"Baby jangan nakal-nakal ya..jangan tendang mama ya..sian mama," katanya.
Malah dia juga yang selalu tidak sabar melihat baby malah meminta supaya doktor 'membelah' perut saya secepat mungkin dek kerana tidak sabar menunggu baby keluar.
Fahim & Fayyadh
Perkataan belah itu memang saya beritahu pada kedua-dua anak saya bagaimana mereka dilahirkan sambil menunjukkan parut kesan bedah pada perut dan seperti biasa Fahim akan menunjukkan wajah kasihan dan sedih apabila melihat perut saya dan terus berkata 'kasihan mama'
Selepas mendapat adik, dia juga yang sering berada di tepi saya apabila ramai adik-beradik yang menziarah. Risau benar sekiranya adiknya diambil.
Pernah apabila maklong, mak njang, mak ngah atau tok sekali pun ingin mengambil adik katanya, "Tak boleh...buatlah sendiri..mengandunglah' gelihati saya saya mendengarnya. Drp mana dia mendengar perkataan itu.
"Mama kalau nanti org ambik adik...mama kenalah mengandung lagikan?" katanya pada saya apabila melihat ramai yang datang melawat adik.
Bangun pagi wajah adik dicium..tapi saya yang tidak benarkan selalu risau sekiranya baby selsema. Dia juga yang menolong saya mengambil itu dan ini apabila saya memintanya. Nampak benar dia sudah semakin membesar. Dhani Fahim semoga menjadi saudara, rakan, abang yang rapat dengan Dahin Fayyadh. Juga pada kakak Durrani Fatihin moga menjadi kakak yang rajin dan ringan tulang selalu.
Daripada berdua kini bertiga. Ini bermakna tanggungjawab membesarkan anak-anak juga semakin bertambah bukan sekadar mengandung dan melahirkannya saja. Moga dapat menjadi ibu terbaik kepada anak-anak saya.Amin.
Dahin Fayyadh yang bermaksud cerdik dan murah hati- 4 Julai 2012
3 comments:
tahniah.,si abang yang sudah mendapat adik,..nmpak sayang sesangat adiknya tu,...
bagusnya si abang..
sayang betul kat adiknya.. hihi.. terus ena baca kak.. dah boleh diharap pulak tu.. :)
hehe..mmg nampak take care dia sejak kelahiran bby dia..senang mama dpt pembantu yg prihatin mcm abg aim ni..
Post a Comment