Thursday, December 2, 2010

mama jom pegi zoo nak tengok kangru

Ini rentetan daripada gambar-gambar pergi Australia hari tuh, hari-hari kakak cakap," mama jomlah pegi zoo nak tengok kangru," alahai anak mama ni..bilalah agaknya nak bawa pergi zoo. Sebabnya Zoo Negara ni macam tak ada apa jer...kalau dapat pergi zoo Taiping atau zoo Melaka ok juga sebabnya masih terpelihara dan banyak binatang kat sana.
"Nanti yer sayang bila mama cuti bolehlah bawa pergi zoo".
Hari-harilah dia buka lap top sebab nak tengok kangru...


Ni gambar masa pergi Koala zoo hari tuh. Nak masuk bayaran dikenakan USD30 dalam RM90 mahalkan???
compare dengan zoo kita...
Kat dalam tentulah banyak koala bear jer..tapi aku tak bergambar pun walaupun binatang ni comel dan jinak rasa macam geli pulak nak pegang bulu-bulunya tuh. Nak bergambar kena bayar dalam USD20 iaitu RM60.

Kangru di sini sangat jinak..boleh pegang boleh bg makan, boleh ambil gambar..sangat mesra alam..


Sibuk nak cari kangru yg bawa anak dalam kantung tapi malangnya tak ada.

Minah salleh sedang memberi makanan pada kangru..

see...banyakkan??? semua kangru sedang lepak sementara menunggu gambar diambil.


Ehhh..koala bear..yang sangat suka tidur. Hampir 20 jam drp masa 24 jam sehari adalah masa untuk tidur. Ni nasib baik dia bangun kalau tak asyik tidur jer kerjanya.

Diakhiri dengan gambar aku bersama kangru..patutlah kakak cemburu sebabnya tengok gambar mama bersama kangru.

5 comments:

Ena said...

wahhhhhhhh..

bestnyerrr..
nak dok ngan kangaru jugak.. patut la anak jeles kan kak..heheh

Mek Rose said...

suami sy frust giler masa g ostolia tempohari sbb tak sempat nak g tempat ni
sbb pegi ramai ngan anak2 kecik..jd byk perkara terdeley
sudahnye, byk tempat menarik tak sempat terjah.

cute kan..byk cam anak2 patung n keychain ghupa natang2 ni..uhuh

♥MAMASYAZA♥ said...

cute kan tgk koala tu, best kalo dpt pegangkan, nampak cam manja ja

Elly Emmy said...

syokkk nyer dapat bergambar ngan penyuu.. ehhhh.. kangrooo..

kalau saya mesti rasa takut nak pegang.. takut kangroo tu melatah.. nanti kena tendang..

A D I A said...

la naper tak posing sambil peluk2 kangaroo tu hehe. comelnya koala bear tu, saya ada patung koala tu, tapi bila tgk hari2 jadi takut pulak. terus simpan