Tuesday, August 24, 2010

ke penjara pula..

Minggu lepas berkesempatan berkunjung ke penjara Wanita Kajang,
Rasanya ini kunjungan yang kedua kot,
bermacam prosedur dikenakan sebelum melangkah masuk,
banyak betul pintu besi yang perlu dimasuki sehinggalah betul2 sampai di tempatnya yang menempatkan banduan2 wanita nie. Bagaimanalah rasanya tinggal dalam tembok besi, dikelilingi jerisi besi? Seronokkah..sedihkah??? tambah2 nak sambut Aidilfitri nanti, jauh drp keluarga, suami dan anak-anak. Kalau setahun dua tak mengapa bagi kesalahan seumur hidup atau yang dikenakan hukuman gantung. Memang sia-sialah hidup..
Tapi dalam penjara nielah mereka mengenal hidup, drp tak boleh baca Quran dan pandai baca, drp tak solat dah solat 5 waktu..semua yg buruk ditinggalkan...sedih sangat bila ada yang berkata sejak dr kecil tak pernah solat..disebabkan mak dan ayah tak solat. Nak salahkan siapa tu???
Apabila keluar harap2 menjadi manusia berguna semula kepada keluarga, agama dan masyarakat. Jangan pula bila dah keluar..buat semua perbuatan lama.

Drp pengalaman dia orang ni...kebanyakannya mengaku kurangnya pendidikan agama. Macam mana kalau mak dan ayah tak pernah sembahyang dan puasa. Arak dijadikan macam air mineral dirumah... akhirnya anak-anak akan mengikut jejak orang tua. kalau ditanya mengapa jadi begini dah boleh agak latar belakang mereka yang macam mana. jarang sangat atau tidak ada orang yang menghafaz al-Quran atau bapanya imam dan ustaz di penjara. Kalau ada pun mungkin kes yang berbeza. Wallahhualam...

p/s: kalau sudah terkena baru menyesal..penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Monday, August 23, 2010

satu Yen

Kejadian di Pasar Ramadan semalam:

Disebabkan suami masih demam, semalam (Sabtu) aku bawa Durrani pergi pasar Ramadan. Maklumlah kemalasan untuk memasak disebabkan di dalam peti sudah kehabisan barang basah.
ketika membeli lauk, aku pun bertanya kepada penjual berapa harganya,

Penjual: kak semuanya RM5

mendengar kata penjual Durrani terus mengeluarkan duit dari dalam poket seluarnya,

Durrani: Mama...mama nah guna duit kakak...kakak ada 1 YEN...

Aku terus memandang wajahnya... 1 YEN???...mana pulak dia belajar mata wang Jepun ni...
hehhehe... ohh Durrani ohh...sini pakai RM ler ringgit Malaysia..YEN tu untuk mata wang Jepun... aku cuba terangkan. peniaga tu pun tergelak sama. Inilah akibatnya terpengaruh dengan kartun Jepun..

Friday, August 20, 2010

cerita menginsafkan

pengalaman yang menginsafkan:

Semalam seharian di luar, jam 11 pagi di Keramat bertemu dengan pasangan suami isteri ni yang agak susah. Suami kena strok lumpuh seluruh badan, manakala anak2 semua tak nak jaga maklumlah masing2 dah bersuami kenalah ikut suami masing-masingkan. Dah tu anak-anak ni tak ler kaya sangat pun..kot kata nak sumbang duit tiap-tiap bulan tidaklah kan...nasib baik ler dapat duit tiap bulan drp Pusat zakat duit itulah yang digunakan hari-hari. Tapi apalah sangatkan kalau 6 org anak tu bg RM50 tiap bulan dapatlah RM300 buat beli pampes, susu diabetis dll..ntahlah. Susah nak cakap dalam hal ni. Bak kata makcik tu dah bahagian dia Tuhan nak bg macam tuh. Ntah esok lusa bahagian kita macam mana pula. Makcik tu pula isteri kedua jadi mmg tak boleh nak cakap lebih2 pada anak2 pakcik ni. Isteri pertama dh meninggal dunia.

Sedih sangat tengok keadaan pakcik nie..terlantar sahaja tidak mampu bergerak langsung, kencing dan beraknya semuanya di katil. hanya mampu mendoakan jerlah ..menurut kata doc..nak kata sembuh balik tu tidaklah kan...dah lima tahun dia begitu..bayangkan macam mana isterinya nak jaga dia hari2..kena bersabar ler banyak2 dan minta kekuatan pd Tuhan mg isteri dia ni sihat dapat terus jaga suami dia dengan baik. Amin.

Aku teringat masa pergi satu rumah orang tua Sabtu lepas, menempatkan orang tua yang ditinggalkan anak-anak. ada lebih 30 orang kat situ. Berumur dr 40-an sampailah 80-an. Ada yang sihat, sakit dan tidak kurang jg yang nyanyuk. Ada yang ditinggalkan di hospital anak-anak tak mau jaga, ada yang anak2 yang letak kat situ ada juga yang tidak pernah berkahwin so lepas dah pencen tak ada saudara mara nak jaga terpaksalah tinggal kat situ. Kesian tgk mereka ni..bila kita datang rasa seronok sangat dapat sembang-sembang. kalau nak diikutkan anak2 semuanya berkerjaya ada engineer, ada cikgu..tapi tak mampu nak jaga mak sorang. ada pulak yang mulanya kata nak tinggal sekejap lepas tu terus tak datang jenguk2 dah. Kejam sangatkan??? apalah punya manusia namanya tu. cubalah bayangkan kalau suatu hari nanti kita berada di tempat mereka??? tapi dr riak wajah makcik2 ni dia org suka tinggal kat situ, ramai kawan, makan, pakai semua cukup dan paling penting boleh beribadat. Yerlah apa lagi yang mahu dilakukan pada hujung2 usia selain drp beribadat kpd Allah.

Seharian di sana satu pengajaran berguna yang boleh aku kongsikan bersama ialah...menurut kata pemilik rumah org2 tua ni..kebanyakan yang berlaku kepada orang2 tua ni adalah kerana perangai atau kelakuan juga amalan dia pada masa silam yakni zaman remaja atau dewasa mereka. Misalnya yang sakit strok, gout atau penyakit2 lain adalah kerana dulu dia pernah sakiti hati orang lain. Kalau nyanyuk kerana kurangnya amalan membaca al-Quran, dan banyak lagi...
katanya lagi Tuhan tak pernah memberikan sesuatu kepada seseorang itu dengan tidak bersebab. kalau zaman tua dia senang, sihat, tak sakit, dan meninggal dengan mudah adalah kerana amalan dia kepada Allah ketika dia muda...dan sebaliknya kalau menyusahkan orang lain, sakit dan meninggal pun susah ada kena mengena dengan amalannya. Ini berdasarkan pengalamannya menguruskan orang2 tua ni...sebabnya mereka ni semuanya meninggal di sini. Jadi selepas meninggal dia akan selidik balik latar belakang orang tua ni macam mana zaman mudanya atau tanya pada mereka yang rapat.

Sangat menginsafkan dan memberi kesedaran kepada aku. Yerlah masa remaja..dulu kita tak sedar kan apa yang kita buat. Kita pun bukan amik kisah sangat kalau pernah buat hati orang sakit ker. Hanya mampu berdoa moga-moga Tuhan mempermudahkan segalanya apabila dah tua esok, paling penting tak mahu menyusahkan sape2 pun kalau meninggal pun senang jer. Huhuhu...tak tahu macam mana nasib kita pulak. Bahagian masing-masingkan...Org kata sorang ibu boleh jaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat jaga satu ibu.

p/s: semalam juga berbuka puasa di jalan, sebabnya habis asgn dah 6.30 petang kat jalan bukit bintang pulak tuh...hanya sempat membeli KFC sahaja, untuk dibawa pulang. Suami pula MC demam jadinya terpaksa ambil anak dah 7.40 baru sampai rumah.

Wednesday, August 18, 2010

dah tak meroyan...jam

Hampir 4 hari meroyan dalam kereta disebabkan jalan sesak teruk dari office di Bangsar, ikut NPE sehingga ke simpang Pantai Dalam. bayangkan aku keluar office dalam 5.15 gitu, dan hampir 1 jam baru ler dapat masuk hway NPE..dan lepas jer simpan Pantai Dalam terus jer jalan clear, sampailah ke rumah. Rupanya jalan jam sebabnya ada pasar Ramadan kat simpang pantai dalam tuh.

Akibatnya sampai rumah dekat 6.30 petang. Nasib baik husband dah belikan lauk, dah masakkan nasi dah amik kan anak dr baby sitter. Bak kata dia kalau tunggu aku alamatnya tak berbukalah jawabnya.
Semalam tergerak hati nak ikut jalan Bangsar..manalah taukan tak jam..dalam masa sama nak cari jalan alternatif ler. Sebabnya aku dah try ikut Midvalley tapi sama jer sampai rumah stiill 6.30 ke atas. Kalau ikut jalan Istana lagi ler...rasanya sama jer kot.

Semalam keluar office jam 5 petang gitu..masuk Jalan Bangsar, jalan mmg clear dan terus aku buat pusingan u-turn kat traffic light Brickfield dan terus menghala ke hway NPE, terus ke hway Seremban...jalan sangat clear..dan tidak jam. Terus memandu dengan rasa lega dan hati berkobar-kobar untuk sampai rumah.
SMS husband, " petang ni tak payah beli lauklah...ingat nak memasak hehhehe,"

yahoo..dalam 5.40 gitu dah sampai rumah. Sempat lagi singgah beli air cendol dengan kuih-muih sikit kat depan bazar ramadan UNITEN ni. Yer dah jumpa jalan yg sesuai untuk balik hari-hari sepanjang puasa ni. Harap2 berterusanlah tidak jam sampai ler penghujung Ramadan, tak der lagi meroyan hari2 dalam kete.

gambo raya dah...

Baru 3 hari puasa tapi masing-masing dah tergedik-gedik nak ambil gambo raya kat studio.

Bertambah nasib baik lagi apabila masing-masing berbaju kurung nan sopan, apa lagi..baek punya posing lahkan...



Oh ada tujuh orang..sepatutnya lapan orang ..sorang lagi puan Tinie bercuti anak tak sihat.

Inilah team aku yang ceria sokmo,



Siap lemang pun ada nih...



Salam jangan tak salam....





Gambo ni sajer jer ambil sebenarnya...untuk simpanan sendiri.


Teringat masa keje kat Majalah I-Remaja dgn Jelita sempatlah bergambar raya gini...siap make up lawo-lawo cari sponsor bagai..hasilnya meletops...hehheheh.teruja tgk gambo masuk majalah.



Saturday, August 14, 2010

busy katanya....

Dimulakan dengan perkataan....aduh...malas betul nak update blog.
Entah kenapa kemalasan yang melampau sangat sekarang nie.
Tengok ler dah berapa hari tak ada cerita...hehheh nak blogwalking rumah member2 pun tak sempat..
Maklumlah bulan puasa ni terasa masa sangatlah terhad.
pergi office jam 9 balik jam 5 sampai rumah 6.30 ..
Berbuka puasa..lepas tu sibuk mengemas, basuh baju..buat apa yang patut tak sedar dah kol 10 malam. Seperti tahun2 sebelumnya memang dah tak dapat bertarawih di masjid. Harap-harap bersemangatlah nak buat di rumah.
Lepas tu mata pun dah bling-bling dah..
Terasa penat sangat. Al maklumlah banyak kerja di office yang perlu diselesaikan sebelum 25 Ogos ni. Nak cuti beraya lebih seminggu katanya...uols cuti lama ke raya ni..baru puasa 3 hari dah fikir pasal rayakan. Apalah mama Rynas ni...Oleh kerana nak bercuti lama haruslah rajin tahap gaban hhehhehe. Kat rumah nak buka blog pun dah tak selera dah...sibuk juga menulis di rumah...aahhhh...ohhh..uuhhh..

p/s: maaf yer pd kawan-kawan kerana tidak dapat mengunjungi rumah uols..
nanti selepas 25hb dapatlah berblog kembali seperti biasa. Oh...ucapan terakhir...SELAMAT BERPUASA YER...

Thursday, August 5, 2010

mau bercuti esok...

hati berbunga-bunga...
perasaan gembira tak terkata...
nak pergi kerja pun semangat alahai lebihnya..
sebabnya nak cuti esok..yahoo terima kasih bosku...
nak pulang ke kampung tercinta nun jauh di utara..

Walaupun cuti cuma Jumaat dan Isnin dan tak sempat pun nak berpuasa di kampung tapi tak perlah..nak ambik cuti lebih-lebih pun kerja sangatlah banyak. Pulun..pulun..pulun sebelum raya ni. Chayok..chayok...

Wednesday, August 4, 2010

kek lapis Sarawak

Minta maaf...
beri laluan yer...
pesanan penaja..
tuan punya blog nak iklan jap...
TEMPAHAN UNTUK KEK LAPIS DAYANG SALHAH..
KALAU UOLS BERMINAT BOLEH EMEL SAYA:
kalau nak tahu lebih lanjut sila kunjungi


Besar kek lapis ni seperti gambar di atas yer 8 cm x 2.6 cm x 2.3 cm yer
bukan yang besar macam kat bawah ni.
ini sebiji kek lebih mahal lagi uols...

Ada macam-macam jenis kek...
ada pelbagai perisa..dan warna


Yang penting sedapkan??? kan??kan??




Swiss roll


evergreen


HARGA UNTUK KEK BERSAIZ 2.3X2.6X 8 CM ADALAH


RM28 TERMASUK HARGA POS...DIULANGI RM28 SAHAJA TERMASUK POS..




CUMA EMEL NAMA, ALAMAT DAN JENIS KEK

KEK AKAN DIHANTAR SEHINGGA KE HADAPAN PINTU RUMAH ANDA.


SEKIAN..diakhiri dengan

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!!

(motif????)

Tuesday, August 3, 2010

hanya gambar

Adakah mereka mengikut kegilaanku ketika muda belia yang suka bergambar???
Agaknya lah kot..
petang semalam tatkala mendapat baju tidur baru terus si kakak meminta kamera, dan minta diambilkan gambarnya dua beradik," Fahim..Fahim..jom," sambil mencari lokasi sesuai di bahagian pintu kerana bahagian lain, sepahnya ya ampun!!!


Mula-mula aksi ini...kasi panas sikit dulu...

Kemudian aksi ini, Peace..mana pulak dia dapat. Rasanya tak pernah ajar pun..ehhmm..


Dah puas berdiri berbaring pula...sambil tangan di pipi...

Berbaring lagi pose..ala...ala manja gitu..

Berbaring lagi...asyik tangan kat pipi jer kakak...


Dan diakhiri dengan gambar berdiri pula..
sekian entry malas hari nie...

Sunday, August 1, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia


MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 1-7 OGOS 2010


Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran.

Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitanAllah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain).

Kolostrum adalah cecair istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.
Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas.

Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery’ ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.