02012011
Alhamdulillah dipanjangkan umur melangkah ke tahun baru 2011.
Terasa diri semakin dewasa dengan pertambahan usia
walaupun kata orang usia hanyalah angka..tetapi angka itu maknanya diri semakin tua (tak malu wehh ngaku tua). Apabila dah tua..maknanya semakin dekat dengan MATI=KEMATIAN. (supaya sedar diri dan mempersiapkan diri ke arah itu).
Ramai meninggal dunia di kala usia masih muda tidak perlu menunggu sehingga 60 atau 70 tahun. Sebagaimana Allahyarham faizal Yusuf yg baru meninggal kala usia 30 tahun dan sebelum ini sihat walafiat, tidak sakit. Benar!!!! kematian tidak menunggu sesiapa...sihat atau sakit, tua atau muda...apabila sudah sampai masanya...nyawa akan ditarik. Hilang semuanya dalam sekelip mata, harta benda, isteri tersayang, anak dan keluarga.
2010 ditinggalkan dengan senyuman walaupun tiadalah apa sangat yang boleh dibanggakan namun gembira dengan pengakhiran tahun yang begitu mengujakan.
2011 disambut dengan kegembiraan untuk lebih komited bekerja, membuang segala kemalasan (sekiranya ada) dan sentiasa berfikiran positif.
tahun ini juga Durrani bakal melangkah ke sekolah tadika...sudah lima tahun usianya, serasa sekejap masa berlalu...anak membesar di depan mata lg dua tahun bakal melangkah ke sekolah rendah.
Jika ditanya apa azam tahun baru..jujur tidak pernah mempunyai azam..melalui hari-hari mendatang dan mengikut rentak hidup yang sudah diaturkan cantik olehNya. Apabila sampai masanya...jalan yang dilalui ...kita membuat keputusan dan memilih mana yang terbaik.
Tidak lupa mensyukuri nikmat Tuhan yang tiada bandingannya.
Cumanya tahun ini ...merancang untuk menambah ahli keluarga...ya!!! mungkin itu permulaan azam tahun baru 2011..
2 comments:
wah nak tambah ahli keluarga... jiayo!!!!!!
betulla kak.. yanpun tak letak azam ape2.. juz angan2 nak beli tu beli ni ajela.. tu pun simpan diam2..
semoga tercapai hajat dihati.. baru semakin meriah rumah nanti..
Post a Comment