Sunday, December 19, 2010

cuti, bonus dan beli rumah...

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog, semuanya kerana sibuk (org lain pun sibuk juga wehhh) dengan pengurusan kerja di pejabat dan juga di rumah.
Dua minggu lepas suami tidak sihat, kerisauan aku juga berganda disebabkan dia sering mengadu badannya banyak angin sehingga muntah-muntah. Puas berubat sama moden atau tradisional. Doctor memberitahu keadaannya sihat cuma mengalami penyakit 'kerisauan' yang terlebih. Seringkali juga dia menyebeut, "abang ni dah nak mati kot,"
aku membalas juga dengan gurauan, "selalunya orang nak mati dia tak akan cakap yang dia nak mati biasanya terus jer meninggal gitu,".

Sekarang setelah bertemu dengan ramai ustaz daripada di Bangi, Kajang, Melaka, Bagan Datuk dan Seremban keadaannya sudah semakin pulih. Semangatnya juga sudah semakin baik, selera makan juga sudah semakin bertambah...Alhamdulillah...
Jadinya keinginan aku untuk menulis di blog juga semakin menurun apabila memikirkan keadaan suami.
Sebab kedua bermula minggu ni aku akan bercuti selama seminggu dan akan kembali bekerja pada 29 Dec ni. Jadinya aku gunakan ruang yang ada untuk menyimpan stock, terutama column sendiri sehinggakan bos berkata, "Ct ...awak nak bagi stock sampai tahun baru ke?" hahhaha aku cuma membalas dengan senyuman. "Tak apa bagi lebih kak, jangan tak cukup nanti pening kepala akak."
Sememangnya sudah terbiasa sebelum bercuti aku pastikan tidak akan menyusahkan kawan-kawan dan juga memudahkan urusan editor memilih story.

Alhamdulillah tahun ini aku dapat bercuti panjang selepas setahun bekerja di Harian Metro..syukur Alhamdulillah kerana akhirnya aku mendapat kerja di tempat lain yang jauh lebih baik persekitaran sama ada suasana bekerja, bos mahupun gaji. Dan setahun ini banyak pengalaman yang aku kutip, pengalaman yang bertambah apabila bertemu ramai golongan manusia daripaya yang kaya dan mewah sehinggalah tinggal di bawah jambatan juga menjadi pelacur di lorong gelap. Semuanya memberikan kesedaran dan keinsafan untuk terus mensyukuri nikmat Tuhan.
Tahun ini juga aku bakal merasai bonus pertama setelah hampir lebih 5 tahun rasanya tidak pernah merasai bonus. (sepanjang 10 tahun bekerja pernah mendapat bonus hanya sekali). Itu sudah rezeki dan bersyukur juga dengan bonus itu.

Alhamdulillah sekali lagi...dan diakhiri dengan berita gembira apabila telah berjaya mencari rumah untuk dijadikan aset...ya membeli rumah setakat kemampuan saja, untuk disewakan dan bukan tempat tinggal sendiri.
Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk pengakhiran tahun 2010 dan kedatangan 2011 semoga memberi lebih sinar sama ada dalam kerjaya mahu pun keluarga. AMIN.

p/s: petang ni mahu pulang ke kampung di Perak, cadangnya mahu ke Penang, ada Pesta Pulau Pinang di sana dan kalau sempat mahu ke Sungai Petani Kedah.

7 comments:

mak encik | SZ said...

alhamdulillah...
selamat bercuti ye cik rynas!

♥MAMASYAZA♥ said...

akak pun dpt bonus gak, hehehe, boleh tambah2 apa yg kurang utk keperluan sekolah anak-anak

Ena said...

Macam2 ada ye kak utk 2010..
mcm tu la kan pusingan kehidupan... Alhamdulillah kan kak.. kita masih bernasinb baik kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yg terpilih dengan ujian2 yg Maha berat..

Tahniah kak.. dapat bonus, dapat rumah tuk aset tambahan dan dapat bercuti.. ;D

Unknown said...

alhamdulillah...semoga dimurahkan lg rezeki hendaknye..:)

ennieva fauzi said...

Syukur Tie...rezeki kita. Eh, nak gi Penang? Waaaa rindunya..ingat lagi kenangan beramai2 menonton konsert XPDC di tapak pesta...best sangat.

Yan said...

maknanya akak ade dua rumahla pasni eh...
bagusnyer tambah aset

raihanah said...

Salam siti
alhamdulillah, turut gembira dan bersyukur dengan perubahan awak sekarang. semoga setiap rezeki diberkati. tahniah...