Saturday, July 28, 2012

demam bengkak susu

Hari ke- 12 selepas bersalin saya mengalami demam bengkak susu. Bangun pagi saja, aduh sakitnya pada bahagian ketiak dan tangan. Hinggakan nak angkat tangan pun susah berdenyut-denyut sehingga kepala. Hendak bangun apatah lagi...susah yang amat. Tambah pula hari tu mak dah balik ke kampung gagah juga dan paksa diri bangun untuk ke dapur.

Sambil tu paksa juga baby minum susu namun masih tidak dapat mengurangkannya. Search di internet dan ikut petua-petua yang diberi antaranya letak kobis kat breast (tp jangan selalu dikhuatiri akan menyebabkan susu kering), urut dengan sikat dan tuam dengan air panas untuk melancarkan pengeluaran susu. Semua ni memang saya dah buat namun tak berjaya juga. Sampai ke petang rasanya menanggung kesakitan yang amat sangat. Sehinggakan husband pun pelik melihat saya menangis.
Saya SMS pada suraya dr Lunatots yg sepatutnya nak hantar pum susu yang saya dah order tu malangnya dia tak dapat hantar kerana ada seminar. Apa lagi terus minta bantuan pada anak buah yg kerja di situ dan ambilkan di amcorp Mall.


Inilah pum susu madela freestyle yang saya beli di Lunatots Amcorp Mall.  Alhamdulillah esoknya husband terus ambil di Bangsar sebabnya pum susu biasa  yang dibeli di kedai baby tak jalan dan berjaya untuk mengurangkan bengkak susu.
 Bila pum freestyle sudah ada dalam tangan apa lagi terus jer memulakan sesi mengepam setiap 2 jam sekali selepas bg direct feeding pada baby sebab nak bagi realese susu keluar dan melancarkan urat-urat yg dah bersimpul tuh.

Hampir tiga hari juga saya demam dan pening kepala. Hanya makan panadol saja untuk kurangkan sakit kepala dan sengal-sengal pada badan dan tangan.


 . Inilah pam madela freestyle kecil dan comel jer bentuk nyer. Senang dipegang.
Lepas tiga hari Alhamdulillah bengkak mulai surut, saya perbanyakkan penyususan baby dan bagi baby menyusu macam biasa. Selepas menyusu saya pam lagi untuk kosongkan breast dan bagi baby dengan botol sebabnya sebelah breast saya masih sakit lagi .


Mula-mula guna memang tak biasa lagi dan dapat hanya dalam 2oz saja tapi bila dah biasa guna dan cik B pun dah serasi bolehlah dapat dalam 4oz ke 5 oz setiap kali perahan. Alhamdulillah banyak juga tu pada saya. Baby pula kuat menyusu kalau dalam botol sekali minum 4oz dah habis terus .

Demam bengkak susu memang saya alami untuk kedua-dua anak saya terdahulu. Memang sangat menyeksakan. tambah pula kalau baby yang jenis tidur lama, kejut pun susah nak bangun. Macam Fayyadh dia akan bangun setiap 2jam setengah atau paling lama 3 jam untuk menyusu. Kalau kejut selepas 2 jam pun susah nak bangun. Tapi bila bangun dia akan minum dengan kadar yg banyak habis 4oz dalam botol dia akan direct feeding lagi huhuhuhu penatlah mama macam ni.

*** hanya ibu-ibu yang pernah mengalaminya saja tahu bagaimana sakitnya kalau kena demam bengkak susu***

Ini sedikit info mengenak bengkak susu:

Bengkak Payudara
Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkakberdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

 Apa penyebabnya?
Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?
Pembengkakan ini  sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
  • Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
  • Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.
  • Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
  • Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
  • Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
  • Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.
  • Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
  • Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
Berapa lama akan berpanjangan
Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?
Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

1 comment:

S a b b y & J a i said...

assalam kak. saya google pasal bengkak susu ni. terjumpa blog akak. saya tengah kena bengkak susu. berdenyut2 sangat. 3 minggu lepas puting saya tersumbat jadi susu tak keluar. seksa jiwa dibuatnya. sampai mengalir air mata tahan sakit bila anak tengah menyusu. tapi yg peliknya sampai sekaranh bengkak tu sentiasa ada cuma berubah kedudukan. hari bengkak bahagian atas ni bahagian bawah pula. ada hari sakit. ada hari tak rasa apa2. cam ne ye kak. saya tak pergi check lagi. rasa macam nak buat appointment dengan doc O&G saya. takut mastisis pula.