Sunday, August 5, 2012

belum ada baju raya..huhuhu

Cantikkan design baju raya Jovian Mandagie nie. Kalau tak silap dah kembali kepada rekaan 60-an dan 70-an dulu-dulu kan dah ada design macam nie. Baju kurung moden. Tapi kalau yang tinggi lampai dan kurus tu cantiklah pakai.

 Warna pun menarik...jingga dengan kain berbeza.
Ini pun rekaan Jovian juga. rasanya kebanyakan designer menghasilkan rekaan baju kurung moden dengan baju dan kain berbeza.
Berminat ke nak baju raya macam nie? Persoalannya badan tu dah kurus ke???  huhuhuhu..tak apa ada tempoh sebulan lagi untuk kurus.


Dalam tak sedar mengira hari berpantang sedar tak sedar sudah 16 hari berpuasa. Malangnya tahun ni tidak diberi kelebihan untuk berpuasa. Tak tahulah entah dapat entah tidak berpuasa walaupun sehari. Bak kata suami tak apalah nak buat macam mana tahun ni Tuhan bg kelebihan untuk berehat sepenuhnya daripada berpuasa. Sampuk saya pula ,"yerlah tak berpuasa tu ok tapi nak membayarnya nanti.
"Tak apa jadikan motivasi untuk diet dan kurus nanti. Orang lain dapat makan sedap-sedap masa raya awak tak dapat. Lepas raya orang lain badan berisi...Nanti dah habis raya awak berpuasalah," kata dia pula.
Ya saya sudah tetapkan akan menggantikan puasa setiap bulan nanti. Sedikit-sedikit, sehari dalam seminggu atau hanya mengambil Isnin dan Khamis saja supaya tidak terasa mahu menggantikannya apabila sampai Ramadan tahun depan. Chayok...chayok...

Bercerita mengenai persiapan raya, tahun ni dari awal lagi dah buat persiapan raya anak-anak. Rasanya masa masuk kandungan minggu ke 36 jenuh juga berjalan sana-sini mencari baju raya  anak-anak. Mulanya nak mencari juga baju raya sendiri tapi tangguh punya tangguh akhirnya sampai lah bersalin tak beli lagi. Kalau tak mesti dah beli yang dah siap tapi tahun ni belum ada pun lagi. Tak tahu bila agaknya dapat shopping sekejap atau pakai baju tahun lepas saja huhuhuhu. Kemudian baru teringat kasut raya pun tak ada..sepanjang 9 bulan mengandung  pakai sandal saja...kasut kerja pula entah ke mana.

Hari tu cakap dengan en  suami kemudian dia memulangkan paku buah kerasnya pada saya pula,
"kan dah ingatkan hari tu beli sekali baju raya. Pakai baju lamalah jawabnya".
Saya pula tidaklah bereya-eya masa raya...asal ada sepasang baju sudah cukup tapi biasanya dapat juga membeli dalam 3-4 pasang sebabnya masa raya saja saya tempah baju atau beli baju kurung sedia pakai. Kalau masa hari lain jgn haraplah sebabnya pakai baju kurung hanya pada Jumaat saja atau sekali seminggu.

Masih tidak berpuas hati saya menjengah pula blog online yang menjual baju kurung cotton. cantik..teruja saya meilhatnya namun persoalannya muatkah? Dengan baru habis pantang 44 hari menjelang raya dengan badan yang belum slim sepenuhnya dapatkah saya memakai saiz M...atau kena tukar kepada L. Oh Tidak...badan cepatlah kurus.

p/s: Minggu depan rabu ada check up Fayyadh harap-harap dapatlah menjengah butik di sekitar Bangi sekejap dapat sepasang baju pun jadilah. Harap en suami tak keberatan. Dia pun cuti hari tu. 







No comments: