lena. Alhamdulillah....

Menurut ustaz badi mayat biasanya berlaku bagi mereka yang lemah semangat jadi ada panduan diberikan ketika melawat jenazah:

1. Sebaiknya jangan terus pandang muka si mati pandang menerusi kaki dulu kemudian baru ke muka.
2. sedekahkan al-fatihah kepada si mati.
3. terus bersihkan diri selepas menziarah si mati elakkan memegang anak atau isteri.
4. Ada sesetengah kawasan dan daerah menggunakan air mandian bersih (mandian) untuk disapu ke muka juga untuk mengelak badi mayat.
5. Jika badi mayat masih tidak dapat diubati ubat paling mujarab adalah meminta pakaian si mati lalu direndam kemudian airnya dibuat mandi.

*** menurut ustaz ada sesetengah kes badi mayat yang sukar diubati boleh menyebabkan koma dan meninggal dunia**** wallahualam ( dah sampai ajalnya....)

p/s: mungkin ada sesiapa yang ada pengalaman mengenai badi mayat ni boleh share...

Friday, November 26, 2010

masa terapi diri....i like!!!

Hari ni aktiviti ala-ala 'manja' jer. Kenapa aku katakan begitu sebabnya tugasan diberikan tidak berat, hanya untuk relaks, sambil menikmati perkhidmatan yang disediakan pihak hotel. "Ingatkan jauh sangat, rupanya Putrajaya jer...hhehhehe," kata editor aku.

"Tak per..dekat-dekat ni aku lagi suka..dekat dengan rumah senang nak balik rumah,"
Yer...sepanjang hari hingga ke malam aku berada di Hotel SangriLa Putrajaya menerima jemputan drp produk kecantikan Lancome. Pihak Lancome menyediakan bilik pada sesiapa yang ingin bermalam di hotel malah bas juga disediakan dr Shangrila KL ke Putrajaya tapi aku menawarkan diri untuk memandu sendiri disebabkan berdekatan rumah. Aku juga tidak bermalam sebabnya esok hari Sabtu ada aktiviti kenduri kendara di kampung.


Antara aktiviti yang disediakan ialah yoga terapi...(jangan buat ala-ala yang boleh melipat tubuh tu aku tidak mampu melakukannya)

Selepas aktiviti mengeluarkan peluh..beralih pula kepada terapi badan iaitu massage dan sauna. Ohh i like dah lama tak buat. (tapi jangan urut terlalu kuat ya, kerana aku alah dengan sakit).




Kemudian boleh menikmati kesejukan air di kolam renangnya. Tapi macam malas jer nak mandi...sebabnya tak pandai berenang hehheheh (malunya!!!)

Ok pada pagi Jumaat yang indah ni seronoknya kalau aktiviti santai-santai sebegini ya. lebih seronok dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan dan yang paling penting dapat lupakan seketika pada tugasan yang banyak serta lari dari kehingaran pejabat ohhh..i like!!!!

Thursday, November 25, 2010

suka nasi kerabu, nasi dagang, budu, tempoyak....

Sebut pasal makanan orang Kelantan atau Pantai Timur masa mula-mula bekerja di KL memang tidak boleh menerima semua makanan ini. Malah tidak pernah teringin mencuba disebabkan oleh bahan-bahan yang berbeza dengan makanan yang biasa mengenai tekak aku ni. Padahal ramai juga rakan sekampus dari Kelantan dan juga rakan sepejabat dr Kelantan. Namun lama-kelamaan proses adaptasi pun bermula, aku mula mencuba merasai nasi kerabu yg dijual di hadapan rumah sewa (ketika itu tinggal menyewa di Seri Gombak).

"Wah boleh tahan sedap, dengan rasa pedas, manis, rasa budu, rasa masin. Semua cukup,"

Selepas itu mulalah menjadi penggemar nasi kerabu. Kalau pasar malam mmg sering mencuba nasi kerabu yang dijual di sana. Di pasar malam Bangi ni ada satu penjual nasi kerabu yg sedap, memang kalau boleh tiap malam selasa tekak ni terasa jer nak menjamah nasi kerabu.

nasi kerabu pasar malam Bangi

Nasi dagang..makanan orang Terengganu. Mula makan rasa pelik juga disebabkan nasinya yang berlemak dan lembut macam pulut. Tapi apabila kena dengan gulai ikan tongkol ni perrgghh...hari-hari rasa mau makan. Masa mengandungkan Fahim boleh dikatakan setiap pagi breakfast nasi kerabu. Di Bangi ada satu restoran Kelantan yang menjual nasi dagang yang sedap.

Lompat tikam. Masa mula-mula tengok rasa pelik juga kenapa dipanggil lompat tikam sedangkan bentuknya tidak tajam. Kali pertama mencuba ketika makan direstoran ANis di pantai Dalam. eehhmmm sedap...tapi rasanya mmg manis. Kurang gemar sikit tapi bolehlah dan tidak akan menolak apabila dijemput makan.

Kali pertama terpandang kuih ni, " alamak buruknya bentuk dan rupa," tapi bila dah makan..ehhhmm boleh tahan sedap. Don't judge the book by it's cover ok..wpun rupamu buruk tapi rasamu tiada bandingan.

Budu dimakan bersama sambal tempoyak dan cili padi...pergghh..makan bertambah dua pinggan. Aku baru jugalah jadi penggemar tempoyak budu ni dalam 4-5 tahun gitu. eehhh lama juga tuh. Tu pun kawan yang ajar ketika makan di Restoran Anis di Pantai Dalam (terkenal dgn makanan Kelantan). Ingtkan tak sedap..rupanya mmg diluar jangkaan hehehhe. Makan dengan ulam-ulaman dan cicih ikan bakar...pergghh (berapa kali pergghh agaknya)..sekarang ni kalau makan kat mana2 restoran mesti cari benda alah nie. Kawan Kelantan kat office pun tak suka makan budu..nampaknya aku lebih Kelantan dr Kelantan (dr segi makanan jerlah hheheheh).


p/s: bestkan negara kita ni macam-macam makanan ada. Itu belum masuk makanan Jawa negeri 9 (sebelah husband) yang pedas-pedas gitu. Makanan negeri aku Perak dan Penang biasa-biasa jer...tak pedas dan tak manis...yang penting boleh makan semua jenis makanan, drp negeri berbeza.

Wednesday, November 24, 2010

dulu wifi, broadband ..kini streamyx pula

Dulu masa mula-mula tinggal kat sini, terasa senangnya sebabnya wifi sudah disediakan di rumah. Tidak perlu membeli broadband atau sewaktu dengannya untuk mendapatkan kemudahan Internet.
Ketika tu nak search apa pun boleh tiada halangan atau kekangan. Namun lama-kelamaan oleh kerana tinggal di kuaters universiti, pentadbiran universiti telah menyekat penggunaan Internet yg berleluasa. Maklumlah tempat tinggal untuk student kan antaranya tidak boleh menggunakan FB ketika waktu bekerja. Maksudnya jam 8 malam baru di on semula, begitu juga dgn you tube serta kadangkala penggunaan google search image juga sangat terhad.

Akhinya suami telah menambah broadband di rumah.
"Ala nanti balik kampung senang nak guna Internet," alasan yang pertama apabila aku katakan membazirlah beli broadband dah ada wifi kat rumah. Ok aku boleh terima maklumlah Internet ni keperluan kalau balik kampung pun perlu ada Internet. Broadband ni mula-mula pakai ok laju..lama-kelamaan kelajuannya mula berkurang. Bayangkan di rumah aku memang selalu membuka email, dan perlu menunggu sehingga 1 jam untuk membaca mesej di dalamnya. Itu belum termasuk sekiranya ada gambar, "kelajuan macam siput, " kata husband aku dalam nada marah.
Apabila hubby menelefon service broadband itu alasan yg tidak dapat diterima dek akal ialah, "maaf cik, kita memang tiada jaminan untuk pelanggan yang tinggal melebihi tingkat 5. Ini kerana service kita hanya setakat tingkat 5 saja,". Aduhlah apa punya alasan...habis sebelum registered tak cakap pula service akan lembap bg pelanggan yg tinggal di rumah apartment yg tinggal di tingkat 5 dan ke atas.


dan akhirnya...dua minggu lepas husband sudah mendaftar streamyx. Mulanya aku tidak bersetuju juga yerlah menambah bebanan kos bulanan. Sudah ada wifi, broadband dan kini streamyx pula...namun pelbagai alasan diberikan..."yerlah dia yg nak bayarkan...setuju jerlah."

Tuesday, November 23, 2010

kakak bawa kete yer mama...

"mama duduk belakang, Fahim duduk depan, biar kakak bawa kete yer mama".



"iyerlah..jangan bawa laju-laju yer..."
'Tak kakak bawa slow-slow jer...mama jgn risau ekkkk,"



"Eleh...Aim pun boleh bawa kete jugaklah mama".

p/s: entry malas, entry ringkas, enty kehabisan idea...

Monday, November 22, 2010

besarnya buku

Hari tu dapat buku cerita kanak-kanak yang besar lebih kurang saiz badan Fahim.
Ceritanya pendek-pendek jer tapi gambar-gambarnya membuatkan kanak-kanak suka nak tengok.


Ohh terus jer khusyuk untuk sehari dua ni dgn buku tuh..

besar sampai boleh buat alas duduk lagi..alahai tak baik ler duduk atas buku Fahim ooiii..

Kakak lagi excited..hari-hari suruh kita baca buku sampailah dia jemu agaknya...dialog pun dah boleh ingat.



Ohh teruja tgk gambar kucing meow..meow..


Buku cerita besar begini mmg menarik minat anak-anak membaca. Rasanya target pembaca pun untuk yg baru mengenal huruf sebabnya tak banyak muka surat dan ayat. Lukisan kartun mmg menarik hati..lepas tu ada unsur2 positif dalam cerita..harga pun tak mahal RM16 satu dan kalau tak silap ada 8 siri semunya. Buku terbitan PTS Publications.
Wahhh baik punya promote...hehhehe.


Saturday, November 20, 2010

Dalam hati Ada Angan

Dalam hati ini bermacam angan-angan, angan-angan Mat jenin nak pergi bercuti ke luar negara membawa keluarga??? huh ntah bilalah dalam Malaysia pun belum habis pusing ada hati ke luar negara.
Nak siapkan 3 buah buku peribadi bersama rakan baik untuk tahun ni? InsyaAllah harap tercapai impian ni sebagai memenuhi kejayaan pada tahun lepas. (walaupun tak berjaya sangat pun tapi disebabkan terlalu excited aku menganggapnya sebagai kejayaan besar).
kadang-kadang keinginan itu berkobar-kobar di dalam diri, disebabkan datangnya semangat,
mahu buat yang itu..mahu buat yang ini..wah macam-macam planning bersarang di fikiran.

Jangan tak tahu dulu aku pernah berniaga baju pasang di pejabat tapi cuma pada hari raya saja. Untungnya boleh tahan juga. Kemudian cuba berniaga kerepek cuma sempat 3 kali raya saja kemudian tidak dapat diteruskan kerana rakan sepernigaan berpindah tempat kerja. Mahu berniaga baju akhirnya dapat juga membuka butik online baby yang tak seberapa.
Dulunya punya keinginan untuk menjadi penulis novel apabila melihat rakan dengan royalti bernilai puluhan ribu. Namun semangatnya hanya hangat2 tahi ayam saja..hanya sempat menulis dalam 1 bab saja..novelnya entah ke mana. Tidak konsisten serta masa yg terbatas apabila di rumah. Kata suami, "ehh mama tulis blog boleh novel takkan tak boleh," katanya memulangkan paku buah kerasnya padaku. Menulis blog tidak sama dgn menulis novel...sebab itu tidak ramai penulis blog yg menjadi novelis tapi ramai novelis adalah penulis blog.

Ok kita buang cerita mengenai kemalasan itu, aku katakan pada suami, "rasanya nanti nak bekerja sendirilah. takkan selama-lamanya nak jadi reporter??? Nak ambik kelas menjahit kemudian buka butik sendiri." wah dengarnya macam indahkan??? mulalah google di internet mencari kelas menjahit terhampir dengan rumah dengan bayaran berpatutan. (kalau tengah bersemangat mmg beginilah). Semangat yang datangnya daripada wanita-wanita muda yg berjaya membuka perniagaan sendiri.

Kata suami: mama baju pun susah nak berlipat inikan pula nak menjahit.
aku terus membaling bantal lbusuk kepadanya. "Ohhh ...tak apa nanti akan kubuktikan,"


p/s: Ohh kagum dengan wanita yang berjaya buka perniagaan sendiri. Bukan senang oohhh..

aktiviti pagi Sabtu

Inilah aktiviti anak-anak pagi Sabtu, disebabkan rumah pun tak ada halaman jadinya main depan rumah saja. Nasib baik jiran-jiran ok walaupun anak-anak bising tak ingat. Sebelum ni takut juga nak main depan rumah ni takut dia orang suka2 hati tekan lift, masuk lift tak ke haru. Ni kakak dah besar oklah boleh jaga adik. Tapi husband teman juga dia orang main takut jugakan.




Sekarang ni dah boleh kayuh basikal ni. Kaki pun dh sampai. Bukan main sukalah lagi dia menunjukkan skill.

Tengoklah tuh..aksi kejar mengejar bermula...


Fahim menunjukkan aksi whillynya....alahai anak omak..



peace!!!! bestlah mama...


main..main...dan main sampai penat baru masuk rumah. Kat atas ni ada 4 rumah tapi masing-masing jarang ada kat rumah...nak nampak muka pun susah.


kalau rumah teres bestlah...sebab ada tanah ..nak lepas bebas budak2 main pun senang.

suka tgk gambo nie...mesra..ni kalau time tak gaduh..kalau gaduh huhuhu...tapi kejap jerlah gaduhnya pastu main balik.


Diakhiri dengan gambar fahim yg sedang membuat aksi tersendiri....

Friday, November 19, 2010

HATI SEORANG WANITA

pic en google

Setiap orang ada dugaannya. Diuji dengan pelbagai ujian sama ada kemiskinan, kematian, perceraian dan kekayaan itu juga satu ujian. Jangan nampak seseorang itu bahagia dilimpahi kemewahan mereka tidak diuji, ada ujiannya dalam bentuk yang berbeza.
Ada orang berkata, "ehh seronok kan, dahlah rumah besar, gaji banyak. Nak beli apa pun tak kisah. tak macam kami ni gaji sikit, menumpang lagi. Rumah pun belum ada,"

Ya kenyataannya begitu. Namun disebaliknya rumah yg besar itu belum tentu menjamin kebahagian.Mungkin ada derita disebaliknya. Seperti mana kata seorang lelaki yg bekerja sebagai kontraktor, "alhamdulillah dapat projek besar berjuta-juta ringgit. Rezeki semakin murah Tetapi saya sudah tiada masa menunaikan solat berjemaah di masjid. Malah selalu ketinggalan untuk bersolat kerana terlalu sibuk bermesyuarat." inilah kenyataannya, apabila diberi sesuatu dengan kekayaan Tuhan ingin menduga sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau sebaliknya. ADakah kemampuan beribadat semakin tinggi atau lebih mendekati perkara haram?

Dalam kehidupan seharian kita tidak menduga apa yg bakal berlaku pada masa hadapan. Rumah tangga yg bahagia tiba-tiba dikejutkan dengan perceraian atau suami berkahwin dua. Semua itu yang menduga hati setiap wanita. Tiada wanita yg mahu hidupnya dimadukan. Mungkin mulut boleh berkaya Ya...payung emas sedia menanti tetapi di hati hanya resah gelisah, kepasrahan dalam keterpaksaan, kesakitan serta penderitaan menerima hakikat itu sebelum reda dengan segalanya. Semua ini adalah musibah besar bagi wanita apatah lagi sekiranya suaminya mendustainya. Rasa tertipu itu lebih sakit daripada menerima berita sebenarnya.

Apakah tindakan wanita normal (seperti kita) apabila hatinya telah disakiti??? adakah boleh memaafkan lelaki yang sama-sama tidur sebantal tiba-tiba diulit wanita lain walaupun hakikatnya wanita itu halal? Hakikatnya bukan setakat seks namun lebih drp itu, wanita akan rasa cinta dibahagi, sayangnya tiada lagi, kehidupan sudah tidak bererti apa guna hidup bersama jika sudah tiada sayang. walau dipujuk dirayu sekalipun dijanjikan akan mengubah perlakuan adakah itu akan mengubah hati wanita???

Hati wanita terlalu lembut, fragile dan mudah tersentuh. Lakukan apa saja, sakitilah apa saja, walau tangan sudah naik ke muka, atau disepak terajang mereka masih boleh menerima semuanya demi kerana anak-anak; hubungan darah yang akan kekal sampai bila-bila. Mereka masih boleh memaafkan suami itu dengan harapan suami itu boleh berubah. Mereka boleh menerima kerana masih ada sayang dan sedikit nilai cinta. Namun apabila lelaki itu sudah menodai cintanya dengan kehadiran pihak ketiga, hatinya mula terbelah sedikit demi sedikit. Hati yang dulunya putih bersih ditompoki dengan bekas hitam yang lama-kelaman tompok itu menjadi besar ukurannya. Perasaan sayang mulai pudar, apatah lagi sekiranya si lelaki sudah berkahwin dua dengan cara membohongi wanita itu. Itu adalah lebih sakit drp segala-galanya.

Wahai lelaki bernama suami, jika masih sayangkan wanita bernama isteri mengapa kamu sanggup membohonginya? Mengapa hilang rasa hormat terhadap wanita yang selama ini menjaga kamu, menghormati kamu, menjaga anak-anak kamu dengan cukup baik sekali malah tidak sekalipun engkar perintah kamu. Mengapa? mengapa? dan megapa???tidak cukupkah kasih sayang dan cinta diberikan sehingga kamu sanggup mencari cinta yg lain? apa yang kamu mahukan wahai lelaki-lelaki??? atau adakah kami wanita tidak memahami kamu?

Ya mungkin wanita masih tidak memahami lelaki walau sudah berpuluh tahun hidup bersama. katakan apa saja, sifat lelaki sebenarnya mata keranjang, penipu, kaki pembelit, kaki putar alam, curang, bernafsu, kuat nafsu, suka perempuan, suka berkahwin lebih, dan semua sifat-sifat negatif itu ada pd setiap lelaki. Jika tidak masakan seorang ustaz boleh menjadi perogol, atau seorang imam boleh berkhalwat. Adakah semua wanita harus menerima hakikat kepada sifat-sifat lelaki ini?????....

mungkin kamu tidak terfikir kesan daripada perlakuan itu boleh melukakan hati wanita seperti ayat klise yg biada digunakan," maafkan saya, saya tak bermaksud nak sakiti hati awak. saya tak bermaksud nak menduakan awak. saya tiada niat sehingga menceraikan awak. Tolonglah biarlah kita masih bersama. jangan pisahkan saya dengan anak-anak," ketika itu barulah tahu langit tinggi dan rendah. terimalah akibat atas perbuatan yg telah dilakukan. Menyesal sudah tidak berguna.

wahai lelaki wanita apabila sudah bersuami dan beranak lengkaplah kehidupannya. Mereka biasanya boleh hidup berdikari walaupun tanpa suami. Sebab itu sangat jarang wanita berkahwin lain, apabila sudah berpisah...jika ada mungkin selepas tempoh yang lama kerana fikiran mereka bukan lagi kepada seks, ataupun kasih sayang suami sebaliknya mendapat kasih sayang anak, dan membesarkan anak-anak adalah sesuatu yang cukup berharga dan itu adalah pelengkap kehidupan mereka.

Bukannya ego tetapi itulah hakikat...mungkin ada yg tidak kental jiwanya cuma segelintir saja. Mungkin bagi wanita bekerjaya yang sudah ada semuanya. pendapatan untuk menyara anak-anak, kereta yang dapat digunakan untuk anak-anak, rumah yg menjadi tempat berlindung. Ya itu sudah mencukupi.

Namun begitu, perceraian tetap menjadi mangsa kepada anak-anak. kehilangan kasih sayang bapa pada usia yg muda, fikiran dan psikologi mereka dan biasanya anak-anak akan lebih kental jiwanya, luhur semangatnya dalam menempuh kehidupan seharian. Malah mereka biasanya berjaya disebabkan kasih dan sayang pada ibu yang berkorban untuk segala-galanya. Jika ada yang tergelincir mungkin kerana didikan ibu itu sendiri.

Kehidupan hanya sekali. Sangatlah rugi sekiranya kehidupan ini dilalui dengan kesedihan, berendam air mata atau menyimpan kisah duka yang tiada penghujungnya. Kehidupan harus dilalui dengan kebahagian, jangan pandang kisah semalam sebaliknya tempuhi hari mendatang dengan sinar bahagia. Bagaimana????? kitalah yang mencorakkan kehidupan sendiri, kita juga yg membentuk kebahagian itu. Keputusan juga di tangan kita jadi laluinya dengan yakin kerana yakinilah setiap titik air mata yg mengalir itu ada sinar terang yang menanti di kemudian hari. Setiap musibah itu ada hikmah tersembunyi dan setiap ujian itu ada kecemerlangan yang menanti pasti. Yakinilah dan berdoa kepada Allah kerana Allah Maha Mendengar dan kepada Dialah kita memohon segala-galanya. AMIN...


p/s: kawan-kawan kalau ada cerita sedih keluarga atau suami isteri tolong email saya yer zarinah07@gmail.com atau tinggalkan dalam kotak msg saja.


Thursday, November 18, 2010

apa yang dimakan semalam

Oh terasa badan semakin mengembang, muka semakin membulat, salah siapakah itu? Salah diri sendiri bila jumpa makanan langsung tak ingat. Tambah pula makanan yang hanya setahun dua kali dapat dirasa iaitu pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.



Rendang palembang, makanan kesukaan orang Jawa. Daging yang dimasak menggunakan kicp dan cili..rasanya yang manis dan pedas memang membangkitkan selera apabila dimakan dengan lemang atau nasi.


Ni kesukaan aku juga. Sempat memasak dan dibawa pulang ke kampung. Kuah kacang dengan nasi himpit. Kuah kacang ni kalau sedap...berseleralah makan. Kalau tak sedap...alamak tak habislah kuah kacang tuh. Kalau nak masak memang kena ikut resipi yg betul.


lemang ni beli jer. Tapi kat kampung sebelah husbnd memang kurang menyukai lemang atau ketupat pulut. Tak macam kampung aku di Perak...memang ini antara juadah istimewa pagi raya.


Rendang hijau...atau cili padi. Rasanya memanglah pedas sikit drp cili merah...tapi oklah dengan rasanya yg manis2 pedas..sedap dicicih ketupat atau lemang. Macam manalah lemak tak terkumpul...



Ohh..ini juga kesukaanku...sup gearbox. tapi kalau kat kedai memang malu nak sedut guna straw ni. Semalam selepas korban dapatlah tulang-tulang yang boleh dibuat sup. Apa lagi terus jer masak sup. Memang sedap makan panas-panas bersama sambal kicap perrghhh..tak bangun-bangun sampailah sup habis. Dan ini juga penyebab lemakku semakin bertambah dan untuk dua-tiga hari ni kenalah kurangkan makan hehheheh boleh ker?????
p/s: gambar credit untuk en.google.