Monday, September 14, 2009

berbuka di Hilton KL

Ini cerita minggu lepas..
Ntah kenapa bulan puasa ni kemalasan sangat nak update blog. Bukan apa uols lepas jer berbuka puasa terus..lip..lap lip lap mata menahan ngantuk sambil melayan anak yang tak habis2 nak main.
lepas jer tidokan anak aku pun sama terus Zzzzzz..tido dgn lenanya. lepas tu bangun dalam jam 12 barulah buat apa yang patut.


Ohh sambung cerita tadi minggu lepas aku pergi berbuka puasa Dato Sharizat di Hilton KL. Setiap tahun kalau dijemput mmg tak pernah miss, bukan apa dpt jumpa kengkawan yg dh lama tak jumpa. ttp thn ni cam tak meriah 2 thn lepas..kwn2 pun tak ramai yg datang..makanan pun kurang meriah..eloklah tu save budget. kalau banyak2 pun lg lah kelabu mata nak pilih lastnyer membazir sahaja sebabnya semua nak makan.
Seperti thn2 lepas kalau pergi berbuka puasa ni mesti akan dapat cenderahati..kali ni perempuan dpt beg tangan yg agak besar juga mcm tote bag tu. Banyak barang boleh isi uols dgn beg ni, lagi ada biskut raya, ada serunding, kerepok ngan kain batik. Kalau lelaki dpt beg galas dan bezanya kain pelikat yg lain sama jer.


Kain batik pun sama juga..wajib ada

Biskut raya ngan kepok mmg makanan wajib ada


Inilah begnyer..besar ni