Tuesday, September 1, 2009

dapat air tebu fresh

Minggu lepas cuti 3 harikan seperti biasa aktiviti balik kampung kat PD. Balik AHad petang sampailah Isnin.
Oleh kerana Sabtu tadi telah kempunan nak minum air tebu, apa lagi adik ipar Liza telah menyuruh sedaranya kat situ menebang tebu di belakang rumah untuk dimesin.
Wah..wah bukan main suka hati sebab dapat minum air tebu fresh. Banyak juga yg dapat sebab banyak pokok. Dorang pun tak pernah ambil sebelum ni.


Inilah hasil tebu yg sudah ditebang, bersamanya adalah model kecik ya.

Lepas dah potong, bersihkan teruslah bawa untuk mesin. bukan mesin sendiri uols ttp hantar rumah sedara yg berniaga air tebu. Tebu sebanyak itu boleh dua kali minum untuk berbuka AHad dan ISnin.


Inilah hasilnya. Mmg pekat dan sangat manis. Minum segelas nak tambh lagi bergelas-gelas.


Ohh bersama ini juga menu untuk hari Ahad...sebabkan tak ramai yang balik..menunyer ringklas jer. semua masak..konsep kat sini mmg tak beli lauk-pauk kalau beli pun kuih muih jer itu pun jarang sangat beli, sebab dorang mmg tak makan kuih, makan nasi.
Ohh ni sambal namanya..cili padi ngan ikan bilis masuk bawang banyak-banyak. memang pedas sampai ke telinga ni..aku walaupun dah dkt 4 thn kawin ttp masih tk dapat sesuaikan dengan menu ni. Ni kira masakan asli Jawa lah ni.

Sambal sotong yang pedas jugak.

Ayam masak lemak. Ini pun pedas jugak sib baik pedasnya ala-ala manja jer. kalau tak sure aku makan sikit jer hehhehehe..ohhh sayurnya??? sayurnya along telah tinggalkan di rumah Kailan dgn peria...huhuhu..jadinya berbuka ngan lauk pauk sahaja.

Karipap jiran sebelah yg bagi. nampak jer hangit uols..ttp rasanya mmg umphhh!!! sodap!!!!

Itulah sahaja cerita untuk hari ini. Ohh ya menu di atas satu pun bukan aku yg masak....aku jd mandor jer..tukang basuh pinggan. nak masak...aku tak kuat pedas...hehhehe sure tak menepati citarasa dorang baik duduk diam-diam jer jaga anak hehehhehe. alasan malas sebenarnya.

8 comments:

Anonymous said...

uolsss percghhhhhhhhhh air tebu color coklet ler..

MeL said...

yummeh! leleh ayaq liuq tgk makanan2 itu :P

INTAN said...

bikin perut aku bergelodak je

ilhamhainy said...

sambal ikan bilis tu nampak sedapla..saya kawen ngn org jawa..tp x pernah makan

dyeiza said...

uit..nampak sedap jer semua makanan tue..leleh air liur,,pesal mu tak penah masak kat kg..nanti masak la..

rynas said...

aton - mmg pekat warna air tebu nie..manis melecas kata orang utara sampai ke telinga.

mel- pergghh sedap ttp pedaslah

Intan- sabaq..sabaq no...

ilhamhainy- la yer ke? naper tk penah makan?

iza- iskk..iskk..penah masaklah mu tak penah makan

Mak Su said...

wow! sedapnya air tebu fresh.

eh! salam kenal :)

ennieva fauzi said...

sedapnya karipap. Bagi aku yang hantu karipap ni, kuih itu yang lebih menarik perhatian...bak mai satu!