Friday, February 19, 2010

acara kemuncak - bagi hadiah..yeeeaaa

Masih lagi cerita Family Day yer..
Ni hari terakhir, jadi sebelum masing-masing check out jam 12 tengah hari, sebelum tu diadakan acara bg hadiah untuk permainan, cabutan bertuah dan hamper.

Ni hadiah untuk mak dan abah.
Ni pulak hamper. Masing-masing bawa 1 hamper so ada 8 hamper termasuk 1 untuk mak dan abah. Untuk mak dan abah memang dibuat khas. Yer lah kan..takkan nanti mak n abah dpt hamper yang penuh keropok dan gula2 pulak kan. Jadi atas jasa baik kak fauziah dia buat ler hamper yang sesuai untuk mak dan abah. Penuh dengan brg2 dapurlah..berat uols...hamper mak dan abah nie.
Ahhhh...tu dia. ohh pengerusi majlis abang long yang berkaca mata hitam tuh. Jadi permulaan adalah sesi bg hamper untuk mak dan abah.

Lepas tu pemberian hadiah untuk abah pula. Teringat kat sekolah2 ginilah penyampaian hadiahnyer.
Hadiah untuk mak disampaikan oleh kak Long.

Ni sesi membahagikan hamper mengikut cara cabutan bertuah. Dan tuan punya hamper akan memberikan hamper kepada yg bertuah. So ni hamper aku dapat kepada keluarga abang E. yeyyeyyyy..sila tepuk tangan yer...

alamak blur lah pulak. Ni hamper kak long aku yang dapat yeeeeeaaa.....2 tahun lepas tk ingat dapat saper punya. so tahun depan gambar ni buktinya..yer.

Ni hamper untuk keluarga kak tija.

hamper keluarga abang E..
Sesi menyampaikan hadiah untuk games cari barang yer. Hadiah disponsor oleh aku yer..dan disampaikan oleh tok wan.

masih lagi permainan cari barang pemenang kumpulan kedua.


Ni hadiah stationary untuk semua anak-anak buah. Hadiah ditaja oleh kak Chak @ Joyah glamer.
hadiah untuk permainan tiup belon dimenangi oleh Ira.

Ohh anak aku dpt hadiah besar tajaan kak fauziah. Tima kasih..tima kasih..

Last sekali....oleh kerana adik aku ni tinggal kat sarawak, jadi nak bawa balik hamper kan jauh..takkan nak bawa atas kapal terbang pulakkan malu ler pulak. Jadinya dia telah membahagi-bahagikan hamper kepada semua anak buah. Lepas buka masing2 berebut ler amik apa yg dorang nak...hahhahha meriah sangat masa nie.
Itulah sahaja family day 2010. Untuk tahun depan ahli mesyuarat tingkap sudah bersetuju mengadakan Family Day 2011 di Pulau Pinang. Yeeehaaaa..ke Penang pulaklah kita yer. berjumpa di sana....bershoping jeruk2 ler pulak. InsyaAllah....semoga menjadi. ..AMIN.


Thursday, February 18, 2010

permainan tiup belon, cari barang dan BBQ

Bersambung lagi yer....

Ini aktiviti pada malam hari Ahad tu BBQ. Sepatutnya ada kerang dan ikan. tapi maklumlah kan CNY. pasar pun tutup pasaraya kat PD pun tutup jadinya hanya kambing dengan ayam sahaja.
Kaum lelaki semua diberi tugasan membakar ayam dan kambing, manakala kaum pompuan makan ajerlah hehhehehhe.
Sambil menunggu daging masak, ada permainan untuk budak-budak. Plannya memang banyak permainan tapi tak dapat dijalankan semuanya disebabkan masalah teknikal. yerlah karaoke kat sebelah tu asyik melalak jer. ada yg sedap tu ok lah...yang tak sedap tuh bingit telinga tau.
Nak buat permainan kerusi irama pun tak jadi sebab bising sangat. Jadi permainan yg sempat ialah tiup belon dengan cari barang.



Daging kambing yang belum dibakar lagi.

Abang aku yang sibuk membakar ayam sambil dibantu anaknya Alif.

Anak dara aku..merenung jauh nampak...


Daging yang sedang dlm proses pembakaran..sabaq..sabaq..nak makan.



Laki aku juga sibuk membantu. Tapi lagi banyak dok bg komen sebenaqnya...


yang ni abang ipar...orang kuat membakaq ayam

sesi permainan bermula...acara tiup belon. meriah uols....tapi kemenangan kepada anak buah, Ira.

Permainan cari barang. Antara yang perlu dicari ialah lesung batu, baju kuning, kunci, syampu. Ni pun meriah jugak...

fahim yang sibuk juga nak belon.

Tiup jangan tak tiup. yang kat belakang tu pengadilnya...

Haziq kalah di tangan budak kecik hahhahahhaha

Pengadil bersidang sedang menentukan pemenangnya...

mandi laut

Sambung cerita Family Day di PD yer..selagi tak habis gambo selagi itu ler story pasal family day.
Ok ni aktiviti hari Ahad. Pagi-pagi lagi lepas sarapan semua orang bersiap-siap untuk mandi laut. Cuma kaum lelaki jer tak ada sebab masa ni dorang tido kat banglo lain, kita orang kat banglo lain. Mak aku pun ikut juga masa ni tapi dia duduk kat tepi jer jaga towel hehhehhe.
Panasnya mak aiii usah cakap ler. Nak mendongak pun terkebil-kebil mata. kalau tak mandi laut memang ler lg panas. Bila berendam dalam laut ok sikit.


Ni masa mula-mula nak turun Fahim takut jer bila tgk ombak. Dah lama-lama oklah.
Durrani pula yang berani pegi ke tengah sikit ikut akak aku.


Mandi pun berkumpulan uols...sambil bersoksok...soksek...tapi bukannya bergosip...


Ohh..ni gambar sebelum turun ke laut. Ehhh seksi pula anak dara aku tuh.


Terselit pulak gambar ni. Ini gambar masa jalan-jalan kat tepi pasar tu. Macam-macam jual..tapi aku tak beli apa pun. jalan pun laju jer..sebab sambil dukung Fahim. Tak tahan panas juga walaupun masa ni dah kol 6 petang.



3 mak dara pingitan. Akak-akak aku...orang penting Family day..lagi satu orang penting sebab duduk kat dapur memasak.

Selepas naik mandi..tengah kesejukan ni.

gambar anak buah Alif yang ditimbus dalam pasir.


anak-anak buah aku selepas naik banana boat. alah slow jer dorang bawa. siap bg tau driver boat tu jgn terbalikkan





Close up sikit yer. see semua pompuan2 jer yg mandi...

Fahim elok jer naik terus buang air kecil atas tikar ni. bertuah punya budak.






Wednesday, February 17, 2010

selesai sudah..Family Day 2010

Alhamdulillah...akhirnya family Day keluarga Hj Sahib selesai diadakan di Port Dickson dengan jayanya. Yeehaaaa!!!!!!!!!!!!!!!...
Bermula pada Sabtu 13 Februari berakhir pada 15 Februari. Program2 semua diadakan secara on the spot jer..masa tu jer plan nak buat aktiviti apa. Antara aktiviti yang sempat diadakan ialah mandi laut (itu acara mesti), games untuk budak-budak, BBQ, cabutan bertuah juga pemberian hamper dan hadiah untuk mak dan abah.
Gambar-gambar sepanjang aktiviti lain akan diupload kemudian yer...Ni pun gagah juga on pc sebab nak update blog.

Bergambar sebelum pulang ke rumah. Inilah ahli keluarga aku...tapi ada satu family tak join. jadinya tak cukup keahlianlah.

Ni cameraman yang tengah amik gambo...

Ni aktiviti yang tak masuk dalam program pun. Lepas dah habis kat PD kita orang konvoi ramai-ramai ke Nilai pula. Cuma kak long jer tak join sebab dia ada kenduri kahwin. Mula-mula pegi Nilai 1, kemudian ke Nilai 3 pula. Panasnya mak aiii...tak leh tahan...tapi tetap berjalan juga. Sampaikan si Fahim nampak air kat surau terus menangis-nangis nak mandi..apa lagi mandikan ajerlah kat surau Lepas tu barulah tersenyum ok..


Durrani dgn Fahim yang sukanya nak berjalan...tak suka dipegang pulak tuh.



Anak-anak dara yang tengah shoping cari cadar baru. Tapi mak-mak dorang entah hilang ke mana.

Aku sempat rembat cadar dgn blanket ni jer satu. yang lain tak sempat sibuk dukung Fahim..pas tu dah penat dah. Langsir-langsir cantik juga..tapi harga pun lawo gak.


Wednesday, February 10, 2010

Family Day 2010...Tak sabar!!!!!


Uhhh..semakin tidak sabar untuk menunggu 13 februari ni. Sebabnya family day keluarga aku akan diadakan di Port Dickson Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam.
Semuanya ada 7 family dan cuma family abang kat Penang tak dapat join sebab ada hal lain termasuk anak buah yg kat Mesir sekarang ni...jgn sedih2 yer Angah nanti next time angah join ekkk.. Jadi kehadiran memang berkurang drp 2 tahun lepas semuanya dalam 34 orang.
harapnya semuanya berjalan lancar setakat ni keperluan makanan semua sudah disediakan oleh kak Fauziah..kakak iparku.

Setiap keluarga kena bawa hamper bernilai RM50 setiap satu, pas tu untuk malam Sabtu nanti kena bawa satu menu masing2 untuk makan malam.

Tugas aku yang terbaru kena carikan hadiah untuk mak dan abah. Ehhmm dah tahu dah apa nak beli cuma kena dapatkan segeralah dlm masa 3 hari ni. Alahai..bilalah nak cilok2 pegi cari hadiah nie...kalau kat tempat keje lama dulu tu mmg senang jer nak cilok kuar shoping tapi kat tempat keje skrang ni bukan tak boleh tapi bz bangat...itulah tu kena cari masa juga.

ohh..ingat nak sponsor hadiah untuk games budak-budak...tapi games apa nak buat ekkk??

adehhh...sempat kah ni nak cari hadiah nie???
ohh untuk husbandku jangan lupa bawa khemah yer...sebab yang lelaki nak berkhemah di tepi pantai yang perempuan mestilah di dalam bilikkan...
Syiok..syiok..syiok..

Monday, February 8, 2010

saat memenatkan

Minggu ini memang agak memenatkan sampai tak sempat nak tulis blog sendiri dan jalan-jalan ke blog orang lain. Bila dah free gini baru ler boleh baca blog orang lain.

Minggu lepas aku balik kampung kat PD minggu ni pun balik lagi. Sebabnya adik ipar yang bongsu tu sakit. Ntah boleh ke dikatakan sakit...nak kata sakit yang memerlukan rawatan moden pergi hospital semua tak juga. Sebabnya doc kata dia ok..tak ada penyakit. tekanan darah, jantung, semua ok. tapi fizikalnya memang menunjukkan dia sakit.

Yerlah..kalau tiba-tiba jatuh pengsan kemudian nafas tercungap-cungap macam orang tak cukup oksigen memanglah kita akan katakan yang dia sedang sakit, penat sangat kot kerja (praktikal kat kilang) atau agaknya asmanya datang lagi begitulah anggapan adik-beradik yang lain. Lalu dibawalah ke hospital namun doc yang merawat menyuruh agar dia dibawa pulang, " "rasanya ini penyakit lain ni. baik bawa dia pulang berubat kampung". Jika seorang doc berkata begitu apa ditunggu lagi.

Maka berusahalah yang lain mencari perubatan tradisional, dah katanya bukan penyakit moden kan. Takkan nak tengok sahaja dia terus pengsan dengan keadaan tercungap-cungap dan ada kala tidak sedarkan diri.

Bertemulah kami sekeluarga dengan Pak Teh dr Melaka juga yang merawat aku dulu...
Mulanya seakan tidak percaya tetapi dalam al-Quran sendiri ada menyebut mengenai jin, syaitan juga rukun iman percaya kepada alam ghaib. Jadi mengapa harus diragui lagi. Kewujudannya memang ada. Kelebihan Pak Teh dia boleh berinteraksi dengan benda ghaib, malah akan mengislamkannya sekiranya jin itu kafir. Beberapa kali juga aku melihat rawatannya dan pernah mengalaminya sendiri. Wah seakan tidak percaya apabila mulut bersuara sedangkan hati terkunci dan yang bersuara adalah makhluk lain seperti yang dilihat dalam drama dan filem Melayu.

Berbalik kepada cerita adik ipar aku ini, setelah dirawat dia bertukar tingkah laku, berjalan tegap sambil duduk ala-ala seorang panglima. Sambil tangan diletakkan ke dada (seperti lagak allahyarham P. Ramlee dalam filem-filem bangsawan). Daripada mana datangnya dia????
Mahu percaya atau tidak??? walau hati berkata seakan tidak percaya....tetapi apabila melihat dengan mata kepala sendiri..alangkah besarnya keagungan Tuhan.

Apabila dia berkata kun fayakun..tiada sesiapa yang mampu menghalang. Apabila DIA berkehendakkan sesuatu berlaku maka..terjadilah ia. Hanya Dia lebih mengetahui sebab dan musababnya. Kita sebagai makhluknya kena sentiasa beramal setiap masa dan sentiasa melakukan kebaikan.

Yang pasti ada sebabnya Tuhan memberikan anugerah ini kepadanya.

p/s: citer cam tergantungkan??? kena bg suspen sikit baru thrill. Tak per biarlah rahsia. yang penting segalanya sudah selamat. Alhamdulillah....

Wednesday, February 3, 2010

lepas gian makan

Dah lama aku tak makan dua makanan kat bawah ni. Mac Donalds dgn nasi kerabu.
Semalam tercapai jua hajat..

Saja nak melepas gian...terus ke mcd kat sungai besi sebelah astro..kat situ lg pun tak ramai orang terus order big mac dgn ice cream strawberry..eehhmm yummy

Ni nasi kerabu pasar malam bangi. Memang sedap sangat tak terkata. aku kalau pg p.malam bangi mmg akan beli nasi kerabu ni. Tapi sekarang dah naik harga sikit maklumlah ramai sangat pelanggannya. Apa istimewanya??? lada solok dia dengan kelapa goreng, dimakan dengan kuah budu dan sambal tu ehhh..makan tak toleh depan belakang dah.
tapi memang sedap ler sebab susah juga nak cari n kerabu yang sedap kat KL. Kalau orng Kelantan mgkin tahulah kan...cam aku ni kalau dah tahu kat situ sedap mmg akan ulang kat kedai itu jerlah...
Minggu depan beli lagi ekkk...


Monday, February 1, 2010

main kat taman seremban 2

Pagi Ahad tadi balik kampung..sebabnya nak ambil barang tupperware yang beli kat kakak ipar. Maklumlah dah lama tak beli kat dia. Oleh kerana semuanya ada kat rumah Angah jadi kami pun lepak2 sana jer kat Springhill, PD. dari pagi sampailah ke malam.
Malamnya ANgah ajak pegi taman Tasik kat Seremban 2. On the way jugalah nak balik ke KL.


Sampai sana si kecik ni bkn main suka lagi. Bila tgk gelungsur ni terus nak main.
Actually gelungsur ni untuk bdk besar sebab tinggi...tapi dia nak main juga aku bg jerlah...elok jer dia turun dengan senyuman sampai ke telinga. pas dah turun naik lagi...


Mula2 dia nak turun kepala dulu..pastu bila aku kata turun kaki dulu baru ler dia faham. pastu dah tak payah ajar dah. Dia kan suka tgk citer Upin Ipin. dalm movie tu kan ada upin Ipin naik gelungsur tu..aahhhh...agaknya lebih kurang gitulah dia membayangkan kot siap ada bunyi lagi bila sampai kat bawah.


ahhh..tgk ler bkn main suka lg dia..tersengih..memanjang


Ohh..bergambar dengan anak bongsu angah. Arina kwn baik Durrani.



Bergambar lagi...
Lepas dah penat main dalam 9.30malam semuanya kelaparan. singgah kedai makan jap ..

Ohh..ni gambar Fahim memanjat..

Gambar naik kuda..tak best sgt kuda ni tak mencabar...

Muka keletihan tunggu milo lambat sangat