Monday, August 23, 2010

satu Yen

Kejadian di Pasar Ramadan semalam:

Disebabkan suami masih demam, semalam (Sabtu) aku bawa Durrani pergi pasar Ramadan. Maklumlah kemalasan untuk memasak disebabkan di dalam peti sudah kehabisan barang basah.
ketika membeli lauk, aku pun bertanya kepada penjual berapa harganya,

Penjual: kak semuanya RM5

mendengar kata penjual Durrani terus mengeluarkan duit dari dalam poket seluarnya,

Durrani: Mama...mama nah guna duit kakak...kakak ada 1 YEN...

Aku terus memandang wajahnya... 1 YEN???...mana pulak dia belajar mata wang Jepun ni...
hehhehe... ohh Durrani ohh...sini pakai RM ler ringgit Malaysia..YEN tu untuk mata wang Jepun... aku cuba terangkan. peniaga tu pun tergelak sama. Inilah akibatnya terpengaruh dengan kartun Jepun..

10 comments:

sz | m.s.s said...

hihihi...cerdik2...
tu terpengaruh ngan abg nobita ke hagemaru? ;p

Yan said...

ni tah2 peminat citer hagemaru

Rizziela said...

Alamak Durani....
1 Yen tak sama dengan 1 RM tau.
tak per..sekurang-kurangnya..dia tau nilai duit untuk membeli

zue @ annaleeya said...

hehehe.... kuat tol pengaruh katun jepun nih...

Jamak Aton Habi Mahmood said...

Nasib I Yen... kalo dollar td kaya akak tu hehehhe

titisembun said...

ha ha ha, kelakarnya CT...Memang anak2 k.liza pun suka sgt tengok kartun Jepun. Dah macam2 dah skrg..Fukuchan, Hagemaru, malah skrg ni, doraemon siap ada movie lagi...

MAMASYAZA said...

heheheh...bebudak sekarang la katakan

ckLah@xiiinam said...

Tengok Doraemon ya!
:)

rynas said...

sz: huhuhu macam kartun dia tgk. kdg2 ada jer perkataan baru yg tidak terjangka dek akal

Yan: itu antara salah satunya lah

Rizziela:skang dah tau nilai duit kalau pg mana2 dia yg nak bayor dan mesti minta duit singgit nak masuk dalam poket

Zue: itulah tu mmg pun

rynas said...

ATon: tulah tu sikit lagi tu dia panggil dollar lah plak

Titisembun: mmg pun saya pun suka tgk Doraemon tu

Mamsyaza: mmg dorang ni cepat belajar

CkLah: semua kartun dia tgk dan suka