Alhamdulillah selesai sudah Family Day keluarga Hj Sahib yang diadakan di AYer Keroh Melaka pada cuti CNY baru-baru ni. Semua program yang diatur berjalan lancar dan dapat dijalankan mengikut waktunya. Tak ada satu pun aktiviti yang tercicir. Masing-masing sangat seronok terutama anak-anak. Mak bapak pun tumpang gembira juga, dan dah merancang untuk tahun depan pula InsyaAllah kalau dipanjangkan usia.
Waktu nielah nak berkumpul dengan semua adik beradik seramai 9 beradik. Tapi tahun ni keluarga abg Mie tak dapat join termasuk adik bongsu di Sarawak, dua orang anak buah, sorang di Mesir dan sorang lg di Kuantan sebab sekolah Tahfiz so tak dapat cuti. Jadinya semua 32 orang. Kalau semua ada 40 oranglah semuanya.
Bukan senang nak handle 32 orang tu...macam-macam hal...tapi semuanya dapat dijalankan dengan gembira. Yg penting semua puas hati dan happy termasuk juga mak dan abah yang nampaknya sangat seronok.
Ok ni masa check in kita org sampai dah dekat jam 5 petang sebabnya driver terlajak sampai ke Jasin Melaka. Patutnya konvoi dengan kereta kak Chak, abg suhaili, abg E dan Yue tapi kita org yg sampai lewat. alasannya tak nampak signboard Ayer Keroh...eehhmmm berangan agaknya. Sampai semua dah ada...semua tunggu nak makan nasi maklumlah perut tengah lapar.
Kita orang tinggal kat chalet Ayer Keroh Resort , sebelah zoo dan taman mini Malaysia. Dekat dengan taman buaya. Ambil 2 chalet satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki untuk 3 hari 2 malam.
Ruang tamu chalet besar...mmg puas ler lepak dan tidur di bahagian depan ni. Masa ni tengah menunggu makanan dihidangkan. Menu secara pot luck.
Tu dia....masing-masing tak menunggu lagi terus jer makan. Bg kaum lelaki makan dulu. Menu petang tu ikan keli sambal power drp kak Fauziah, udang sambal petai dr kak Long, kari ikan keli dari mak, kari ayam dari kak Tija, ada ikan goreng, sup daging. Aku cuma bawa sambal belacan dan ulam timun jer...hehhehehe.
anak buah Haneef yg perasan hansome....hehhehehhe
Fatin dan Fahim yg sejak 2 minggu lepas asyik tanya bila nak pg hotel mandi kolam...
gambar anak-anak buah. Time maghrib nie...masing-masing nak berjemaah bersama kat chalet lelaki.
Ok lepas jer solat maghrib berjemaah bersiap-siap untuk ke menaiki cruise kat sungai Melaka. Sampai jer mmg ramai sangat orang beratur beli tiket dan menunggu untuk masuk ke dalam bot hampir satu jam juga. Tapi masing2 menanti dengan sabar. Maklumlah nak naik semua sekali 32 orang penuh satu bot dengan kita orang jer.
Kak long (tengah), kak chak (kiri) bersama mak.
Iqbal, Fahim dan Fatin.
Bergambar beramai-ramai sebelum naik cruise. Cuma abah dgn abang Long jer tak naik. Sebabnya abah dah tak larat nak jalan. Mula-mula dia tak nak ikut tapi kena tinggal sorang-sorang pula kat chalet tu yg ikut juga.
Yg ni geng pompuan-pompuan jer.
Ok masa dah tiba...mmg riuh rendah dan kecoh jadinya bila dalam cruise dipenuhi keluarga Hj Sahib jer. Hampir 45 minit dalam bot menikmati keindahan sungai Melaka. Ni kali kedua aku naik cruise.
ANak buah...kakak Mirah (kiri), ALong dan kak Ngah.
Malam permandangan sangat cantik. Macam berada kat oversea pula. Cewah....tambah2 pula bila tengok kat tepi-tepi kedai makan semuanya pelancong asing.
Tiup jgn tak tiup....
Inilah Zafirah, anak buah sulung merangkap bendahari keluarga. Juru audit, juru beli hadiah dan tukang bayarkan semua bil-bil sepanjang 3 hari di Melaka. Berpuas hati dengan perkhidmatannya so untuk 2-3 tahun lagi dia sambung tugas lg sebagai bendahari. Sampai bila-bila pun tak per....hehhehehhe
Ewahhh....gambar kak Tija dan abang Pie...
Beratur menunggu untuk masuk. Sabar semuanya ya...
Kak Chak bersama haneef hero..katanya...
Abg suhaili bersama kak Chik dan Ira...
Selesai naik cruise dalam jam 11 malam. So masing-masing nak pg pasar malam pula kat bandar Hilir. AKu duduk dalam kereta jer sebabnya Fahim dah tidur. huhuhu..lg pun mmg dah penat berjalan...
Balik chalet dalam 12 lebih..masing2 dah penat. lelaki jer tgk bola malam tu..tidur dekat jam 1 pagi juga.
bersambung untuk entry kedua yer...perlawanan futsal yg meriah...hampir nak gaduh-gaduh manja....hehhehehheh.
Friday, January 27, 2012
Thursday, January 19, 2012
Oh Salmon Teppanyaki...
Alhamdulillah minggu ni dah masuk 13 minggu kandungan. Maknanya dah 3 bulan lebih. Morning sickness pun dah semakin kurang sudah tiada lagi muntah pada waktu pagi dan malam. Cuma kadang-kadang apabila perut kosong dan terbau yang kurang enak drp jiran bawah (sedang menggoreng) memang loya juga tekak dan akan memuntahkan semula makanan yg ada di dalam perut.
Selera makan pula masih seperti dulu. Namun sudah boleh makan nasi bersama lauk pauk yang berkenan pada tekak saja. Misalnya nasi putih bersama sup daging (sup Ani Utara saja tau) makanan lain mmg tak boleh telan. Yang ini untuk menu malam..disebabkan masih tiada mood memasak ( adakah saya mengada-ngada?) Tapi sungguh naluri untuk memasak memang tiada tambah pula apabila melihat dapur, minyak masak, kuali serta brg-brg berkaitan terus tekak saya loya. Bau peti sejuk juga sudah mahu muntah inikan pula bau makanan yg dimasak sendiri. Tapi harapan saya semoga menjelang 16 minggu (4 bulan) semua rasa-rasa yang kurang selesa ini akan hilang dgn sendiri dan akan kembali memasak seperti biasa. Penat wehh kerana hari-hari memikir nak makan apa. Hasilnya hanya makan roti bersama kaya bersama segelas susu saja.
Kali ini juga selera makan sama seperti anak yg kedua (saya kira) kerana langsung tidak boleh makan ayam. Walaupun pernah cuba. Tetapi akan rasa geli, loya, mual dan sewaktu dengannya. Jadinya menu utama sama ada ikan atau daging. Peliknya naluri makan dan keinginan saya pada salmon Teppanyaki begitu membuak-buak. Saya dapat menghabiskan separuh nasi, bersama hidangan sayur-sayuran dan ikan salmon yang digoreng (masa menulis ni pun sudah rasa kesedapannya) yang dimakan bersama sos kicap dan sambal hehheheh dan dek kerana keinginan ini jika ada waktu terluang terutama jika ada asgmnet pada waktu pagi selepas habis asgnment saya sanggup singgah di MidValley semata-mata mahu makan Teppanyaki hehhehe...kadang-kadang dua kali seminggu walaupun makan berseorangan saya sanggup.
Walaupun tidaklah setiap hari namun jika dapat dipenuhi sekali dalam seminggu sudah memadai. Nasib baik office berdekatan MidValley. tidaklah menjadi masalah. Hehhehe inilah dinamakan keinginan ibu mengandung walaupun bukan mengidam tapi bila dapat makan apa yang diinginkan rasa satu kepuasan. Hanya ibu-ibu mengandung saja yang memahaminya hehhehehe.
Sunday, January 15, 2012
Hari Keluarga Hj Sahib 2012 - Ayer Keroh Melaka
Semalam di rumah kakak di Selayang diadakan perbincangan aktiviti yang akan dijalankan, menu yang akan dimasak, serta barang-barang yang perlu dibawa. Masing-masing memang sangat excited dalam merencana pelbagai aktiviti antaranya nak naik cruise pada waktu malam, perlawanan boling, perlawanan futsal antara team, mandi kolam, BBQ, shopping dan pemberian hamper.
Oh ini gambar hari Keluarga yang pertama di Lumut Perak pada 2008. Masa ni Durrani baru masuk 2 tahun dan aku tengah mengandung Fahim 4 bulan. Mandi laut di Pantai Teluk Batik.
Ni gambar keluarga tapi tak semua ada dalam gambar.
Yang ni pula masa hari keluarga 2010 di Port Dickson Negeri Sembilan. Kali ni lebih meriah setiap keluarga bawa satu hamper untuk ditukar dengan keluarga lain. ANtara aktiviti yg diadakan masa ni tiup belon untuk budak-budak, cari barang untuk anak-anak dara, BBQ dan mandi laut.
Acara tiup belon sampai pecah untuk budak-budak.
Ni pula pemberian hamper dan hadiah untuk mak dan abah.
Bergambar keluarga sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Jadi Hari Keluarga kali ni akan diadakan pada Ahad 22 Januari - Selasa 24 Januari 2012. Tahun ni pun masih sama setiap keluarga diwajibkan membawa satu hamper untuk ditukar dengan keluarga lain. Di harap semuanya berjalan lancar dan selamat...Amin.
Wednesday, January 4, 2012
cerita tahun baru
Cerita tahun baru saya...oleh kerana cuti sekolah hari tu langsung tak bawa anak-anak ke mana-mana disebabkan saya yang sedang mabuk dan morning sickness jadinya masa tahun baru planlah nak bawa budak-budak tengok bunga api. Setelah puas cari hotel-hotel berdekatan maklumlah last minit plan akhirnya dapat jugalah Nilai Spring & Country Resort. Nasib baik bilik masih ada...kalau tak mmg melepas ler...sebabnya memang nak tidur semalaman saja disebabkan Ahad malam keluarga suami ada buat BBQ.
Ok bergambar dulu yer...Ni malam tahun baru nak tengok bunga api konon-kononnya.
Sorry ya gambar kurang tersusun. Ni persekitaran pool...
Fahim seperti biasalah takut nak mandi. Ehmm tengok kakak mandi jerlah.
Mandi air kat tepi pool jerlah...
Untuk kanak-kanak memang selamat. Sebab ada bahagian yang memang dalam sikit ada yg mmg cetek langsung. Pilih jer yang mana.
Ramai juga kanak-kanak mandi hari tu. Maklumlah cuti.
Senyum jangan tak senyum...
Peace!!!!
Kawasan lobi hotel..

So lepas dah check out terus balik kampung sebab malam ada BBQ. Semua adik beradik balik. Yg happynya budak-budak ler...
Kaum lelaki sedang membakar ayam..

Eh..eh..gambar bunga api pulak. Ni masa dekat Dataran Nilai...Ramai orang menunggu bunga api.
Tengoklah ni...masing-masing bawa keluarga. Tepat jam 12 tengah malam meletup-letup ler...bunga api di udara. Sekejap jer....dalam masa 10 minit dah habis..
Saturday, December 31, 2011
Tahun 2012 untuk muhasabah diri
Hari ni 31 Disember catatan terakhir di tahun 2011. Esok sudah melangkah ke tahun baru 2012. Pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu. Tidak sedar 365 hari berlalu pergi meninggalkan kita. Menambah angka kepada pertambahan usia. Namun kata orang usia hanyalah satu angka yang penting hati sentiasa muda. Namun pertambahan usia juga menandakan kehidupan kita semakin pendek dan dekat dengan kematian. Itulah yang sering saya ingatkan pada diri.
Tahun baru juga sering dikaitkan dengan azam baru. Untuk tahun 2012 tiada azam yang spesifik cuma ingin menjadi khalifah Allah yang lebih baik daripada hari ini. Maklumlah setiap hari sibuk dengan kerja, seringkali kita lupa untuk melakukan amalan secara lebih berkualiti. Menjaga solat, memperbetulkan bacaan, serta memahami maksudnya. Kadang-kadang juga kita melakukan amalan hanya mengangapnya sebagai tanggungjawab saja langsung tiada penghayatan. Jika bersolat sebolehnya mahu cepat saja, kadang-kala sehingga terlupa berdoa. Kemudian menyambung kerja...ohh banyak kerugian di situ.
Itu belum termasuk amalan sunat-sunat lain yang jarang dilakukan. Membaca al-Quran yang kadang-kala dilakukan sekali-sekala saja. Semuanya hanya kerana tiada masa....dan menganggap kerja itu adalah segala-galanya.
Kadang-kala terfikir juga apalah yang akan terjadi sekiranya semua kesenangan terutama kesihatan ditarik balik? adakah kita boleh bekerja dan mencari rezeki seperti biasa? Bagaimana sekiranya dalam amalan yang tidak seberapa itu Tuhan pendekkan usia sebelum sempat tua untuk melakukan amal ibadat. Tidakkah sekali lagi kita berada dalam kerugian.
Justeru dengan kedatangan tahun baru saya ingin memuhasabah diri untuk menjadi khalifah yang lebih baik daripada hari ini. Melakukan amal ibadat dengan sepenuh jiwa, menambah pahala sebanyak mungkin. Selain itu menjalinkan hubungan baik sesama manusia, menjaga mata dan lidah daripada perkara yang tidak sepatutnya, rasa tidak berpuas hati. Membersihkan hati daripada segala kekotoran supaya menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmatnya.
Tahun hadapan juga bakal bertambah ahli keluarga. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat Amin.
SELAMAT TAHUN BARU 2012
SEMOGA LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA.
Friday, December 16, 2011
meraikan bos di Ayuthaya
Semalam kami di bahagian rencana meraikan en bos, yang akan bersara minggu depan. Jadi restoran pilihan adalah Ayuthaya, Damansara. Restoran makanan Thai yang mmg sedap (ini menurut kata rakan-rakan) sebabnya saya memang tidak dapat merasai kesedapan makanan buat masa ni. Jadi makan pun ala kadar saja.
Tom yam yang super sedap tapi sangat pedas.
Ini sayur asparagus, jagung, cendawan campur..
Bos yg diraikan (dua dr kiri) En. Joe menerima cenderahati berupa bingkai gambar konon-konon macam cover Harian Metro lah.

Ok kalau nak tahu harga makanan di sini, tempat sedap semestinya harganya juga mahal... Semalam kita orang makan dalam 13 orang jumlah semua RM1000 lebih sikit. Sekali-sekala meraikan en. bos apa salahnya kan...tapi kalau selalu 'pokai' hehheheh...
Tuesday, December 6, 2011
Hari Konsert Smart Reader
Pelbagai jenis tarian dipersembahkan drp budak-budak 4,5 dan 6 tahun. Masing-masing dengan pakaian tersendiri. Ada tarian Melayu, Cina, India, Bollywood pun ada...Tapi maknya tak sempat nak ambil gambar back stage disebabkan malas nak bangun. Dah duduk mmg duduk di situ jerlah. Gambar masa menari pun tak ambil cuma ambil video jer. Sebabnya Fahim sibuk ajak balik lapar katanya...nak makan ayam.
Alahai..puas pujuk-pujuk nasib baik nak stay sampai jam 1 tengah hari.
Ini selepas habis konsert bergambar dengan supertots...
Ini pun selepas habis konsert. Menyanyi lagu Saya Anak Malaysia....
Rupanya pada majlis tu juga adalah penyampaian hadiah untuk pelajar yg mendapat no. 1,2 dan 3...di setiap kelas.
Sampai jer rumah dia tanya, "mengapa kakak tak dapat hadiah? Kakak nak hadiah juga,".
Ingatkan cuma tanya jer rupanya dengan linangan air mata,
"Yerlah kakak dapat no. 4 mana boleh dapat hadiah. Kalau dapat no 1,2 dan 3 adalah hadiah. Tak per tahun depan ada lagi," kataku memujuk barulah dia ok.
Sunday, November 27, 2011
Masterchef Malaysia
Rancangan kegemaran kami seisi keluarga sekarang adalah Masterchef Malaysia.
Mula-mula dulu memang tak berapa minat juga nak tengok tapi apabila melihat kreativiti peserta memasak dan teknik mereka menghidangkan makanan yang sungguh super...dan ini mencetuskan kekaguman kepada anak-anak.
"wah mama cantiknya,"
"sedapnya mama"
"Wah hebatnya"
itu antara kata-kata yg keluar drp mulut dua beradik tu bila menonton rancangan Masterchef. Malah mereka yg selalu mengingatkan saya tepat jam 9 malam astro ria Masterchef Malaysia. Tak boleh tengok rancangan lain.
ni antara menu yang sungguh menyelerakan
ni pula Zahin pereka produk juga peserta favourite saya... sangat kreatif memasak. Masakannya sering mendapat pujian juri. Hahhah kecil-kecil lagi dah pandai pilih yang muda dan handsome....
"chef yang botak tu pun ok aper..comel jgkan," tanya saya.
"mana ada dah tualah,"katanya...yg memang tak akan berganjak depan TV kalau Chef Ridz ni ada.
Sunday, November 13, 2011
Auto Show
Gambar sekitar program Gegaria Harian Metro di Ipoh bulan lepas.
Sempat mengunjungi Auto Show yang diadakan berdekatan dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
Kereta yang diubahsuai merangkumi enjin lebih berkuasa, pengubahsuaian pintu, sistem audio, rim, warna dan corak yang berkonsep semburan angin sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Sanggup yer???? kalau saya??? idok ler....
Kebanyakannya kereta tempatan saja..Wira, Kelisa, Kenari,
Kagum sebentar melihat kereta Kelisa yang diubah suai ala menjadi Mira Gino. Sempat berbual dengan pemilik kenderaan ini yang sudah mengeluarkan hampir RM80,000 untuk pengubahsuaian kereta Kelisanya. Wow...banyakkan..tapi kalau mampu apa salahnya. Yer ker??? dia orang ni tak rasa membazir ke??? Inilah dinamanya minat dan hobi...kalau ada duit apa pun boleh.
Bahagian bonet yang diletakkan sound sistem dan televisyen. Canggih betul so kalau jalan jauh penat boleh berhenti untuk menonton televisyen.

Ni pula kereta Wira yang sudah diubahsuai. Pernah memenangi banyak anugerah untuk auto show.
Kereta proton saga siap ada bulu-bulu lagi kat bahagian bonet. Kelas kau Maria!!!!
Sempat mengunjungi Auto Show yang diadakan berdekatan dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
Kereta yang diubahsuai merangkumi enjin lebih berkuasa, pengubahsuaian pintu, sistem audio, rim, warna dan corak yang berkonsep semburan angin sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Sanggup yer???? kalau saya??? idok ler....
Kebanyakannya kereta tempatan saja..Wira, Kelisa, Kenari,
Kagum sebentar melihat kereta Kelisa yang diubah suai ala menjadi Mira Gino. Sempat berbual dengan pemilik kenderaan ini yang sudah mengeluarkan hampir RM80,000 untuk pengubahsuaian kereta Kelisanya. Wow...banyakkan..tapi kalau mampu apa salahnya. Yer ker??? dia orang ni tak rasa membazir ke??? Inilah dinamanya minat dan hobi...kalau ada duit apa pun boleh.
Bahagian bonet yang diletakkan sound sistem dan televisyen. Canggih betul so kalau jalan jauh penat boleh berhenti untuk menonton televisyen.
Ni pula kereta Wira yang sudah diubahsuai. Pernah memenangi banyak anugerah untuk auto show.
Kereta proton saga siap ada bulu-bulu lagi kat bahagian bonet. Kelas kau Maria!!!!p/s: kebanyakan yang masuk auto show ni adalah org-org yang sama setiap tempat. Jadi mereka ni semua dah biasa dan kenal antara satu sama lain. Biasanya kereta untuk auto show tidak digunakan untuk berjalan jauh kereta ni disimpan untuk pertandingan saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























