Sunday, January 15, 2012

Hari Keluarga Hj Sahib 2012 - Ayer Keroh Melaka

 Oleh kerana pada tahun lepas Hari Keluarga Hj Sahib tidak diadakan, jadi pada tahun ini setelah perbincangan dibuat, Hari Keluarga akan diadakan di Ayer Keroh Melaka. Yeyyy!!!! tepuk tangan sama-sama sebab dapat dilaksanakan juga.

Semalam di rumah kakak di Selayang diadakan perbincangan aktiviti yang akan dijalankan, menu yang akan dimasak,  serta barang-barang yang perlu dibawa. Masing-masing memang sangat excited dalam merencana pelbagai aktiviti antaranya nak naik cruise pada waktu malam, perlawanan boling, perlawanan futsal antara team, mandi kolam, BBQ, shopping dan pemberian hamper.

 Oh ini gambar hari Keluarga yang pertama di Lumut Perak pada 2008. Masa ni Durrani baru masuk 2 tahun dan aku tengah mengandung Fahim 4 bulan. Mandi laut di Pantai Teluk Batik.

Ni gambar keluarga tapi tak semua ada dalam gambar.


 Yang ni pula masa hari keluarga 2010 di Port Dickson Negeri Sembilan. Kali ni lebih meriah setiap keluarga bawa satu hamper untuk ditukar dengan keluarga lain. ANtara aktiviti yg diadakan masa ni tiup belon untuk budak-budak, cari barang untuk anak-anak dara, BBQ dan mandi laut.


Acara tiup belon sampai pecah untuk budak-budak.
 Ni pula pemberian hamper dan hadiah untuk mak dan abah.

Bergambar keluarga sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Jadi Hari Keluarga kali ni akan diadakan pada Ahad 22 Januari - Selasa 24 Januari 2012. Tahun ni pun masih sama setiap keluarga diwajibkan membawa satu hamper untuk ditukar dengan keluarga lain. Di harap semuanya berjalan lancar dan selamat...Amin.


6 comments:

ieja amieja said...

wah sonoknyer T, dpt berkumpul ramai2 ngan adik beradik..bila nak buat famili day tu??

rynas said...

Angah: buat masa hari raya Cina ni AHad sampai Selasa

Izan Ishak said...

seronok sangat kak kalau dapat buat hari keluarga macam ni. kami pun biasa juga buat tapi biasanya sambutan hari ibu... sbb kami pun semuanya adik perempuan dan meraikan mak tersayang kan... best dpt berkumpul adik beradik kan...

rynas said...

Izan..aahh betul tu bila dapat kumpul semua adik-beradik mmg sangat best

Azilah said...

hari keluarga pd tu kat mana? apa nama rumah yang awak stay tu?

Azilah said...

salam... saya nak tanya la...family day di pd tu awk buat di mana ye? apa nama tmpat awak dduk tu?