Thursday, February 18, 2010

permainan tiup belon, cari barang dan BBQ

Bersambung lagi yer....

Ini aktiviti pada malam hari Ahad tu BBQ. Sepatutnya ada kerang dan ikan. tapi maklumlah kan CNY. pasar pun tutup pasaraya kat PD pun tutup jadinya hanya kambing dengan ayam sahaja.
Kaum lelaki semua diberi tugasan membakar ayam dan kambing, manakala kaum pompuan makan ajerlah hehhehehhe.
Sambil menunggu daging masak, ada permainan untuk budak-budak. Plannya memang banyak permainan tapi tak dapat dijalankan semuanya disebabkan masalah teknikal. yerlah karaoke kat sebelah tu asyik melalak jer. ada yg sedap tu ok lah...yang tak sedap tuh bingit telinga tau.
Nak buat permainan kerusi irama pun tak jadi sebab bising sangat. Jadi permainan yg sempat ialah tiup belon dengan cari barang.



Daging kambing yang belum dibakar lagi.

Abang aku yang sibuk membakar ayam sambil dibantu anaknya Alif.

Anak dara aku..merenung jauh nampak...


Daging yang sedang dlm proses pembakaran..sabaq..sabaq..nak makan.



Laki aku juga sibuk membantu. Tapi lagi banyak dok bg komen sebenaqnya...


yang ni abang ipar...orang kuat membakaq ayam

sesi permainan bermula...acara tiup belon. meriah uols....tapi kemenangan kepada anak buah, Ira.

Permainan cari barang. Antara yang perlu dicari ialah lesung batu, baju kuning, kunci, syampu. Ni pun meriah jugak...

fahim yang sibuk juga nak belon.

Tiup jangan tak tiup. yang kat belakang tu pengadilnya...

Haziq kalah di tangan budak kecik hahhahahhaha

Pengadil bersidang sedang menentukan pemenangnya...

No comments: