Thursday, February 18, 2010

mandi laut

Sambung cerita Family Day di PD yer..selagi tak habis gambo selagi itu ler story pasal family day.
Ok ni aktiviti hari Ahad. Pagi-pagi lagi lepas sarapan semua orang bersiap-siap untuk mandi laut. Cuma kaum lelaki jer tak ada sebab masa ni dorang tido kat banglo lain, kita orang kat banglo lain. Mak aku pun ikut juga masa ni tapi dia duduk kat tepi jer jaga towel hehhehhe.
Panasnya mak aiii usah cakap ler. Nak mendongak pun terkebil-kebil mata. kalau tak mandi laut memang ler lg panas. Bila berendam dalam laut ok sikit.


Ni masa mula-mula nak turun Fahim takut jer bila tgk ombak. Dah lama-lama oklah.
Durrani pula yang berani pegi ke tengah sikit ikut akak aku.


Mandi pun berkumpulan uols...sambil bersoksok...soksek...tapi bukannya bergosip...


Ohh..ni gambar sebelum turun ke laut. Ehhh seksi pula anak dara aku tuh.


Terselit pulak gambar ni. Ini gambar masa jalan-jalan kat tepi pasar tu. Macam-macam jual..tapi aku tak beli apa pun. jalan pun laju jer..sebab sambil dukung Fahim. Tak tahan panas juga walaupun masa ni dah kol 6 petang.



3 mak dara pingitan. Akak-akak aku...orang penting Family day..lagi satu orang penting sebab duduk kat dapur memasak.

Selepas naik mandi..tengah kesejukan ni.

gambar anak buah Alif yang ditimbus dalam pasir.


anak-anak buah aku selepas naik banana boat. alah slow jer dorang bawa. siap bg tau driver boat tu jgn terbalikkan





Close up sikit yer. see semua pompuan2 jer yg mandi...

Fahim elok jer naik terus buang air kecil atas tikar ni. bertuah punya budak.






No comments: