Friday, April 30, 2010

dapat award


dapat award Gorgeous Blogger Award daripada Ibu Arifa
terima kasih daun keladi yer..kalau sudi2 bagilah lagi ahaks...
suker..suker...suker..

Tuesday, April 27, 2010

abah...

Entry yang aku petik drp blog friendster bertarikh 27 Oktober 2007:

ABAH lelaki paling aku hormati dan kagumi. Kini usinya hampir melewati penghujung 60-an. Tetapi kudratnya masih kuat boleh lagi ke sawah membawa mesin membajak dan meracun rumput. Kata abah, bosan di rumah jika tidak melakukan semua kerja-kerja itu dia pasti demam. Begitulah aktiviti abah setiap hari mengerjakan sawahnya yang entah berapa ekar.
Abah lebih pendiam berbanding mak, namun dia tegas jika ada tidak berkenan pada pandangannya abah akan berterus terang. Walaupun air mukanya tampak garang namun abah berjiwa lembut dan mudah diajak berbincang. Kini melewati hari-hari tua, abah semakin rapat dengan anak dan cucu-cucunya.
Aktiviti hariannya setiap hari ke masjid mendengar ceramah agama dan mengajar agama kepada jemaah masjid selepas solat maghrib. Dahulu selepas solat maghrib berjamaah abah akan membacakan kitab kepada anak-anaknya. Malam jumaat kami akan membacakan Yasin beramai-ramai diikuti tazkirah.
Sekarang baru aku sedar apa yang abah lakukan memang berkesan sehingga sekarang. Mungkin tidak pada yang lain tetapi berkesan pada aku. Antaranya semakin bertambah usia, keakraban kami adik beradik semakin erat, mungkin berkat bacaan Yasin bersama.
Sudah 3 kali abah menunaikan haji dan hampir 7 kali menunaikan umrah. Tahun ini sekali lagi abah bercita-cita menunaikan umrah bersama mak pada Mei nanti. Setiap kali itu juga hati anak-anak berdetik banyaknya duit abah dan seronokkah abah di sana sehingga pergi setiap tahun? Bukan anak-anak yang memberi duit tetapi duit simpanan abah sendiri. Ya kami bukannya orang senang. Abah hanya mengerjakan sawah padi membesarkan anak-anak seramai 9 orang namun dia mampu hidup senang walaupun tidak kaya.
2 tahun lepas ketika sambutan hari raya aidilfitri kami semua adik beradik seramai 9 orang bersama 3 kakak ipar, 3 abang ipar dan anak buah seramai 17 orang berkumpul bersama. Selepas menunaikan sembahyang maghrib berjamaah abah adakan tazkirah dengan anak-anak. Ini kali pertama abah adakah tazkirah yang aku kira sangat menyentuh hati.
Banyak yang abah perkatakan terutama nasihat kepada anak-anak. Kata abah jangan sesekali tinggal sembahyang kerana sembahyang tiang agama. Gaji setinggi mana sekali pun jika tidak sembahyang pasti hidup tidak berkat. Gaji yang sedikit akan cukup sekiranya bersembahyang lima waktu. Walau sesibuk mana apabila waktu sembahyang tinggalkan semua kerja dan sembahyang.
Kata abah lagi jika dia meninggal dia mahu semua anak-anak lelaki memandi, mengkafan dan menyembahyangkan jenazahnya. Begitu juga mengimamkan jenazah sebaiknya dilakukan oleh abang long ( abang iparku). Jangan sesekali bergaduh adik-beradik, bermuafakat dan tidak berpecah belah.
Kata abah lagi jika dia yang hanya membanting tulang di sawah boleh mengerjakan haji 3 kali dan umrah entah berapa kali dia mahu anak-anaknya lebih daripada itu.
Sungguh sayu kata-kata abah. Aku dan adik beradik lain hampir menitiskan air mata.
Tetapi kenapa abah berkata begitu? Ketika itu aku terfikir sudah sampaikah masa abah pergi meninggalkan anak-anak? Aku belum puas lagi bersama abah. Doaku semoga Tuhan memanjangkan usia abah dan mak dan terus memberikan kesihatan yang baik kepada mereka berdua supaya mereka boleh menunaikan ibadat kepadaMU. AMIN.
Alhamdulilah doaku dimakbulkan selepas dua tahun abah masih sihat dan mampu menunaikan umrah untuk kali kelapan. Aku tahu di sebalik kepergiaannya ke Mekah hampir setiap tahun dia mengharapkan sesuatu. Tiap kali pergi abah akan berkata “MANALAH TAU KOT-KOT NANTI MENINGGAL DI SANA”
Aku terkedu mendengar kata-kata abah. Doaku dalam hati moga Tuhan masih memberikan nafas untuk abah bersama anak-anak. Nasihat abah masih belum cukup begitu juga azimatnya kepada anak-anak sebagai bekalan meneruskan kehidupan masih kami perlukan. Aku sangat menyayangi abah dan mak. Tiap kali selepas sembahyang aku berdoa moga Tuhan memberikan kesihatan yang baik, memanjangkan usia dan memberikan rezeki yang lebih kepada mereka supaya mereka dapat berkunjung ke tempat suci-Mu setiap tahun. Kepada abah, Haji Sahib Haji Abas dan mak, Hajjah Hasiah Man, semoga terus sihat kerana kami sangat sayangkan kalian berdua.


________________________________________________________
Entry hari ni bertarikh 27 April 2010:

Tahun ini 2010, abah pada usia 76 tahun, bersama mak sekali lagi selamat menunaikan umrah bersama kak long dan abang long.
Namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kesihatan abah tidak mengizinkan. 2 hari sebelum pulang dia diserang lelah, demam serta batuk yang teruk. Kesian...ketika mencium tangan abah melihat nafasnya turun naik, sukar sekali dia bernafas sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Akibatnya pada malam itu juga dia dimasukkan ke wad Hospital Selayang untuk rawatan selanjutnya.
kami semua adik beradik berkumpul, kecuali keluarga abang Mie dan adik di Sarawak namun nama mereka tiap kali disebut2 abah terutama adik yg masih belum mendirikan rumahtangga. Nampak sangat dia risau sehingga teringat2 ketika menunaikan umrah. Cepat-cepat la naik pelamin...dik doa kami semua.
kali ini lain sekali sakitnya..biasanya jika lelah menyerang hanya sekali atau dua kali sedut gas lelahnya akan hilang ini memaksa doktor mengambil darah berkali-kali untuk mengesan sama ada terdapat virus lain atau tidak. abah juga sering bercakap yang bukan-bukan, terutama soal mati, malah dia sendiri meminta aku dan suami menghantarnya pulang ke kampung selepas keluar hospital kerana ingin merasa menaiki kereta baru. ya semua keinginan abah kami tunaikan.
Aku lihat keakraban kami adik beradik jg sangat rapat dan semakin rapat. Tanpa mengira anak menantu masing-masing bersatu hati menjaga abah. Semoga keakraban ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Semalam ketika melawat, lelahnya sudah semakin kurang cuma batuknya sahaja masih ada. Mungkin esok atau lusa mungkin abah dibenarkan pulang. Doa kami semoga abah diberi usia yang panjang untuk terus beribadat kepadaMU dan semoga dia diberi kesihatan yang baik. AMIN...



Friday, April 23, 2010

bagi pendapat sikit..

Anak dara aku suka benar nak bergambo dgn bunga.
Bunga tu dpt masa sceretaries day kat Hotel Equatorial, KL semalam


Bila bawa balik jer..terus jer dia kata, " mama..jom gambar,"
Terus jer senyum sambil pose cium bunga MOTIF????
Terpengaruh dengan citer apakah????

Pastu nak main cari bunga..nak tido cari bunga..wakakakaka..
Adik dia pinjam kejap jer...nangis bereya-eya ni..
hai sejak bila pula jd minah bunga yer.

Sambung cerita yer..
Korang yang bekerja, dah kawin dan ada anak rasa tak apa yg aku rasa???
Penat dan letih bila balik rumah.
Cam aku ni selalu sampai rumah dalam 7.30 gitu..itu kalau keluar office jam 7pm. Selalunya kalau tak OT mmg itulah masa aku balik atau pun 6.30ptg.
Biasanya memasaklah uols..sebabnya laki aku mmg suka makan kat rumah.
Sambil memasak time nilah on mesin basuh. Dah siap masak...makan... then kemas dapur semua dalam jam 10 malam barulah siap uols..

Jam 10.30 mata i ni dah tak leh buka dah..
Ngantuk sesangat...rasa nak baring dan tido jer..
Tapi tahan lagilah uols sebabnya anak dara selalu tido lewat jam 12 baru dia tido..
Tapi selalunya mmng tak leh tahan..masa nilah anak dara nak minta ajar dia baca, ajak main bolalah, masak-masaklah...mama pula dah bajet2 nak tido ni. sian anak aku kan????

Nasib baik anak teruna aku tido awal 10.30 paling lewat jam 11 dia dah tido dah...
nak tidokan dia kena ada kat sebelah sebab kena tepuk sampailah lena. Lepas tu aku pun lena sekali. Disebabkan tido awal jam 4 atau 5 pagi aku dh terjaga masa nilah kalau nak basuh pinggan ker..nak kemas ker nak online Internet.
Korang macam mana ekk.. atau ada amik apa supliment tak yang confirm boleh buat badan segar bugar 24 jam.
Kalau dulu tak kisah tido jam 2 pagi bangun jam 6pg no hal aktif lagi. Agaknya sebab usia kot dah masuk 30-an...kan..atau aku jer rasa gini???

cerita pagi JUMAAT

*Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar*

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal duniaketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.Maka bergegaslah ustaz M ke hospitaluntuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya,kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah orang luar. Maknanyaseorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa haribagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudianitu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M.Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudahpun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asartempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ",ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",balas ustaz M.Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapahari 'pending'.Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nakmengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Dibilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospitaldan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imamtersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telahditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yangmemandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebutdengan perlahan-lahan. ..

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini jugaberpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggalsebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orangsedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya.

Begitu juga orang di sekeliling.Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan"ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakankan?....

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahajayang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya padarakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidupsehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selaindaripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik,amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

*MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT*

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yangmeninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuha.Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunatTahiyyatul-Masjid sudah pasti. Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni,Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "UusyikomBitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. . Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang bolehdiucapkan selepas itu melainkan,
"Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakatsetempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada jugayang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yangbaru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alamyang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskannafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada dibelakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat dudukatas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaankhutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihatbeberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu danpeliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masihmengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustazM lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangisungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama diamenguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazahimam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronokmelihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..YaAllah....... ......

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntahdari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasibunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatanganbakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah iaboleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula olehamalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatansebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Thursday, April 22, 2010

aku kemas dia tarik...

Bila aku kemas dia tarik..bila aku kemas dia tarik...


Inilah aktiviti budak2 kat rumah tak boleh tgk rumah kemas sikit ada jer nak main. Pada hal mainan punyalah banyak dengan kereta, basikal, nak jg main majalah-majalah kesayangan aku ni.

Pastu tarik tanpa rasa bersalah. Agaknya budak2 mmg suka kena marah kot sebab itulah masanya mak akan melayan dia. Macam Fahim memang suka ler buat benda2 yang menyebabkan kita terpaksa marah dia. Cthnya ekk..amik senduk pukul meja, pukul lantai, panjat TV, main pinggan mangkuk kaca (kalau plastik tak per juga), main kasut, main blender ada lah lagi permainan yg tak sepatutnya. Tapi nak marah pun tak guna budakkan...cuma kena terangkan kat dia jerlah..yg apa dia buat tu tak boleh.
dan selalunya dia akan tersengih2...Agaknya fahamlah tu kot.

Wednesday, April 21, 2010

sarapan ubi kayu


Inilah sarapan aku pagi semalam ubi kayu rebus dengan kelapa parut dan cucur udang yang dimakan di restoran Bawang Merah di Subang Jaya. Restoran di terkenal dengan semua hidangan tradisional.
Kalau mak aku tahu makan ubi rebus tentu dia kata, "apa?? ubi rebus pun beli" bunyinya macam hairan kan??
maklumlah ubi kayu hanya makanan kampung. Hendak makan terus jer ambil belakang dan depan rumah tanpa mengira waktu. Tapi dulu ketika zaman kanak-kanak ubi kayu rebus dijadikan sarapan pagi dan aku selalu berkata dlm hati ,"ala..makan ubi rebus jer," macam makanan tak der kelas lahkan. Selain direbus enak dibuat pengat dan bingka ubi.
Tetapi kini di bandar besar seperti Kuala Lumpur ubi kayu menjadi makanan paling komersial. Di restoran mewah malah di hotel ubi kayu rebus dihidangkan bersama pencicahnya sama ada kelapa yang digaul gula, ikan bilis atau gula melaka. Kemudian dihidangkan bersama kopi panas. Ehhmm...pergghh sekali makan pasti nak lagi.
Di restoran Bawang Merah seketul ubi kayu yang saiznya hanya dua kali suap sahaja berharga 60 sen. Kalau dua ketul RM1.20.
Jika di restoran yang menghidangkan dengan sambal ikan bilis pula berharga RM1.20 sehingga RM1.50 seketul. Kalau di hotel harganya tentu lebih mahal. Begitulah berharganya ubi kayu yang menjadi makanan utama ketika zaman penjajahan Jepun dulu.
Jika pulang ke kampung ubi kayu bersama pisang adalah dua benda yang pastinya akan memenuhi bonet kereta aku yang turut dibekalkan kepada adik beradik lain. Lazimnya akan direbus dan dimakan bersama kelapa parut setiap hari sehinggalah habis stok.

Tuesday, April 20, 2010

perfume kegemaran anda?

Perfume kegemaran anda?

Yg warna biru aku dapat free. Disebabkan suka sangat aku beli yg botol cerah tuh.

Oh aku suka Aisey Miyaki sebabnya baunya lembut dan segar. Ada rasa haruman bunga-bungaan. Kadang-kadang aku pakai Georgo Armani yang aku beli ketika sale. kalau sale harga memang murah. Rugi sangat kalau tak beli 2,3 botol sebab boleh dapat RM50 sebotol sehingga RM100 paling rendah. tapi nak tunggu sale maybe setahun sekali atau 2 tahun sekali, ikut nasib kalau ada. dan kalau pergi memang kena berbaris panjang masa nak bayar dan berebut2 nak ambil. Ini pada sesiapa yang memang alah dengan org ramai baik jgn pergi. Tapi bg sesiapa yang giler perfume waktu sale mmg masa sesuai untuk beli dan simpan stock sampai 2,3 tahun.


Seingat aku aku cuma pernah beli Aisey Miyaki dan Georgo Armani jer yang lain-lain tu aku dapat ketika melakukan tugasan. Antara perfume percuma ialah YSL, ELLE, Dior Addict, narciso rodriguez, Anna Sui, Lancome dan ada beberapa yg aku sudah tidak ingat. Antara semua ni aku paling suka Dior Addict..baunya sangat sedap, segar, ringan, kalau pakai lg lama lg sedap. dan baunya sangat tahan. Pakai pagi sampai ke malam masih terbau-bau lagi. Disebabkan suka...tiap2 hari aku sembur Dior Addict walaupun masih ada perfume lain tapi pakai sampai habis.

Dior Addict. Dapat pun botol kecilkan. haruslah cepat habis.

Sekarang aku pakai perfume Narciso. Dapat tahun lepas ..baru jer pakai. Baunya pun sedap bunga-bungaan segar. haruslah hujung tahun baru habis.

Dan yg masih ada dlm simpanan belum buka kotak lagi ialah Anna Sui. Diberi oleh editor Jelita, Kak Ema ketika nak berhenti kerja dulu. Baunya agak sedikit keras. Kureng suka sikit tapi dh dapat free ok jerlah. Tapi bila dah lama pakai oklah dah lembut sikit. Tunggu yer giliran bila dah habis perfume baru akan diguna.

Sebenarnya nak pakai perfemu ni ada caranya juga supaya baunya segar sepanjang masa. Ada orang komplen kenapa perfume tahan 4 jam sahaja. Ada pula tahan sehingga 8 jam malah ada yg sehingga ke malam.
Menurut orang yg mahir dalam bidang kecantikan ni, bau perfume yang melekat pada tubuh kita dan ketahanannya bergantung kepada air badan seseorang. Air badan pula dipengaruhi oleh darah, pemakanan kita dan perpeluhan kita. Sebab itu kalau orang India mungkin jenis haruman yang disyorkan agak sedikit keras disebabkan makanan mereka berasaskan rempah ratus yang menyebabkan bau badan akan tinggi berbanding Melayu dan Cina.

Berbeza bagi mereka yang bekerja 24 dalam air cond, apabila dlm keadaan sejuk molekul2 dalam perfume akan saling menarik menyebabkan baunya terpendam dan apabila berada di tempat yang cuacanya agak panas barulah molekulnya akan mengembang.

Jadi sebaiknya:
1. Untuk lelaki sembur haruman di dalam baju terutama kot atau kemeja kemudian baru button kan. Ini kerana haruman akan tersebar lebih lama berbanding dengan semburan di luar baju kerana akan menyebabkan bau bercampur dengan molekul udara, asap, habuk, asap rokok dll.
2. Wanita sembur pada baju untuk tahan lama tetapi jarakkan semburan supaya cecair perfume tersebar.
3. Calitkan perfume pada nadi iaitu pergelangan tangan, belakang telinga dan leher. Ini kerana pada bahagian nadi ini darah akan mengepam ke seluruh badan menyebabkan bau lebih tahan lama.
4. Untuk lebih berkekalan simpan haruman dalam peti sejuk. Ini kerana cuaca sejuk akan menarik molekul supaya lebih mampat dan bau lebih tahan. (letakkan perfume dalam plastik yer.. tak pasal2 peti sejuk anda berbau wangi pulak)

Percaya tak perfume ni sudah macam satu keperluan. Macam hphone. bagi pekerjaan yang memerlukan kita bertemu orang ramai, perfume menambah jati diri serta keyakinan. Kalau lupa nak pakai perfume rasa hari2 yang tidak sempurna. Nak jumpa orang pun rasa malu.
Percaya tak bau-bauan mewah contoh yg dipakai oleh ahli perniagaan atau selebriti misalnya akan menentukan untung atau ruginya perniagaan mereka ketika ingin mendapat tender atau sebagainya.

Besarnya pengaruh perfume ni kan.
Sebab itu ler walau harga beratus-ratus sebotol tetap orang beli.
Penjual One Drop Perfume misalnya jadi kaya raya sebab jual perfume.
Ada lagi brand terbaru sekarang ni baubau yang dihasilkan oleh orang Melayu dijual pada harga RM10 untuk 3ml, 10ml RM30 dan 50ml untuk RM90. Baunya memang sedap, macam original, boleh dikatakan semua jenama di pasaran ada dijual. Ketahanan memang belum terbukti lagi sebab aku belum cuba sepenuhnya, cuma dah sembur sikit kat tangan dan baunya...ehhmm..macam original. Nantilah bila aku dah cuba aku buat review kat sini.

Sunday, April 18, 2010

petua elak demam denggi

Oh aku baru balik dr Hospital Port Dickson, melawat kakak ipar yang kena demam denggi.
Dah seminggu lebih dia demam tak mau kebah-kebah, pergi klinik tp doc tak dapat detact sehingga buat ujian darah di hospital baru ler sah denggi.
Dia kata masa demam badan sengal-sengal, sendi semua sakit, sakit yang amat, kepala sakit tak lalu makan. Masa melawat tu hampir 10 botol air dah masuk dalam badan. Itu belum masuk 100 plus lagi.
Satu petua yang aku dapat, kalau demam tak kebah2..kemudian sengal2 badan terus jer makan sup ketam sebab itu jer ubat untuk elakkan platlet darah membeku. Sup ketam boleh mencairkan kembali darah dalam tempoh yg singkat. Jadi untuk penghidap denggi makan ler sup ketam banyak-banyak. kalau rasa nak demam pun terus jer makan. tak rugi pun...
Masa kakak aku dimasukkan ke hospital platlet darahnya 18 sekarang dah meningkat ke 22 dan hanya sehingga mencapai 100 baru ler boleh pulang.
macam2 kan penyakit sekarang nie...harap-harap kita sekeluarga terhindarlah drp pelbagai penyakit dunia ni AMIN.

oh lagi satu petua drp seorang kakak yang aku kenal, anaknya disahkan denggi berdarah, sehinggakan kat liang2 roma dah kuar sikit darah..mmg dah kronik...ntah macam mana kakak ni teringat nak bg anaknya minum air zam-zam... agaknya dah kehilangan puncakan terus jer teringat air zamzam. Dengan kuasa ALLAH lepas jer minum platlet anaknya meningkat dengan cepat dan doc pun terkejut dengan keajaiban air zam-zam ni. Lagipun air zam-zam tu banyak khasiatnya...kita hanya berikhtiarkan.

Ni ada sedikit info mengenai demam denggi yang patut kita tahu:

APA ITU DEMAM DENGGI ?-

-Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi.
- Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi.
- Sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
- Tiada ubat untuk merawat denggi.
- Cara paling berkesan untuk mencegah demam denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

MENGENALI NYAMUK AEDES.

- Berbelang hitam & putih di badan dan kaki
- Mengigit pada awal pagi (5.00 Pg - 7.00 pg) & awal senja (5.00 ptg-7.00 mlm)
- Membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
- kitaran hidup (telur hingga dewasa) lebih kurang seminggu.

MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
DI DALAM RUMAH :-

- Kolah bilik mandi & baldi yang menakung air - Bilik air aku mmg tak ada kolah
- Bekas perangkap semut- Ini pun tiada
- Bekas menakung air peti sejuk - oh memang tidak digunakan untuk peti sejuk
- Piring menakung air pasu bunga- hehhe satu pasu bunga pun tak ada baik dlm mahu pun luar rumah

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI.

1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit.
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.

Lebih teruk sehingga menyebabkan shock syndrom seperti yg terjadi kepada arwah Din Beramboi yang menyebabkan kegagalan organ berfungsi.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.
1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :-

-Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.

PERINGKAT DEWASA :
- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.

p/s: Orang kata mengelak lebih baik drp mengubati, jadi elakkan ler pembiakan nyamuk aedes untuk mengelak denggi.

Saturday, April 17, 2010

buat massage


Dah lama tak berurut.
Selalunya buat massage bila ada rawatan percuma yang diberikan selepas selesai tugasan. Hehhehe..biasalahkan muka free inilah dia. Itu pun masih ada hutang yang belum aku jelaskan di sebuah spa di Bangi disebabkan tiada masa ke sana.
kali ni spa di Bangi juga, Zouk Spa yang ada 26 cawangan di seluruh negara. tempatnya cantik, kemas, bersih dan sangat selesa. Biliknya bertemakan merah & hitam serta dihiasi bunga-bungaan segar yang sangat menyedapkan mata memandang.
Oleh kerana aku ni jenis tak tahan diurut, jadi dari awal-awal lagi dan bg tahu pada tukang urut tu, " manja-manja sahaja yer kak,"

Tapi sekali..perghh..manja-manja dia sangat ler..ehhm..nak kata sakit..tak sakit..tapi sedap.
tambah2 bila kena urut tulang belikat..dan bahagian bahu. rasa nak terlena jer.
Selepas selesai..pergghh..sangat lega.
hilang semua sakit kepala dan bahu rasa ringan.
lepas ni haruslah kan...teringin nak buat sauna pulak, sebab sangat bagus untuk memecahkan lemak2 selain mencantikkan tubuh dan baru aku tahu sebenarnya berurut juga sangat bagus kalau nak langsing dan cantik. sebab boleh memecahkan lemak dan membuang angin dalam badan. Sebaiknya sebulan sekali pergi berurut atau buat sauna. Patutlah aku tgk pemilik spa ni sangat cantik dan langsing...rahsianya dan tentulah rajin buat sauna dan berurut.

Harga pun tak mahal..1 jam urut cuma RM50 sahaja.
Sauna 1 jam cuma RM60 sahaja.

Wednesday, April 14, 2010

nilai hidup...

Dahulu ketika penulisan disiarkan dalam majalah jarang-jarang sekali aku menerima sms, email atau call mengucapkan terima kasih kerana telah mengeluarkan artikel yang bagus sehingga boleh merubah kehidupan atau perniagaan mereka.
tetapi kini sangat berlainan, boleh dikatakan hampir setiap hari...apabila artikel keluar aku terus dihujani sms dengan ucapan terima kasih, email yang menyatakan rasa gembira atau panggilan telefon yang memberitahu rasa suka. Itu belum termasuk email-email yang meminta nombor telefon mengenai syarikat atau individu yang aku tulis.
Ada pula terus menghantar hadiah dek kerana terlalu gembira..ada pula terus menangis kerana cerita yang dipaparkan terus membuat kehidupan mereka berubah daripada miskin kini kehidupan bertambah selesa.
Wahh besar sekali penangannya menulis di dada akhbar dengan majalah. Terasa kehidupan mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada masyarakat. Terasa diri sangat penting untuk terus memberikan info berguna dan bernilai kepada pembaca.

dan satu kisah yang belum ditulis membuatkan aku mula terfikir mengenai nilai hidup yang seharusnya dihargai sebaik mungkin. Wanita itu banyak membuka mata dan hati untuk terus berfikir mengenai kehidupan yang singkat dan sesingkatnya hidup ini wajar dilayari dengan bahagia.
Kisahnya sangat menarik dijadikan panduan, mempunyai 12 orang anak, suami pertama meninggal selepas 2 tahun berkahwin, kemudian hidup bermadu...dengan seorang anak menghidap pengakit jantung berlubang, tetapi mampu mendidik anak-anak menjadi insan berguna walau hidup serba kekurangan. Wajahnya sentiasa ceria kerana dia sentiasa mengambil setiap ujian sebagai sesuatu yg positif. Dari sinar matanya yang cerah menunjukkan dia memiliki jiwa yg kental. Wang bukan penentu..tetapi bagaimana dia menghargai nilai hidup itu sendiri.
"kalau ikutkan memanglah tak cukup, tapi Allah sentiasa murahkan rezeki akak. Allah sentiasa bersama akak walau akak diberi ujian besar" katanya.

Paling membuatkan aku terharu ketika pulang dia meminta untuk mengambil baki mihun sup yang cuma tinggal sedikit untuk dicampur dengan baki mibun supnya untuk dibawa pulang.

"Akak tak per ke ambil sisa makanan saya?" tanya aku.
"tak perlah ct akak tak kisah pun. Inikan rezeki tak baik membazir. Lagipun mana tahu rezeki yang tinggal ni bawa 'ong' kat akak," katanya sambil tersenyum.

terkelu aku sebentar. Sampai begitu sekali dia menghargai rezeki, sehinggakan baki makanan dibungkus untuk dibawa pulang. sedangkan kita yang dilimpah ruahkan dengan rezeki sentiasa membazir makanan...huhuhuhu itulah nilai paling berharga yang aku perolehi pada hari itu.

Tuesday, April 13, 2010

kakak ajar adik

Nilah aktiviti dua beradik bila ada kat rumah.
Kadang-kadang bila ada masa aku yang ajar..pastu kalau rasa malas,
"Kakak pegi ajar adik yer,"
"ok mama" dia pun pergilah kat chart yang aku tampal kat dinding tu dan ajar adik.
adik pun ikutlah apa kakak ajar..kalau salah kakak salah ler adik sebut.



Tengok tu betapa proaktif sungguh sampai nak naik atas meja. Ni tak pakai senduk..selalu adik amik senduk dr dalam laci dapur konon2 rotan ler..dah tu siap2 ketuk meja...sambil sebut ABC...

Masa ni ok ler...mood tengah elok nak membaca.

Tengok tu dh sampai tahap bosan...lepas tu panjat plak meja pc kat sebelah tu dan berdiri. Tak pandai turun..terjerit2 le rpanggil nama aku.
Kakak: Mama mama...Aim tak nak ajarlah. Kakak pandai..kakak hebat Aim tak hebat.
Katanya..bila adik tak mau ikut apa dia ajar. Alahai!!!!


Sunday, April 11, 2010

Dah sampai Mesir

Alhamdulillah dalam jam 12 tengah hari tadi kakak sulung aku, Kak Long hantar msg bg tau yang dia orang (mak, abah, kak long, abg long dan ayah mertua kak long) dah sampai kat Mesir. Dan malam ni baru melawat Angah (anak kak long) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Selepas 3 hari kat Mesir barulah ke Mekah menunaikan umrah. Harap semuanya selamat nooo...

Sepatutnya mak, abah dan semua jamaah umrah bertolak jam 12.30 tengah malam tapi flight delay jam 1.30 pagi baru berlepas. jadi kami semua tunggu ler kat KLIA sampailah dorang masuk jam 12.15.



Sebelah kanan abang long dan kak long, paling kiri mak aku ler. Huhuhu..bestnya dh banyak kali pg umrah.. harap2 yang kat belakang tu akan menyusul nanti pg umrah InsyaAllah.


Sementara menunggu tu anak-anak buah ni sempat makan Mcd. patutlah hilang...


Huh..posing hehhehe dr kanan Budin, Along dan Haziq.

Bergambar bersama Along.

Candid uols..anak dara aku bkn main lg noo...nilah kalau pg KLIA tak larat nak kejar budak2 asyik berlari sana sini. Kalau tak jaga takut hilang...kena ikutlah ke mana dorang main..huhuhu penat betul ler..mengejar

Inilah aktiviti dorang main kt tengah-tengah tempat menunggu jer. Berlari sana-sini...siap guling2 atas lantai pun ada...dengan tak pakai kasut. Huhuhuhu malu-malu anak sapa lah ni???

Along yg suka bergambar



Kumpulan jamaah umrah bergambar bersama ahli keluarga..muka aku tak nampak ler...

Haaa..ni barulah clear..
Dijangka mak, abah, kak long, abg long dan ayah mertuanya akan balik pada 24 April ni.
Dua minggu jer kat sana...selamatlah yer...

Wednesday, April 7, 2010

buat ABC

Kalau dah berkumpul ramai-ramai adik-beradik aktiviti yang tidak pernah dilupakan ialah buat ABC sendiri. Maklumlah dengan anak buah yang ramai campur adik-beradik, akak n abg ipar kalau nak beli ABC mahunya berplastik2. Jadi untuk menjimatkan kos...kita buat sendiri jer ABC ni. Lagipun mesin ABC pun dah ada yang dibeli oleh kak Chak jadi senang jer beli bahan-bahan macam jagung, laici, susu, kacang merah, kalau nak tambah aiskrim letak ler..kalau tak nak pun ok.

yang jadi tukang jual ABC ialah abang aku. Memang selalu ler kalau buat ABC mmg dia ler yang jd tukang mesin...yg lain2 tu tak berani kot nak buat...dan yg lain2 lebih suka makan jer. asal mesin jer habis...hahhahha

Perghhh..ini yang dah siap mesin yer. yang best boleh adjust nak ais tu lembut dan halus atau kasar dah tentulah nak yg lembut dan haluskan baru sodap makan.

Wah..wah...sebelum mesin semua bahan2 letak kat bawah dulu pastu baru mesin ais. Ni yang dh siap yer..letak gula merah, gula putih pastu susu. siap yer uols....


Tiap orang ada keje masing-masing. Bg kat anak2 buah yang muda2 ni sebab dorang memang suka buat2 kerja gini.



Ni dh siap dua mangkuk. siapa nak dulu amik jer. Biasanya akan buat sorang satu ler. kalau nak lagi mesin lagi ler. dua tiga kali pun tak per..sampailah bahan2 habis.


Anak aku yg tak sabao2 nak makan ABC. Tapi tak habis...makan main-main.


Ohh dorang bertiga ni mmg kuat makan ABC. Dah habis mesin lagi untuk dorang. tak per janji habis...

ABC yang siap untuk dimakan. nampak sedapkan???? (perasan)..sungguh..rasa cam yg jual kt kedai jer. nak lg special letak aiskrim atasnyer. Kalau kat kedai RM1.50 kot satu...kalau buat sendiri berapa jer kos. Boleh dapat lebih 20 mangkuk.

Tuesday, April 6, 2010

lauk kenduri

Ohh..aku bercuti start Jumaat sampai ler Isnin dan sepatutnya hari ni Selasa aku dh masuk kerja. tapi memandangkan Fahim masih demam terpaksalah bercuti. masa kat kampung badan Fahim naik bintik2 merah..ingatkan demam campak tapi naik tak banyak pun dan bg minum air kelapa.
pagi tadi disebabkan nak confirm yang betul2 campak bawalah dia pegi klinik. Doc kata bukan campak...dan dia nak refer pd pakar maklumlah skang ni macam2 penyakitkan dengan denggilah HINI lah jadi bawalah jumpa pakar kanak-kanak dr Nazim kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Doc Nazim kata bkn campak..maybe sebab virus menyebabkan badan naik ruam. Masa amik suhu badan Fahim dh tak demam dah cuma kena monitor kat rumah jer.
Doc kata kalau denggi dia tak akan ada simpton batuk dan selalunya akan demam dan suhu badan yg tinggi.

Ok sebenarnya nak cerita pasal kenduri kat kampung minggu lepas.
kenduri ni doa selamat jer sebab mak ngan ayah nak buat umrah 10 April ni. Jadi kenduri kecil-kecilan sahaja. Jadi ada bacaan Yasin kemudian baru ler makan..ni antara juadah kat bawah ni.



Ni kacang, kobis digoreng bersama hati,pedal ayam. tapi kalau buat sendiri tak dapat pulak rasa gini...

Oh kalau kenduri doa selamat ker kahwin ker inilah juga menunya. ayam masak merah. Pergghh..memang sedap tambah2 dimakan bersama air asam. kalau makan ni mmg tak pandang kiri kanan dah...selalunya kalau area kampung aku ayam ni memang menjadi pujaan ler hehheheh.

Haaa..inilah dia air asam dimakan dengan ayam. kalau kenduri air asam ni memang tak tinggal. memang menu utama ler...kalau kenduri kahwin sebelah utara. tapi kalau buat sendiri mmg tak penah jadi air asam gini...ntah apa ler yg tukang masak ni pakai.


Gulai nangka dengan ikan bilis. Ni jarang jg buat tapi sebab nangka banyak kat kampung...jadinya supaya tidak membazir masaklah gulai nangka ni.




Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi



KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.


***Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN.


Sekejap jerkan kalau dah sampai ajal memang kita tidak dapat menolak walau barang sesaat pun. Daripada sihat..tiba-tiba sakit dan terus pergi meninggalkan kita. Lepas ni tiada lagi suara ceria bersama Aznil di radio Era.

Anak aku pun suka tengok arwah dalam Afi dan Abah sebagai Pak Rahim juga watak Kicap dalam Tom Tom Bak. Hilang lagi seorang pelawak, juga penghibur berbakat semula jadi.

Thursday, April 1, 2010

cerita ceriti

Oh sudah kemalasan balik nak update blog.
Sebab-musababnya tidak diketahui ok..saja dah nak malas nak buat macam mana.
Agaknya bila kat opis dah puas menulis sampai tak panggung2 kepala (nampak nau penipu) jadi bila balik umah memang malas nak on laptop. Bukan takat malas nak on ...nak tengok pun rasa ehhh..meluatnya gitu.
Opss..semalam dpt hadiah baju dr editor yg baru balik dr Beijing. Disebabkan camera tak ada bateri tak dapat nak snap gambo yer uols..suke suke..
Sebenarnya tak tahu ..apa ler nak diceritakan..kali ni semua cerita dalam satu entry yer kira marathon gitu.
Semalam juga pergi STYLO fashion kat Sentul Convention Centre. Memula ingat...haiya...Sentul??? ada ker tempat nak buat fashion show Stylo yg gempak ni. Selalu bayangkan Sentul kawasan India...tapi sekali pegi dah maju yer Sentul...banyak kawasan baru dibuka dah ada Sentul Business Centre, Sentul Boulavard, Sentul South...Sedah tu ada dewan yg gah dah besar untuk pertunjukan fesyen tu. huhuhu..barulah faham kenapa dibuat di situ. Besar ok dewannya...hiasan dewan pun ok..tapi pesallah pilih warna merah macam CNY pulak. Agaknya Datuk Shah Reza suka warna merah kot. Rugi betul tak snap gambo kalau tak boleh uols tengok. Semalam juga pegi naik teksi..malas nak drive sebabnya takut keretaku meragam lagi..jadi lebih baik naik teksi sahaja lebih senang.
Balik office sampai dalam 5.30 petang, sempat ni type satu story..chayok chayok...sekarang sudah pandai menyesuaikan diri..kalau dulu nak dapat 1 story sehari pun terkial-kial sekarang 3 atau 4 story (kalau tak ada asgn) ok jer...boleh disiapkan mengikut waktunya.
Bila jam dah 7.30 mulalah tergedik-gedik nak balik, teringat anak yang demam...teringat nak pegi klinik. Masa tu ler semua teringat terus jer pecut kereta yang dah tak berapa nak pecut tu.
lepas jer ambil anak terus bawa ke klinik...nasib baik tahap kepanasan dalam kawalan. Tapi still doc bg ubat bontot. Harap2 anak mama cepat sembuh yer sayang...