Wednesday, August 29, 2012

cerita raya di kampung

Tahun ni tak ada gambar raya keluarga guna kamera sendiri. Semua guna kamera anak buah. Cerita raya tahun ni biasa saja maklumlah baru habis pantang. Jadi tidaklah bereya sangat. Lagi pun banyak makanan yang masih saya pantang lagi termasuk juga menu kegemaran ketupat, lemang dan laksa. Sabo yer semua itu penyebab angin dan sakit urat.

Raya pertama seperti biasa aktiviti berkumpul bersama ahli keluarga. Lepas balik solat raya terus jer menjamu selera dengan juadah disediakan. Ada nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, kari ayam, ketupat, lemang, kuih raya dan mi rebus. Cadangnya nak masak mihun sup tapi disebabkan masalah air yang sangat kurang terus jer ditunda keesokan harinya. Lepas dah makan sesi bermaaf-maafan dan memberi duit raya. Bermula drp tok dan tok wan sehingga kepada anak buah yang dah bekerja. tahun nie bertambah sorang lagi anak buah Fayyadh hehhehe..bertambah duit raya anak.

Lepas tu sesi mengambil gambar ahli keluarga. petang barulah beraya ke rumah mak sedara..dapatlah dalam 4 buah rumah.

raya kedua aktiviti tahunan ialah BBQ.
antara hidangan ayam, kambing, ikan siakap, udang, nugget, kentang, dan sosej. Sesi membakar diserahkan kepada kaum lelaki. yang anak dara menggoreng nuget dan kentang di dapur mak-mak budak menunggu makan jer.


 kambing yang sudah siap dibersihkan. Sedap juga sebab tak berbau sangat. Makan dengan sos lada hitam mantap...


 Udang..tak banyak sangat pun. aku tak sentuh pun takut gatal...

 Ikan siakap yang menjadi pujaan ramai. Manis isinya makan dengan sambal kicap panas-panas... pergghhh...


 Ayam jgn dilupa...antara menu yang ada untuk dibakar.


 Oh anak-anak aku yang sedang makan ayam.

 Ayam BBQ yg dah sedia dimakan.Semuanya habis dimakan malam tu. Alhamdulillah semua kekenyangan.

 Ni gambar raya anak buah Along dan kakak Mirah.

 Anak-anak buah generasi pertama. 2 orang dah habis belajar yang lain masih belajar lagi. Tak lama lagi boleh kahwin.


 Kakak kecik dan kakak besar...heheheh

Raya ke-3- beraya di rumah kakak di Kulim, Kedah  dan dan abang di Parit Buntar. Kemudian raya keempat barulah ke Bukit tengah, Penang rumah abang di sana. Lengkaplah raya tahun ni...Fayyadh dah jalan jauh nampaknya Dari KL- parit buntar- kedah-penang- Port Dickson nasib baik dia ok jer tak meragam . Good boy...


Friday, August 10, 2012

berkurung di bilik

Masuk hari ni dah 3 hari dapur saya dalam progres pembinaan. Jadinya agak susah juga dengan baby lagi terpaksalah berkurung di bilik saja. Bosan usah ceritalah hari-hari budak-budak ni tanya bilalah nak siap dah bosan.  Patutnya hari ni siaplah semua. Harap-haraplah sebab banyak baju tak berbasuh dengan nak mengemas barang-barang lagi.


 Sebenarnya sinki tu dah bocor jadinya terus pengurusan kuaters tukar baru sekali dengan kabinet bawah. Ingatkan lambat lagi lepas raya ker sekali minggu ni.


 Inilah bahagian kabinet bawah yang hampir nak siap. penat wehh lepas ni nak mengemas barang-barang balik.

 tengok ler barang kat bahagian ampaian.

harap-harap hari ni siap semuanya dah tak sabar nak lalui kehidupan cam biasa. huhuhuhu..


Wednesday, August 8, 2012

Fayyadh dah sebulan

Hari ni ada check up Fayyadh sebulan sepatutnya 5 Julai hari tu tapi disebabkan Ahad so bawa ke hari Rabu. Check up pertama ni bawa ke klinik kesihatan sebabnya hari tu nurse ada datang rumah jadi terus buat temujanji untuk sebulan.

 Sekarang ni dah pakai buku. Tebal bukunya dulu masa Fahim cuma pamplet biasa jer untuk tulis perkembangan anak. Dalam buku pula lengkap semuanya. Siap ada cara penyusuan dan cara simpanan susu.

 Ada senarai perkembangan anak-anak start dr sebulan sampailah 6 tahun.

 Yang ni pula graf untuk melihat perkembangan anak tinggi dan berat.

 Oklah banyak ilmu boleh dapat dr buku nie.

Tapi rasanya mungkin lepas nie nak pergi klinik panel kot. Maklumlah kerja susah pula nanti nak kena ambik cuti atau separuh hari tiap bulan.

Oh tadi timbang berat Fayyadh dah 4.05 kg untuk sebulan. Berat lahir 2.9kg alhamdulillah bertambah berat badan. Cucuk untuk sebulan juga hari nie.

Lega dapat tidur selepas kena cucuk.



Sunday, August 5, 2012

belum ada baju raya..huhuhu

Cantikkan design baju raya Jovian Mandagie nie. Kalau tak silap dah kembali kepada rekaan 60-an dan 70-an dulu-dulu kan dah ada design macam nie. Baju kurung moden. Tapi kalau yang tinggi lampai dan kurus tu cantiklah pakai.

 Warna pun menarik...jingga dengan kain berbeza.
Ini pun rekaan Jovian juga. rasanya kebanyakan designer menghasilkan rekaan baju kurung moden dengan baju dan kain berbeza.
Berminat ke nak baju raya macam nie? Persoalannya badan tu dah kurus ke???  huhuhuhu..tak apa ada tempoh sebulan lagi untuk kurus.


Dalam tak sedar mengira hari berpantang sedar tak sedar sudah 16 hari berpuasa. Malangnya tahun ni tidak diberi kelebihan untuk berpuasa. Tak tahulah entah dapat entah tidak berpuasa walaupun sehari. Bak kata suami tak apalah nak buat macam mana tahun ni Tuhan bg kelebihan untuk berehat sepenuhnya daripada berpuasa. Sampuk saya pula ,"yerlah tak berpuasa tu ok tapi nak membayarnya nanti.
"Tak apa jadikan motivasi untuk diet dan kurus nanti. Orang lain dapat makan sedap-sedap masa raya awak tak dapat. Lepas raya orang lain badan berisi...Nanti dah habis raya awak berpuasalah," kata dia pula.
Ya saya sudah tetapkan akan menggantikan puasa setiap bulan nanti. Sedikit-sedikit, sehari dalam seminggu atau hanya mengambil Isnin dan Khamis saja supaya tidak terasa mahu menggantikannya apabila sampai Ramadan tahun depan. Chayok...chayok...

Bercerita mengenai persiapan raya, tahun ni dari awal lagi dah buat persiapan raya anak-anak. Rasanya masa masuk kandungan minggu ke 36 jenuh juga berjalan sana-sini mencari baju raya  anak-anak. Mulanya nak mencari juga baju raya sendiri tapi tangguh punya tangguh akhirnya sampai lah bersalin tak beli lagi. Kalau tak mesti dah beli yang dah siap tapi tahun ni belum ada pun lagi. Tak tahu bila agaknya dapat shopping sekejap atau pakai baju tahun lepas saja huhuhuhu. Kemudian baru teringat kasut raya pun tak ada..sepanjang 9 bulan mengandung  pakai sandal saja...kasut kerja pula entah ke mana.

Hari tu cakap dengan en  suami kemudian dia memulangkan paku buah kerasnya pada saya pula,
"kan dah ingatkan hari tu beli sekali baju raya. Pakai baju lamalah jawabnya".
Saya pula tidaklah bereya-eya masa raya...asal ada sepasang baju sudah cukup tapi biasanya dapat juga membeli dalam 3-4 pasang sebabnya masa raya saja saya tempah baju atau beli baju kurung sedia pakai. Kalau masa hari lain jgn haraplah sebabnya pakai baju kurung hanya pada Jumaat saja atau sekali seminggu.

Masih tidak berpuas hati saya menjengah pula blog online yang menjual baju kurung cotton. cantik..teruja saya meilhatnya namun persoalannya muatkah? Dengan baru habis pantang 44 hari menjelang raya dengan badan yang belum slim sepenuhnya dapatkah saya memakai saiz M...atau kena tukar kepada L. Oh Tidak...badan cepatlah kurus.

p/s: Minggu depan rabu ada check up Fayyadh harap-harap dapatlah menjengah butik di sekitar Bangi sekejap dapat sepasang baju pun jadilah. Harap en suami tak keberatan. Dia pun cuti hari tu. 







Saturday, August 4, 2012

berpantang hari ke 31

Alhamdulillah hari ni dah masuk 31 hari tinggal lagi 13 hari untuk habis pantang. Sekejap saja rasanya pejam celik-pejam celik dah nak masuk kerja balik. Huhuhu..sekali rasa seronok nak kerja sebab dah lama tak menulis sekali rasa cam malas pun ada juga. Tak apa kita biarkan perasaan itu di situ.

Di sini aku nak berkongsi pengalaman berpantang sendirian di rumah bersama anak-anak dan hanya ditemani oleh suami saja. Mulanya memang tak confident juga maklumlah dengan bersalin csert dan nak uruskan anak-anak-anak lagi tapi memikirkan kakak sekolah sayang pula nak pontengkan jadi kuatkan semangat jerlah semoga semua berjalan lancar.

Eleh kalau ikutkan ada orang anak kedua dah berpantang sendiri dah. Yer memang benar kalau bersalin normal rasanya kurang sikit bebanan dan masalah kerana biasanya minggu pertama semuanya dah kembali normal dan ok kan? Berbeza dengan bersalin csert kerana mengambil masa untuk pulih. Jadi tawakal sajalah...

Minggu pertama memang tak ada masalah sebabnya mak temankan di rumah. Jadi minggu pertama mmg aku ambil masa betul2 untuk berehat. Bangun, menyusu, makan dan tidur saja. Lipat baju sekali pun aku tak buat. Anak-anak juga mak yang uruskan buat susu mereka, mandikan (biasanya Fahim lah kalau datang manja dia tuh).

Bila masuk minggu kedua mmg agak kekok sikit nak sesuaikan diri tambah pula suami dah bekerja.. Bab nak mandikan Fayyadh tu macam susah sikit. Alhamdulillah boleh walaupun org kata mandi ala kadar saja. Lagi pun baby lagikan takkan nak mandi bereya-eya pulakkan.Bila hari pertama dah ok barulah aku susun jadual biasanya bangun menyusu dalam jam 6.30 pagi terus tak tidur dan ke dapur untuk kemas apa yang patut, kemudian terus masak untuk budak-budak. Senang bila dah bangun nak urus Fayyadh pula kan.

Jam 9 pagi  gitu baru mandikan Fayyadh dan siap tidurkan dia. Kemudian baru dapat berehat sebelum menyediakan makanan untuk aku pula. Biasanya aku masak simple jer ikan goreng dengan sayur sawi, tak pun ikan kerisi halia atau ikan masak lada hitam. Tengah hari sediakan makanan budak-budak kemudian makan. Petang barulah boleh baring dan tidur tapi biasanya tak dapat lelap pun sebab budak-budak dah bising. Jam 5 ptg barulah aku mandikan Fayyadh dan siapkan dia.

Alhamdulillah daripada minggu kedua dapat lalui tempoh berpantang  dengan jayanya. Tetapi sebenarnya kondisi aku selepas bersalin banyak membantu untuk kekal sihat dan kuat. Aku rasa kalau pengalaman masa bersalin anak pertama dan kedua mmg aku tak mampu nak berpantang sendiri. Tapi kali ni alhamdulillah diberi kesihatan yg sangat-sangat baik oleh Allah. Sepanjang berpantang mmg rasa ngilu, sakit atau berdenyut mmg tak rasa langsung.Sebab itu aku boleh melakukan kerja rumah yg ringan-ringan. Kalau yg berat tu aku tak berani nak buat lagi..biasanya sampai setahun pun masih tak berani angkat benda berat. Lagi satu pemakanan suplement juga sangat membantu untuk recovery balik sepanjang tempoh berpantang  supaya badan  sihat, rasa ringan, tak letih dan lesu.

 Apa yg paling penting adalah amalan masa mengandung,  bacaan ayat al-Quran memang banyak membantu untuk kekal sihat selain diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah bukan saja untuk bersalin malah ketika berpantang dan menjaga baby. Alhamdulillah.


Inilah dia anak-anak yang menjadi peneman mama sepanjang berpantang. Macam-macam peel mereka berdua. Kena banyak bersabarlah time pantang ni.



Wednesday, August 1, 2012

susah tidur malam

 Sama tak?

 Fahim masa usia sebulan



 Fayyadh masa usia 27 hari..

Sekarang ni  Fayyadh dah pandai berjaga malam. Samalah macam Fahim dulu menangis malam susah nak tidur tapi nasib baik berpantang kat kampung ada mak yg tolong ganti-ganti riba. Selalunya berjaga lepas magrib sampailah dah dekat  nak masuk subuh baru tidur lena.

Fayyadh sejak seminggu ni memang nak tidur malam selalu mengamuk, ingatkan lapar bagi susu pun sama juga, Ingatkan kembung perut tapi tiap malam takkan kembung kan. Nasib baik berjaga lepas maghrib sampailah jam 1  paling lama. Tapi ngantuk juglah maknya nak meriba jer kalau letak jer menjerit-jerit nangis. Lepas jer jam 12 atau 1, bila dah penat berjaga barulah dia akan tidur lena sampai susah nak kejut menyusu.

Memang semua anak-anak saya begitu masa pantang memang susah sikit nak tidur malam tapi semuanya akan ok bila habis pantang. Harap-harap Fayyadh pun macam tu juga ler.


 adik dan abang




Saturday, July 28, 2012

demam bengkak susu

Hari ke- 12 selepas bersalin saya mengalami demam bengkak susu. Bangun pagi saja, aduh sakitnya pada bahagian ketiak dan tangan. Hinggakan nak angkat tangan pun susah berdenyut-denyut sehingga kepala. Hendak bangun apatah lagi...susah yang amat. Tambah pula hari tu mak dah balik ke kampung gagah juga dan paksa diri bangun untuk ke dapur.

Sambil tu paksa juga baby minum susu namun masih tidak dapat mengurangkannya. Search di internet dan ikut petua-petua yang diberi antaranya letak kobis kat breast (tp jangan selalu dikhuatiri akan menyebabkan susu kering), urut dengan sikat dan tuam dengan air panas untuk melancarkan pengeluaran susu. Semua ni memang saya dah buat namun tak berjaya juga. Sampai ke petang rasanya menanggung kesakitan yang amat sangat. Sehinggakan husband pun pelik melihat saya menangis.
Saya SMS pada suraya dr Lunatots yg sepatutnya nak hantar pum susu yang saya dah order tu malangnya dia tak dapat hantar kerana ada seminar. Apa lagi terus minta bantuan pada anak buah yg kerja di situ dan ambilkan di amcorp Mall.


Inilah pum susu madela freestyle yang saya beli di Lunatots Amcorp Mall.  Alhamdulillah esoknya husband terus ambil di Bangsar sebabnya pum susu biasa  yang dibeli di kedai baby tak jalan dan berjaya untuk mengurangkan bengkak susu.
 Bila pum freestyle sudah ada dalam tangan apa lagi terus jer memulakan sesi mengepam setiap 2 jam sekali selepas bg direct feeding pada baby sebab nak bagi realese susu keluar dan melancarkan urat-urat yg dah bersimpul tuh.

Hampir tiga hari juga saya demam dan pening kepala. Hanya makan panadol saja untuk kurangkan sakit kepala dan sengal-sengal pada badan dan tangan.


 . Inilah pam madela freestyle kecil dan comel jer bentuk nyer. Senang dipegang.
Lepas tiga hari Alhamdulillah bengkak mulai surut, saya perbanyakkan penyususan baby dan bagi baby menyusu macam biasa. Selepas menyusu saya pam lagi untuk kosongkan breast dan bagi baby dengan botol sebabnya sebelah breast saya masih sakit lagi .


Mula-mula guna memang tak biasa lagi dan dapat hanya dalam 2oz saja tapi bila dah biasa guna dan cik B pun dah serasi bolehlah dapat dalam 4oz ke 5 oz setiap kali perahan. Alhamdulillah banyak juga tu pada saya. Baby pula kuat menyusu kalau dalam botol sekali minum 4oz dah habis terus .

Demam bengkak susu memang saya alami untuk kedua-dua anak saya terdahulu. Memang sangat menyeksakan. tambah pula kalau baby yang jenis tidur lama, kejut pun susah nak bangun. Macam Fayyadh dia akan bangun setiap 2jam setengah atau paling lama 3 jam untuk menyusu. Kalau kejut selepas 2 jam pun susah nak bangun. Tapi bila bangun dia akan minum dengan kadar yg banyak habis 4oz dalam botol dia akan direct feeding lagi huhuhuhu penatlah mama macam ni.

*** hanya ibu-ibu yang pernah mengalaminya saja tahu bagaimana sakitnya kalau kena demam bengkak susu***

Ini sedikit info mengenak bengkak susu:

Bengkak Payudara
Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkakberdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

 Apa penyebabnya?
Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?
Pembengkakan ini  sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
  • Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
  • Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.
  • Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
  • Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
  • Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
  • Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.
  • Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
  • Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
Berapa lama akan berpanjangan
Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?
Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

Thursday, July 26, 2012

sayang adik

Kalau diikutkan anak saya yang kedua ni lebih prihatin dan penyayang. Ketika mengandung dulu pun dia yang kerap kali mengurut kaki tatkala saya mengadu sakit kaki selepas balik dari kerja. Dia juga ringan tulang memicit kepala saya apabila saya mengadu pening kepala.  Dia juga yang rajin berbual dengan baby di dalam perut setiap malam.
"Baby jangan nakal-nakal ya..jangan tendang mama ya..sian mama," katanya.
Malah dia juga yang selalu tidak sabar melihat baby malah meminta supaya doktor 'membelah' perut saya secepat mungkin dek kerana tidak sabar menunggu baby keluar.

 Fahim & Fayyadh

Perkataan belah itu memang saya beritahu pada kedua-dua anak saya bagaimana mereka dilahirkan sambil menunjukkan parut kesan bedah pada perut dan seperti biasa Fahim akan menunjukkan wajah kasihan dan sedih apabila melihat perut saya dan terus berkata 'kasihan mama'

Selepas mendapat adik, dia juga yang sering berada di tepi saya apabila ramai adik-beradik yang menziarah. Risau benar sekiranya adiknya diambil.
Pernah apabila maklong, mak njang, mak ngah atau tok sekali pun ingin mengambil adik katanya, "Tak boleh...buatlah sendiri..mengandunglah'  gelihati saya saya mendengarnya. Drp mana dia mendengar perkataan itu.

"Mama kalau nanti org ambik adik...mama kenalah mengandung lagikan?" katanya pada saya apabila melihat ramai yang datang melawat adik.
Bangun pagi wajah adik dicium..tapi saya yang tidak benarkan selalu risau sekiranya baby selsema. Dia juga yang menolong saya mengambil itu dan ini apabila saya memintanya. Nampak benar dia sudah semakin membesar. Dhani Fahim semoga menjadi saudara, rakan, abang yang rapat dengan Dahin Fayyadh. Juga pada kakak Durrani Fatihin moga menjadi kakak yang rajin dan ringan tulang selalu. 

Daripada berdua kini bertiga. Ini bermakna tanggungjawab membesarkan anak-anak juga semakin bertambah bukan sekadar mengandung dan melahirkannya saja. Moga dapat menjadi ibu terbaik kepada anak-anak saya.Amin.

Dahin Fayyadh  yang bermaksud cerdik dan murah hati- 4 Julai 2012


Wednesday, July 25, 2012

amalan ketika berpantang

Berpantang kali ni saya tidak bergantung kepada jamu saja sebaliknya mencampurkan set berpantang Shaklee yang saya rasa sangat membantu untuk kekal kuat, sihat dan bertenaga. Saya amalkan sejak mengandung lagi dengan pengambilan kalsium, obmimestrix dan vanila shake tapi tak secara tetap sebabnya saya campurkan juga dengan obimin dan obical dr hospital. Sayang pulakan ubat hospital tak makan.


Untuk set berpantang ni ada Vita-Lea, Vita C, kalsium, Zink, obmestrix, minuman ESP. Memang saya amalkan sejak hari pertama berpantang sampailah sekarang. Alhamdulillah sangat membantu menguatkan badan, rasa tak letih dan bertenaga. Bayangkan kalau dulu tak tidur petang rasa penat sangat-sangat. Tapi sekarang mmg jarang dapat tidur petang cuma dapat rehatkan badan saja tu pun dah mencukupi. Saya rasa luka dalaman pun makin cepat sembuh ini mmg saya rasa sebabnya kurang rasa ngilu, berdenyut atau sakit walaupun saya banyak berjalan dan buat kerja rumah yg ringan-ringan.  Alhamdulillah..

Saya suka ESP tu soy protein sebab membantu untuk rasa kenyang. Pagi minum ESP campur dengan milo dan makan dua keping biskut dan cukup sementara tunggu tengah hari baru makan nasi. Susu badan juga banyak dan pekat. Kadang2 belum cukup 3 jam dah basah baju baby pula asyik tidur jer sampaikan demam bengkak susu 3 hari. Nanti di entry lain saya ceritakan mengenai bengkak susu ni.


Selain tu saya amalkan juga polleney pati ikan haruan. Dapat habiskan sekotak ni pun punyalah susah sebabnya tak tahan bau hanyir. Selalu minum dengan kopi pekat untuk kurangkan hanyir. Baru jer minum 3 botol ada lagi 3 botol untuk dihabiskan.




Yang ini pula sarang burung berkolegan. Kawan yang bagi sebenarnya sebab dia dah amalkan untuk anak pertama dan kedua. Dia kata baik untuk org baru selepas bersalin terutama pembedahan csert kerana membantu penyembuhan luka dalaman. Rasanya sedap macam madu. Makan satu sudu pagi dan petang saja.

Untuk jamu juga ada tapi saya belum mulakan lagi makan. Sebabnya tak nak campur dulu dengan Shaklee. Biarlah dah habis pantang baru mulakan dengan jamu pula. 

Ramadan ni nampaknya tak dapatlah berpuasa penuh. Cuma saya harapkan dapatlah berpuasa di hujung-hujung Ramadan nanti dapat dalam 5-10 hari pun jadilah. Taklah susah nak mengganti puasa nanti. 


Tuesday, July 24, 2012

pengalaman kali ketiga csert

Alhamdulillah hari nie dah masuk 20 hari berpantang. Syukur diberi kesihatan yang baik untuk saya dan baby. Risau juga memikirkan sebab kali ni berpantang sendiri di rumah. Mak datang hanya seminggu saja.
memang sejak awal mengandung selalu berdoa semoga kali ni dipermudahkan kelahiran, diberi kesihatan yang baik pada saya dan baby supaya mudah dijaga.



Kali ni saya memilih doc Fatimah di An nur Bangi untuk sambut kelahiran sebabnya sama doc semasa melahirkan Fahim.
Oleh kerana sudah dua kali csert jadi kandungan ketiga juga csert.  Jadinya doc Fatimah di Annur Bangi sudah menetapkan tarikh 6 July untuk bersalin iaitu awal 38 minggu. Walaupun saya mengharapkan agar dapat bersalin pada 10 July sempena birthday saya tapi mana mungkin kan. Sebabnya saya tidak pernah sampai sehingga 38 minggu. Paling awal 36 minggu dan paling lewat awal 37 minggu.



Pada minggu-minggu terakhir mmg  terasa rahim ke bawah. nak berjalan pun rasa penat sangat dan termengah-mengah, hingga terpaksa pegang perut. Tapi gagah juga hantar kakak ke ke sekolah. Selain tu berdoa semoga sempatlah sampai 6 julai (tapi sebenarnya dalam doa-doa harian saya...saya berdoa agar dapat merasai kesakitan bersalin kerana tak  sanggup untuk masuk ke OT tanpa rasa sakit. Tak dapat nak bayangkan macam mana kalau masuk OT dan terus dibedah..ngeri juga..).


4 Julai rahim dah semakin ke bawah. Rasa nak pitam pun ada juga bila berdiri terlalu lama. Tapi tetap hantar kakak ke sekolah dan makan di kedai bersama Fahim. Tengah hari seperti biasa ambil kakak di sekolah seperti biasa  tanya anak-anak nak makan apa? Hari tu dia org request nak makan Pizza. So pergilah Dominos Pizza dan makan di rumah saja. Banyak juga saya makan walaupun sebenarnya bukannya penggemar pizza sangat.

Sambil tu telefon mak di kampung, dan sempat menghantar SMS dengan kakak dan ipar duai mengenai tarikh bersalin pada 6 Julai ni.


Dalam jam 6 petang  perut rasa tak selesa mcm nak buang air besar..."aihh sudah mula rasa tak sedap hati.'. Lepas tu mula rasa sakit tapi datang dlm setengah jam gitu. Biarkan saja malas nak layan sebabnya masih mengharap agar belum bersalin lagi. Tambah pula bila malam tu adalah malam Nisfu Syaaban jadi memang  berharap sangat agar dapat membaca Surah Yassin 3 kali.

Tapi semakin lama sakit semakin kerap drp 30 minit jadi 15 minit. Terus SMS husband ...dan dia cepat2 balik ke rumah. Masa tu dah jam 7 malam. Sakit semakin kerap. Tapi gagah juga solat dan baca Yassin. Tapi hanya sempat sekali saja...terus ajak husband ke hospital sebab memang dah tak tahan sakit.

Sampai saja di hospital urus apa yg patut, masuk labour room untuk cek contraction. memang contraction makin kuat dan kerap. Terus dia org call doc Fatimah malangnya dia balik kampung sebab mak dia masuk ICU dan penggantinya doc Khamsiah. tak kisah pun doc mana janji semuanya selamat.
Lebih kurang 30 minit menunggu barulah dibawa masuk OT,  dan selamat bersalin pada jam 10.13 malam. Semuanya cepat dan pantas. Untuk mengelak rasa sakit sebab yang ni csert yg ketiga..lepas saja baby dikeluarkan dan sempat tgk jantina dan wajah baby terus saya tak sedar. Sedar saja dah ada dalam bilik rasanya masa tu dah jam 11.30 malam.

Terus tanya nurse kenapa tak sedar sebabnya masa csert kali pertama dan kedua mmg sedar sampai ler masuk bilik. Menurut kata nurse doc bg ubat tidur sebab takut kali ni kesakitan lebih sikit berbanding dulu maklumlah kali ketiga.

Tapi Alhamdulillah sebaik saja ubat bius habis mmg tak rasa sakit langsung seperti mana bersalin kali pertama dan kedua. Malah boleh bangun menyusu baby pagi esoknya dan selepas dicabut wayar kencing terus boleh bangun sendiri ke bilik air. Terus saya bg tahu doc mengenai  perbezaan csert kali nie. Menurut kata doc pembedahan hari tu berjalan lancar, cepat dan senang tanpa sebarang komplikasi. Malah parut di dalam juga dalam keadaan baik..Alhamdulillah...Tuhan mendengar doa saya..syukur sangat kerana diberi kemudahan, kesihatan, yang baik sepanjang mengandung dan bersalin. 

Memang rasa sangat ajaib..macam tak percaya pun ada...sebabnya dipermudahkan semuanya tanpa perlu melalui kesakitan baik ketika dibedah dan selepas dibedah. bagi sesiapa yang pernah merasa bersalin csert pasti merasai bagaimana denyutan di bahagian bedah sepanjang minggu pertama. memang sukar untuk bangun, berjalan apatah lagi.

Tapi kali ni sangat berbeza... syukur alhamdulillah. Baby juga sihat dan tidak kena jaundis. Itulah yang saya harapkan.


Semoga terus diberi kesihatan yang baik ya Allah untuk menempuh tempoh berpantang nie. Dengan dua anak di rumah, memasak untuk diri sendiri dan anak-anak, mengemas rumah, basuh baju, semoga saya terus sihat untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak.

p/s: Kata kawan baik saya di kampung, "yerlah ko bersalin malam Nisfu Syaaban buka buku baru dosa dah tak ada sebab tu ler senang dan tak sakit,"...hahhaha saya hanya ketawa...apa-apa pun org kata mengandung, bersalin, susah atau senang semuanya bahagian masing-masing. Alhamdulillah...kali ni bahagian saya dipermudahkan oleh Allah. Syukur...

Thursday, July 12, 2012

Baby 'DF" Junior

 Salam...
Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy pada 4 Julai lalu / 15 Syabaan di Hospital Pakar Annur Bangi. Baby sihat maknya pun sihat juga. 


 Berat baby kali nie lebih kurang sama cam anak pertama dan kedua dulu  2.99 kg.
Kali ni bersalin csert nanti saya ceritakan pengalaman bersalin kali ketiga ni ya...yang sangat senang dan tidak menyakitkan seperti mana yang pertama dan kedua dulu. Alhamdulillah...


Sekarang berpantang di rumah saja...
harap semuanya sihat yer...Amin.

Wednesday, July 4, 2012

set berpantang Shaklee

Alhamdulillah barang yang ditunggu-tunggu sampai juga akhirnya selepas lebih seminggu rasanya di pejabat suami. Masa order untuk set pregnancy guna alamat office tapi disebabkan dah bercuti guna alamat suami.



Selepas membaca review di Internet terutama kawan-kawan yang pernah melalui pengalaman bersalin c-sert jadi kali ni nak cuba makan set dalam pantang Shaklee. Dulu masa anak pertama dan kedua ambil jamu kampung (buatan bidan di kampung) dgn amalan makan pati haruan dan sedikit gamat. Tapi disebabkan gamat tak boleh makan banyak kerana akan menyebabkan parut timbul jadi saya hanya mengambil pati haruan dan banyak makan sup ikan haruan saja. 

Untuk kali ni maklumlah dah masuk kali ketiga jadi memerlukan vitamin yang boleh memberikan proses penyembuhan lebih cepat. Harap-harap tak letih dan kembali bertenaga dengan cepat. Maklumlah luka di dalamkan jadi kalau dengan pengambilan vitamin ni diharap mampu menyembuhkan dengan cepat terutama vitamin C. 
Juga ESP untuk banyakkan susu badan...InsyaAllah bertekad nak menyusu secara eksklusif selama 6 bulan, kemudian setahun..kalau dapat capai sampai 2 tahun alhamdulillah. InsyaAllah semoga Tuhan mempermudahkan semunya. Amin..amin..Set bersalin ni saya order dari Lyna http://mysuperkids.net/

Masa makan set pregnancy saya campur juga berseling-seli dengan Obimin dan obtical sebab sayangkan doc dah bg banyak so untuk pregnancy B Compleks dengan Ostemetrix nie mmg banyak lagi boleh sambung masa dlm pantang.

Alhamdulillah masa mengandung kali ni tak pernah demam dan selsema...tak ada sakit belakang atau pinggang malah boleh pergi asgment lagi ke sana sini sampai ler minggu ke 35 ngandung. Selebihnya membuat kerja di office dan di rumah setiap pagi akan bangun jam 4 atau 5  pagi menghabiskan stok semasa cuti dalam pantang. Alhamdulillah untuk column utama mmg dapat disiapkan untuk 2 bulan so kawan2 tak payah risau nak buat kerja saya yer...hehhehehhe.

Sekarang dah masuk minggu ke 37 dan dah bercuti di rumah. Cuma ada kerja yang perlu disettlekan hantar dr rumah saja. Editor pun faham...

Doakan saya selamat bersalin yer kawan-kawan





Tuesday, June 19, 2012

keputusan exam kakak

Lamanya tak updated blog...bz dengan kerja bila balik rumah dah penat. Malam mmg tido awal sebabnya jam 3-4 pagi mmg selalu terjaga dan susah nak tidur.

Minggu ni ambil cuti Isnin dan Selasa saja jer berehat sambil cari keperluan baby yang belum lengkap lagi. lagipun sepanjang mengandung ni cuma sehari MC dan seminggu saja bercuti disebabkan diberi kesihatan yang baik oleh Allah..Alhamdulillah.
hari ni ada perjumpaan dengan teacher di sekolah kakak. nak bagi keputusan exam pertengahan tahun hari tuh. rasa berdebar juga ceewahh..padahal anak baru enam tahun.
Alhamdulilah result dia ok dan ada peningkatan terutama untuk bahasa Inggeris dan fardu Ain.
dapat nombor 2 dalam kelas dan kawan dia Iskandar dapat no. 1.
Patutlah selama ni dia selalu citer pasal Iskandar..Iskandar dah naik level...Iskandar dah boleh baca..Isskandar itulah..Iskandar inilah....
Tapi bila balik rumah kakak tanya," kenapa dapat nombor dua mama? ..lg banyak lagi bagus yer? hahhahha terpaksa ler jelaskan kat dia.

Masa mengandung nie mmg jarang sangat nak pantau pelajaran kakak.. kecuali cek kerja sekolah dia dan pastikan dia baca buku... tak kisahlah buku cerita kanak-kanak...komik pun tak apa bukan apatak nak bg dia lupa jer...

Keputusan exam kakak untuk pertengahan tahun. 

Nasib baik dia mmg jenis suka membaca jadi tak ada masalah sangat.
kalau tgk kertas exam dah macam exam budak tahun dua dah...kalau English dah diajar untuk susun ayat yg ringkas. Sebab itu bila ada yang dia masih belum mahir kita orang tak kisah sangat dan tak bg tekanan. Sekurang-kurangnya dapat membaca, mengira, tolak, tambah dan baca bahasa Inggeris dah cukup bagus untuk persediaan tahun 1. kalau dapat lg advance pd tu Alhamdulillah. Cikgu-cikgu pun sangat komited...rasanya anak lebih banyak belajar di sekolah compare di rumah. Di rumah cuma untuk cek jer sama ada apa yg dia belajar  faham atau tidak.



Monday, May 7, 2012

aktiviti hujung minggu

Sabtu dan Ahad tak ke mana-mana duduk di rumah saja. Sabtu Achik Liza dengan Achik Hairy datang rumah jadi budak-budak taklah bosan sempatlah ajak dorang turun pergi taman. Ahad dah janji nak bawa anak-anak pergi taman permainan.

 Tapi last minit tukar plan pergi kat food court Sungai Ramal jer sebabnya kat situ ada mini permainan dengan bayaran RM5 seorang. Dekat dengan kedai makan jadi sambil makan boleh lepaskan dia orang main kat dalam. Mula-mula Fahim takut maklumlah cam belon berangin jer bergoyang-goyang dia pun takut nak pijak. Tapi bila dah lama-lama dia pula yang seronok.

 Kakak memang ler...main tak sudah-sudah sampai jumpa kawan.

 Taklah besar sangat pun. Tapi oklah budak-budak dapat main.

 Dah penat main order burger jer. Yang ni kakak punya burger cheese ayam

 Inilah kawan baru dia Haziq..siap tunggu lagi nak ajak main.

Yang ni saya punya. Banyak gerai sebenarnya kat sini pilih jer nak makan apa. Melayu dan western. Nasi lemak, chicken chop, lamb chop, roti canai, char kow tiaw. Mula -mula teringin nak makan char kow tiaw tapi alih-alih order mi udang Kuala Sepetang. Oklah sedap... udang banyak patutnya semangkuk RM8. Tak habis pun makan....selera jer lebih, kata suami saya.



Sunday, May 6, 2012

aduhai anak...

Rabu lepas selepas cuti Hari Pekerja, tiba-tiba si kecik ni bangun tidur dan terus mengendeng pada saya, sambil berkata, "Mama hari ni janganlah pergi kerja, Aim sayang mama, Aim rindu mama,"
Mula-mula ok lagi tak nangis. Lepas jer saya kata, "Mama tahu Aim sayang mama, tapi mama kena pergi kerja juga, nanti bos mama marah. Mama dah janji dengan bos nak kena pergi kerja".

Lepas tu dengan deraian air mata, dia meletakkan kepala di paha saya, air mata makin laju dengan mulut tak henti-henti berkata, " Tapikan Aim sayang mama, mama jgnlah pergi kerja. Nanti Aim rindu mama, hari ni jer. Esok baru mama kerja". 

Kemudian dia ulang-ulang lagi perkataan yang sama dengan muka yang syahdu (berdrama....ler tu).
si kakak pula menyampuk, " alah tinggal jer dia mama dah lambat ni".

 Oppsss...i'am soyiee..mama.

 Saya sampai dah tak tahu nak pujuk macam mana, kalau diikutkan memang rasa nak marah jer..sebabnya hampir 15 minit dia menangis tak makan saman. Tapi saya tahu kalau dimarah akan semakin menjadi-jadilah dan langsung dia tak mahu pergi rumah pengasuh. Hanya dengan cara berlembut psikologi saja dia akan mengalah.

 Aim janji tak nangis lagi...

Lalu saya katakan,
" Fahim tengokkan dalam TV hari tu rumah orang tu buruk, bocor, lepas tu pakaian budak-budak tu koyak, compang-camping. Fahim nak jadi macam tu ke?
"Kalau mama tak pg kerja mcm mana nak dapat duit, nak bayar rumah, nak bayar duit kete, nak beli makanan, beli baju, beli susu beli mainan Fahim. Semua tak ada...semua tak dapat beli ....nanti kita kena pindah duduk rumah buruk, lepas tu pakai baju koyak, tak ada makanan, tak boleh beli susu...semua tak boleh.
"Fahim nak ke macam tuh? ok kalau nak....mama tak payah pergi kerja yer. Nanti kita kena pindah rumah. Kereta pun tak ada sebab tak boleh bayar. Tak ada duit. Kena jalan kaki jer nak pergi mana-mana. Kalau hujan...basah. Fahim nak ke macam tuh?"

Lepas jer saya cakap panjang lebar macam tu automatik dia terus diam, macam memikirkan sesuatu. Pandang mata saya dengan asyik sekali. Macam menarik benar cerita saya tuh.
"Fahim pergi sekolah Mak Ida yer? dah lambat ni nanti cikgu marah kakak,"

Terus jer dia angguk dan ajak mandi dan bertukar ceria seperti biasa.
Ehhmm...berjaya juga menggunakan kaedah psikologi macam tuh. Saya mmg tahu dia mmg alah kalau sebut perkara-perkara sedih macam tuh. Dulu memang saya suka marah, kadang-kadang bila dia buat perangai tak nak pergi umah pengasuh, lambat mandi, tak nak bangun awal, saya dah mula naik angin dengan macam-macam peel. Lama-lama bila saya tengok apabila  dimarah dia semakin menjadi-jadi, lalu saya ubah cara kepada pendekataan psikologi dengan bercerita biar dia faham situasi kita kenapa perlu bekerja.
Kenapa saya kena pergi kerja, kenapa dia perlu bangun pagi, kenapa  pagi-pagi lagi dia perlu dihantar ke rumah pengasuh, kenapa dia perlu mandi, kenapa petang baru kami ambil di rumah pengasuh dan banyak lagi persoalan kenapa..kenapa yang lainnya. Tetapi memang kena sabar sikitlah dan ambil masa namun hasilnya positif.
Alhamdulillah saya nampak dia lebih senang dibentuk dan mudah memahami situasi saya dan suami yang bekerja. Kadang-kadang kalau dia minta mainan saya selalu kata, "tak boleh beli mainan selalu, nak beli kena guna duit. Penat mama dan abah cari duit tau. Duit ni macam-macam lagi nak kena beli,"
Macam kakak dia akan faham dan kalau dia mmg teringin juga dia akan tanya dulu harga, " mama mainan ni mahal tak?
kalau saya kata. "Mahallah lain kali yer...kalau mama dah ada duit banyak bolehlah beli. lagi pun kakak dah besar tak sesuai main mainan buku boleh ler," ....terus dia letak balik
Bila saya berjanji untuk membelikan mainan baru mereka akan tuntut sampai dapat. 

p/s: Malamnya saya bertanya, "Mengapa pagi tadi Fahim nangis tak nak pergi sekolah Mak Ida?"
ehhehehe...sambil tersengih-sengih.... "Ala...Aim saja jer mama. Tak ada apa-apa pun," 


Saya hanya tersnyum  sambil menggelengkan kepala, Aduhai anak!!!


Saturday, May 5, 2012

Teringin makan

Kali ni cerita mengenai makanan pula yer. Masa mengandung kalau teringin nak makan terus laju jer pergi cari. Laju tu bukan maknanya kalau teringin time kerja terus jer pergi cari tak juga..biasanya masa asgment akan digunakan untuk mencari makanan yang teringin dimakan. Antaranya...

Saya memang suka dengan pancake durian ni yang dijual di MidValley ni. Dua minggu lepas dua kali ada asgment di Midvalley apa lagi terus jer saya dapatkan. Jangan tak tahu boleh habiskan 6 ketul pancake durian ni sorang saja hehhehe.


Ni pula masa asgment di Maju Junction, tekak teringin dengan side dishes Kenny Rogers sebenarnya tapi takkan nak ambil side dishes saja jadinya kenalah ambil 1/4 quater meal. Dah lama tak makan ayam boleh lah makan walaupun hanya dapat habiskan separuh saja tapi yg lain mmg licin.

Yang kat bawah ni pula ada sanwic Subway memang dah lama teringin sejak 2 bulan lepas rasanya tapi tak berkesempatan nak makan sebabnya hanya ada di Midvalley dan bangsar. Kalau Bangsar tu mmg susah nak cari parking. Jadi bila ada peluang ke MidValley masa ada asgment apa lagi terus laju jer menuju ke Subway dan order. Lega dan puas bila dapat makan.