Tuesday, September 15, 2015

Rawatan untuk keguguran

Hari ini berpeluang mengunjungi Malaysian Holistik Spa Nu'Della di seksyen 4, Bangi.
Sebelum ini pergi atas urusan kerja tetapi kali ini ingin berehat sepenuhnya.
Sebaik sambut disambut pekerja yang tersenyum mesra, jumpa pula owner Puan Ainaa yang sangat humble membuatkan senang berbual dengannya.
Saya mengambil pakej rawatan berurut, bertungku dan bertangas.
Urutan dilakukan selama 1 jam, memang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan. Terasa hilang segala lenguh dan sakit badan.



Selepas berurut, bahagian peranakan ditungku, sehingga belakang badan dan kaki bagi melancarkan pengaliran darah dan juga membuang angin. Menurut terapi kak Zura tadi, kaki bahagian betis memang agak sukar diurut disebabkan urat bersimpul. Masuk angin katanya. selepas ditekan dan diurut beberapa kali barulah rasa lega.





Untuk rawatan ketiga iaitu bertangas diadakan di dalam bilik ini.
tangas dilakukan selama 30 minit, tetapi belum sampai 30minit saya sudah minta untuk berhenti. Memang rasa lega , apabila peluh mengalir banyak.
Bertangas sangat sesuai untuk yg baru bersalin dan juga keguguran. Ia untuk mengecutkan rahim, melancarkan peredaran darah.

Sebaiknya dilakukan sebanyak tiga kali begitu juga dengan berurut. Terasa darah mengalir lancar. wajah juga menjadi kemerah-merahan akibat haba tangas tadi.

tempat bertangas. Herba dimasukkan di dalam bekas kemudian dipanaskan.

Ini terapi saya kak Zura. memang best sangat hasil sentuhan tangan kak zura. Minggu depan saya ada temujanji lagi di sini. Sebaiknya untuk keguguran berurut 3 kali. tapi untuk wanita tangas boleh dilakukan pada setiap bulan selepas datang haid. banyak kebaikan bertangas bukan saja untuk peranakan tetapi kulit dan wajah.

Bagi mereka yg ingin mendapatkan rawatan selepas bersalin atau keguguran boleh membuat temujanji menerusi talian 03-8925 5002


No comments: