Thursday, January 19, 2012

Oh Salmon Teppanyaki...



 Alhamdulillah minggu ni dah masuk 13 minggu kandungan. Maknanya dah 3 bulan lebih. Morning sickness pun dah semakin kurang sudah tiada lagi muntah pada waktu pagi dan malam. Cuma kadang-kadang apabila perut kosong dan terbau yang kurang enak drp jiran bawah (sedang menggoreng) memang loya juga tekak dan akan memuntahkan semula makanan yg ada di dalam perut.

Selera makan pula masih seperti dulu. Namun sudah boleh makan nasi bersama lauk pauk yang berkenan pada tekak saja. Misalnya nasi putih bersama sup daging (sup Ani Utara saja tau) makanan lain mmg tak boleh telan. Yang ini untuk menu malam..disebabkan masih tiada mood memasak ( adakah saya mengada-ngada?) Tapi sungguh naluri untuk memasak memang tiada tambah pula apabila melihat dapur, minyak masak, kuali serta brg-brg berkaitan terus tekak saya loya. Bau peti sejuk juga sudah mahu muntah inikan pula bau makanan yg dimasak sendiri. Tapi harapan saya semoga menjelang 16 minggu (4 bulan) semua rasa-rasa yang kurang selesa ini akan hilang dgn sendiri dan akan kembali memasak seperti biasa. Penat wehh kerana hari-hari memikir nak makan apa. Hasilnya hanya makan roti bersama kaya bersama segelas susu saja.

Kali ini juga selera makan sama seperti anak yg kedua (saya kira) kerana langsung tidak boleh makan ayam. Walaupun pernah cuba. Tetapi akan rasa geli, loya, mual dan sewaktu dengannya.  Jadinya menu utama sama ada ikan atau daging. Peliknya naluri makan dan keinginan saya pada salmon Teppanyaki begitu membuak-buak. Saya dapat menghabiskan separuh nasi, bersama hidangan sayur-sayuran dan ikan salmon yang digoreng (masa menulis ni pun sudah rasa kesedapannya) yang dimakan bersama sos kicap dan sambal hehheheh dan dek kerana keinginan ini jika ada waktu terluang terutama jika ada asgmnet pada waktu pagi selepas habis asgnment saya sanggup singgah di MidValley semata-mata mahu makan Teppanyaki hehhehe...kadang-kadang dua kali seminggu walaupun makan berseorangan saya sanggup.

Walaupun tidaklah setiap hari namun jika dapat dipenuhi sekali dalam seminggu sudah memadai.  Nasib baik office berdekatan MidValley. tidaklah menjadi masalah. Hehhehe inilah dinamakan keinginan ibu mengandung walaupun bukan mengidam tapi bila dapat makan apa yang diinginkan rasa satu kepuasan. Hanya ibu-ibu mengandung saja yang memahaminya hehhehehe.



Sunday, January 15, 2012

Hari Keluarga Hj Sahib 2012 - Ayer Keroh Melaka

 Oleh kerana pada tahun lepas Hari Keluarga Hj Sahib tidak diadakan, jadi pada tahun ini setelah perbincangan dibuat, Hari Keluarga akan diadakan di Ayer Keroh Melaka. Yeyyy!!!! tepuk tangan sama-sama sebab dapat dilaksanakan juga.

Semalam di rumah kakak di Selayang diadakan perbincangan aktiviti yang akan dijalankan, menu yang akan dimasak,  serta barang-barang yang perlu dibawa. Masing-masing memang sangat excited dalam merencana pelbagai aktiviti antaranya nak naik cruise pada waktu malam, perlawanan boling, perlawanan futsal antara team, mandi kolam, BBQ, shopping dan pemberian hamper.

 Oh ini gambar hari Keluarga yang pertama di Lumut Perak pada 2008. Masa ni Durrani baru masuk 2 tahun dan aku tengah mengandung Fahim 4 bulan. Mandi laut di Pantai Teluk Batik.

Ni gambar keluarga tapi tak semua ada dalam gambar.


 Yang ni pula masa hari keluarga 2010 di Port Dickson Negeri Sembilan. Kali ni lebih meriah setiap keluarga bawa satu hamper untuk ditukar dengan keluarga lain. ANtara aktiviti yg diadakan masa ni tiup belon untuk budak-budak, cari barang untuk anak-anak dara, BBQ dan mandi laut.


Acara tiup belon sampai pecah untuk budak-budak.
 Ni pula pemberian hamper dan hadiah untuk mak dan abah.

Bergambar keluarga sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Jadi Hari Keluarga kali ni akan diadakan pada Ahad 22 Januari - Selasa 24 Januari 2012. Tahun ni pun masih sama setiap keluarga diwajibkan membawa satu hamper untuk ditukar dengan keluarga lain. Di harap semuanya berjalan lancar dan selamat...Amin.


Wednesday, January 4, 2012

cerita tahun baru

 Cerita tahun baru saya...oleh kerana cuti sekolah hari tu langsung tak bawa anak-anak ke mana-mana disebabkan saya yang sedang mabuk dan morning sickness jadinya masa tahun baru planlah nak bawa budak-budak tengok bunga api. Setelah puas cari hotel-hotel berdekatan maklumlah last minit plan akhirnya dapat jugalah Nilai Spring & Country Resort. Nasib baik bilik masih ada...kalau tak mmg melepas ler...sebabnya memang nak tidur semalaman saja disebabkan Ahad malam keluarga suami ada buat BBQ.

 Inilah Nilai Spring daripda luar pada waktu malam. Ok jugalah resort ni ala-ala hotel...tapi agak jauh ke dalam sikit. Persekitarannya cantik sesuai dengan harga. Paling penting pool nya besar dan ada 3 pool untuk budak-budak memang puas mandi.
 
 Ok bergambar dulu yer...Ni malam tahun baru nak tengok bunga api konon-kononnya.

 Sorry ya gambar kurang tersusun. Ni persekitaran pool...


 Fahim seperti biasalah takut nak mandi. Ehmm tengok kakak mandi jerlah.

 Mandi air kat tepi pool jerlah...

 Untuk kanak-kanak memang selamat. Sebab ada bahagian yang memang dalam sikit ada yg mmg cetek langsung. Pilih jer yang mana.

 Ramai juga kanak-kanak mandi hari tu. Maklumlah cuti.

 Senyum jangan tak senyum...

 Peace!!!!

 Kawasan lobi hotel..




  So lepas dah check out terus balik kampung sebab malam ada BBQ. Semua adik beradik balik. Yg happynya budak-budak ler...


Kaum lelaki sedang membakar ayam..

 
 Eh..eh..gambar bunga api pulak. Ni masa dekat Dataran Nilai...Ramai orang menunggu bunga api.

Tengoklah ni...masing-masing bawa keluarga. Tepat jam 12 tengah malam meletup-letup ler...bunga api di udara. Sekejap jer....dalam masa 10 minit dah habis..


Saturday, December 31, 2011

Tahun 2012 untuk muhasabah diri





Hari ni 31 Disember  catatan terakhir di tahun 2011. Esok sudah melangkah ke tahun baru 2012. Pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu. Tidak sedar 365 hari berlalu pergi meninggalkan kita. Menambah angka kepada pertambahan usia. Namun kata orang usia hanyalah satu angka yang penting hati sentiasa muda. Namun pertambahan usia juga menandakan kehidupan kita semakin pendek dan dekat dengan kematian. Itulah yang sering saya ingatkan pada diri.


Tahun baru juga sering dikaitkan dengan azam baru. Untuk tahun 2012 tiada azam yang spesifik cuma ingin menjadi khalifah Allah yang lebih baik daripada hari ini. Maklumlah setiap hari sibuk dengan kerja, seringkali kita lupa untuk melakukan amalan secara lebih berkualiti. Menjaga solat, memperbetulkan bacaan, serta memahami maksudnya. Kadang-kadang juga kita melakukan amalan hanya mengangapnya sebagai tanggungjawab saja langsung tiada penghayatan. Jika bersolat sebolehnya mahu cepat saja, kadang-kala sehingga terlupa berdoa. Kemudian menyambung kerja...ohh banyak kerugian di situ.
Itu belum termasuk amalan sunat-sunat lain yang jarang dilakukan. Membaca al-Quran yang kadang-kala dilakukan sekali-sekala saja. Semuanya hanya kerana tiada masa....dan menganggap kerja itu adalah segala-galanya.

Kadang-kala terfikir juga apalah yang akan terjadi sekiranya semua kesenangan terutama kesihatan ditarik balik? adakah kita boleh bekerja dan mencari rezeki seperti biasa? Bagaimana sekiranya dalam amalan yang tidak seberapa itu Tuhan pendekkan usia sebelum sempat tua untuk melakukan amal ibadat. Tidakkah sekali lagi kita berada dalam kerugian.

Justeru dengan kedatangan tahun baru saya ingin memuhasabah diri untuk menjadi khalifah yang lebih baik daripada hari ini. Melakukan amal ibadat dengan sepenuh jiwa, menambah pahala sebanyak mungkin. Selain itu menjalinkan hubungan baik sesama manusia, menjaga mata dan lidah daripada perkara yang tidak sepatutnya, rasa tidak berpuas hati. Membersihkan hati daripada segala kekotoran supaya menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmatnya.

Tahun hadapan juga bakal bertambah ahli keluarga. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat Amin.

SELAMAT TAHUN BARU 2012
SEMOGA LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA.

Friday, December 16, 2011

meraikan bos di Ayuthaya

Semalam kami di bahagian rencana meraikan en bos, yang akan bersara minggu depan. Jadi restoran pilihan adalah Ayuthaya, Damansara. Restoran makanan Thai yang mmg sedap (ini menurut kata rakan-rakan) sebabnya saya memang tidak dapat merasai kesedapan makanan buat masa ni. Jadi makan pun ala kadar saja.
 
 Bergambar dulu yer sebelum makan. Bersama rakan setugas...Rosma dan Farhana

 Tom yam yang super sedap tapi sangat pedas.

 Ini sayur asparagus, jagung, cendawan campur..

Bos yg diraikan (dua dr kiri) En. Joe menerima cenderahati berupa bingkai gambar konon-konon macam cover Harian Metro lah.


Menu last ikan siakap...masak pedas kot sebab mmg pedas. Menu dessert cendol...

Ok kalau nak tahu harga makanan di sini, tempat sedap semestinya harganya juga mahal... Semalam kita orang makan dalam 13 orang jumlah semua RM1000 lebih sikit.  Sekali-sekala meraikan en. bos apa salahnya kan...tapi kalau selalu 'pokai' hehheheh...

Tuesday, December 6, 2011

Hari Konsert Smart Reader

Sabtu lepas ada konsert serta majlis graduasi pelajar Smart Reader Kids Bandar Baru Bangi, jadi setiap kelas dimestinya membuat persembahan termasuk kelas Durrani. Memang excitedlah kan kali pertama membuat persembahan di hadapan orang ramai. Durrani menari lagu makarena....rancak tu ..nasib baik dapat ikut semua step tarian.

Pelbagai jenis tarian dipersembahkan drp budak-budak  4,5 dan 6 tahun. Masing-masing dengan pakaian tersendiri. Ada tarian Melayu, Cina, India, Bollywood pun ada...Tapi maknya tak sempat nak ambil gambar back stage disebabkan malas nak bangun. Dah duduk mmg duduk di situ jerlah. Gambar masa menari pun tak ambil cuma ambil video jer. Sebabnya Fahim sibuk ajak balik lapar katanya...nak makan ayam.
Alahai..puas pujuk-pujuk nasib baik nak stay sampai jam 1 tengah hari.

Ini selepas habis konsert bergambar dengan supertots...

Ini pun selepas habis konsert. Menyanyi lagu Saya Anak Malaysia....

Rupanya pada majlis tu juga adalah penyampaian hadiah untuk pelajar yg mendapat no. 1,2 dan 3...di setiap kelas.
Sampai jer rumah dia tanya, "mengapa kakak tak dapat hadiah? Kakak nak hadiah juga,".

Ingatkan cuma tanya jer rupanya dengan linangan air mata,
"Yerlah kakak dapat no. 4  mana boleh dapat hadiah. Kalau dapat no 1,2 dan 3 adalah hadiah. Tak per tahun depan ada lagi,"  kataku memujuk barulah dia ok.



Sunday, November 27, 2011

Masterchef Malaysia

Rancangan kegemaran kami seisi keluarga sekarang adalah Masterchef Malaysia.
Mula-mula dulu memang tak berapa minat juga nak tengok tapi apabila melihat kreativiti peserta memasak dan teknik mereka menghidangkan makanan yang sungguh super...dan ini mencetuskan kekaguman kepada anak-anak.
"wah mama cantiknya,"
"sedapnya mama"
"Wah hebatnya"

itu antara kata-kata yg keluar drp mulut dua beradik tu bila menonton rancangan Masterchef. Malah mereka yg selalu mengingatkan saya tepat jam 9 malam astro ria Masterchef Malaysia. Tak boleh tengok rancangan lain.

ni antara menu yang sungguh menyelerakan

Menu yang dimasak oleh Saiful sungguh kreatif pada hal dia hanya penoreh getah saja.

peserta kegemaran saya..Brian seorang juruaudit yang ayahnya menghidap kanser

ni pula Zahin pereka produk juga peserta favourite saya... sangat kreatif memasak. Masakannya sering mendapat pujian juri.

ni antara menu yang dimasak zahin...

dua orang juri pertandingan Chef Johari dengan Chef Zubir (kanan)

ohhh...juri kegemaran anak saya, Chef Ridz...katanya "kakak sukalah dia sebab comel"
Hahhah kecil-kecil lagi dah pandai pilih yang muda dan handsome....
"chef yang botak tu pun ok aper..comel jgkan," tanya saya.
"mana ada dah tualah,"katanya...yg memang tak akan berganjak depan TV kalau Chef Ridz ni ada.



Sunday, November 13, 2011

Auto Show

Gambar sekitar program Gegaria Harian Metro di Ipoh bulan lepas.
Sempat mengunjungi Auto Show yang diadakan berdekatan dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
Kereta yang diubahsuai merangkumi enjin lebih berkuasa, pengubahsuaian pintu, sistem audio, rim, warna dan corak yang berkonsep semburan angin sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Sanggup yer???? kalau saya??? idok ler....

Kebanyakannya kereta tempatan saja..Wira, Kelisa, Kenari,



Kagum sebentar melihat kereta Kelisa yang diubah suai ala menjadi Mira Gino. Sempat berbual dengan pemilik kenderaan ini yang sudah mengeluarkan hampir RM80,000 untuk pengubahsuaian kereta Kelisanya. Wow...banyakkan..tapi kalau mampu apa salahnya. Yer ker??? dia orang ni tak rasa membazir ke??? Inilah dinamanya minat dan hobi...kalau ada duit apa pun boleh.





Bahagian bonet yang diletakkan sound sistem dan televisyen. Canggih betul so kalau jalan jauh penat boleh berhenti untuk menonton televisyen.



Ni pula kereta Wira yang sudah diubahsuai. Pernah memenangi banyak anugerah untuk auto show.


Kereta proton saga siap ada bulu-bulu lagi kat bahagian bonet. Kelas kau Maria!!!!


p/s: kebanyakan yang masuk auto show ni adalah org-org yang sama setiap tempat. Jadi mereka ni semua dah biasa dan kenal antara satu sama lain. Biasanya kereta untuk auto show tidak digunakan untuk berjalan jauh kereta ni disimpan untuk pertandingan saja.


Sunday, October 30, 2011

karipap-karipap cinta namanya...

Petang-petang bila anak-anak sudah tidur mulalah bosan tak tahu nak buat apa. Lastnya cari kentang, potong-potong untuk dibuat inti karipap. Sebenarnya teringin nak makan karipap buatan sendiri drp semalam lagi tapi malas nak buat so bersambung ke hari ni. Lepas dah masak intinya uli tepung pula menggunakan minyak panas dan marjerin.


Inti karipap yang sudah siap diberi nama karipap-karipap cinta.


Proses membuat karipap...senang saja lenyek tepung yg dah diuli kemudian lipat dan kelepekkan tepinya mengikut kreativiti sendiri. Nak kecil buat kecil nak besar buat besar. APa susah masuk mulut sendiri jugakan??


Ok beginilah bentuknya bila dah siap dapatlah dalam 20 biji karipap. Kemudian masukkan dalam tuperware untuk disimpan dalam peti sejuk. Esok boleh goreng dan bawa bekal ke tempat kerja. Itulah tujuannya sebenarnya. Hari-hari beli karipap kat depan rumah baby sitter tapi intinya sangatlah tidak berkenan.


P/s: ini bila rajin jer uols....

susah nak rajin macam ni.

Saturday, October 29, 2011

tonton bola sepak sambil makan jemput-jemput

Menonton bola sepak Piala Malaysia N.Sembilan VS Terengganu sambil makan jemput-jemput bersama sambal ikan bilis.


Siapa yg kami sokong?
Tentunya pasukan Negeri Sembilan.

Fahim jg turut menonton bola. Tapi bila kami menjerit gol dia berkata," mama...diamlah. Bisinglah."

Kakak yg minta diambil gambarnya.