Tuesday, January 4, 2011

hari pertama ke sekolah

Pagi jam 6.30 dah bangun, mandi kemudian cari baju sendiri.
dan pakai baju sendiri, sikat rambut sendiri dan pakai bedak.
Kemudian cepat-cepat siapkan beg dan cari buku, minta mama masukkan biskut dalam tupperware dan siapkan air masak. Sambil tu gelak-gelak suka....sampai adik pun terjaga disebabkan kakak dah bising pagi-pagi.


Pakai stokin sendiri tapi terbalik hahhaha..mama juga kena pakaikan. Kemudian pakai kasut. Ok setle. Mama pun suka sebab tengok anak mama suka....hehhehe...(walaupun tahu kegembiraan itu di rumah saja)

Ok dah ready mama nak pegi sekolah.
Ohh lupa...kena sarapan dulu. Mama buatkan milo dan makan roti setengah keping jer sebab tak sabar nak pergi sekolah.

Ok jam 8 pagi dan siap turun ke kereta. Mama jer hantar abah pergi kerja macam biasa. Bawa Fahim yang belum mandi lagi.


Ohh Fahim busuk belum mandi.
sampai sekolah belum 8.15 dah ramai yg datang. Cikgu minta masuk kelas, jumpa cikgu..alamak Durrani dah tarik tangan mama minta duduk sekali. tapi cikgu kata, " tak apa puan...boleh keluar yer. Hari pertama jer..nanti ok lah,".
Air mata dah nak keluar dah tapi Durrani tahan jer...cool..cool sebab mama kata," tengok budak-budak lain tak nangis pun," tapi mata dah merah dah..
Bila mama nak salam dan cium pipi terus keluar air mata..tangisan dalam senyap...
Terus mama keluar dan tinggalkan Durrani di sekolah dengan harapan dia tidak nangis lagi.
Malamnya bila sampai rumah mama dah ready dengan hadiah, takut juga esok dia tak mahu ke sekolah. Rupanya ok jer...happy jer bercerita pengalaman di sekolah.
ps: teringat pengalaman masa darjah satu abah cerita (dulu tak berpeluang ke tadika), setiap hari nangis tak nak pergi sekolah. Sampaikan tersilap masuk kelas darjah 6 dan terpaksa cikgu hantar ke kelas darjah satu. Jadi bila anak nangis...oohh..ikut mama dialah tu.


8 comments:

ibu_Arifa said...

akak dah masuk tadika yer.. bestnyer.. good girl lah dia,tak menangis pun kat sekolah!

kakngah said...

tahniah sayang.. dah mula sekolah.

adeeb first day masuk tadika umo 5thn. nangis kaw2 giler ah.. sampaikan cikgu terpaksa kunci pintu gril. dia berpaut kat situ sampai tersedu2. cikgu suh tgglkan jek. sebab lepas dah tak nampak mummy dia, adeeb ok jek..

Yan said...

cemane la qis plak 3 tahun lg

MAMASYAZA said...

berseri2 sikakak n tshirt merah dia. insyaallah lepas ni dia akan ok bila dah dpt kwn

MummySuri said...

wawawa, durrani dah sekolah...cepat tol masa berlalu. dulu durrani lahir auntie neh junior lagi kat opis lama nun...hehehe. kak ct, best x blajar kat smart reader kids tu???

ckLah@xiiinam said...

Belajar rajin-rajin ya anaknda.....bagi mama gembira dan bahagia...

lili norlaili said...

cepat sungguh masa berjalan...sedar tak sedar, dah masuk sekolah anak dara ni....sedangkan kenangan berkonvoi ke majlis kahwin ibunya masih lagi segar di ingatan...tahniah ti, durani anak yg baik!

kakyong said...

tahniah.. budak perempuan memang control ayu... ;)

masa kakyong antor fikri ke taski.. budak2 perempuan semua nya cool.. yg lelaki plak yg meraung melalak... hahahha... ;)