Sunday, January 30, 2011

cerita dari Singapore

Minggu lepas aku ke Singapura memenuhi undangan daripada produk kecantikan terkenal SKII . Event berlangsung di Hotel St Regis, Jalan Tanglin Singapore. Rasanya ini event paling ramai dihadiri wartawan Malaysia iaitu seramai 43 orang dan yang datang pula kebanyakannya otai-otai merangkap editor majalah.

pertama kali menjejaki negara yang dulunya dikenali sebagai Temasik. Dah namanya pun negara majukan kalau nak dibandingkan dengan Malaysia mmg jauh ketinggalan drp segi pembangunannya dan persekitaran yang bersih. Nak cari sampai waima sepuntung rokok di jalan raya pun sangat payah. Bangunannya pula terjaga dan cantik. Tak ada rumah flat yang dindingnya kotor atau kain baju bersidai di tepi tingkap.
Pusat beli-belahnya terlalu banyak dan besar, mungkin kerana ramai pelancong yg datang untuk bershopping.

Kami menginap di hotel 5 bintang St Regis...yang wow sungguh cantik biliknya dengan setiap bilik disediakan seorang butler. Tekan saja butang butler anda akan datang ke bilik.."Yes Madam...may i help u? membuat secawan teh atau kopi, menggosok baju malah ada juga yang sehingga meminta disediakan air panas untuk bathtab, malah butler ini bekerja 24 jam.

TV dengan semua siaran disediakan..

permandangan di hadapan katil bilik..sambil tgk TV minta butler hantarkan secawan kopi panas..

Katil queen size disediakan...tapi tidurnya seorang saja.
Butler menjadi topik perbualan dan jenaka kami sepanjang masa. Ada seorang rakan yang butlernya berbangsa Jepun dan handsome pula, lalu diminta selalu menghantar kopi ke bilik.

Bersama otai-otai iaitu editor dan bekas editor majalah jelita.

menu makan malam di sebuah dining restoran di tengah bandar

antara desert yang dihidangkan..

Selepas majlis pelancaran di grand ballroom hotel st regis. Mengambil peluang bergambar bersama wartawan Malaysia.

pelancaran majlis SKII bersempena perlantikan duta baru SKII dr Jepun

Sempat berjalan di Tanglin Road yg mewah dengan pusat beli-belah besar. Ketika itu sale Tahun Baru China apa lagi ada yg memborong sakan. Ada barang mmg murah dan ada yang sama saja harga dengan Malaysia. Kadar pertukarannya juga agak tinggi 1 dollar = RM2.3


Dari Orchard Road dan Tanglin Road kami ke Jalan Arab dan Jalan Sultan yang terkenal dengan restoran-restoran Melayu. Di Jalan Arab berderetan cafe dan kedai menjual cenderahati. Kebanyakan kafe menjual masakan Melayu dan tradisi Singapore misalnya rojak Singapore, murtabak dan sup tulangnya. Di sini banyak perniaga Arab agaknya sebab itulah dikenali sebagai Jalan Arab.

peninggalan sejaran Masjid Sultan yang menjadi tempat kunjungan pelancong. Dulunya tempat ni dijadikan tempat untuk berdoa atau melafazkan hajat.

Dari kiri: kak ema dr Jelita, kak Ida dr Nona dan Affizar dr Berita Harian.

Haruslah ada gambar sendiri juga kan..kan..kan..

Bergambar di hadapan hotel St Regis..

Ni gambar di Airport Changi, Singapore..

Nak cari makanan halal di Singapore pun agak susah juga, kecuali jika ke Jalan Sultan atau Jalan Arab yg mmg banyak restoran Melayu. Macam restoran makanan segera agak khuatir juga walaupun sudah mendapat pengiktirafan halal. Yerlah tak macam Malaysia mmg tidak perlu diragui status halalnya..

Saturday, January 22, 2011

sudah pulang dari Melaka

Oh sudah pulang ke rumah selepas 3 hari 2 malam di Melaka. Seronok juga rupanya jalan-jalan ke negeri bersejarah tu sebelum ni tak pernah pun bermalam di sana kalau pergi cuma sebagai tempat persinggahan saja. Patutlah ada rakan lama sepejabat asyik-asyik membawa anaknya ke Melaka rupanya banyak juga tempat yang boleh dilawati.

Malam pertama menginap di Hotel Mahkota Melaka, sebabnya dekat dengan Dataran pahlawan dan juga Mahkota Parade tapi service di hotelnya agak kurang memuaskan sedikit jadi malam ke dua berpindah ke hotel Rosta Rica.

Ni permandangan ruang tamu, Hotel Mahkota Melaka berkonsepkan Service apartment.

Inilah hotel Rosta Rica. Berpindah untuk malam kedua...ni semua ayah-ayah punya keputusan yer.. ibu-ibu mengikut sajer.

sesi bergambar di Mahkota parade.


Cak!!!! aaaa...

Ni pun sesi berjalan-jalan lagi...sampai penat kaki


Antara aktiviti kami tiga keluarga adalah berjalan-jalan di Dataran Pahlawan, shopping kat Mahkota Parade (window shopping jer), makan ikan bakar di Umbai dan juga merasai keenakan asam pedas Melaka yang sedap gitu...


malam kedua kami menyusuri sungai Melaka dengan menaiki bot pelancong. Seronok juga..sebabnya sepanjang jalan tu dapat menikmati keindahan tepian sungai Melaka dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Al-maklumlah baru pertama kali membawa anak-anak teruja sangat terutama Fahim..yang tak berkelip mata memandang lampu-lampu drp rumah Melaka yg cantik tuh.

Tambah pula apabila dapat melihat beca yang dihias cantik..diiringi alunan muzik rancak siapa tidak terujakan???
Ni aktiviti waktu pagi. Mandi di kolam renang adalah aktiviti wajib. Kolam renang yang sunyi sebabnya tak ramai pengguna. Dapat mandi dengan senang lenangnya...

Fahim, Durrani dan Aina saja...

Permandangan malam di hadapan Dataran Pahlawan

Dua beradik yang kepenatan..

Ni sesi bergambar sebelum balik..gambar ayah-ayah saja..bersama anak.

Kemudian baru ibu-ibu pula. Ohh yg di tengah tu belum bergelar ibu lagi...

diakhiri dengan gambar sendiri....hehhehhehe...

Patutnya nak ke Zoo Melaka...dah kesuntukan masa pula. Lain kali yer..

p/s: nak berkemas esok mahu ke Singapore..cuma 3 hari saja.

Thursday, January 20, 2011

cuti permulaan tahun

Selamat bercuti semua!!!!

Sekarang ni aku sedang kemas-kemas barang nak pergi Melaka. Al kisahnya suami bersama dua kawan baiknya sudah mengatur percutian ke Melaka (dekat jer tuh) yang sepatutnya berjalan hujung 2010 lalu tapi dek disebabkan ada hal masa tu tertangguh ler ke bulan ni.
Hotel semuanya dia orang yang booking...apa aktiviti pun dia orang yang uruskan.. aku pun tak tahu nak jalan-jalan ke mana 3 hari dua malam tuh.

lepas tu balik jer hari Sabtu Ahad pagi dah kena ke Singapore ada event SKII kat sana dr Ahad sampai Selasa. Nasib baik planning tak terjejas..kalau kena Sabtu dah kena pergi singapore macam mana???
harap semuanya ok...
Nak bercuti lepas tu kembali bekerja pula.

Monday, January 17, 2011

rindunyer....

Tiba-tiba aku rasakan mereka sudah semakin membesar atau akukah yang sudah semakin berusia???

Apabila si kakak sudah mula bersekolah

Apabila si adik tidak lagi memakai diapers

Apabila si kakak sudah mula menulis
Apabila si kakak sudah pandai meminta dan merajuk
Apabila si kakak tidak lagi menangis di sekolah

dan si adik sudah mula petah bercakap di telefon...
Oh serasa sekejap masa berlalu..rindunya saat-saat mereka masih bayi...

Friday, January 14, 2011

Azan dipaksa diperlahankan - Ini sudah lebih!!!

Ini sudah lebih!!!!


Tindakan seorang peguam bukan Islam yang membuat aduan tidurnya terganggu akibat bunyi azan yang lantang kononnya terlalu kuat hingga menyebabkan pihak masjid Al-Ikhlasiah Kg Kerinchi terpaksa diperlahankan.Pihak jawatankuasa masjid terpaksa memperlahankan pembesar suara apabila menerima arahan dari pihak JAWI setelah menerima tekanan daripada pihak atasan.
Difahamkan peguam itu baru 15 bulan tinggal di situ yang jarak rumahnya dengan masjid antara 1 km.
p/s: Mengapa pula JAWI nak mengikut desakan peguam bukan Islam itu?
Bukankah azan memang perlu dilaungkan untuk memberitahu masuknya waktu sembahyang?
Jika tidak mahu bising pergilah mencari rumah yg jauh drp kawasan masjid.
Adakah negara kita sudah mahu jadi seperti Singapore??? fikir-fikirkanlah....(sedih!!!)

Thursday, January 13, 2011

ohhh..tak mahu ke sekolah

Durrani tak mahu pergi sekolah hari ni selepas 3 hari demam tak kesekolah.
Puas juga memujuk akhirnya dia nak juga pakai baju sekolah dengan janji abah akan hantar ke sekolah. Sekarang ni dengan mama susah sikit sebab mama suka gunakan kekerasan gitu...pujuk-pujuk tak mau juga kenalah paksa yer tak.
Dah tu boleh pulak buat macam orang demam...sakit kepala lah...katanya, " Kakak demam lagi, tak boleh nak pg sekolah" pada hal dah baik dah pun...ada jer alasan dia...

oklah nak hantar dia pergi sekolah ni...
harap-harap tak nangis ler..

p/s: uols ada tip tak bagaimana menangani anak yang tak mahu sekolah tadika?

Thursday, January 6, 2011

sudah ada gambar berdua

Akhirnya tercapai juga hajat nak framekan gambar budak berdua nie. Nak pergi studio ambil gambar rasanya eehhmmm..sampai ke sudahlah tak pergi. Nak guna kamera sendiri..huhuhu...mmg tak akan dapat gambo yang cantik. Oleh kerana hari tu ada kawan merangkap photografer sudah datang ke rumah jadi aku sudah meminta dia mengambil gambar budak berdua ni untuk dibingkaikan.

Dan inilah hasilnya...nak ambil gambar pun susah malu-malu konon. kejap jer dapat ambil gambar..lepas tu sibuk nak main.

dan inilah hasilnya setelah dibingkaikan...mmg berbeza sentuhan kamera dslr yang canggih dengan kamera compact yang ntah dah berapa zaman tuh.
Gambar belum sempat gantung kat dinding lagi. Tengah mencari lokasi sesuai untuk berpaksi.

Bila bawa balik rumah mmg bukan main suka lagi..berulang kali Fahim tengok gambar kahwin yang tergantung kat dinding dan gambar dia dgn kakak tuh. Lepas tu senyum-senyum.
Banyak kali juga dia tanya bila tgk gambar kahwin tu, "Mama...mama Aim mana?" Oh aku senyum..
Ohh..sekarang dah ada gambar Aim kat dinding ***suka**

Last pic kandid kononnya ala-ala nak tiup lilin...

Tuesday, January 4, 2011

hari pertama ke sekolah

Pagi jam 6.30 dah bangun, mandi kemudian cari baju sendiri.
dan pakai baju sendiri, sikat rambut sendiri dan pakai bedak.
Kemudian cepat-cepat siapkan beg dan cari buku, minta mama masukkan biskut dalam tupperware dan siapkan air masak. Sambil tu gelak-gelak suka....sampai adik pun terjaga disebabkan kakak dah bising pagi-pagi.


Pakai stokin sendiri tapi terbalik hahhaha..mama juga kena pakaikan. Kemudian pakai kasut. Ok setle. Mama pun suka sebab tengok anak mama suka....hehhehe...(walaupun tahu kegembiraan itu di rumah saja)

Ok dah ready mama nak pegi sekolah.
Ohh lupa...kena sarapan dulu. Mama buatkan milo dan makan roti setengah keping jer sebab tak sabar nak pergi sekolah.

Ok jam 8 pagi dan siap turun ke kereta. Mama jer hantar abah pergi kerja macam biasa. Bawa Fahim yang belum mandi lagi.


Ohh Fahim busuk belum mandi.
sampai sekolah belum 8.15 dah ramai yg datang. Cikgu minta masuk kelas, jumpa cikgu..alamak Durrani dah tarik tangan mama minta duduk sekali. tapi cikgu kata, " tak apa puan...boleh keluar yer. Hari pertama jer..nanti ok lah,".
Air mata dah nak keluar dah tapi Durrani tahan jer...cool..cool sebab mama kata," tengok budak-budak lain tak nangis pun," tapi mata dah merah dah..
Bila mama nak salam dan cium pipi terus keluar air mata..tangisan dalam senyap...
Terus mama keluar dan tinggalkan Durrani di sekolah dengan harapan dia tidak nangis lagi.
Malamnya bila sampai rumah mama dah ready dengan hadiah, takut juga esok dia tak mahu ke sekolah. Rupanya ok jer...happy jer bercerita pengalaman di sekolah.
ps: teringat pengalaman masa darjah satu abah cerita (dulu tak berpeluang ke tadika), setiap hari nangis tak nak pergi sekolah. Sampaikan tersilap masuk kelas darjah 6 dan terpaksa cikgu hantar ke kelas darjah satu. Jadi bila anak nangis...oohh..ikut mama dialah tu.


Monday, January 3, 2011

3 jan 2011 - Durrani sekolah tadika

Hari ni 3 Januari 2011 hari pertama Durrani ke tadika. Macam mana ya...harap-harap semuanya ok
Malam tadi jam 9.30 dah berjaya meminta dia tidur sebabnya pagi nak bangun awal.


2,3 hari sebelum sekolah setiap pagi pakai kasut dan bawa beg baru..

Harap-harap pagi ni ok dan tidak menangis di sekolah. Sebenarnya mama dia yang excited lebih..
"kakak jgn nangis yer"
"Ok mama..kakak tak nangis. Mama pegi keje tinggal kakak ekkk..lepas tu abah ambik kakak bawa pg umah mak Ida yer,"
p/s: ayat best jer dengar...