Alhamdulillah hari ni dah masuk 31 hari tinggal lagi 13 hari untuk habis pantang. Sekejap saja rasanya pejam celik-pejam celik dah nak masuk kerja balik. Huhuhu..sekali rasa seronok nak kerja sebab dah lama tak menulis sekali rasa cam malas pun ada juga. Tak apa kita biarkan perasaan itu di situ.
Di sini aku nak berkongsi pengalaman berpantang sendirian di rumah bersama anak-anak dan hanya ditemani oleh suami saja. Mulanya memang tak confident juga maklumlah dengan bersalin csert dan nak uruskan anak-anak-anak lagi tapi memikirkan kakak sekolah sayang pula nak pontengkan jadi kuatkan semangat jerlah semoga semua berjalan lancar.
Eleh kalau ikutkan ada orang anak kedua dah berpantang sendiri dah. Yer memang benar kalau bersalin normal rasanya kurang sikit bebanan dan masalah kerana biasanya minggu pertama semuanya dah kembali normal dan ok kan? Berbeza dengan bersalin csert kerana mengambil masa untuk pulih. Jadi tawakal sajalah...
Minggu pertama memang tak ada masalah sebabnya mak temankan di rumah. Jadi minggu pertama mmg aku ambil masa betul2 untuk berehat. Bangun, menyusu, makan dan tidur saja. Lipat baju sekali pun aku tak buat. Anak-anak juga mak yang uruskan buat susu mereka, mandikan (biasanya Fahim lah kalau datang manja dia tuh).
Bila masuk minggu kedua mmg agak kekok sikit nak sesuaikan diri tambah pula suami dah bekerja.. Bab nak mandikan Fayyadh tu macam susah sikit. Alhamdulillah boleh walaupun org kata mandi ala kadar saja. Lagi pun baby lagikan takkan nak mandi bereya-eya pulakkan.Bila hari pertama dah ok barulah aku susun jadual biasanya bangun menyusu dalam jam 6.30 pagi terus tak tidur dan ke dapur untuk kemas apa yang patut, kemudian terus masak untuk budak-budak. Senang bila dah bangun nak urus Fayyadh pula kan.
Jam 9 pagi gitu baru mandikan Fayyadh dan siap tidurkan dia. Kemudian baru dapat berehat sebelum menyediakan makanan untuk aku pula. Biasanya aku masak simple jer ikan goreng dengan sayur sawi, tak pun ikan kerisi halia atau ikan masak lada hitam. Tengah hari sediakan makanan budak-budak kemudian makan. Petang barulah boleh baring dan tidur tapi biasanya tak dapat lelap pun sebab budak-budak dah bising. Jam 5 ptg barulah aku mandikan Fayyadh dan siapkan dia.
Alhamdulillah daripada minggu kedua dapat lalui tempoh berpantang dengan jayanya. Tetapi sebenarnya kondisi aku selepas bersalin banyak membantu untuk kekal sihat dan kuat. Aku rasa kalau pengalaman masa bersalin anak pertama dan kedua mmg aku tak mampu nak berpantang sendiri. Tapi kali ni alhamdulillah diberi kesihatan yg sangat-sangat baik oleh Allah. Sepanjang berpantang mmg rasa ngilu, sakit atau berdenyut mmg tak rasa langsung.Sebab itu aku boleh melakukan kerja rumah yg ringan-ringan. Kalau yg berat tu aku tak berani nak buat lagi..biasanya sampai setahun pun masih tak berani angkat benda berat. Lagi satu pemakanan suplement juga sangat membantu untuk recovery balik sepanjang tempoh berpantang supaya badan sihat, rasa ringan, tak letih dan lesu.
Apa yg paling penting adalah amalan masa mengandung, bacaan ayat al-Quran memang banyak membantu untuk kekal sihat selain diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah bukan saja untuk bersalin malah ketika berpantang dan menjaga baby. Alhamdulillah.
Inilah dia anak-anak yang menjadi peneman mama sepanjang berpantang. Macam-macam peel mereka berdua. Kena banyak bersabarlah time pantang ni.
2 comments:
akak anak kedua n ketiga, mmg berpantang sendiri kat umah. nasib baik umah mak akak dlm 15 minit perjalanan. en. abah lak cuti jaga akak selama 2 minggu. masak mmg tok umi yg masak, tok ayah akan dtg hantar kat umah.
mamasyaza...oh oklah umah mak dekat apa-apa hal boleh lari umah mak hehhehe..
Post a Comment