Wednesday, December 1, 2010

badi mayat..benar atau igauan??

Pernah dengar tak badi mayat?
Adakah ianya benar-benar berlaku atau igauan individu saja yang takut atau terbayang-bayang selepas mengunjungi jenazah? Bagi mereka yang tidak pernah mengalami mungkin akan menganggap, "ehh mana ada," atau "alah...lemah semangat tu..tu yang tak lena tidur"
Alhamdulillah setakat ini walaupun pernah menziarah jenazah namun tidak pernah lagi terbayang atau teringat-ingat sehingga mengganggu lena semalaman.

Minggu lepas rakan sepejabat suami meninggal dunia, jadinya suami sebagai rakan yg rapat juga pergi menziarah di rumah si mati. Selepas pulang ke rumah mungkin kerana terlupa dia tidak terus mandi akibatnya malam itu suami mengakui badan tidak sihat, rasa kembung perut atau perut penuh angin. Ok..ingatkan sakit biasa, jadi malamnya terus ke Az-Zahra mendapatkan ubat.

"Ohh tak ada apa-apa ni cuma kembung biasa saja," kata doktor yang merawatnya.
Malamnya dia tidak dapat tidur takut katanya, dan sentiasa terbayang-bayang wajah si mati. Aku meminta dia supaya tidak berfikir yang bukan-bukan, namun sama saja.
Keesokkan oleh kerana tidak tahan, dia pergi ke Darul Shifak mendapatkan air penawar dan malamnya ustaz itu meminta suamiku mandi menggunakan air penawar itu.

dan malam itu terus kedua-dua anakku demam panas...mujur ada ubat bontot dapatlah dikurangkan sedikit panasnya tapi aku menganggapnya hanya demam biasa saja kerana tidak mahu mengaitkan dengan benda mistik itu.

Malamnya pada jam 1.30 pagi Fahim terjaga dan terus menangis dengan kuat. Sukar dipujuk, malah matanya juga berkeadaan seperti luar biasa. Puas aku membacanya ayat kursi namun masih sama. Tangisannya bertambah kuat. Malah dia membaling apa saja yg ada di hadapannya sambil memanggil mama...mama..mama. Apabila didukung dia tidak mahu malah mahu menggigit bahuku. Dalam keadaan panik itu suami melaungkan azan sebanyak 2 kali kemudian barulah tangisannya reda, dan dia tidur seperti biasa. Sukar dipastikan mengapa..tapi naluri aku berkata mungkin ada kaitan dengan suamiku.

Esoknya kami terus berjumpa ustaz salleh (anak buah Harun Din) memang terkenal di Bangi dan seluruh Malaysia kerana kebanyakan kes rasuk atau memindahkan jin drp bangunan besar seperti KLCC dia yang melakukannya.
Dia merawat menggunakan ayat al-Quran sambil memegang kedua-dua ibu jari dan belakang suami dan menepuk-menepuk badan suami. Lama juga hampir 20 minit selepas itu memberikan air untuk diminum, mandi dan disembur sekeliling rumah pada waktu magrib manakala untuk anak cuma diminum kemudian disapu ke muka saja.

Ustaz ini tidak menolak apa yang berlaku kepada suami dan anak adalah disebabkan badi mayat. Semalam menurut suami, keadaannya sudah mulai berkurangan. Dia sudah boleh tidur lena. Alhamdulillah....

Menurut ustaz badi mayat biasanya berlaku bagi mereka yang lemah semangat jadi ada panduan diberikan ketika melawat jenazah:

1. Sebaiknya jangan terus pandang muka si mati pandang menerusi kaki dulu kemudian baru ke muka.
2. sedekahkan al-fatihah kepada si mati.
3. terus bersihkan diri selepas menziarah si mati elakkan memegang anak atau isteri.
4. Ada sesetengah kawasan dan daerah menggunakan air mandian bersih (mandian) untuk disapu ke muka juga untuk mengelak badi mayat.
5. Jika badi mayat masih tidak dapat diubati ubat paling mujarab adalah meminta pakaian si mati lalu direndam kemudian airnya dibuat mandi.

*** menurut ustaz ada sesetengah kes badi mayat yang sukar diubati boleh menyebabkan koma dan meninggal dunia**** wallahualam ( dah sampai ajalnya....)

p/s: mungkin ada sesiapa yang ada pengalaman mengenai badi mayat ni boleh share...

7 comments:

Ena said...

takut juga kan kena mcm nie..
sian kat anak2 juga la kan kak..

dulu masa arwah kakak ena meninggal, ena pun terbayang2 kannya juga sbb kami adik beradik bersama sehingga la ke saat jenazahnya di bawa ke tanah perkuburan.. bila malam makin ternampak2 wajah dimana2.. sy pun pergi mandi juga malam tu dan ambil air sembahyang.. Alhamdulillah baru dapat lena... cuma yerla benda baru berlaku itu yg dok terbayang2 kat mata kami masa tu.. nasib baik tak de benda yg tak elok berlaku pd kami & anak2 juga.. Alhamdulillah..

Yan said...

MIL kata.. klu kite ade baby... then kite dengar ade orang meninggal.. baby tupun boleh terkene badi...

dulu ms qis baru setaun... dalam setahun 2 pakcik asben meninggal.. kami pergi menziarah.. tp yan tak pergi dekat ngan jenazahpn.. org2 tua tak bagi sbb takut kena kat anak.
tu yg tak pernah berdepan tu ngan kes badi mayat..

even masa arwah mak pergipun.. alhamdulillah.. kami tak ape2.. wlupun yan turut uruskan jenazah..

tp selalula dengar cerita badi2 mayat yg terkena kat anak2 kawan jekla.. nak mencari ubatnye tu yg payah skit

♥MAMASYAZA♥ said...

akak pun penah dengar pasal badi ni tp tak tau le setakat mana seriusnye kalo kita kena badi mayat.
tpi akak memang slalu ingat pesan org tua2, kalo nak tgk mayat, tgk dari kaki dulu, jgn terus tgk kat muka

Mek Rose said...

pernah gak dengar2 camni
mmgla ikut ati cam tak nak caya
tapi pernah jd kat anak buah
melalak tak henti2
kesnye kakak sy g bawak tengk org ninggal

kene sawalat byk2 if nak bawak anak kecik ni masa g tengok org ninggal kan? yela takut terjd benda2 camtula

kakngah said...

seram pulak baca n3 ni malam2 gini...

Unknown said...

selalu lepas balik dr tgk jenazah, tak terus balik rumah, singgah la kat mana2 jap..

dah sampai rumah terus basuh kaki & salin pakaian lain.. berwuduk sebelum tidur...

Unknown said...

9 November 2011..Arwah kakak saya meninggal lps kurang seminggu dia sakit.. Sakit tiba-tiba..kuar dr bilik mayat pandangan dia tetiba gelap n kaki berat tak blh jln..another kakak bawak arwah balik umah dia..arwah mintak dibawakan balik kg (ms tu nak raya haji..) lps 3 hari dia minta so kakak lg 1 bw dia blk..on d way, arwah da mcm x selesa sgt..dia da mcm separuh sedar je..kakak sampai bawak kete sambil menangis..byg kan KL ke kelantan..jauh tu..smpi kg abang dukung masuk umah..mlm tu panggil org berubat..org tu kt kena badi mayat..mlm nya dia duk kata nak balik..nak balik je (actually bkn dia yg bkata..) d next day kakak saya meninggal..saya baru nikah Feb hari tu..n period saya start teruk..perut keras n pedih mcm kena besi panas..da jumpa doctor pakar pun.. minggu lps saya g jumpa biras kwn saya yg blh berubat.. akhirnya dpt tau badi mayat tu da pindah pd saya cuma dia tak dpt nak 'takluki' saya..pd ms dia hembus nafas terakhir, saya berada di bhgian kaki dia dalam keadaan x suci (period)..sbb tu jgk stiap kali period, keadaan saya mcm org keguguran..makin lama biar, makin teruk jadi nya..sebelum bln puasa ni saya kena setelkan hal ni..takut..risau..doakan keselamatan saya.. moga urusan saya dipermudahkan Allah..