Wednesday, April 21, 2010

sarapan ubi kayu


Inilah sarapan aku pagi semalam ubi kayu rebus dengan kelapa parut dan cucur udang yang dimakan di restoran Bawang Merah di Subang Jaya. Restoran di terkenal dengan semua hidangan tradisional.
Kalau mak aku tahu makan ubi rebus tentu dia kata, "apa?? ubi rebus pun beli" bunyinya macam hairan kan??
maklumlah ubi kayu hanya makanan kampung. Hendak makan terus jer ambil belakang dan depan rumah tanpa mengira waktu. Tapi dulu ketika zaman kanak-kanak ubi kayu rebus dijadikan sarapan pagi dan aku selalu berkata dlm hati ,"ala..makan ubi rebus jer," macam makanan tak der kelas lahkan. Selain direbus enak dibuat pengat dan bingka ubi.
Tetapi kini di bandar besar seperti Kuala Lumpur ubi kayu menjadi makanan paling komersial. Di restoran mewah malah di hotel ubi kayu rebus dihidangkan bersama pencicahnya sama ada kelapa yang digaul gula, ikan bilis atau gula melaka. Kemudian dihidangkan bersama kopi panas. Ehhmm...pergghh sekali makan pasti nak lagi.
Di restoran Bawang Merah seketul ubi kayu yang saiznya hanya dua kali suap sahaja berharga 60 sen. Kalau dua ketul RM1.20.
Jika di restoran yang menghidangkan dengan sambal ikan bilis pula berharga RM1.20 sehingga RM1.50 seketul. Kalau di hotel harganya tentu lebih mahal. Begitulah berharganya ubi kayu yang menjadi makanan utama ketika zaman penjajahan Jepun dulu.
Jika pulang ke kampung ubi kayu bersama pisang adalah dua benda yang pastinya akan memenuhi bonet kereta aku yang turut dibekalkan kepada adik beradik lain. Lazimnya akan direbus dan dimakan bersama kelapa parut setiap hari sehinggalah habis stok.

8 comments:

nabilah_2908 said...

erm..mahalnyer..huhu..mcm tak berbaloi jer kan.. ;)

baru ptg semalam sy mkn keledek rebus + kelapa parut..sedap.. (^_^)

Mrs. Simplicity said...

lamanya tak makan ubi kayu. saya suka sgt. cicah dgn kelapa parut+gula. sedap kan? kat mana bole dpt ek? kena buat sendiri la nampaknye :)

Mag said...

betul2..skang ni hotel ms bfast byk hidang ubi kayu..kita yang kat umah pandang pn tak ubi ni maknla pulak kat hotel kan=p

LYaFRINA said...

mcm best..lamanya xmakan ubi kayu rebus..ingt dulu2 arwah tok wan slalu buatkan..skrang ni ssh nk jumpa ubi kayu ni..

rynas said...

nabilah- eehhmm mmg pun tapi kalau dah teringin tu oejam mata jer hehhe

alyyani- kat bawang merah ngan chawan selalu ada. siap sambal ikan bilis lg

rynas said...

Lyafarina- mmg pun susah nak cari dah. mahal plak tu jual.

Farah-aahh kat hotel jadi sedap plak bila makan hehhee

ckLah @xiiinam said...

Salam....

Nak cakap macam mak awak jugak lah...



"Hah? Makan ubi rebus pun beli?"


He..he....

(Pernah dihidang sarapan ubi rebus semasa bermalam di sebuah hotel di Sarawak...anak-anak makan macam tak pernah jumpa)

rynas said...

xiiinam- hehhehe..mmg patut pun cakap gitu. budak2 bandar mana ler penah rasa ubi kayu. anak saya kalau bg dia luah balik, "ape benda ni mama"