Monday, September 7, 2009

kempunan makan ikan bakar

Tgk matahari terbenam
Bagan Lalang pd waktu senja...

Cerita hari Sabtu..
Sabtu tadi aku balik kampung ..masa on da way balik tu singgahlah kat Nilai 3 jap maklumlah dekat jer ngan kg kan..nak surveylah baju raya aku, baju Melayu anak ngan baju melayu abah. Ada anak ni susah uols nak g shopping...tambah2 kalau shopping kompleks tu idoklah aku bershopping dengan membawa anak. tambah2 pulak H!N! belum pulih sepenuhnya....time kejelah aku cilok2 kalau ada asgn kat situ round sekali.

Pegi Nilai ni pun masa fahim tengah tido suruh hasben jaga anak dlam kete dan aku bawa Durrani pegi cari apa yang patut.

Sekejap jer uols..setengah jam jer jalan itu pun satu kedai jer..kalau ikut hati mau masuk semua kedai kt situ rambang mata uols tgk baju kurung pahang yg sangat abstrak coraknya..warna2 menawan sesuai ler untuk citarasa aku. Ttp harga boleh tahan juga semuanya RM100 ke atas. Bawah RM100 ada juga ttp jenis lama pulak designnya. Cari apa yang patut jer..dapatlah baju Melayu abah..pastu dia request kain buat baju Melayu..itu jerlah. Baju aku ada dah berkenan ttp tunggu dulu..sebab cam tak puas hati jer jalan 1 kedai...ingat dekat2 nak raya nak datang lagi. Itu pun kalau ada masa.

baju Fahim pun tak dapat lagi semua saiz besar..baju Durrani aku beli online jer senang dapat warna berkenan..ukuran yg betul..oklah..pakai pun sedang2 jer.

Ok lepas jer siap membeli hasben aku bg tau kat umah tak ada orang sebab Liza berbuka di luar, ALong pulak esok baru balik. jam dah 6.30 petang. Ligat juga dok fikir nak berbuka kat mana ni. BAGAN LALANG???? ehhmmm memng menarik tempat tu. Tapi untuk sampai sebelum jam 7 tu mmg agak mustahil ler..paling awal sampai 7.05. Selepas tolak darab campur bahagi...kita org bersetuju berbuka kt Bagan Lalang...dpt makanan lambat pun tak per janji dpt makan ikan bakar.

Sampai jer sana dekat 7.05. Mak...aiiii banyaknya kete...tempat makan pulak penuh mmg tak ada satu pun kosong. Org pun masih ada berdiri menunggu meja kosong. lastnya kita org pusing2 kat situ cari kedai makan lain. Mmg tak ada rezekilah nampaknya mmg semua penuh. Bila dh masuk waktu berbuka hasben minum air kosong jer dulu...sementara kot2 ada meja kosong, sambil2 tu ronda2 ler kat situ. Mmg dah makin maju ler sejak ada Gold Coast..pantai pun dh makin cantik kalau tak dulu nak mandi pun tak berselera dek airnya yg kotor. Ramai pulak org berkhemah tima bulan poser nie.

Sempatlah ambil gambar ttp kamera gelap pulak. lepas dah ronda2 dekat 10 minit pegilah semula kat kedai ikan bakar tu ehhmmm NAN ADO masih sama..cam tak ada harapan orng nak bangun selepas 15 minit berbukakan. mahu dekat 8 atau 8.30 baru kosong. dengan hati yg hampa dan keciwa..cewahh kita org pun bergerak meninggalkan Bagan Lalang mencari kedai makan lain..huhuhuhu kempunan mak uols nak makan ikan bakar. tak perlah tak ada rezeki di bulan puasa nampaknya.

Lastnya makan kat kedai di luar kawasan Bagan Lalang. SEdap juga tengah lapo kan...ttp tak ada ikan bakar jerlah. Kalau nak makan sana mau jam 6 dah kena ada sana...tak pun kena buat reservation dulukan..permintaan tersangatlah banyak.

2 comments:

INTAN said...

baju raya anak2 gn laki semua dh beli...baju aku jugak yg xde...

rynas said...

samalah Tan..baju aku pun tak dak lagi ni huhuhuhu