Sunday, January 30, 2011

cerita dari Singapore

Minggu lepas aku ke Singapura memenuhi undangan daripada produk kecantikan terkenal SKII . Event berlangsung di Hotel St Regis, Jalan Tanglin Singapore. Rasanya ini event paling ramai dihadiri wartawan Malaysia iaitu seramai 43 orang dan yang datang pula kebanyakannya otai-otai merangkap editor majalah.

pertama kali menjejaki negara yang dulunya dikenali sebagai Temasik. Dah namanya pun negara majukan kalau nak dibandingkan dengan Malaysia mmg jauh ketinggalan drp segi pembangunannya dan persekitaran yang bersih. Nak cari sampai waima sepuntung rokok di jalan raya pun sangat payah. Bangunannya pula terjaga dan cantik. Tak ada rumah flat yang dindingnya kotor atau kain baju bersidai di tepi tingkap.
Pusat beli-belahnya terlalu banyak dan besar, mungkin kerana ramai pelancong yg datang untuk bershopping.

Kami menginap di hotel 5 bintang St Regis...yang wow sungguh cantik biliknya dengan setiap bilik disediakan seorang butler. Tekan saja butang butler anda akan datang ke bilik.."Yes Madam...may i help u? membuat secawan teh atau kopi, menggosok baju malah ada juga yang sehingga meminta disediakan air panas untuk bathtab, malah butler ini bekerja 24 jam.

TV dengan semua siaran disediakan..

permandangan di hadapan katil bilik..sambil tgk TV minta butler hantarkan secawan kopi panas..

Katil queen size disediakan...tapi tidurnya seorang saja.
Butler menjadi topik perbualan dan jenaka kami sepanjang masa. Ada seorang rakan yang butlernya berbangsa Jepun dan handsome pula, lalu diminta selalu menghantar kopi ke bilik.

Bersama otai-otai iaitu editor dan bekas editor majalah jelita.

menu makan malam di sebuah dining restoran di tengah bandar

antara desert yang dihidangkan..

Selepas majlis pelancaran di grand ballroom hotel st regis. Mengambil peluang bergambar bersama wartawan Malaysia.

pelancaran majlis SKII bersempena perlantikan duta baru SKII dr Jepun

Sempat berjalan di Tanglin Road yg mewah dengan pusat beli-belah besar. Ketika itu sale Tahun Baru China apa lagi ada yg memborong sakan. Ada barang mmg murah dan ada yang sama saja harga dengan Malaysia. Kadar pertukarannya juga agak tinggi 1 dollar = RM2.3


Dari Orchard Road dan Tanglin Road kami ke Jalan Arab dan Jalan Sultan yang terkenal dengan restoran-restoran Melayu. Di Jalan Arab berderetan cafe dan kedai menjual cenderahati. Kebanyakan kafe menjual masakan Melayu dan tradisi Singapore misalnya rojak Singapore, murtabak dan sup tulangnya. Di sini banyak perniaga Arab agaknya sebab itulah dikenali sebagai Jalan Arab.

peninggalan sejaran Masjid Sultan yang menjadi tempat kunjungan pelancong. Dulunya tempat ni dijadikan tempat untuk berdoa atau melafazkan hajat.

Dari kiri: kak ema dr Jelita, kak Ida dr Nona dan Affizar dr Berita Harian.

Haruslah ada gambar sendiri juga kan..kan..kan..

Bergambar di hadapan hotel St Regis..

Ni gambar di Airport Changi, Singapore..

Nak cari makanan halal di Singapore pun agak susah juga, kecuali jika ke Jalan Sultan atau Jalan Arab yg mmg banyak restoran Melayu. Macam restoran makanan segera agak khuatir juga walaupun sudah mendapat pengiktirafan halal. Yerlah tak macam Malaysia mmg tidak perlu diragui status halalnya..

7 comments:

mak encik | SZ said...

wahhh bestnyaaaa...

ada yaang bawak blk butler tak? ;p

rynas said...

Sz: hehhe kalau boleh nak juga bawa balik satu..boleh dijadikan maid hehhehe

Anonymous said...

Wowwwwww nak ikut... hahha bestnye
lg best ada Kakwan & Kak Ema tuh pergggghhhh

ieda said...

salam perkenalan..
dah lama teringin nak ke S'pore tp belum kesampaian...

rynas said...

Aton: mmg best aarrhh..ini bukan kerja tapi jalan2 namanya

Ieda:pergilah sekali..best jugak..org kata kalau dpt masuk universal studio lg best

Mama Rizqullah said...

Kak Rynas,

Waaa...bestnya hotel tu..mesti regenya pun best jugak...hehehe..

Tapi betul cakap akak..nak cari restoran halal sangatlah susah di sana..huhuhu..saya dah sampai tahap tawakal je,walaupun dorang cakap halal..

rynas said...

Maslina: mahal hotel kalau kira duit malaysia dlm seribu semalam. Ahh mmg akak sendiri tanya kat adik yg kerja dalam tua dia sendiri tak confident tu yg tak masuk tu. carilah tempat yg jauh sikit janji dah tahu halalkan. Org kata wpun negara dia cantik dan maju tapi dr segi tu mmg tak best..rasa cam negara org putih pulak pada hal Islam ramai.