Tuesday, August 24, 2010

ke penjara pula..

Minggu lepas berkesempatan berkunjung ke penjara Wanita Kajang,
Rasanya ini kunjungan yang kedua kot,
bermacam prosedur dikenakan sebelum melangkah masuk,
banyak betul pintu besi yang perlu dimasuki sehinggalah betul2 sampai di tempatnya yang menempatkan banduan2 wanita nie. Bagaimanalah rasanya tinggal dalam tembok besi, dikelilingi jerisi besi? Seronokkah..sedihkah??? tambah2 nak sambut Aidilfitri nanti, jauh drp keluarga, suami dan anak-anak. Kalau setahun dua tak mengapa bagi kesalahan seumur hidup atau yang dikenakan hukuman gantung. Memang sia-sialah hidup..
Tapi dalam penjara nielah mereka mengenal hidup, drp tak boleh baca Quran dan pandai baca, drp tak solat dah solat 5 waktu..semua yg buruk ditinggalkan...sedih sangat bila ada yang berkata sejak dr kecil tak pernah solat..disebabkan mak dan ayah tak solat. Nak salahkan siapa tu???
Apabila keluar harap2 menjadi manusia berguna semula kepada keluarga, agama dan masyarakat. Jangan pula bila dah keluar..buat semua perbuatan lama.

Drp pengalaman dia orang ni...kebanyakannya mengaku kurangnya pendidikan agama. Macam mana kalau mak dan ayah tak pernah sembahyang dan puasa. Arak dijadikan macam air mineral dirumah... akhirnya anak-anak akan mengikut jejak orang tua. kalau ditanya mengapa jadi begini dah boleh agak latar belakang mereka yang macam mana. jarang sangat atau tidak ada orang yang menghafaz al-Quran atau bapanya imam dan ustaz di penjara. Kalau ada pun mungkin kes yang berbeza. Wallahhualam...

p/s: kalau sudah terkena baru menyesal..penyesalan sudah tidak berguna lagi.

6 comments:

fabulous.farah said...

best nya rynas dapat rasa pengalaman ni..hurm..memang pon kan..semua masalah berpunca dari kurang didikan agama.

rynas said...

Farah: aaahh..bila jumpa dgn macam2 orang ni buat diri rasa insaf dan bersyukur dengan kelebihan yang Tuhan berikan pada kita. Mg2 kita dan anak2 cucu kita terhindar drp semua ni. Amin...

Zaidah said...

semoga diorang nie insafkan....jangan dah kuar nanti ulangi kesalahan sama...

Yan said...

moga jadi kesedaran jugak kepada siapa2 yg membaca entri ni

Mia Liana said...

bukan senang nak lawat dan masuk ke dalam penjara.. tak semua orang ada pengalaman macam ni...

Ena said...

salam kak..

moga2 ada sinar yg menanti mereka kan kak. ;D