Tahun ini aku beraya di kampung suami Port dickson Negeri Sembilan. Tiada apa bezanya berbanding 2 tahun lepas, sama jer..beraya tanpa ibu dan bapa mentua..tapi mujur semua adik beradik berkumpul pada pagi raya untuk bermaaf-maafan dan sesi drama tangisan air mata. Tu yg sedih tu tambah2 dia orang yg baru sahaja pulang drp kubur.
Biasanya lepas dah bermaaf maafan barulah beraya ke rumah sedara mara biasanya drp pagi sampailah ke petang...raya kedua petang barulah bertolak ke kampung aku dan biasanya sampai malam ler.
sebenarnya nak buat check list untuk raya ttp dah melalut ke cerita raya pulak..nampak benau tak sabo nak raya ni hehhehe.
1. Kuih raya
Yang paling penting dan utama adalah kuih raya. Semuanya aku dah settlekan..termasuk juga tempahan kakak2 aku, tiap tahun mesti order choc chip. tahun ini aku order 9 balang choc chip kt abang hashim termasuk tempahan kakak aku & 3 balang drp Fred. Kerepek dr Ronnie dan juga kacang kat sedara kt kg PD..semua kena order lebih sebab umah sendiri, kg aku, kampung PD kat umah baby sitter.
2. Duit raya
Ini awal-awal lagi aku dah letak tepi dulu supaya senang tak guna. maklumlah karang keluar pergi midvalley ker mulalah nak terbeli itu dan ini. Duit untuk anak buah di kampung aku dan kampung PD, duit raya baby sitter, duit raya mak dan abah. Jumlahnya biarlah rahsia...
3. baju raya anak
Baju raya anak awal-awal lagi aku dh siapkan. Maklumlah bust bisness onlinekan mana2 yg aku rasa sesuai aku beli dulu. pastu ada juga yg aku beli drp blog online orang lain. Aku rasa sejak ada anak thn ni hampir 90% aku beli online jer..cuma baju Melayu anak, songkok jer tak beli online. jadinya mmg aku sudah menjimatkan masa, tenaga, duit parking dan duit minyak mencari baju raya anak. kalau tak pening paler nak pilih di tengah kesesakan orang ramai lastnya tak beli juga huhuhuhu...
4. Baju raya sendiri dan suami
tema tahun ni biru mata hitamku...cewahh ttp baju raya aku belum beli lagik huhuhuhu. baju melayu suami pun belum beli jugak. aku tengok juga online blog ttp semua tak ada size...semua saiz besar. takut juga nak beli karang terbesar susah. kalau baju anak tu ok beli online tak ada masalah salah saiz.
Baju aku dan suami akan di settlekan minggu depan..dah tengok kat Nilai square ada yg dah berkenan.
5. Baju raya mak & abah
Semua dah settle. Jubah dan baju Melayu untuk abah. kalau sempat cari kain pelikat untuk abah dan tudung kat mak (ini kalau sempat ler).
6. Duit tol & minyak
Dapat jer gaji aku terus top up RM200 untuk tol itu tak termasuk minyak. Minyak budget dlm RM300 gitu, perjalanan drp BANGI-PD, PD-PARIT BUNTAR, PARIT BUNTAR-BANGI termasuk ler nak beraya.
7. Baju baby sitter
Ini tak termasuk dlm senarai budget raya sebab ingat nak bagi duit raya bersama kuih raya jer kat baby sitter. Ttp kalau ada duit lebih nak juga carikan sepasang baju kat baby sitter. kalau tak dapat sebelum raya selepas raya pun okkan.
Itulah sahaja check list untuk raya ni hasil usahasama aku & suami..
harap2 tak ada yang tertinggallah yer..
apa lagi yer uols..kalau tertinggal tlg bg tau yer...
5 comments:
nk sattle baju raya hg+laki hg minggu depan??? bkn kita nk raya ahad ni ke...hehe
kejap je nak raya dh kan..xsabar pulak nak raya. nak satu choc chip tu..nyum2! hehe
intan maksud aku minggu nielah sebab aku tulis awal entry ni hehhe
mel yerlah kejap jer baru jer rasa puasa dah nak raya..meh lar umah kalau nak makan choc chip
satu lagi hg tak tulis...servis kereta...perkara yang amat penting untuk kita yang balik kampung jauh ni...
liza betullah itu perkara paling penting tuh. tak tulis sebab selalu husband buat diam2 tak uar2kan pada isteri tu yg tk masuk check list raya tu.
Post a Comment