kandungan 10 minggu ketika pemeriksaan di Annur Bangi |
Mengandung kali ini memang tidak seteruk kandungan yang lepas. Hanya pening kepala dan banyak angin saja. Kurang muntah. Saya juga hanya tidak lalu makan nasi dan banyak makan roti, minum susu dan buah-buahan saja.
Saya terfikir mgkin setiap kandungan berbeza-beza. Tapi kadang-kadang naluri kecil saya datang, saya pernah terbaca mengenai wanita mengandung yang mengalami morning sickness menandakan kandungannya sihat dan selamat. Namun saya biarkan andaian itu dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Sample janin yg dihantar ke makmal. Alhamdulillah tiada apa apa masalah pada janin dan saya boleh mengandung semula. |
Oleh kerana bekerja sebagai wartawan di akhbat Harian Metro sudah semestinya kesibukan tidak dapat dihalang. Walaupun mengandung masih terus keluar mencari bahan, ada kala asgment pagi sehingga ke petang. Namun itu semua sudah biasa dilalui sejak anak pertama lagi. Jadi saya merasakan kandungan ini juga kuat spt mana yg pertama.
Jadi semua kerja rumah saya lakukan seperti biasa, mengemop lantai, membasuh dan memberus balkoni, semua saya lakukan sendiri.
Seminggu sebelum saya bleeding saya melakukan kerja rumah dengan banyak, disebabkan ingin pulang ke kampung yang biasanya sebelum pulang saya akan pastikan rumah bersih dan kemas jadi sebelum subuh saya sudah bangun menyapu sampah, mop lantai, membasuh balkoni. peluh memang tidak terkira banyaknya. Memang sangat letih..hampir jg mahu pitam. Baru saya sedar saya mengandung. Tapi dalam hati saya doakan semoga kandungan ini sihat.
Sekembali dari kampung di pejabat ada program 5S yg memerlukan staff mengemas meja membawa balik semua barang di pejabat. Apalagi sehari sebelum tu saya sibuk mengemas meja, kemudian mengangkat barang2 dari office ke kereta dan kemudiannya dr kereta ke rumah. Penatnya memang terasa.
Akibatnya keesokannya paginya Sabtu saya dapati ada sopt coklat. Sangat sedikit. Terasa pedih pada bahagian vagina. Saya terus bg tau suami, perasaan berdebar-debar. Saya terus google untuk mendapatkan maklumat lanjut rata-rata mengatakan ia perkara biasa jika pada awal kehamilan. Tetapi jika spot itu seperti ada daging2 kecil ia menandakan kandungan akan berakhir dengan keguguran.
Kemudian dalam masa beberapa jam saya dapati seperti ada daging2 kecil berwarna coklat yang keluar. Ketika itu hati sangat resah, jiwa masih mengharap baby selamat. Saya terus mengajak suami ke klinik Sham Poliklinik di sg ramal, disebabkan Annur tiada Dr O&G yang bertugas.
Sampai di klinik saya terus menceritakan kepada doktor bertugas. Dr memeriksa pintu rahim dan tidak terbuka. Alhamdulillah hati terasa lega. Kemudian ketika melakukan imbasan ultrasound Dr memberita heartbeat baby sudah tiada dan perlu berjumpa pakar. Menurut Dr sepatutnya pd usia kandungan 10 minggu heart beat sepatutnya jelas kedengaran. Saya bertanya adakah kemungkinan saya keguguran. Dr masih memberi harapan...yg baby masih ada.
Cuak, takut, sedih, terkilan, semua bercampur baur.
Oleh kerana pada Ahad, O&G Annur masih tutup, jadi saya pergi ke KPJ Kajang untuk mendapatkan second opinon. Saya menceritakan apa yang saya alami kepada dr bertugas. Imbasan sekali lagi dilakukan dan sekali lagi Dr memberikan jawapan sama heart beat sudah tiada.
Ketika itu saya sudah reda,
Saya sudah pasrah,
Saya sudah menyerah,
Allah sebaik-baik perancang,
Ada hikmah apa yg berlaku,
Sementara menunggu selasa (disebabkan isnin cuti hari kebangsaan), saya berehat seperti biasa di rumah. Namun bukan bed rest sangat maklumlah anak-anak memerlukan perhatian.
1 September 2015
Pagi-pagi lagi saya sudah ke Annur. Patutnya appoiment saya dgn Dr Khamsiah pada Rabu. Mujur tidak ramai, saya menunggu dari jam 9 pagi sehingga 12.30 baru dapat bertemu.
Sejuk hati melihat wajah dr bertugas, selepas melihat refer letter dr KPJ Kajang Dr bertanya mengenai background kandungan sebelum ini.
Sekali lagi imbasan dijalankan, dan memang pasti si kecil di dalam rahim ini sudah tiada. Allahuakbar. Walaupun di rumah saya sudah reda, sudah pasrah namun naluri seorang ibu pastinya mengharapkan agar ada keajaiban berlaku. Namun Tuhan mengetahui segala-galanya.
Air mata saya tumpah juga melihat hasil imbasan si kecil di dalam perut yang berusia 9 minggu. Menurut Dr baby membesar hanya setakat 9 mggu saja dan selepas itu heart beatnya sudah tiada.
Dr menjelaskan mengenai proses seterusnya.
Oleh kerana darah masih belum keluar banyak, saya diminta datang semula keesokan harinya untuk proses Erpoc iaitu menyedut untuk mengeluarkan janin. Ia sedikit berbeza dengan D&C kerana D&C dengan cara mencuci (mengikis bahagian rahim) tetapi ecpoc lebih lembut dan selamat kerana tidak membabitkan dinding rahim hanya menyedut di permukaan luar rahim.
Lega mendengarnya. Saya pulang ke rumah dalam keadaan kosong, terasa satu kehilangan. Sedih usah cerita. Walaupun ini kandungan keempat namun kesedihan tetap ada. Saya ambil masa untuk mengubat diri,
Dalam sujud saya berdoa semoga apa yg berlaku hari ini adalah sebagai tanda sayangnya Dia kepada saya. Saya tahu dalam hari-hari saya mendekatkan diri kepadaNya, dalam masa saya mencari-mencari apa yang saya boleh lakukan untuk menjadi insan yang taat dan setia mengerjakan suruhanMu DIA memberikan saya dugaan kecil supaya saya lebih menyayangi dan mencintai diriNYA. Mungkin dengan cara ini saya lebih mensyukuri nikmat yang diberikan kepada saya sekeluarga.
Mungkin dengan cara ini saya lebih khusyuk melakukan ibadah, lebih konsisten untuk bangun malam menunaikan Tahajud, solat Hajat dan Taubat dengan penuh rasa tawaduk dan sepenuh jiwa. Saya akur semua ini, Saya nampak hikmah di sebaliknya. Lantas untuk apa saya bersedih? Jiwa saya kembali kuat..YA saya REDA dan memujuk hati untuk bersabar dengan ujian ini.
Oleh kerana memikirkan saya perlu berpantang di rumah, jadi saya membuat kerja rumah apa yg patut. Membasuh baju, melipat baju, menggosok baju sekolah anak-anak dan mengemas rumah, dan semua kerja rumah tertunggak ketika saya bleeding 3 hari.
Petangnya jam 5 saya sudah terasa sakit pinggang yg amat sangat. Tidak pernah rasa sakit seperti ini. Saya dapat rasakan yang tiba saatnya si comel saya ingin keluar. Saya periksa namun tiada darah banyak yang keluar. Sedikit demi sedikit sakit bertambah kuat..sehingga jam 6 petang ia bertambah kuat. Seakan sakit ingin bersalin.
Saya sms kakak yg bertugas sebagai nurse dia berpesan jika bleeding terlalu banyak terus ke bahagian emergency hospital. Saya sms suami yang ketika itu mengambil anak-anak di sekolah supaya pulang cepat.
7 malam - sakit semakin kuat setiap 10 minit terasa sakitnya. Sebaik saja saya ke tandas darah merah mengalir dengan banyak. Sementara menunggu suami saya hanya menahan sakit, kadang-kadang mengiring, mencangkung, duduk semua serba tidak kena.
8 malam- sakit bertambah kuat, suami pula sudah pulang ke rumah. saya minta anak-anak bersiap kerana saya memang sudah tidak tahan, seakan mahu pitam, seluruh tangan dan kaki sejuk, wajah dan tangan saya pucat. Saya terpaksa dipapah suami ke kereta kerana tidak mampu berjalan. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya.
Saya terasa adakah malaikat ingin mengambil nyawa saya sekarang???
Ketakutan itu melebihi kesakitan yg sama rasai.
Saya menangis sambil berdoa semoga Allah beri saya peluang untuk hidup.
Saya pandang anak-anak yg masih kecil, sambil berkata beri saya peluang didik mereka jadi anak soleh dan solehah dulu. Jika Tuhan ambil nyawa saya sekarang siapa yg akan mengaji dan mendoakan saya ketika saya dalam kubur.
Beri saya peluang untuk hidup ya Allah. Berkali-kali saya merayu. Sebab saya merasakan seperti itu saatnya malaikat bakal mengambil nyawa saya.
Alhamdulillah Tuhan masih memanjangkan usia saya. Tuhan mendengar kata-kata saya.
Sehingga proses erpoc dijalankan pada jam 9.30 malam, saya tidak sedar sehinggalah nurse mengejutkan saya pada jam 11.30 malam dan menunjukkan janin kecil yg sudah keluar.
Alhamdulillah semuanya sudah selesai, saya juga tidak merasa sebarang kesakitan. Cuma rasa lemah saja. saya bermalam di hospital sehingga keesokan harinya Dr Khamsiah datang dan menyatakan saya sudah boleh keluar pada jam 3petang.
Alhamdulillah syukur ya Allah, Allah memudahkan urusan saya kali ini. Apa yang pasti saya mendapat sesuatu yang sangat bernilai darinya. Walaupun saya kehilangan si kecil namun saya yakin Allah sangat sayangkan saya.
Nanti saya cerita proses berpantang selama 2 minggu dan bagaimana saya kembali sihat dengan Shaklee.
No comments:
Post a Comment