Tuesday, July 24, 2012

pengalaman kali ketiga csert

Alhamdulillah hari nie dah masuk 20 hari berpantang. Syukur diberi kesihatan yang baik untuk saya dan baby. Risau juga memikirkan sebab kali ni berpantang sendiri di rumah. Mak datang hanya seminggu saja.
memang sejak awal mengandung selalu berdoa semoga kali ni dipermudahkan kelahiran, diberi kesihatan yang baik pada saya dan baby supaya mudah dijaga.



Kali ni saya memilih doc Fatimah di An nur Bangi untuk sambut kelahiran sebabnya sama doc semasa melahirkan Fahim.
Oleh kerana sudah dua kali csert jadi kandungan ketiga juga csert.  Jadinya doc Fatimah di Annur Bangi sudah menetapkan tarikh 6 July untuk bersalin iaitu awal 38 minggu. Walaupun saya mengharapkan agar dapat bersalin pada 10 July sempena birthday saya tapi mana mungkin kan. Sebabnya saya tidak pernah sampai sehingga 38 minggu. Paling awal 36 minggu dan paling lewat awal 37 minggu.



Pada minggu-minggu terakhir mmg  terasa rahim ke bawah. nak berjalan pun rasa penat sangat dan termengah-mengah, hingga terpaksa pegang perut. Tapi gagah juga hantar kakak ke ke sekolah. Selain tu berdoa semoga sempatlah sampai 6 julai (tapi sebenarnya dalam doa-doa harian saya...saya berdoa agar dapat merasai kesakitan bersalin kerana tak  sanggup untuk masuk ke OT tanpa rasa sakit. Tak dapat nak bayangkan macam mana kalau masuk OT dan terus dibedah..ngeri juga..).


4 Julai rahim dah semakin ke bawah. Rasa nak pitam pun ada juga bila berdiri terlalu lama. Tapi tetap hantar kakak ke sekolah dan makan di kedai bersama Fahim. Tengah hari seperti biasa ambil kakak di sekolah seperti biasa  tanya anak-anak nak makan apa? Hari tu dia org request nak makan Pizza. So pergilah Dominos Pizza dan makan di rumah saja. Banyak juga saya makan walaupun sebenarnya bukannya penggemar pizza sangat.

Sambil tu telefon mak di kampung, dan sempat menghantar SMS dengan kakak dan ipar duai mengenai tarikh bersalin pada 6 Julai ni.


Dalam jam 6 petang  perut rasa tak selesa mcm nak buang air besar..."aihh sudah mula rasa tak sedap hati.'. Lepas tu mula rasa sakit tapi datang dlm setengah jam gitu. Biarkan saja malas nak layan sebabnya masih mengharap agar belum bersalin lagi. Tambah pula bila malam tu adalah malam Nisfu Syaaban jadi memang  berharap sangat agar dapat membaca Surah Yassin 3 kali.

Tapi semakin lama sakit semakin kerap drp 30 minit jadi 15 minit. Terus SMS husband ...dan dia cepat2 balik ke rumah. Masa tu dah jam 7 malam. Sakit semakin kerap. Tapi gagah juga solat dan baca Yassin. Tapi hanya sempat sekali saja...terus ajak husband ke hospital sebab memang dah tak tahan sakit.

Sampai saja di hospital urus apa yg patut, masuk labour room untuk cek contraction. memang contraction makin kuat dan kerap. Terus dia org call doc Fatimah malangnya dia balik kampung sebab mak dia masuk ICU dan penggantinya doc Khamsiah. tak kisah pun doc mana janji semuanya selamat.
Lebih kurang 30 minit menunggu barulah dibawa masuk OT,  dan selamat bersalin pada jam 10.13 malam. Semuanya cepat dan pantas. Untuk mengelak rasa sakit sebab yang ni csert yg ketiga..lepas saja baby dikeluarkan dan sempat tgk jantina dan wajah baby terus saya tak sedar. Sedar saja dah ada dalam bilik rasanya masa tu dah jam 11.30 malam.

Terus tanya nurse kenapa tak sedar sebabnya masa csert kali pertama dan kedua mmg sedar sampai ler masuk bilik. Menurut kata nurse doc bg ubat tidur sebab takut kali ni kesakitan lebih sikit berbanding dulu maklumlah kali ketiga.

Tapi Alhamdulillah sebaik saja ubat bius habis mmg tak rasa sakit langsung seperti mana bersalin kali pertama dan kedua. Malah boleh bangun menyusu baby pagi esoknya dan selepas dicabut wayar kencing terus boleh bangun sendiri ke bilik air. Terus saya bg tahu doc mengenai  perbezaan csert kali nie. Menurut kata doc pembedahan hari tu berjalan lancar, cepat dan senang tanpa sebarang komplikasi. Malah parut di dalam juga dalam keadaan baik..Alhamdulillah...Tuhan mendengar doa saya..syukur sangat kerana diberi kemudahan, kesihatan, yang baik sepanjang mengandung dan bersalin. 

Memang rasa sangat ajaib..macam tak percaya pun ada...sebabnya dipermudahkan semuanya tanpa perlu melalui kesakitan baik ketika dibedah dan selepas dibedah. bagi sesiapa yang pernah merasa bersalin csert pasti merasai bagaimana denyutan di bahagian bedah sepanjang minggu pertama. memang sukar untuk bangun, berjalan apatah lagi.

Tapi kali ni sangat berbeza... syukur alhamdulillah. Baby juga sihat dan tidak kena jaundis. Itulah yang saya harapkan.


Semoga terus diberi kesihatan yang baik ya Allah untuk menempuh tempoh berpantang nie. Dengan dua anak di rumah, memasak untuk diri sendiri dan anak-anak, mengemas rumah, basuh baju, semoga saya terus sihat untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak.

p/s: Kata kawan baik saya di kampung, "yerlah ko bersalin malam Nisfu Syaaban buka buku baru dosa dah tak ada sebab tu ler senang dan tak sakit,"...hahhaha saya hanya ketawa...apa-apa pun org kata mengandung, bersalin, susah atau senang semuanya bahagian masing-masing. Alhamdulillah...kali ni bahagian saya dipermudahkan oleh Allah. Syukur...

6 comments:

ibu_Arifa said...

alhamduillah semuanya dah selamat.
baby akak comel sangat!! geram tengok.. selamat berpantang yer kak rynas..jaga diri jaga makan semua yer.

SYANI said...

Geram tengok baby.

Saya anak pertama czer gak. Memang payah nak duduk bangun masa awal2 tu. Orang kata kalau czer kali seterusnya lagi sakit dari yang sebelum tu. Bagus la awak tak rasa sakit.

Selamat berpantang ye..

firdausfahmi said...

hai, saya pun melalui pengalaman cser tiga kali beruturut turut dan sekrg dah pun BTL ( ikat peranakan)....tapi hati macam nak baby lagi

Kenari Putih said...

dpt info baca pengalaman awk bersalin csec kali ketiga. segalanya telah berjalan dengan lancar ya. saya pon akan czer utk kali ketiga nanti. mmg ada takut dan seram tu.

Su Hamid said...

sue merasa bersalin czer masa anak sulong.
paling tak selesa bila kene pakai tiub kencing.

keesokannya dah boleh bangun ke toilet tapi jalan perlahan2 sambil menunduk pegang perut..

Unknown said...

bape kos hosp?