Wednesday, February 17, 2010

selesai sudah..Family Day 2010

Alhamdulillah...akhirnya family Day keluarga Hj Sahib selesai diadakan di Port Dickson dengan jayanya. Yeehaaaa!!!!!!!!!!!!!!!...
Bermula pada Sabtu 13 Februari berakhir pada 15 Februari. Program2 semua diadakan secara on the spot jer..masa tu jer plan nak buat aktiviti apa. Antara aktiviti yang sempat diadakan ialah mandi laut (itu acara mesti), games untuk budak-budak, BBQ, cabutan bertuah juga pemberian hamper dan hadiah untuk mak dan abah.
Gambar-gambar sepanjang aktiviti lain akan diupload kemudian yer...Ni pun gagah juga on pc sebab nak update blog.

Bergambar sebelum pulang ke rumah. Inilah ahli keluarga aku...tapi ada satu family tak join. jadinya tak cukup keahlianlah.

Ni cameraman yang tengah amik gambo...

Ni aktiviti yang tak masuk dalam program pun. Lepas dah habis kat PD kita orang konvoi ramai-ramai ke Nilai pula. Cuma kak long jer tak join sebab dia ada kenduri kahwin. Mula-mula pegi Nilai 1, kemudian ke Nilai 3 pula. Panasnya mak aiii...tak leh tahan...tapi tetap berjalan juga. Sampaikan si Fahim nampak air kat surau terus menangis-nangis nak mandi..apa lagi mandikan ajerlah kat surau Lepas tu barulah tersenyum ok..


Durrani dgn Fahim yang sukanya nak berjalan...tak suka dipegang pulak tuh.



Anak-anak dara yang tengah shoping cari cadar baru. Tapi mak-mak dorang entah hilang ke mana.

Aku sempat rembat cadar dgn blanket ni jer satu. yang lain tak sempat sibuk dukung Fahim..pas tu dah penat dah. Langsir-langsir cantik juga..tapi harga pun lawo gak.


No comments: