Monday, February 1, 2010

main kat taman seremban 2

Pagi Ahad tadi balik kampung..sebabnya nak ambil barang tupperware yang beli kat kakak ipar. Maklumlah dah lama tak beli kat dia. Oleh kerana semuanya ada kat rumah Angah jadi kami pun lepak2 sana jer kat Springhill, PD. dari pagi sampailah ke malam.
Malamnya ANgah ajak pegi taman Tasik kat Seremban 2. On the way jugalah nak balik ke KL.


Sampai sana si kecik ni bkn main suka lagi. Bila tgk gelungsur ni terus nak main.
Actually gelungsur ni untuk bdk besar sebab tinggi...tapi dia nak main juga aku bg jerlah...elok jer dia turun dengan senyuman sampai ke telinga. pas dah turun naik lagi...


Mula2 dia nak turun kepala dulu..pastu bila aku kata turun kaki dulu baru ler dia faham. pastu dah tak payah ajar dah. Dia kan suka tgk citer Upin Ipin. dalm movie tu kan ada upin Ipin naik gelungsur tu..aahhhh...agaknya lebih kurang gitulah dia membayangkan kot siap ada bunyi lagi bila sampai kat bawah.


ahhh..tgk ler bkn main suka lg dia..tersengih..memanjang


Ohh..bergambar dengan anak bongsu angah. Arina kwn baik Durrani.



Bergambar lagi...
Lepas dah penat main dalam 9.30malam semuanya kelaparan. singgah kedai makan jap ..

Ohh..ni gambar Fahim memanjat..

Gambar naik kuda..tak best sgt kuda ni tak mencabar...

Muka keletihan tunggu milo lambat sangat

No comments: