Tuesday, October 6, 2015

NAK KULIT CANTIK dan SIHAT


Kalau dah pompuan tu nampak jerawat nasi sebiji kat muka mulalah risau. Picit-picit sampai berdarah kemudian tinggalkan kesan yang sukar dihilangkan. Macam sayalah tu.
Pantang nampak jerawat mulalah tangan sibuk nak picit. Lama-lama jerawat makin teruk berdarah dan bernanah.
Mula cari pelbagai produk, sapu-sapu tak nak jg hilang. Kulit makin teruk. Malunya Tuhan saja yg tahu. Tambah-tambah kalau jumpa kawan-kawan yang kulitnya licin bak telur ayam.
Down sangat masa tu. Itu nostalgia masa zaman-zaman belajar dulu. Saya percaya adik-adik turut alami masalah macam saya.
Kulit berminyak, tak jaga makan, pakai produk tak sesuai dan faktor alam sekitar menambah kepada  masalah kulit. Tapi saya selalu terfikir kenapa ada jer wanita yg berkulit licin dan cantik semula jadi. Serius cemburu sangat bila tengok pompuan kulit lawo dan licin. Selalu membayangkan kulit dia berganti dengan kulit sendiri. Mulalah cakap dlm hati kenapalah Tuhan tak bagi kulit aku macam dia hahahah. Teruk kan????
Yer mmg ada dan ramai wanita memiliki kulit yg semula jadi cantik.
Mungkin sebab genetiknya dan kulit juga dipengaruhi oleh darah anda. Pernah tak dengar darah kotor. Jadi untuk menhilangkan jerawat yang  teruk mmg kena ambil suplement atau jumpa dengan pakar kulit.
Tapi bayaran untuk pakar kulit mmg mahal. Saya sendiri pernah bertemu dengan pakar kulit yg sering melakukan rawatan untuk artis ternama sekali pergi RM200 lebih dan perlu dtg dua kali sebulan.
Pitam sekejap!!! Memang tak mampu. Kemudian bila usaha pakai produk tak berjaya baru saya cuba amalkan suplement untuk kulit.
Bila saya dah jumpa suplement sesuai which mean yang halal tak ada bahan kimia. MASYAllah bersyukur sangat.
Tambah pula ia tidak membebankan. Cthnya vitamin C tahan sehingga 6 bulan dan vitamin E tahan 3 bulan mankala ESP tahan 2-3 bulan. Berbaloi ke berbaloi????? Paling penting kombinasi esp+ vit c dan vit e bkn untuk kulit saja ttp untuk keseluruhan tubuh. Kebaikan 10 dlm 1. Kulit cantik..antibodi badan kuat..rambut sihat dan badan cergas sentiasa. 

MENGAPA KULIT BERMASALAH

Saya bukanlah bijak pandai dalam bab kulit tetapi menerusi pembacaan terdapat beberapa sebab kulit menghadapi masalah jerawat, jeragat, pigmentasi, rona tidak sekata dan pelbagai masalah lain. Antara masalah yang menyumbang kepada masalah kulit adalah:

Faktor 1 : Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai seperti bedak asas akan membuatkan kulit menjadi sensitif. Selain itu jarang membersihkan wajah selepas penggunaan kosmetik juga menjadi punca masalah jerawat.

Faktor 2 : Hormon menjadi penyebab utama daam pembentukan jerawat. Tidak hairan, ketika haid jerawat akan tumbuh kerana ketika itu hormon tidak seimbang. 

Faktor 3 : Gaya hidup yang tidak sihat menjadi salah satu faktor timbulnya jerawat. Merokok, kurang itidur dan stres, boleh meningkatkan hormon androgen. Androgen dapat meningkatkan pengeluaran  minyak, apalagi jika di permukaan kulit tertutup oleh make-up, kulit akan meradang dan timbul jerawat.

Faktor 4 : Makanan, sering makan makanan berminyak dan berlemak menjadi sebab munculnya jerawat.

Faktor 5 : Genetik adalah faktor penyebab jerawat yang diperturunkan dari orang tua.

Memicit jerawat akan menyebabkan kulit berparut


Cara Mengatasinya

1. Perlahan-lahan elakkan penggunaan kosmetik kimia, apalagi kosmetik yang menawarkan fungsi pemutihan dan membersihkan jerawat dengan cepat.
 Ini kerana kemungkinan produk ini mengandungi merkuri yang dapat merosakkan kulit. Gunakan perawatan  wajah semula jadi seperti buah dan masker.

2. Amalkan gaya hidup sihat. Elakkan makanan segera, berlemak dan berminyak. Tukar cara memasak kepada kukus, rebus dan panggang. Amalkan

- Minum air putih secukupnya usahakan 3,5 liter setiap hari
- Elakkan stress dan rileks selalu.
- Perbanyak makan sayur dan buah buahan terutama yang dapat membantu membakar lemak seperti  lemon, epal.
- Cuci muka dgn air bersih (pakailah air mineral).
- Bersenam.

3. Amalkan suplement untuk kulit iaitu dengan Vitamin C, vitamin E,  B Complex dan ESP yang membantu mengurangkan jerawat, memudarkan parut jerawat, melicinkan kulit, menjadikan kulit gebu dan anjal.


KEBAIKAN Vita-E Complex
 Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
 Memperbaiki parut
 Mengurangkan jerawat
 Melambatkan penuaan
 Memulihkan tekstur kulit
 Mengurangkan kedut dan garis halus


B Complex
 Melembapkan kulit
 Anti stress (punca jerawat)
 Mengalakkan pembentukan sel baru bagi mengantikan sel lama/rosak/mati
 Melancarkan peredaran darah
 Menaikkan seri wajah
 Memperbaiki mood agar sentiasa gembira dan ceria


Sustained Release Vita-C
 Membentuk kolagen
 Menganjalkan kulit
 Mengurangkan kedutan
 Merawat jeragat, bintik hitam dan tona tidak sekata
 Merawat kulit kasar dan kering
 Mencerahkan kulit


ESP Soy Protein
 Asid amino yang baik kepada wajah awet muda
 Meransang pembentukan semula kulit dan otot
 Membaikpulih sel dan tisu yang rosak
 Menganjalkan kulit
 Menghilangkan kesan parut


Cara Pengambilan
1) Vita-E Complex - 1 biji sehari sebelum tidur
2) B Complex - 1 biji sehari selepas sarapan/sebelum tidur
3) Sustained Release Vita-C- 1-2 biji sehari selepas sarapan
4) ESP Soy Protein- 1 setengah sudu sebelum sarapan dan 1 setengah sudu sebelum pukul 7 malam



TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE







SID:  Siti 012- 6133596
Facebook: mamarynas
Instagram: mamarynas

No comments: