Tuesday, October 6, 2015

NAK KULIT CANTIK dan SIHAT


Kalau dah pompuan tu nampak jerawat nasi sebiji kat muka mulalah risau. Picit-picit sampai berdarah kemudian tinggalkan kesan yang sukar dihilangkan. Macam sayalah tu.
Pantang nampak jerawat mulalah tangan sibuk nak picit. Lama-lama jerawat makin teruk berdarah dan bernanah.
Mula cari pelbagai produk, sapu-sapu tak nak jg hilang. Kulit makin teruk. Malunya Tuhan saja yg tahu. Tambah-tambah kalau jumpa kawan-kawan yang kulitnya licin bak telur ayam.
Down sangat masa tu. Itu nostalgia masa zaman-zaman belajar dulu. Saya percaya adik-adik turut alami masalah macam saya.
Kulit berminyak, tak jaga makan, pakai produk tak sesuai dan faktor alam sekitar menambah kepada  masalah kulit. Tapi saya selalu terfikir kenapa ada jer wanita yg berkulit licin dan cantik semula jadi. Serius cemburu sangat bila tengok pompuan kulit lawo dan licin. Selalu membayangkan kulit dia berganti dengan kulit sendiri. Mulalah cakap dlm hati kenapalah Tuhan tak bagi kulit aku macam dia hahahah. Teruk kan????
Yer mmg ada dan ramai wanita memiliki kulit yg semula jadi cantik.
Mungkin sebab genetiknya dan kulit juga dipengaruhi oleh darah anda. Pernah tak dengar darah kotor. Jadi untuk menhilangkan jerawat yang  teruk mmg kena ambil suplement atau jumpa dengan pakar kulit.
Tapi bayaran untuk pakar kulit mmg mahal. Saya sendiri pernah bertemu dengan pakar kulit yg sering melakukan rawatan untuk artis ternama sekali pergi RM200 lebih dan perlu dtg dua kali sebulan.
Pitam sekejap!!! Memang tak mampu. Kemudian bila usaha pakai produk tak berjaya baru saya cuba amalkan suplement untuk kulit.
Bila saya dah jumpa suplement sesuai which mean yang halal tak ada bahan kimia. MASYAllah bersyukur sangat.
Tambah pula ia tidak membebankan. Cthnya vitamin C tahan sehingga 6 bulan dan vitamin E tahan 3 bulan mankala ESP tahan 2-3 bulan. Berbaloi ke berbaloi????? Paling penting kombinasi esp+ vit c dan vit e bkn untuk kulit saja ttp untuk keseluruhan tubuh. Kebaikan 10 dlm 1. Kulit cantik..antibodi badan kuat..rambut sihat dan badan cergas sentiasa. 

MENGAPA KULIT BERMASALAH

Saya bukanlah bijak pandai dalam bab kulit tetapi menerusi pembacaan terdapat beberapa sebab kulit menghadapi masalah jerawat, jeragat, pigmentasi, rona tidak sekata dan pelbagai masalah lain. Antara masalah yang menyumbang kepada masalah kulit adalah:

Faktor 1 : Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai seperti bedak asas akan membuatkan kulit menjadi sensitif. Selain itu jarang membersihkan wajah selepas penggunaan kosmetik juga menjadi punca masalah jerawat.

Faktor 2 : Hormon menjadi penyebab utama daam pembentukan jerawat. Tidak hairan, ketika haid jerawat akan tumbuh kerana ketika itu hormon tidak seimbang. 

Faktor 3 : Gaya hidup yang tidak sihat menjadi salah satu faktor timbulnya jerawat. Merokok, kurang itidur dan stres, boleh meningkatkan hormon androgen. Androgen dapat meningkatkan pengeluaran  minyak, apalagi jika di permukaan kulit tertutup oleh make-up, kulit akan meradang dan timbul jerawat.

Faktor 4 : Makanan, sering makan makanan berminyak dan berlemak menjadi sebab munculnya jerawat.

Faktor 5 : Genetik adalah faktor penyebab jerawat yang diperturunkan dari orang tua.

Memicit jerawat akan menyebabkan kulit berparut


Cara Mengatasinya

1. Perlahan-lahan elakkan penggunaan kosmetik kimia, apalagi kosmetik yang menawarkan fungsi pemutihan dan membersihkan jerawat dengan cepat.
 Ini kerana kemungkinan produk ini mengandungi merkuri yang dapat merosakkan kulit. Gunakan perawatan  wajah semula jadi seperti buah dan masker.

2. Amalkan gaya hidup sihat. Elakkan makanan segera, berlemak dan berminyak. Tukar cara memasak kepada kukus, rebus dan panggang. Amalkan

- Minum air putih secukupnya usahakan 3,5 liter setiap hari
- Elakkan stress dan rileks selalu.
- Perbanyak makan sayur dan buah buahan terutama yang dapat membantu membakar lemak seperti  lemon, epal.
- Cuci muka dgn air bersih (pakailah air mineral).
- Bersenam.

3. Amalkan suplement untuk kulit iaitu dengan Vitamin C, vitamin E,  B Complex dan ESP yang membantu mengurangkan jerawat, memudarkan parut jerawat, melicinkan kulit, menjadikan kulit gebu dan anjal.


KEBAIKAN Vita-E Complex
 Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
 Memperbaiki parut
 Mengurangkan jerawat
 Melambatkan penuaan
 Memulihkan tekstur kulit
 Mengurangkan kedut dan garis halus


B Complex
 Melembapkan kulit
 Anti stress (punca jerawat)
 Mengalakkan pembentukan sel baru bagi mengantikan sel lama/rosak/mati
 Melancarkan peredaran darah
 Menaikkan seri wajah
 Memperbaiki mood agar sentiasa gembira dan ceria


Sustained Release Vita-C
 Membentuk kolagen
 Menganjalkan kulit
 Mengurangkan kedutan
 Merawat jeragat, bintik hitam dan tona tidak sekata
 Merawat kulit kasar dan kering
 Mencerahkan kulit


ESP Soy Protein
 Asid amino yang baik kepada wajah awet muda
 Meransang pembentukan semula kulit dan otot
 Membaikpulih sel dan tisu yang rosak
 Menganjalkan kulit
 Menghilangkan kesan parut


Cara Pengambilan
1) Vita-E Complex - 1 biji sehari sebelum tidur
2) B Complex - 1 biji sehari selepas sarapan/sebelum tidur
3) Sustained Release Vita-C- 1-2 biji sehari selepas sarapan
4) ESP Soy Protein- 1 setengah sudu sebelum sarapan dan 1 setengah sudu sebelum pukul 7 malam



TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE







SID:  Siti 012- 6133596
Facebook: mamarynas
Instagram: mamarynas

Monday, October 5, 2015

AL-FATIHAH

Al- FATIHAH

DariNya kita datang kepadanya kita kembali.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Aamin

Menerima perkabaran duka daripada adik ipar saya mengenai ayah mentuanya yang terlantar 80 hari koma di hospital kini sudah meninggal dunia. Tuhan lebih menyayangi dirinya.

InsyaAllah akan pulang ke kampung sekejap melawat jenazah dan kembali bekerja pada waktu tengah hari.

Semoga dipermudahkan semua urusan Aamin...Aamin Ya Rabb

*** teringat arwah ayah saya yang sudah meninggal dunia 2 tahun lalu. Namun masih terbayang-bayang dia ada di sisi. Rindu setiap kali bacaan Yasin dialunkan pada setiap malam. Rindu sangat..hanya air mata mengalir dapat mengubat kerinduan di hati. Hanya doa dan bacaan ayat suci al-Quran yang mampu disampaikan. Semoga jannah tempat arwah abah.Aamin..***

Sunday, October 4, 2015

SET BERPANTANG UNTUK BERSALIN NORMAL dan PEMBEDAHAN




Saya sangat excited apabila bercerita mengenai penyusuan susu ibu.
Sebab itu bila jer nampak adik-adik kat office yang tengah pregnant tu terus jer rasa macam nak share pengalaman macam mana boleh susukan baby sepenuhnya.

Pada saya semua orang boleh menyusukan bayi mereka, mungkin lama atau tidak, menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu atau sudah mencampurkannya dengan formula atau tidak, tetapi secara lahiriahnya semua orang boleh melakukannya.

Tetapi harus ada ilmu. Sama juga macam buat bisneskan kena ada ilmu juga baru berjaya begitu juga dengan penyusuan susu ibu. Tambah lagi untuk ibu-ibu bekerjaya. Macam saya dulu masa anak pertama, lepas lahir tak berjaya susukan anak sebab bila bagi jer baby tak pandai menghisap sehingga selepas 3 hari hari, barulah berjaya.

Kemudian macam biasalah bila dah dekat nak bekerja mulalah mak suruh bagi susu formula sebabnya takut anak tak nak nanti. Jadi tanpa ilmu penyusuan teruslah bagi susu formula. Dengan tak buat pembacaan di Internet dan tak buat stok susu macam mana nak maintain menyusukan.

Masa tu pula tak tahu mengenai teknik mengepam susu, jadi langsung tak sediakan pam sesuai. Bila dah kerja habis basah baju sebab susu. Lama-lama susu kering sendiri. Saya berjaya susukan baby sehingga setahun saja.

Bila mengandung anak kedua pun sama, cumanya dah ada ilmu sedikit. Saya sediakan pam susu (ttp beli yang murah saja) dan start pam di office. Namun oleh kerana tiada ilmu mengenai teknik mengepam, menyimpan susu , ditambah tak menjaga pemakanan menyebabkan susu kering sendiri.

Namun berbeza untuk anak ketiga, mmg saya dah set dalam minda nak susukan anak sepenuhnya sampai 2 tahun. Kalau boleh 6 bulan secara eksklusif dengan susu ibu saja. Saya start search dan google macam mana ibu-ibu lain berjaya susukan bayi mereka sepenuhnya.

Akhirnya saya bertemu set bersalin dan menyusu Shaklee yang saya anggap set berpantang terbaik setakat ini. Saya start mengamalkan Shaklee sejak kandungan 5 bulan dan terus selepas bersalin.
Sebenarnya vitamin untuk hamil dan berpantang adalah set yg sama cuma tambahan seperti Alfalfa, zink dan Omega Guard. Jadi oleh kerana suplement masa hamil masih ada saya cuma tambah beberapa vitamin yang sudah habis saja.

set berpantang yang saya ambil


saya tak amalkan jamu langsung kerana yakin Shaklee sudah lengkap sepenuhnya
CARA MAKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Ok di sini saya terangkan macam mana cara saya makan set berpantang yang banyak ni. Kalau ikutkan mmglah banyakkan. Tapi kalau dibandingkan dengan jamu yang rasanya yg pahit dan bau herba saya lebih rela makan vitamin Shaklee lagi.


PAGI

Bangun pagi masa perut kosong saya ambil zink sebiji. Apa keistimewaan zinc?
- Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
- Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

- Sarapan dengan ESP dicampur minuman kegemaran anda. Saya suka minum ESP dengan MILO sampai lah sekarang. Pastikan anda campur dengan air suam kerana air panas akan menyebabkan khasiat ESP hilang.

Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.

- 1 jam selepas itu ambil B Complex 1- 2 biji, Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang.
Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.


- 1 - 2 biji Vitalea
Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada ibu.
Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.

- 1 biji vitamin C

Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.

TENGAH HARI 

- Lepas maka tengah hari ambil 2-5 biji Alfalfa. Pastikan anda mulakan dengan jumlah yang sedikit dulu. Macam saya dulu ambil 2 biji sehari untuk pastikan baby tidak kembung atau ada alahan. Kalau ok baru naikkan kepada 4-5 biji.



MALAM

- ada juga ibu yang amalkan 2-5 biji Alfalfa. Sebenarnya terpulang kepada badan. Alfalfa ni macam jamu juga sebab ia 100% herba jadi fungsinya sama macam herba. Kalau rasa badan dan ok susu dan banyak 2-5 biji pun dah cukup.

Raja segala tumbuhan
Membantu meningkatkan imunisasi
Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.


- Sebelum tidur ambil ostematrix 4 biji. Mengapa saya suka ostematrix dan tak miss makan setiap malam masa dlm pantang sebab ia memberikan kalsium dan membantu masalah sembelit.
Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
Selain itu, Ostematrix membekalkan saya keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.
Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.

Macam saya makan 4 biji esoknya bangun pagi terus ke toilet. mmg sangat lancar dan lawas.



Selepas makan set dalam pantang ni Alhamdulillah susu memang meriah. Ini kali pertama pam untuk sebelah saja. Bila nampak dah banyak susu bila pam memang lagi semangat untuk meningkatkan pengeluaran susu.

Pernah satu hari daya berjaya pam 10oz untuk sebelah dan 10oz untuk sebelah lagi. Memang rasa sangat gembira siapa tak teruja kan bila tgk susu banyak.

Saya dapat kumpul sebanyak ini susu bila dah start bekerja. Pernah satu masa ada susu dan expired dan terpaksa di buang kerana terlalu banyak.

Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan konsultasi mengenai set bersalin dan menyusu Shaklee boleh menghubungi saya

Siti 012 6133596 
Facebook : www.mamarynas.com/mamarynas

Instagram: www.instagram.com/mamarynas










MENGAPA SAYA MINUM ESP SHAKLEE

KENAPA PILIH ESP



Bagi pengguna SHAKLEE, ESP ni dah jadi macam killer produk semua orang memperkatakan mengenai ESP. Jadi saya nak cerita sikit pengalaman saya sendiri masa mula-mula minum ESP.
Masa saya mengandung anak ketiga 2011, masa tu saya tercari-cari suplement untuk hamil.
Maklumlah dengan kerja saya yang ke sana sini, sentiasa berada di luar memang memerlukan vitamin tambahan untuk tenaga. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan Shaklee.
Tetapi masa mengandung saya tidak mengambil ESP, kerana bimbang sebab masa tu ramai pula mengatakan ibu hamil tidak boleh ambil soya berlebihan dikhuatiri kulit anak sensitif. Jadi saya hanya mengambil vitamin -vitamin lain saja.

 Selepas melahirkan anak melalui kaedah pembedahan, saya terus mengamalkan set berpantang Shaklee termasuk ESP. Selepas seminggu mmg saya rasa sangat berbeza, terutama drp segi badan lebih bertenaga (mgkin juga disebabkan kombinasi dengan vitamin lain), kulit lebih lembap, paling penting susu badan sangat meriah. sehingga saya terpaksa mengepam susu selepas 3 minggu melahirkan anak. Jadi susu yang ada saya simpan sebagai stok.

Disebabkan pengambilan ESP dan vitamin yang lain secara konsisten saya mampu menyusu sepenuhnya tanpa campuran susu formula sehingga anak berusia setahun 6 bulan dan diteruskan sampai anak usia 3 tahun. Rasa bangga pada diri sendiri sebab masa anak pertama dan kedua tanpa pengambilan ESP dan vitamin lain saya hanya dpt menyusu sehingga setahun lebih saja. selepas itu susu mulai berkurang dan kering.



Jadi mengapa saya syorkan ESP kepada semua ibu yang baru lepas bersalin ini kerana:


ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.


 Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

SIAPA PERLU MINUM ESP: 



Ibu hamil sangat digalakkan mengambil ESP

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.

TERMASUK juga  lelaki tanpa mengira usia boleh mengamalkan ESP dan mereka mereka yang ingin kekal sihat dan cergas.  InsyaAllah


KHASIAT ESP yang biasa kita dengar: 

1. Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (parut jerawat juga)- Dulu kulit saya banyak parut jerawat sekarang dan semakin pudar.

2. Membantu melancarkan penyusuan susu ibu  - ini memang pengalaman saya sendiri. Breast sentiasa penuh. sampai bengkak susu dan demam. 

3. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak.  Membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam. - Susu pekat dan bayi saya cepat kenyang.

4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan-

6. Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

7. Membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.

8. Membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin.

9. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.


Ehh bukan itu saja banyak lg khasiat ESP yang anda perlu tahu. Jangan pula ingt ESP hanya untuk wanita dah berkahwin saja, untuk yang belum kahwin juga boleh mengamalkannya.


1. ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut, mengatasi masalah gastrik.

2. ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23 peratus.

3. 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang.

4. 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.

5. 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.

6. ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki.

7. ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser.
Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan.

8. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus.

9. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%

10. ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda.

11. Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna.

12. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya.

13. ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)

14. ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause


 Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? 

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.


 Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?


Dengan kadar pengambilan sebanyak 2 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu -dua bulan.

MENGAPA SAYA PILIH ESP SHAKLEE


SHAKLEE tiada langsung bahan kimi. no drug ok. SELAMAT



ADA sijil HALAL tak perlu risau


Sebab ianya selamat, HALAL, melalui pelbagai kajian sejak Shaklee berada di pasaran 50 tahun lalu. Tiada bahan kimia dan menggunakan semua tumbuhan semula jadi yang melalui proses secara organik. Jadi walaupun kita menggunakan setiap hari dan mengamalkannya setiap masa tiada kesan sampingan pada tubuh badan kita InsyaAllah. Paling penting niat ambil suplement sebab nak sihat, niat ambil ESP sebab nak menyusukan anak sepenuhnya, bila dapat bagi susu ibu anak sihat dan kuat.

Bila anak sihat kita dapat buat kerja rumah dengan gembira. Lagi satu dengan pengambilan ESP juga menyebabkan antibodi badan kita jadi kuat sekali gus dapat beribadat kepada Allah. Tak sakit lutut, tak sakit kaki dan pinggang.

INSYAALLAH bila kita niat macam tu Allah akan permudahkan urusan kita.

Nak tahu lebih lanjut mengenai ESP atau produk SHAKLEE yang saya amalkan boleh

call/ WA Siti - 012 6133596 
Distributor ID Shaklee 1212774

Facebook: www.facebook.com/mamarynas

Instagram: www.instagram.com/mamarynas



Thursday, October 1, 2015

SET KEHAMILAN SHAKLEE


Kehamilan saat yang amat dinanti-nantikan sesiapa saja. Tambah pula kalau sudah setahun lebih berkahwin. Jadi apabila sudah diberikan rezeki Allah, sepatutnya semua ibu menjaga kandungan dengan baik bermula trimester 1, 2 dan sehingga melahirkan anak.

Pengalaman saya dulu sejak kandungan 7 bulan rasa loya- loya mula datang. Muntah setiap pagi, tidak boleh mencium bau yang kurang menyenangkan, muntah setiap kali makan makanan yang tidak menyelerakan. Akibatnya hanya makan makanan sama setiap hari.

Ketika itu saya mula tercari-cari ada tak suplement yang boleh menghilangkan loya pada masa sama memberikan kebaikan kepada bayi dalam kandungan.
Alhamdulillah saya bertemu dengan set kehamilan Shaklee yang saya anggap suplement terbaik untuk ibu hamil setakat ini.

Nak tahu apa yang saya ambil:

OSTEMATRIX - 4 biji sehari

1.  Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
2. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
3. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
4. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
5. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
6. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
7. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


ENERGIZING SOY PROTEIN - minum sekali sehari




1. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
2. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
3. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
4. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
5. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
6. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
7. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
8. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

OMEGA GUARD - Sebiji sehari


1. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
2. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
3. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
4. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan




1. B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
2. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
3. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
4. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
5. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


VITAMIN C - 1 BIJI SEHARI

1. Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
2. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
3. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
4. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


 VITA-LEA -  1 BIJI SEHARI
1. Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
2. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
3. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
 
Set untuk ibu hamil terdiri daripada :

1. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER PERTAMA

Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON)
B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (Calcium-Magnesium)

2. KOMBINASI Supplement utk TRIMESTER KEDUA & KETIGA

Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON) ,
B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
Vitamin C
Ostematrix (Calcium-Magnesium)
Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)

Untuk Dapatkan konsultasi mengenai set kehamilan, set dalam pantang atau ibu menyusu

CALL/ SMS/ WA 012 6133596 
Siti Zarinah Sahib 
Distributor ID Shaklee 1212774





  • Saturday, September 19, 2015

    Menyusu anak 3 tahun dengan Shaklee

     Ni anak ketiga saya. Lahir secara csert. Melalui kelahiran yang sangat mudah, lepas jer keluar daripada bilik pembedahan dan sebaik saja ubat bius berkurang langsung tiada kesakitan seperti melahirkan yang pertama dan kedua, Syukur Alhamdulillah.
    Malah ibu saya hanya menjaga saya seminggu saya selebihnya saya menguruskan diri saya sendiri drp urusan memasak, membasuh baju, melipat dan mengemas rumah.




    Saya juga mengambil set kehamilan Shaklee sejak kandungan 3 bulan dan meneruskan ketika dalam pantang. Saya dapat rasakan perbezaan di antara kehamilan pertama dan kedua. memang banyak perbezaannya. Terutama kesakitan yang harus saya lalui ditambah kesan csert yang perlu dijaga rapi, begitu juga letih, penat dan lesu membuatkan adakala perasaan tidak tenang dan ceria.




    Keadaan ini jauh berbeza ketika bersalin kali ketika. Pengambilan Shaklee sejak mengandung menyebabkan saya mampu menguruskan kerja rumah, menghantar anak-anak tiap pagi ke sekolah, kemudian ke pejabat yang jauhnya hampir 80km pergi dan balik setiap hari, menempuh kesesakan lalu lintas 1 jam setiap jari untuk sampai ke rumah namun dek kerana terasa badan kuat dan bertenaga menyebabkan mood menjadi riang dan ceria.



     Paling penting saya dapat menyusukan Fayadh sehingga usia 3 tahun dan setahun setengah secara eksklusif tanpa campuran susu formula. Saya sendiri kahum dengan diri saya. Ini kerana saya pernah ditugaskan ke Macau da Hongkong kemudian ke Jepun dalam tempoh saya menyusukannya. Namun berkat keingnan yang kuat ditambah suplemen yang saya ambil menyebabkan saya dapat menyusukan Fayadh sehingga 3 tahun Alhamdulillah.


    Kini si kecil sudah berusia 3 tahun 2 bulan, sepanjang tempoh itu dia jarang demam dan selsema. Jika ada hanya perlu diberikan sedikit madu kemudian demamnya baik begitu saja. Mungkin kerana berkat menyusukannya menyebabkan dia mempunyai antibodi yang kuat.


    Facebook: Mamarynas
    Instagram: Mamarynas
    Distributor ID Shaklee: 1212774
    Call/Pm/wa: 012-6133596

    Wednesday, September 16, 2015

    pengalaman keguguran

     26 Julai 2015, saya disahkan mengandung 6 minggu, masa tu gembira tak terkata. Walaupun tidaklah terlalu mengharap dan tidak juga menolak tetapi rezeki Allah itu datang pada saat usia anak ketiga saya, Fayaydh genap 3 tahun. Sesuai benar bagi saya yang sudah 3 kali menjalani pembedahan ketika bersalin. Jarak 3 tahun adalah mengikut nasihat doktor.


    kandungan 10 minggu ketika pemeriksaan di Annur Bangi


    Mengandung kali ini memang tidak seteruk kandungan yang lepas. Hanya pening kepala dan banyak angin saja. Kurang muntah. Saya juga hanya tidak lalu makan nasi dan banyak makan roti, minum susu dan buah-buahan saja.
    Saya terfikir mgkin setiap kandungan berbeza-beza. Tapi kadang-kadang naluri kecil saya datang, saya pernah terbaca mengenai wanita mengandung yang mengalami morning sickness menandakan kandungannya sihat dan selamat. Namun saya biarkan andaian itu dan menjalani kehidupan seperti biasa.

    Sample janin yg dihantar ke makmal. Alhamdulillah tiada apa apa masalah pada janin dan saya boleh mengandung semula.


    Oleh kerana bekerja sebagai wartawan di akhbat Harian Metro sudah semestinya kesibukan tidak dapat dihalang. Walaupun mengandung masih terus keluar mencari bahan, ada kala asgment pagi sehingga ke petang. Namun itu semua sudah biasa dilalui sejak anak pertama lagi. Jadi saya merasakan kandungan ini juga kuat spt mana yg pertama.

    Jadi semua kerja rumah saya lakukan seperti biasa, mengemop lantai, membasuh dan memberus balkoni, semua saya lakukan sendiri.
    Seminggu sebelum saya bleeding saya melakukan kerja rumah dengan banyak, disebabkan ingin pulang ke kampung yang biasanya sebelum pulang saya akan pastikan rumah bersih dan kemas jadi sebelum subuh saya sudah bangun menyapu sampah, mop lantai, membasuh balkoni. peluh memang tidak terkira banyaknya. Memang sangat letih..hampir jg mahu pitam. Baru saya sedar saya mengandung. Tapi dalam hati saya doakan semoga kandungan ini sihat.

    Sekembali dari kampung di pejabat ada program 5S yg memerlukan staff mengemas meja membawa balik semua barang di pejabat. Apalagi sehari sebelum tu saya sibuk mengemas meja, kemudian mengangkat barang2 dari office ke kereta dan kemudiannya dr kereta ke rumah. Penatnya memang terasa.

    Akibatnya keesokannya paginya Sabtu saya dapati ada sopt coklat. Sangat sedikit. Terasa pedih pada bahagian vagina. Saya terus bg tau suami, perasaan berdebar-debar. Saya terus google untuk mendapatkan maklumat lanjut rata-rata mengatakan ia perkara biasa jika pada awal kehamilan. Tetapi jika spot itu seperti ada daging2 kecil ia menandakan kandungan akan berakhir dengan keguguran.

    Kemudian dalam masa beberapa jam saya dapati seperti ada daging2 kecil berwarna coklat yang keluar. Ketika itu hati sangat resah, jiwa masih mengharap baby selamat. Saya terus mengajak suami ke klinik Sham Poliklinik di sg ramal, disebabkan Annur tiada Dr O&G yang bertugas.

    Sampai di klinik saya terus menceritakan kepada doktor bertugas. Dr memeriksa pintu rahim dan tidak terbuka. Alhamdulillah hati terasa lega. Kemudian ketika melakukan imbasan ultrasound Dr memberita heartbeat baby sudah tiada dan perlu berjumpa pakar. Menurut Dr sepatutnya pd usia kandungan 10 minggu heart beat sepatutnya jelas kedengaran. Saya bertanya adakah kemungkinan saya keguguran. Dr masih memberi harapan...yg baby masih ada.
    Cuak, takut, sedih, terkilan, semua bercampur baur.

    Oleh kerana pada Ahad, O&G  Annur masih tutup, jadi saya pergi ke KPJ Kajang untuk mendapatkan second opinon. Saya menceritakan apa yang saya alami kepada dr bertugas. Imbasan sekali lagi dilakukan dan sekali lagi Dr memberikan jawapan sama heart beat sudah tiada.

    Ketika itu saya sudah reda,
    Saya sudah pasrah,
    Saya sudah menyerah,
    Allah sebaik-baik perancang,
    Ada hikmah apa yg berlaku,

    Sementara menunggu selasa (disebabkan isnin cuti hari kebangsaan), saya berehat seperti biasa di rumah. Namun bukan bed rest sangat maklumlah anak-anak memerlukan perhatian.

    1 September 2015
    Pagi-pagi lagi saya sudah ke Annur. Patutnya appoiment saya dgn Dr Khamsiah pada Rabu. Mujur tidak ramai, saya menunggu dari jam 9 pagi sehingga 12.30 baru dapat bertemu.
    Sejuk hati melihat wajah dr bertugas, selepas melihat refer letter dr KPJ Kajang Dr bertanya mengenai background kandungan sebelum ini.
     Sekali lagi imbasan dijalankan, dan memang pasti si kecil di dalam rahim ini sudah tiada. Allahuakbar. Walaupun di rumah saya sudah reda, sudah pasrah namun naluri seorang ibu pastinya mengharapkan agar ada keajaiban berlaku. Namun Tuhan mengetahui segala-galanya.

    Air mata saya tumpah juga melihat hasil imbasan si kecil di dalam perut yang berusia 9 minggu. Menurut Dr baby membesar hanya setakat 9 mggu saja dan selepas itu heart beatnya sudah tiada.
    Dr menjelaskan mengenai proses seterusnya.

    Oleh kerana darah masih belum keluar banyak, saya diminta datang semula keesokan harinya untuk proses Erpoc iaitu menyedut untuk mengeluarkan janin. Ia sedikit berbeza dengan D&C kerana D&C dengan cara mencuci (mengikis bahagian rahim) tetapi ecpoc lebih lembut dan selamat kerana tidak membabitkan dinding rahim hanya menyedut di permukaan luar rahim.

    Lega mendengarnya. Saya pulang ke rumah dalam keadaan kosong, terasa satu kehilangan. Sedih usah cerita. Walaupun ini kandungan keempat namun kesedihan tetap ada. Saya ambil masa untuk mengubat diri,

    Dalam sujud saya berdoa semoga apa yg berlaku hari ini adalah sebagai tanda sayangnya Dia kepada saya. Saya tahu dalam hari-hari saya mendekatkan diri kepadaNya, dalam masa saya mencari-mencari apa yang saya boleh lakukan untuk menjadi insan yang taat dan setia mengerjakan suruhanMu DIA  memberikan saya dugaan kecil supaya saya lebih menyayangi dan mencintai diriNYA. Mungkin dengan cara ini saya lebih mensyukuri nikmat yang diberikan kepada saya sekeluarga.

    Mungkin dengan cara ini saya lebih khusyuk melakukan ibadah, lebih konsisten untuk bangun malam menunaikan Tahajud, solat Hajat dan Taubat dengan penuh rasa tawaduk dan sepenuh jiwa. Saya akur semua ini, Saya nampak hikmah di sebaliknya. Lantas untuk apa saya bersedih? Jiwa saya kembali kuat..YA  saya REDA  dan memujuk hati untuk bersabar dengan ujian ini.

    Oleh kerana memikirkan saya perlu berpantang di rumah, jadi saya membuat kerja rumah apa yg patut. Membasuh baju, melipat baju, menggosok baju sekolah anak-anak dan mengemas rumah, dan semua kerja rumah tertunggak ketika saya bleeding 3 hari.

    Petangnya jam 5 saya sudah terasa sakit pinggang yg amat sangat. Tidak pernah rasa sakit seperti ini. Saya dapat rasakan yang tiba saatnya si comel saya ingin keluar. Saya periksa namun tiada darah banyak yang keluar. Sedikit demi sedikit sakit bertambah kuat..sehingga jam 6 petang ia bertambah kuat. Seakan sakit ingin bersalin.

    Saya sms kakak yg bertugas sebagai nurse dia berpesan jika bleeding terlalu banyak terus ke bahagian emergency hospital. Saya sms suami yang ketika itu mengambil anak-anak di sekolah supaya pulang cepat.

    7 malam - sakit semakin kuat setiap 10 minit terasa sakitnya. Sebaik saja saya ke tandas darah merah mengalir dengan banyak. Sementara menunggu suami saya hanya menahan sakit, kadang-kadang mengiring, mencangkung, duduk semua serba tidak kena.

    8 malam- sakit bertambah kuat, suami pula sudah pulang ke rumah. saya minta anak-anak bersiap kerana saya memang sudah tidak tahan, seakan mahu pitam, seluruh tangan dan kaki sejuk, wajah dan tangan saya pucat. Saya terpaksa dipapah suami ke kereta kerana tidak mampu berjalan. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya.

    Saya terasa adakah malaikat ingin mengambil nyawa saya sekarang???
    Ketakutan itu melebihi kesakitan  yg sama rasai.
    Saya menangis sambil berdoa semoga Allah beri saya peluang untuk hidup.
    Saya pandang anak-anak yg masih kecil, sambil berkata beri saya peluang didik mereka jadi anak soleh dan solehah dulu. Jika Tuhan ambil nyawa saya sekarang siapa yg akan mengaji dan mendoakan saya ketika saya dalam kubur.
    Beri saya peluang untuk hidup ya Allah. Berkali-kali saya merayu. Sebab saya merasakan seperti itu saatnya malaikat bakal mengambil nyawa saya.

    Alhamdulillah Tuhan masih memanjangkan usia saya. Tuhan mendengar kata-kata saya.
    Sehingga proses erpoc dijalankan pada jam 9.30 malam, saya tidak sedar sehinggalah nurse mengejutkan saya pada jam 11.30 malam dan menunjukkan janin kecil yg sudah keluar.
    Alhamdulillah semuanya sudah selesai, saya juga tidak merasa sebarang kesakitan. Cuma rasa lemah saja. saya bermalam di hospital sehingga keesokan harinya Dr Khamsiah datang dan menyatakan saya sudah boleh keluar pada jam 3petang.

    Alhamdulillah syukur ya Allah, Allah memudahkan urusan saya kali ini. Apa yang pasti saya mendapat sesuatu yang sangat bernilai darinya. Walaupun saya kehilangan si kecil namun saya yakin Allah sangat sayangkan saya.

    Nanti saya cerita proses berpantang selama 2 minggu dan bagaimana saya kembali sihat dengan Shaklee.


    Tuesday, September 15, 2015

    Rawatan untuk keguguran

    Hari ini berpeluang mengunjungi Malaysian Holistik Spa Nu'Della di seksyen 4, Bangi.
    Sebelum ini pergi atas urusan kerja tetapi kali ini ingin berehat sepenuhnya.
    Sebaik sambut disambut pekerja yang tersenyum mesra, jumpa pula owner Puan Ainaa yang sangat humble membuatkan senang berbual dengannya.
    Saya mengambil pakej rawatan berurut, bertungku dan bertangas.
    Urutan dilakukan selama 1 jam, memang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan. Terasa hilang segala lenguh dan sakit badan.



    Selepas berurut, bahagian peranakan ditungku, sehingga belakang badan dan kaki bagi melancarkan pengaliran darah dan juga membuang angin. Menurut terapi kak Zura tadi, kaki bahagian betis memang agak sukar diurut disebabkan urat bersimpul. Masuk angin katanya. selepas ditekan dan diurut beberapa kali barulah rasa lega.





    Untuk rawatan ketiga iaitu bertangas diadakan di dalam bilik ini.
    tangas dilakukan selama 30 minit, tetapi belum sampai 30minit saya sudah minta untuk berhenti. Memang rasa lega , apabila peluh mengalir banyak.
    Bertangas sangat sesuai untuk yg baru bersalin dan juga keguguran. Ia untuk mengecutkan rahim, melancarkan peredaran darah.

    Sebaiknya dilakukan sebanyak tiga kali begitu juga dengan berurut. Terasa darah mengalir lancar. wajah juga menjadi kemerah-merahan akibat haba tangas tadi.

    tempat bertangas. Herba dimasukkan di dalam bekas kemudian dipanaskan.

    Ini terapi saya kak Zura. memang best sangat hasil sentuhan tangan kak zura. Minggu depan saya ada temujanji lagi di sini. Sebaiknya untuk keguguran berurut 3 kali. tapi untuk wanita tangas boleh dilakukan pada setiap bulan selepas datang haid. banyak kebaikan bertangas bukan saja untuk peranakan tetapi kulit dan wajah.

    Bagi mereka yg ingin mendapatkan rawatan selepas bersalin atau keguguran boleh membuat temujanji menerusi talian 03-8925 5002


    Monday, September 14, 2015

    Follow up di Annur Bangi

    Hari ni saya masih dalam cuti sakit.
    tapi pagi-pagi dah keluar rumah menjalankan rutin harian biasa menghantar anak -anak ke sekolah kemudian ke rumah pengasuh dan terus ke Annur Bangi sebab follow up susulan keguguran hari tu. Nanti saya ceritakan ya bagaimana boleh berlaku.
    8.30am dah ada kat sana walaupun agak susah mencari parkir namun selepas tiga kali membuat pusingan akhirnya dapat juga di hadapan hospital.
    saya mendapat nombor 5008, ehhmm agak awal juga kali ni. Selesai mengambil tekanan darah dan timbang berat badan saya menunggu di luar kira-kira 15 minit sebelum nombor dipanggil.
    Bertemu dengan Dr Khamsiah Muda dr yang mengambil kes keguguran saya hari tu. Saya memang suka bangat dengan Dr Khamsiah ni, kerana caranya yang very polite, lemah-lembut, memberi penerangan secara details dan sangat Islamik.

    Hari ni saya menjalani ujian ultrasound untuk melihat keadaan rahim sama ada sudah mengecut, bersih dan cantik.
    Lega apabila Dr mengatakan rahim sudah mengecut, cantik, sihat tanpa sebarang masalah, subur dan boleh mengandung semula. Alhamdulillah.
    Entah kenapa kali ni apabila melihat ibu-ibu yg datang membuat pemeriksaan memang terasa sayu.
    Tak apa saya kuatkan hati perancangan Allah adalah sebaiknya. Reda dan sabar ada lagi rezeki selepas ini.
    Dr meminta saya berehat 3 bulan sebelum boleh mengandung semula. InsyaAllah mg ada rezeki lagi selepas ini Aamin.

    Selesai pemeriksaan diakhiri dengan kata-kata manis Dr, "ok saya jumpa lagi awak sebaik saja awak mengandung ya," sambil menghulurkan tangan dan memberi salam.




    Sunday, September 13, 2015

    Lama sangat bersawang

    Tiba-tiba saja hari ni hati tergerak untuk menulis semula dalam blog yang dah bersawang ni. Sungguh banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Tapi setiap kali hati ingin menulis ada saja alasan yang keluar. Banyak kerja, sibuk menguruskan anak-anak, kerja rumah yang tak pernah habis. Sehinggakan semua kenangan itu berlalu begitu saja.

    Sayangkan..
    Tapi apabila membaca balik entry yang lepas..MasyaAllah rindu tak terkata untuk kembali mencoretkan pengalaman sendiri, aktiviti harian anak-anak agar ia berlangsung berterusan sampai bila-bila. Anak-anak pun bila dapat baca kembali coretannya mamanya asyik bertanya betul ke mama...nape muka Fahim lain masa kecik-kecik? kenapa itu..kenapa begini serta bermacam soalan lain.
    Lihat betapa seronoknya mereka membaca kembali coretan saya yg ditulis ketika mereka zaman baby dulu. Terasa alangkah ruginya sekiranya setiap detik yang dikongsi bersama tidak saya coretkan di sini. sekurang-kurangnya ia menjadi diari terindah mereka.

    Untuk kawan-kawan blog juga... Ya Ampun...sudah lama saya tidak kunjungi blog mereka. Ada yang sudah menambah bilangan ahli keluarga. Seronoknya.
    Saya masih dalam bercuti (mc) tinggal baki cuti 3 hari saja lagi selepas 2 minggu mc...
    nanti saya coretkan kan mengapa saya mc panjang.

    Ok nanti sambung semula. Ada lg ke peminat yang membaca blog saya hehheheheh..



    Wednesday, May 14, 2014

    Cotton Korea dengan corak dan warna yang lebih hangat

     Korea Cotton dengan corak dan warna yang lebih hangat. Fabrik 4 meter, lembut, tidak panas dan kurang berkedut. 
    Dapatkan lebih banyak pilihan dan corak layari  https://www.facebook.com/lovelycootton
    atau PM/Whatsapp 012-6133596

    Harga sudah tentu lebih murah daripada harga pasaran. Boleh dapatkan harga borong dengan pembelian 10 pasang ke atas.