Wednesday, September 16, 2009

Team JELITA berbuka di Selera Timur

Akhirnya tercapai juga hasrat nak pegi berbuka ramai2 dengan team JELITA siapa lagi kalau bukan Kak Ema, kak zeda, anis dan Hazirah. Mula2 ingat tak jadi dah lepas tu bila k.ema buka mulut jer..terus jer jadi..itu ler perancangan last minit akhirnya jadi juga. Kak azeda walaupun bercuti tetap datang membawa wak yang baru lepas operate mata. Bestkan Wak dapat makan kat luar.

Tempat yg dipilih ialah Selera Timur yg terletak dekat Chulan Square. Restorannya kecil dan comel tapi makanannya semuanya umphhh..menyelerakan. Tak percaya??? lihatlah gambo2 kat bawah. kali ni mmg aku letak semua gambo makanan..gambo kita orang yang berbuka puasa ni mmg tak ambil pun..ohhh adalah sikit camera Anis.

Layan jerlah ekkk gambo2 yang bikin perut bergelodak...

Minuman bandung cincau

ohhh desertnye...buat aku terbayang-bayang kuah durian dengan pulut. Pergghhh...bikin air liurku meleleh..


Rendang daging. Sedap ttp daging agak keras sikit.

Paru goreng cili. Aku bukan penggemar paru ttp kat sini boleh pulak makan berkeping-keping.

Ikan patin masak tempoyak campur petai. Inilah menu paling sedap beb...

ayam kampung goreng

Rojak buah. Ini pun favourite aku juga ni. berbuka dgn rojak dulu baru makan nasi.

Kuih muih tradisional Melayu harus ada. Katayap tu superbbb...perasa durian intinya.

Cucur udang bersama sos. Ini pun sodap...kalau dh lapo semua sedapkan.

Ikan percik.

Sayur goreng

Itulah sahaja hidangannya. taklah banyak sangat kan?? tapi semuanya habis dimakan..alhamdulillah. Lepas berbuka jam 8 barulah masing-masing gerak balik. Thanks to kak Ema sebab belanja makan. Terima kasih daun keladi..tahun depan belanjalah lagi.

2 comments:

Anonymous said...

aiaykkkkkkk :o sedapnye...

INTAN said...

sebaldi air lio aku btakung