Tuesday, October 14, 2008

gelagat anak

Hari sabtu adalah waktu mengemas umah dan melipat baju yang bertimbun aku kumpul start Isnin sampai le sabtu. nak kata penat mmg larrr penat dan lipat basuh baju lagi..tak habis2...
ttp anak aku suka gak menolong lipat baju...Nolong???? tak ada ehhhh..lg bersepah adalah. Pastu dia gemar sgt pakai suar or baju yg aku nak lipat. tengoklah aksi2 menariknya


Nak Pakai skirt

Adehhh..cam ner nak masuk nie

Fuhh..berjayalah mama

Pas penat pakai baju n skirt lepak japlah sambil tengok Tv. Best jer baring atas kain2 yg nak dilipat tuh

Posing pulak dah..isk..iskk...iskkk



Pas buka skirt pakai suar plak

cewahhh..sambil tengok Tv nie pakai suar

berjaya masukkan kaki

Open House


yg lelaki inilah kerjanya


Kerang

Tak sangka akak aku suka makan salad rupanya

Tu ler rupa sos yg beli kat REstoran syed bangsar

Itu ler menu open house akak aku


Tak sah ler raya kalau tak buat open house. Ttp untuk tahun ini dan dua tahun sebelum ini aku pegi open house umah orang jer..tak kuasa aku nak buat open house sebabnya masa thn pertama kawen 2006 aku bersalin Durrani, thn 2007 durrani baru 1 tahun 2008 plak aku ada Fahim hehheeh...maleh ehhhh ada anak kecik nak masak2 kat dapur nie. Ttp kalau saper2 nak datang dipersilakan umah aku sentiasa open. Thn nie aku rasa aku buat untuk family jer...ttp tarikh belum tahu lagi rasanya hujung Ramadan kot.

Sabtu lepas 11 oct aku pegi opeh house umah Angah (kakak hasben) kat Springhill, PD aku tak sempat snap gambo pun sebab dok layan anak dan makanan. Dia buat dr petang sampai ler malam. Kol 7.30 kami sampai umah dia..masa tuh tak der sesaper pun lagi. Menunya Mee rebus, nasi himpit, kuah kacang, rendang dan lontong serta kuih raya. Kol 12 malam baru kita org balik ke Bangi.

Ahadnya plak 12 Oct makan2 kat umah kakak aku kat Bangsar. yang ni untuk adik beradik jer...aktivitinya minum petang dan buat BBQ ayam, kerang bakar ngan kambing. aku sampai umah dia pun time maghrib..solat barulah mulakan aktiviti makan. yg lelakinya kenalah bakar apa yg patut. Yang sedapnya sebab abg ipar aku beli sos BBQ kat restoran mamak Syed kat Bangsar...sedap giler..menurut kata bang ipar aku sos ni mmg tak dijual ttp disebabkan abg ipar aku kamceng ngan tokey restoran nie dia jual ler. selain ayam ngan kambing ada laksa, ketupat ngan rendang. paling lain dr lain sebab ada salad...haii sejak bila plak abng ngan akak aku ni makan salad.ohhh rupanya mmg dah selalu makan salad jaga badan ehhehhehehe

Saturday, October 11, 2008

cerita durrani


Nielah yang anak aku excited nak baca tiap kali balik dr umah bby sitter

Durrani 23 oktober nie genaplah umo 2 tahun. sekarang dia sangat excited nak belajor balik jer dr umah bby sitter dia akan amik buku, majalah dan poster abc,123 yang aku belum tampal kat dinding lagi dan minta hasben aku ajarkan. Dia teruja betul nak tau sumer benda dalam gambo tuh cam A=Apple, B=boat, c=cat...so sekarang nie dia dah boleh tunjuk mana satu boat, monkey, house, orange dll walaupun sebutannya masih pelat lagi..kalau monkey tuh jadi key jerr...

*** dia juga dah pandai kira 1-10, one -ten (ttp pelat ler...atu...uwe..iga...empat..ima..enam...ujuh..apan...lan..loh)
*** abc...baru pandai sikit2..last2 aku fikir tak yahlah ajar abc..baik aku ajar mengeja terus cam MA..MA..=mama cam best jer bila dia ikut apa aku eja...
*** pastu kalau balik dr umah baby sitter dia dah ingat jalan...sebelum sampai satu kedai Manjaku..yg ada gambo baby dia dah sebut baby...baby.
*** pastu masuk jer pintu UNITEN dia dah sebut sampai umah. ..padahal umah jauh lagi.
*** bila nampak KFC dah sebut ayam...sebutannya bukan ayam ttp AYEM..(comel jer)
*** sangat mengenali AZNIL sebab selalu tengok TOM TOm BAK. Pantang tengok muka AZNIL dia akan sebut TOM BAK..padahal program jangan lupa lirik ngan macam2 aznil.

Friday, October 10, 2008

AKPK


Nielah beg AKPK yg aku dapat


Buku Money Sense..berguna buku nie


Haa..yg nielah aku kata diary td...so pasnie semua perbelanjaan akan aku catat dalam diary nie

Korang pernah dengar tak pasal AKPK? Walaupun aku nie wartawan ttp sebenarnya aku pun kurang arif juga apa AKPK nie sehinggalah editor aku menyuruh aku pg interviu dengan CEOnya di pejabat AKPK yg terletak di Maju Junction. Ttp sebelum tuh aku buat reaserch gak cari kat tenet berkenaan AKPK taklah nampak sangat aku nie tak tahu apa2.

Lepas buat interviu tuh banyak lah yg aku tau dan sebenarnya AKPK sangat membantu individu yg ada masalah kewangan terutama org yg guna kredit card terlebih nie sampai dah tak leh bayar..so bleh jumpa AKPK untuk dapatkan nasihat. AKPK ni sangat berkuasa kerana dia akan bg arahan kat bank untuk stopkan interest dan kira balik berapa hutang yg mampu kita bayar. ttp bila dah start dapat khidmat AKPK ni nanti nama dah kena black listlah dah tak leh buat loan dll. Yg bestnya perkhidmatannya percuma dan kita akan bayor hutang kat AKPK..AKPK yg bayor kat bank. so saper2 yg ada masalah kewangan eloklah jumpa AKPK jgn lah cari ALONG.

selain tu dapat ler juga tip2 cam ner nak buat bajet..dulu aku selalu buat bajet..aku akan catatkan apa yg aku beli setiap hari..pastu bila malam tengok balik buku bajet berapa yg aku belanja...dapat tahu duit kuar masuk. ttp bila dah kawen nie rasa leceh plak nak tulis tiap hari..ttp sebenarnya sgt membantu untuk uruskan belanjawan dengan baik. CEO nie bg kat aku satu diary untuk aku buat belanjawan. cam best jerr...dan aku semnagt nak start balik buat bajet untuk tiap hari dan sebulan.

lagi satu dia nasihat wajib buat simpanan at least 10% drp gaji tiap bulan. maksudnya kalau gaji 3k simpan 300, kalau gaji 2k simpan 200. Dpt jer gaji terus jer masuk dalam ASB atau Tabung Haji tempat yg susah nak amik.

* yang nie mmg aku buat saving ttp biasanya tak sampai 10% pun..ikut ler kalau ada duit lebih masukkan banyak ler. ttp biasanya 100 jer tiap bulan. biasanya aku masukkan tiap hujung bulan. nanti aku nak start buat awal bulan nak try masukkan lebih drp 100 cukup ke idak. hujung bulan bawa bekal huhuhuhu...

* pastu aku nak cut kan penggunaan kredit card aku. sebenarnya aku nak tutup kredit kad aku tuh sebab aku nie bila ada kredit kad asyik nak guna jerr...kalau g shoping tuh nak guna kredit kad walhal cash ada. Sebenarnya tak elok...CEO tuh kata bila dah guna tahap optimum dan kita bayar minum sahaja..kita terpaksa bayar sehingga 7 thun baru habis itupun setiap bulan tak guna. bg mengelak interest yg banyak kalau guna RM1000 so bulan depan bayar seribu gak..jgn bayaran minumum sebenarnya. Ehmmm..bulan depan cnfm nak tutup.

JAMUAN RAYA HOTEL GRAND SEASON


cun tak kami???

SErius jer kak ema ngan shahirah

isk..isk..nak ke mana kome berdua nie???

aku ngan Mila


ada gaya cam minah rempit bawa skuter tak?

apa lagi dah makan bergambo ler..

Motif???

paling rendah rupanya aku huhuhu...

mengghairahkan tak???


Merahnya mak ngah


Shahirah jd Mc kecoh jadinya..kelakor pun ada


Mila nyanyi ngan penuh perasan


Shila tak perasan dia pakai kain senget...


Dr mula masuk aku mmg terliur nengok buah-buahan nie


Dezert2 nie lagilah geram jer tengok


wow!!!..sedap beb...


sukar lafazkan dengan kata-kata


Cantik...makan pun sodap

Persiapan sebelum majlis bermula

Goddie beg tajaan berita publishing


beg dr hotel grand season


Hiasan meja

Hadiah hamper untuk games

Tarikh: 10 Oktober 2008 Tempat: Hotel Grand Season, KL
Masa: Jam 4-6 petang

Tema: baju raya

Kehadiran: Anak yatim dr Damansara Damai, artis Diddy AF, MIla AF5, Shila OIAM dan In Heart (Akademi Nasyid), HOD Berita Publishing dan Staf hotel

Rasanya jamun raya paling awal anjuran Berita Publishing dan Hotel Grand Season. Terima kasih pada En Terry yang sudi menjemput Iremaja menjadi rakan kongsi untuk majlis ini. SEmuanya berjalan lancar alhamdulillah. Jam 2.30 aku ngan team I-remaja dan ada kat bilik hotel cadangnya nak datang awal ttp aku ada shooting ngan nadia Af dan Zoey paginya.
Jam 4.30 petang baru lar majlis dimulakan....meriah dengan kehadiran sh Shahirah sebagai MC dia kan mulut becok ikut suka dialah nak cakap apa. Yang penting majlis tak membosankan. First persembahan dr In Heart dengan 2 lagu lagu Suatu Hari di hari raya...lagi satu pun lagu raya juga..pastu ada games saper makan paling cepat.. anak-anak yatim 6 orang dijemput ke pentas. Seronok tengok gelagat anak-yatim yang jujur dan ikhlas nie.
pastu nyanyi lagi oleh Diddy dengan 2 lagu..pas nyanyi games lagi cari barang yang disebut oleh shahirah..saper paling cepat bawa barang dapatlah hadiah hamper ngan minyak wangi..


Pas games barulah persembahan dr Shila OIAM dengan lagu Sesuci Lebaran..sedap sore dia..rasanya sedap lagi drp penyanyi asal. pas dah habis nyanyi barulah MIla AF5 dia datang lambat sikit..ttp sib baik sampai gak...dia tanya aku nak nyanyi lagu raya ker lagu sendiri..kalau lagu raya minus one yg ada cuma lagu Pulanglah dendangan Aisyah jer..alah lagu tuh sedih larrr plak kang bercucuran air mata anak-anak yatim tuh..aku pun suggest lagu dia jerlah.
Pas nyanyi barulah sesi bg duit raya...aku rasa bebudak tuh dapat dekat RM200 kot...oklah buat mengubat kegembiraan mereka. Selain duit dapat beg, telekung dan goddie beg tajaan i-remaja. Isi di dalamnya banyak jugalah...majlis tamat jam 6 petang. oleh kerana aku menumpang keta suzi so balik lambat ler..sebab aku nak makan dulu..td makan tak kenyang..nengok dezert2nyer mmg membuatkan air liur aku meleleh. selain tuh ada lemang, rendang, soto, nasi, mee, rojak dll yang banyak kalau aku nak type tak cukup ruang plak. Yang penting semuanya sedap2 belaka. tengoklah gambo kalau tak caya. Tima kasih sekali lagi mr Terry J..thn depan leh bekerjasama lagi ya...

kol 8 sampai opis dan amik anak dekat 8.30 sian anakku ditinggalkan mamanyer...
Tahun


kerja oh kerja

Hari ini sudah 10 hb aduhhh!!! sepatutnya dalam saat2 genting begini semua bahan untuk November sudah aku settlekan Tetapi aku masih terkial2 menulis.

"SEMUA BAHAN DAH SIAPKAN?" Tanya kak ema editorku ketika majlis jamuan hari raya di Hotel Grand Season petang tadi. Aku terkial-kial menjawab.

"ISKKK..MANA ADA BANYAK LAGI NIE."

"ISNIN SEMUA SETTLEKAN?" katanya

Sebab itulah jam 12.41 pagi aku masih di depan labtop hasratnya mahu menyelesaikan satu story (jika mampu) sedangkan suami dan anak2 asyik dibuai mimpi. Arrgghhh..jarang aku lambat menghantar bahan..inilah bukti dikatakan semangat yang hilang. Ohhh semangat datang ler balik..

Aku berkira-kira story yang masih belum dihantar:

1. Cover story -dah interviu
2. pilihan editor - baru dapat gambo so baru boleh buat story
3. Trendi - pun baru dapat gambo
4. artis 17 tahun - fouziah gous dah interviu
5. Nadia AF6 - Baru shoot pagi tadi. belum interviu
6. Zoey - Bong & Gerak geri gasing - Baru shoot pagi tadi
7. Advertorial akpk - baru nak interviu jam 11 pagi jumaat

hahhaha...banyak tuh aku harap dapat ler aku habiskan weekend ni. Harap2 hasben tak mengajak aku balik kg. kalau tak alamat tak siap ler. huhuhuhu...sebenarnya kalau ada idea dan mood menulis satu hari aku boleh siapkan 3 story ttp kalau tak der mood menulis nak type satu perenggan pun susah. Gitulah kerja aku nie...ikut mood pun ada juga. Dulu aku rajin bawa balik keje kat umah...tengah2 malam type story sekarang jer sejak anak 2...dah penat dan selalunya tidur awal. kat umah cuma untuk cek email jer.

**** mudah-mudahan ler mood aku baik dan idea mengalir laju***

Thursday, October 9, 2008

semangat yang hilang

Sejak dua menjak nie prestasi kerja aku semakin menurun. Bukan aku tidak menyedari..tapi sengaja malas mahu ambil tahu dan buat tidak tahu. Aku tahu apa puncanya...dan semakin lama aku diamkan semakin tertekan rasa jiwa ini. Tetapi aku tiada jalan lain melainkan bekerja dan terus bekerja di sini demi mencari rezeki untuk anak-anak. Tapi aku rasa tidak adil untuk syarikat (tapi syarikat juga tidak adil untuk staf seperti aku ) kerana aku tidak lagi memberikan sumbangan yang optimum, bekerja hanya sekadar syarat datang jam 10 pagi dan pulang jam 6 petang. Membuat kerja yang diberi sahaja tanpa mencari alternatif untuk menghasilkan yang terbaik. AAArrrhhhh...apa yang harus aku lakukan...buntu jadinya. Memang aku berusaha mencari kerja lain tetapi entahlah...bukan bersungguh-sungguh kerana aku sering terbayangkan suasana kerja di tempat baru..yang aku rasa membosankan, atau menjemukan (atau hanya perasaan aku saja). Itulah aku selalu memikirkan yang negatif sebelum mencuba. Seharusnya perasaan ini aku buang jauh-jauh..mana tahu di tempat baru aku boleh memberikan yang terbaik seperti mana aku mula-mula bekerja di sini. Mungkin juga aku sudah terlalu lama disini memasuki tahun kelapan....rakan2 seangkatan dengan aku sudah menarik diri dan bekerja di tempat baru yang jauh lebih baik. Yang tinggal rakan-rakan baru...sudah lama mahu mengikut jejak mereka mungkin rezeki belum ada dan aku harus lipatgandakan usaha mencari kerja baru. Bukankah usaha tangga kejayaan.

Untuk menghilangkan bosan..inilah alternatif aku menulis dalam blog sekurang-kurangnya menambah semangat aku menulis. Dan...apa lagi untuk anisiatif agar aku bersemangat di tempat kerja....puas aku fikirkan...tercari-cari dalam kesamaran...Bonus?????? ehhmmm thn ni hanya melihat rakan-rakan yang bekerja di sektor awam menerima bonus sedangkan aku...bau bonus pun tiada. Bukankah bonus itu anisiatif untuk staf???Kenaikan gaji Ya..memang ada..tetapi selepas tiga tahun...bukan aku tidak bersyukur..aku sangat bersukur sekurangnya menambah pendapatan yang ada...tetapi Arrgghhh..itulah sukar untuk dilafazkan.
Tiada lagi family day yang grand seperti tahun2 sebelumnya..mungkin juga kerana staf semakin kurang..seingat aku tahun lepas hanya mengadakan pertandingan boling..itu sahaja.
apa lagi ya?????...atau aku harus dihantar untuk mengikuti kem bina semangat...

***mujur juga aku sudah berkeluarga ada Durrani dan Fahim sekurang-kurangnya mengubat kebosanan aku pabila pulang ke rumah ***

Tuesday, October 7, 2008

Dhani Fahim dah 3 bulan

Melihat perkembangan Muhamad Dhani Fahim dari sehari ke sehari sangat menyeronokkan. Terasa seperti aku melahirkan anak sulung padahal sudah dua anak. Mungkin juga aku terlupa bagaimana Durrani membesar daripada bulan ke bulan. Aku rasakan perkembangan Fahim lebih cepat berbanding kakaknya. Mungkin juga dia lelaki. Kerana aku pernah terbaca dalam majalah mengatakan perkembangan anak lelaki lebih cepat berbanding anak perempuan. Buktinya ketika melewati usia 2 bulan Fahim sudah memberikan reaksi apabila diagah. Dia juga sudah mula berbual mengikut bahasanya sendiri.

Kini 1/10 genaplah usia Fahim 3 bulan. Dia semakin galak bercerita terutama selepas bangun tidur. Sudah pandai menonton TV dan akan menjerit-jerit apabila mendengar lagu atau suara yang kuat. Sudah mula ketawa mengekek.

Semalam aku membawanya ke klinik untuk check up bulanan, alhamdulillah Fahim sihat dan berat juga naik walaupun sedikit.

Waktu lahir – 2.75kg

1 bulan – 4 kg

2 bulan – 5.2 kg

3 bulan – 5.9 kg


Fahim 3 bulan cepat jer rasanya...

suka benor kalau org layan dia berborak

SErius anak mama nie...

Gambo ni aku amik masa raya. Nak bawa anak g berayalah ni

Monday, October 6, 2008

Lagi-lagi RAYA....

Hari ini masuk hari ke-6 Syawal sekejap jer masa berlalu, tak sedar sudah 6 hari beraya. Malas rasanya mahu menceritakan mengenai raya, kerana kemeriahannya aku rasa sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Bezanya mungkin tahun ini aku sudah beranak dua jika tahun lepas membawa Durrani tetapi kali ini lebih meriah dengan kehadiran Fahim.Tetapi apa yang membuatkan mood aku hilang kerana aku langsung tidak bergambar, kerana cik hasben tertinggal baju Melayu Maroon yang menjadi tema kami sekeluarga di kampungnya. Ketika mahu pulang ke kampung puas aku mencari rupa-rupanya tertinggal di kampung. Terpaksalah cik hasben memakai baju Melayu krim tahun lepas. Akibatnya aku tiada gambar raya bersama suami dan anak-anak. Aku beraya di kampung pada raya pertama, kedua dan ketiga.

Nampaknya aku berjaya mempengaruhi cik hasben supaya beraya sehingga raya ketiga dan petangnya jam 5 barulah kami bertolak ke PD. Itu pun kerana kami sekeluarga mengadakan BBQ pada malam raya kedua. Tanpa kehadiran keluarga kak long ( ehhmm..bereya-eya hantar sms rupanya dia yang tak ada), abng E sekeluarga (kesian abgku tak dapat cuti kena keje) dan abng mie yang pulang ke kg mentua di Sik Kedah. Walaupun tanpa kehadiran mereka2 semua BBQ tetap meriah dengan kehadiran ayam-ayam, ikan, udang dan sosej yang dibakar dengan penuh semangat oleh suami bersama ipar duainya. Jam 12 malam barulah berenti makan, nampaknya tahun ini ayam, ikan dan udang licin dengan cepat sekali. Agaknya semua lapar so belasah jerlah apa yang ada. Aku tak sempat nak snap banyak gambo kerana asyik makan udang yang rasanya sangat manis.

Esoknya jam 5 petang kami bertolak ke PD, dan jam 10 barulah aku sampai ke kampung. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Dalam kereta Fahim mulanya meragam tak nak tido bila mengantuk sangat barulah dia terlelap. Lega rasanya ...sebab aku pun bolehlah melelapkan mata. Esoknya barulah aku keluar beraya dengan kak ina sekeluarga dan sepupu cik hasben...pusing satu kampung...aku rasa hampir 10 buah rumah dari pagi sampailah ke petang. Nasib baik anak terunaku tak meragam..pandai bawa diri. Durrani tahun ini sangat excited dapat duit raya. Maklumlah tahun lepas dia kecik lagi. Sekarang bila salam jer dia dah tahu mesti akan dapat duit. Hehehhe siap tanya lagi, “mama...wet...” kalau tak dapat duit. Buat malu mama jer

Ahadnya di PD kita org beraya di Banting, dari jam 1 sampailah jam 7 malam baru sampai ke rumah. Begitulah beraya di PD..memang sesuailah dikatakan beraya sakan. Itu pun ada lagi rumah belum pergi.

SERONOKNYA RAYA
- Bawa anak-anak beraya dan dapat duit raya
- Boleh makan ketupat, rendang banyak-banyak. Tak ada org nak larang
- Bila ada anak tak payah lagi kena basuh pinggan dan memasak cam zaman anak2 dara
- Long journey....dr KL ke Parit Buntar. Dari Parit Buntar melalui Bandar Baharu Kedah, KL, Selangor dan kemudian baru sampai ke PD, Negeri 9

***** akan ku nantikan kehadiran Syawal 2009 *****

sekitar raya

Anak mama comotnya, bukan main lagi dia seronoknya

dah masak ke belum ni???

Laku betol sosej...



Inilah hasilnya...sedap sehingga menjilat jari

Sekitar raya

Anak buah aku, kak Mirah, kak ngah dan yg comot tuh anak dara aku ler

Antara yang menjadi bahan santapan malam itu, ayam, ikan dan udang


Ni adik aku, khusyuk dok bakar kayu arang


Hai..takkan sosej makan ngan kaya kot...