pengalaman yang menginsafkan:
Semalam seharian di luar, jam 11 pagi di Keramat bertemu dengan pasangan suami isteri ni yang agak susah. Suami kena strok lumpuh seluruh badan, manakala anak2 semua tak nak jaga maklumlah masing2 dah bersuami kenalah ikut suami masing-masingkan. Dah tu anak-anak ni tak ler kaya sangat pun..kot kata nak sumbang duit tiap-tiap bulan tidaklah kan...nasib baik ler dapat duit tiap bulan drp Pusat zakat duit itulah yang digunakan hari-hari. Tapi apalah sangatkan kalau 6 org anak tu bg RM50 tiap bulan dapatlah RM300 buat beli pampes, susu diabetis dll..ntahlah. Susah nak cakap dalam hal ni. Bak kata makcik tu dah bahagian dia Tuhan nak bg macam tuh. Ntah esok lusa bahagian kita macam mana pula. Makcik tu pula isteri kedua jadi mmg tak boleh nak cakap lebih2 pada anak2 pakcik ni. Isteri pertama dh meninggal dunia.
Sedih sangat tengok keadaan pakcik nie..terlantar sahaja tidak mampu bergerak langsung, kencing dan beraknya semuanya di katil. hanya mampu mendoakan jerlah ..menurut kata doc..nak kata sembuh balik tu tidaklah kan...dah lima tahun dia begitu..bayangkan macam mana isterinya nak jaga dia hari2..kena bersabar ler banyak2 dan minta kekuatan pd Tuhan mg isteri dia ni sihat dapat terus jaga suami dia dengan baik. Amin.
Aku teringat masa pergi satu rumah orang tua Sabtu lepas, menempatkan orang tua yang ditinggalkan anak-anak. ada lebih 30 orang kat situ. Berumur dr 40-an sampailah 80-an. Ada yang sihat, sakit dan tidak kurang jg yang nyanyuk. Ada yang ditinggalkan di hospital anak-anak tak mau jaga, ada yang anak2 yang letak kat situ ada juga yang tidak pernah berkahwin so lepas dah pencen tak ada saudara mara nak jaga terpaksalah tinggal kat situ. Kesian tgk mereka ni..bila kita datang rasa seronok sangat dapat sembang-sembang. kalau nak diikutkan anak2 semuanya berkerjaya ada engineer, ada cikgu..tapi tak mampu nak jaga mak sorang. ada pulak yang mulanya kata nak tinggal sekejap lepas tu terus tak datang jenguk2 dah. Kejam sangatkan??? apalah punya manusia namanya tu. cubalah bayangkan kalau suatu hari nanti kita berada di tempat mereka??? tapi dr riak wajah makcik2 ni dia org suka tinggal kat situ, ramai kawan, makan, pakai semua cukup dan paling penting boleh beribadat. Yerlah apa lagi yang mahu dilakukan pada hujung2 usia selain drp beribadat kpd Allah.
Seharian di sana satu pengajaran berguna yang boleh aku kongsikan bersama ialah...menurut kata pemilik rumah org2 tua ni..kebanyakan yang berlaku kepada orang2 tua ni adalah kerana perangai atau kelakuan juga amalan dia pada masa silam yakni zaman remaja atau dewasa mereka. Misalnya yang sakit strok, gout atau penyakit2 lain adalah kerana dulu dia pernah sakiti hati orang lain. Kalau nyanyuk kerana kurangnya amalan membaca al-Quran, dan banyak lagi...
katanya lagi Tuhan tak pernah memberikan sesuatu kepada seseorang itu dengan tidak bersebab. kalau zaman tua dia senang, sihat, tak sakit, dan meninggal dengan mudah adalah kerana amalan dia kepada Allah ketika dia muda...dan sebaliknya kalau menyusahkan orang lain, sakit dan meninggal pun susah ada kena mengena dengan amalannya. Ini berdasarkan pengalamannya menguruskan orang2 tua ni...sebabnya mereka ni semuanya meninggal di sini. Jadi selepas meninggal dia akan selidik balik latar belakang orang tua ni macam mana zaman mudanya atau tanya pada mereka yang rapat.
Sangat menginsafkan dan memberi kesedaran kepada aku. Yerlah masa remaja..dulu kita tak sedar kan apa yang kita buat. Kita pun bukan amik kisah sangat kalau pernah buat hati orang sakit ker. Hanya mampu berdoa moga-moga Tuhan mempermudahkan segalanya apabila dah tua esok, paling penting tak mahu menyusahkan sape2 pun kalau meninggal pun senang jer. Huhuhu...tak tahu macam mana nasib kita pulak. Bahagian masing-masingkan...Org kata sorang ibu boleh jaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat jaga satu ibu.
p/s: semalam juga berbuka puasa di jalan, sebabnya habis asgn dah 6.30 petang kat jalan bukit bintang pulak tuh...hanya sempat membeli KFC sahaja, untuk dibawa pulang. Suami pula MC demam jadinya terpaksa ambil anak dah 7.40 baru sampai rumah.
9 comments:
hmm mmg menginsafkan baca kisah2 org tua ditinggalkan, apatah lagi kalau bertemu 4 mata dgn dorang kan. klu saya sure dah nangis dah. peringatan unt semua dan diri sendri: baik buruk mak bapak pun, dorang tetap mak bapak kita, jgn la tak pedulikan makpak kita bila kita dah senang. syurga dibawah tapak kaki ibu.
Semoga memberi keinsafan untuk kita semua...
untung awk dpt peluang pegi tmpat2 gitu ..sy teringin gak nak pegi umah org tua2 gitu tp belum berkesempatan..saya ni sensitip sket bab2 org tua gini..kecian tgk mereka..pulak tu yg masih keje carik rezki..
nnt share la lagik2 cete2 gini..
Memang menginsafkan. Semoga kita tak tergolong dalam golongan anak2 macam tu...
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua. AMIN
tetibe rase teringin pulak nak kesana.. sebelum ni yan teringin nak ke rumah orang2 sakit jiwa.. nk tgk keadaan disana..
tp klu yan yg dengar kesah2 orang2 tua disitu mesti yan nangis punyer...huhuhu... tetibe terbayang ayah & nenek yan.. mereka masih kuat.. wlupun sesekali jatuh sakit.. tak penahla terdetik nak antar mereka kat rumah2 orang tua tu...
buka puasa KFCpun sodap jugak..
tu lah kan kakak, takkan lah ada anak2 yang sengaja x nak jaga mak bapaknya...mesti ada perkara yang buat dorang marah kot?
tapi ada jugak yang anak2 hati binatang, x mau bersusah2 jaga mak pak...sedih!!!
ape dosa yang kita lakukan masa muda akan dibalas oleh Allah di dunia lagi..
huhu..sedihla. :(
bahagian kita cane nanti ye.
hrp2 dapt berbakti pada ibu bapa sebleum diorg pejam mata.
kak,ada award..amek ye.
Insaf....subhanallah.
Post a Comment