Hari ni saya masih dalam cuti sakit.
tapi pagi-pagi dah keluar rumah menjalankan rutin harian biasa menghantar anak -anak ke sekolah kemudian ke rumah pengasuh dan terus ke Annur Bangi sebab follow up susulan keguguran hari tu. Nanti saya ceritakan ya bagaimana boleh berlaku.
8.30am dah ada kat sana walaupun agak susah mencari parkir namun selepas tiga kali membuat pusingan akhirnya dapat juga di hadapan hospital.
saya mendapat nombor 5008, ehhmm agak awal juga kali ni. Selesai mengambil tekanan darah dan timbang berat badan saya menunggu di luar kira-kira 15 minit sebelum nombor dipanggil.
Bertemu dengan Dr Khamsiah Muda dr yang mengambil kes keguguran saya hari tu. Saya memang suka bangat dengan Dr Khamsiah ni, kerana caranya yang very polite, lemah-lembut, memberi penerangan secara details dan sangat Islamik.
Hari ni saya menjalani ujian ultrasound untuk melihat keadaan rahim sama ada sudah mengecut, bersih dan cantik.
Lega apabila Dr mengatakan rahim sudah mengecut, cantik, sihat tanpa sebarang masalah, subur dan boleh mengandung semula. Alhamdulillah.
Entah kenapa kali ni apabila melihat ibu-ibu yg datang membuat pemeriksaan memang terasa sayu.
Tak apa saya kuatkan hati perancangan Allah adalah sebaiknya. Reda dan sabar ada lagi rezeki selepas ini.
Dr meminta saya berehat 3 bulan sebelum boleh mengandung semula. InsyaAllah mg ada rezeki lagi selepas ini Aamin.
Selesai pemeriksaan diakhiri dengan kata-kata manis Dr, "ok saya jumpa lagi awak sebaik saja awak mengandung ya," sambil menghulurkan tangan dan memberi salam.
No comments:
Post a Comment