Friday, April 15, 2011

seoul tower

Hari kedua melawat perkampungan tradisi Namsangol, Seoul Tower, kemudian bershopping di Myeong- dong street, melawat Muzium Folkor, presiden Blue House dan Gyeongbok palace. Nilai tradisi masih dijaga, melihat perkampungan tradisi yg lengkap dengan peralatan digunakan masyarakat dulu juga Istananya yang besar dengan seni bina unik.



pelancong yg datang ke Korea pasti tidak melepaskan peluang melawat Seoul Tower. Puncak tertinggi di Korea. Bergambar di hadapan perkarangan Seoul Tower.


kena menapak daripada tempat perhentian bas, mengah juga ...sebabnya kawasannya membukit dan memerlukan stamina ketika memanjat.


Berhenti di tengah-tengah jalan kerana asyik melihat pokok-pokok yg belum ditumbuhi bunga.
Suasana memang sejuk maklumlah dikawasan puncak bukit.


Bergambar lagi....


Gambar di kawasan perkampungan tradisi Korea..


Gambar lagi yer...

Bersama rakan-rakan sekerja..

sambil berjalan melihat keindahan Seoul Tower, kami menjamah makanan Korea chorus..
rangup dan manis..


antara papan tanda yang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar


Persekitaran kawasan Seoul Tower...memng luas tempatnya..dan cantuk.

melihat matahari terbenam

Di sini juga terletak Muzium Teddy Bear yang menempatkan pelbagai jenis teddy bear drp yg besar sehingga kecil

Ini di hadapan salah satu pintu perkampungan tradisi Korea.


Yati..antara rakan yg rapat di Korea

dapat juga bergambar dengan bunga Cherry Blossom...

Kunjungan ke Gyeongbok Palace...

Istana lama yang tersergam megah dan indah...


Hadapan pintu masuk istana


Korea banyak menyimpan tempat tinggalan sejarah...kawasan persekitarannya begitu terjaga..bersih dan begitu berinformasi...

Oh ada rakan bertanya mengenai makanan halal, di Seoul Korea memang mudah mencari makanan halal kerana banyak restoran Arab dan Morocco yang menyediakan makanan Timur Tengah yang rasanya sama seperti masakan India.
Pada hari pertama kami makan di Restoran Pakistan, kemudian pada hari kedua restoran Morocco dan Arab. jadi tidak perlu bimbang kerana mereka menyediakan nasi serta lauk pauk seperti kari ayam, kari kambing, roti prata, capati yang dimakan bersama kuah dhal.

Kami juga makan di restoran Islam yang menyediakan makanan sup ginseng iaitu seekor ayam yg saiznya seperti ayak serama, direbus bersama nasi dan ginseng (di dalam perut ayam) kemudian dimakan bersama kimchi. kalau diikutkan tekak memang agak janggal rasanya...memang sukar menghabiskannya ditambah pula dengan ukuran ayam yg agak besar.

keindahan Nami Island, Korea

Hari pertama di Korea:

Perjalanan dr KLIA menaiki Korea Air mengambil masa 6 jam. walaupun panjang namun tidak terasa disebabkan flight berlepas pada jam 11.25 malam dan sampai kira-kira jam 6.30 pagi waktu Korea. Berbeza hanya 1 jam dengan Malaysia. Jadi di dalam flight boleh tidur dengan nyenyaknya.


Gambar ketika sampai di Incheon airport. Suhu ketika itu 5 darjah celsius...sejuk tapi sangat nyaman. Memang kena pakai jaket..Maklumlah di Malaysia dengan cuaca panas dan terik sesekali apabila sejuk begini segarnya rasa.


gambar di First Kiss.... cantik sangat macam kanvas saja di belakang

Sampai saja, kami terus menuju ke bas yg disediakan dan terus menuju ke Nami Island. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Sampai saja memang ramai pelancong dan pelajar sekolah. Permandangan Nami Island sangat indah, persekitaran yg bersih dan terjaga, sangat mengagumkan kerana disinilah penggambaran drama Winter sonata.

Bergambar di atas jambatan kecil bersama editor, sub dan reporter hiburan.

Bergambar di laluan kereta api yang terdapat di bahagian kiri laluan utama.


Untuk ke Nami Island perlu menaiki bot yg memakan masa dalam 10 minit saja. Sempat bergambar di atas bot bersama editor dan Pengarang Rencana, En Joe (tengah).

Kawasannya sangat luas, dan setiap sudut memang cantik untuk diambil gambar.

Tulis nama atas batu...
Batu yg terdapat di tepi laluan ketika menuju ke bot.

bersama rakan semeja, Faizah..




First Kiss...
dalam drama winter sonata ada adegan bercium dan di sinilah tempatnya yg dinamakan First Kiss.

MasyaAllah mmg sangat cantik ciptaan Tuhan...dengan pohon-pohon yang masih belum berbunga, rumput kering menjadi hamparan serta tasik di sepanjang pokok yang tenang membiru sangat mendamaikan. Tak dapat membayangkan alangkah indahnya ketika musim bunga nanti yg dijangkakan sekitar bulan 5.


tengok jerlah gambar yer...

laluan utama Nami Island...ketika ini musim bunga...tapi bunga belum keluar..tunggu lagi 2 minggu semua bunga akan keluar

Cantik pokok-pokok yang tersusun indah....seperti lukisan


di atas bot...

sekitar kawasan penggambaran drama winter sonata


kedai-kedai yg terdapat di Nami Island

bunga-bunga yang sedang mekar...

cantik sangat bunga ni...

bergambar di hadapan lukisan-lukisan yg diletakkan di sepanjang jalan

pintu comel menjadi tempat bergambar sesiapa saja...termasuk jg saya

seperti padang pasir..tapi sebenarnya adalah rumput kering..seperti jerami halus..

ps: bg sesiapa yg nak ke Korea jgn lepaskan peluang berkunjung ke Nami Island yer......

Wednesday, April 13, 2011

sudah kembali dari Korea

Alhamdulillah dah selamat kembali dari Korea pada Isnin malam tadi..
memang menyeronokkan...dan rasanya tempat paling menarik yg pernah dilawati setakat ni.
antara tempat yg kita org pergi Nami Island, Everland, Perkampungan Korea, tempat ginseng, pusat beli-belah, Seoul Tower dan banyak lagi. Tak sempat nak upload gambar semua....nanti dah free baru masuk yang lain-lain lagi..


Everland...4 season garden...ni bunga tulip..cantik nampak cam bunga plastik jer...tapi semuanya bunga segar.


Nami Island... tempat penggambaran drama Winter Sonata...cantik sangat tempat ni...

Ni kat tengah-tengah bandar Seoul..Meong Dong...banyak pusat beli belah kat sini.. semuanya yg ada kat Malaysia...tapi harganya lebih murah drp Malaysia...

lain-lain gambar akan menyusul kemudian....yer..

Thursday, April 7, 2011

Menunggu cinta di Bumi Sonata

Saya akan berada di Korea bermula Khamis sehingga Isnin ini...
semogga semuanya selamat..
sedih nak meninggalkan anak-anak dan suami
Seperti biasa harap suami dapat menjaga anak-anak dengan baik..
Si adik tak kisah sangat...ok ajer jawapannya..
tetapi si kakak yang sedih sikit siap menangis lagi bila cakap kena tinggal dengan abah.

"ala ..kakak nak mama mandikan esok pergi sekolah," sambil mata dah merah nak nangis...

saya pulak yg sedih....

Saturday, March 26, 2011

malam melaram..

19 Mac lalu ada majlis makan malam bersempena 20 tahun Harian Metro.
Apa lagi disebabkan dah lama tak melaram (sebab dah lama tak ada dinner) jadi inilah masanya.
bertemakan warna hitam putih (kehidupan) masing-masing galak ler mencari baju hitam putih di semua pusat beli-belah. Nasib baik jumpa...

Dah katanya nak melaramkan tentu ler tak lengkap tanpa make up artis. Jadi dua make up artis dipanggil untuk menyolek hampir 10 orang wanita yang inginkan keanggunan mereka terserlah.


Lihatlah hasilnya selepas sesi solekan...sorry ya gambar kurang jelas hanya menggunakan kamera hp saja.


Ini ketika di dalam ballroom Holiday Villa Subang, bersama rakan sekerja. Pecah perut malam tu ketawa melihat gelagat pengacara nabil Raja Lawak, AG HotFM dan Sh Shahirah...yang sangat lah happening dengan lawak selamba mereka. Dari mula sampai akhir asyik ketawa saja....


Tak sempat ambil gambar banyak, sebabnya dah sampai kat meja terus duduk tak bangun-bangun. Sebenarnya mengidam nak dapat lucky draw TV LCD tapi hanya dapat sanwich maker saja, jadilah....

Friday, March 25, 2011

Benarkah dunia di penghujung zaman?

Membaca tulisan Hafizahril Hamid dalam Mingguan Malaysia bertarikh 20 Mac ada rasa gentar dan gerun di hati. Benarkah Kiamat hampir tiba? satu persoalan yang sukar dijawab. Namun banyak tanda-tanda kecil sudah muncul malah perangan yang tidak sudah, pemberontakan di tanah arab, gempa bumi di timur, barat dan tanah arab semakin memberi petanda mengenai akhir zaman yang sudah semakin hampir.
Mengikut kalendar kaum Maya, dunia berakhir pada 21.12.2012 (ingat cerita "2012").

Walaupun kita umat Islam tidak disuruh, dan tidak wajib percaya dengan semua tilikan dan spekulasi, namun di dalam Islam ada memberikan gambaran tanda-tanda akhir zaman, seperti kemunculan Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa; yang akhirnya diikuti dengan Ya'juj & Ma'juj.
Apa yang penting adakah kita bersedia menghadapi Dunia penghujung zaman?

Oleh Hafizahril Hamid

KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
--------------------------------------------------------------------------------
TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.

Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.

Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.

Planet Nibiru

Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.

Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.

Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

Kod rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Islam

Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Tsunami Jepun

Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

P/s: walau apa juga ramalan kita disuruh melakukan amalan yang disuruh olehNya dan meninggalkan laranganNYA.

Sunday, March 13, 2011

A Doctor In The House


Beliau diberi pelbagai nama dan label — diktator, Melayu ultra, rasis, keras kepala — namun pemimpin ini yang naiknya penuh dengan cabaran, perjalanan politiknya amat berliku dan turunnya penuh dengan kejutan diiringi dengan air mata, sebelum disisih sekali lagi dan kini masih memerhati dengan serius setiap gerak pembangunan negara.

Terkenal di seluruh dunia — bukan sebagai ‘pak turut’ tetapi sebagai pemimpin lantang, tidak gentar meluahkan pandangan, berani mengubah dasar antarabangsa negara, tegas apabila berhadapan dengan pemimpin besar dunia kelas pertama dan paling penting meletakkan Malaysia serta bangsa Melayu di persada yang luar biasa hebatnya.

Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad — perjalanan hidupnya penuh dengan cerita. Setiap langkah diambil mengambil kira kemajuan anak bangsa dan negara. Beliau pernah dipecat daripada parti (UMNO) tetapi keberanian dan ketegasannya dihormati ramai, dipuji hebat, dikritik dan dikutuk dengan amat sadis namun setiap kali hampir tersungkur dia akan bangun dengan lebih gah daripada sebelumnya.

Ramai tidak faham kebanyakan tindakan dan keputusan. Ramai tertanya-tanya mengapa Dr Mahathir berbuat itu dan ini sepanjang pentadbiran selama 22 tahun, terutama mengapa beliau kelihatan mempunyai begitu banyak musuh daripada Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan paling kritis, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua soalan akhirnya menerima jawapan. Penyokong, peminat dan musuh akhirnya mengetahui isi hati pemimpin paling kontroversi dan paling gah dalam sejarah Malaysia melalui buku yang ditulisnya sendiri A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.

Buku setebal 843 muka surat ini bukan saja menceritakan kisah hidupnya, bahkan menjelaskan segala persoalan mengenai pelbagai isu, kes dan peristiwa, termasuk asal usul sejarah yang berkaitan.

Membuka tirai bab pertama ‘Menjadi Perdana Menteri’ (Becoming Prime Minister), Dr Mahathir menggarapkan pelbagai peristiwa pahit manis sejak beliau mula menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Itu hanya pembuka kata, kerana cerita lebih mendalam berada dalam bab seterusnya.

Selepas menjadi wartawan yang mengikuti beliau selama lebih 10 tahun, gaya penulisannya yang direct to the point, ringkas dan tidak membuang masa, membuat ramai teringat ucapannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Seperti ucapannya — padat, memberi penjelasan, jelas dan tidak berbelit-belit – begitu jugalah penulisannya di dalam buku ini. Setiap isu, kes dan peristiwa memang diketahui ramai, cuma menerusi buku ini baru rakyat mengetahui cerita sebenar dari sudut pandang beliau.

Walaupun memulakan dengan bab Menjadi Perdana Menteri, tetapi cerita sebenar bermula dari zaman kecilnya dan yang bagi biasa mendengarnya penuh dengan nilai kekeluargaan – cara pembesaran ayah dan ibu, adat anak bangsa, membesar dalam suasana kampung Melayu yang miskin dan ketinggalan dari arus pembangunan pekan yang dikuasai bangsa asing.

Bab ‘I am A Malay’ (Saya Seorang Melayu) membuatkan mata berkaca, kerana sudah agak lama tidak mendengar negarawan ini berucap — membakar semangat sebagai anak Melayu yang tidak gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dan halangan.

Dr Mahathir menyentuh mengenai Tanah Melayu yang dijajah selama 450 tahun membuatkan bangsa Melayu tidak pernah menjadi tuan di negara sendiri, pengenalan Malayan Union oleh British adalah kes pertama di mana bangsa Melayu bangkit menentang secara lantang.

Penceritaannya di dalam setiap bab amat mengagumkan. Mungkin ada nama yang disebut tidak setuju dengan penjelasan diberi, namun setiap pihak mesti tahu ini adalah luahan daripada persepsi Dr Mahathir.

Semua kes dan isu, termasuk membabitkan permusuhannya dengan Tunku Abdul Rahman, hubungan dengan pemimpin Umno, tragedi yang memecah belahkan Umno pada 1987, kes membabitkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Ops Lalang, Perwaja, malahan cerita mengenai Anwar Ibrahim — dari zaman pelajar, memasuki Umno sehingga beliau dipecat — ditulis dengan jelas.

Setiap tindakan, keputusan dan sikap yang selama ini tidak difahami ramai orang, dijawab dengan jelas melalui buku ini. Bagi mereka yang tidak mengenali Perdana Menteri Malaysia keempat ini, yang menganggap beliau diktator, Melayu ultra atau rasis, juga sudah pasti mengenai pemimpin yang mempunyai impian dan harapan yang cukup tinggi bagi membangunkan anak bangsa dan negaranya.

Dr Mahathir melahirkan segala impian dan harapannya dengan lantang di dalam buku ini. Segala tindakannya baik di pentadbiran negara, mahu pun dalam hubungan dengan dunia luar – mengambil kira kedudukan Melayu sebagai pewaris bumi bertuah ini dan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, dengan tidak membelakangkan bangsa lain.

Seperti ucapannya, tulisannya juga perlu dibaca dari awal hingga akhir. Setiap cubaan untuk sekadar memandang sekali lalu tidak berkesan, kerana akan ada penjelasan yang tidak diketahui.

Walaupun ada kenyataan dan cerita yang nampak berulang, namun ia tidak mencacatkan buku ini kerana ia adalah cara Dr Mahathir untuk memastikan setiap pembaca tahu apa yang dimaksudkan.

Jika membaca dengan ikhlas, ramai dapat melihat Dr Mahathir juga adalah seorang manusia biasa yang penuh dengan angan-angan, impian, kebimbangan dan disulami dengan kasih sayang sebagai seorang pemimpin, bapa dan suami.

A Doctor In The House adalah sebuah memori yang wajib dimiliki setiap rakyat Malaysia. Ia bukan saja buku yang menceritakan pemikiran seorang pemimpin agung negara, bahkan mengandungi sejarah yang selama ini hanya sekadar cakap dengar (hearsay).


Jamhariah Jaafar - Berita Harian

****Buku yang harus dimiliki***

Sunday, February 27, 2011

yang mana satu pilihan kalbu?


Blackberry...


Nokia N8

Samsung Galaxy Tab



iphone 4


Yang mana satu pilihan hati????
kalau anda pilih yang mana yer???


Friday, February 25, 2011

pergi U untuk belajar bukan berdemo




Lihat gambar di atas adakah ini yang menjadi perjuangan mahasiswa universiti?

Sanggup memecahkan pintu masuk bangunan pentadbiran yang menempatkan bilik TNC HEP, UPM semata-mata inginkan apa yg dikatakan keadilan. Apakah budaya keganasan yang cuba dibawa oleh golongan mahasiswa yang dianggap intelektual ini?


Apakah pula perjuangan mereka..demokrasi bagaimana yang sangat mereka inginkan sehingga sanggup membelakangkan undang-undang. Tidak cukupkah selama ini kebebasan yang dimiliki pelajar...bukankah pelajar universiti sendiri sudah cukup bebas...bebas daripada belenggu ibu bapa, bebas ke sana sini menunggang motosikal atau memandu kereta sambil membawa teman wanita di sebelah atau membonceng bersama teman lelaki?


Tidak cukup dengan itu mereka diberi kebebasan untuk keluar ke mana saja, pulang tanpa mengira waktu. Bebas menggunakan wang pinjaman untuk membeli telefon bimbit, komputer riba atau gajet-gajet IT di pasaran sesuka hati tiada sesiapa menghalang...itu bukankah juga atas nama kebebasan???


Justeru kebebasan bagaimana lagi yang mereka inginkan??

Katanya, "kami mahukan demokrasi..kembalikan suara pelajar. Biar pelajar yg membuat keputusan untuk pelajar sendiri tanpa campur tangan pihak pentadbiran"


uhhh..jelek dan pelik sekali mendengarnya. Loya tekak rasanya...

Bukankah matlamat anda dihantar ke universiti adalah untuk belajar??

Bukankah anda perlu menunaikan cita-cita diri sendiri atau impian ibu bapa dahulu?

Mahu kebebasan yang bagaimana???
Lihatlah apa jadinya sekiranya pelajar diberi kebebasan???

hanya kebebasan yang sedikit..berapa ramai pelajar universiti tergelincir mengandung anak luar nikah, melahirkan anak haram, terlanjur bersama teman lelaki...tak percaya cuba pergi ke rumah perlindungan wanita dan lihat sendiri siapa mereka. Tanyakan kepada doktor yang pernah membuat kerja haram menggugurkan kandungan siapa pelanggan mereka?? bukankah pelajar universiti dan kolej???

Jadi bukankah itu dinamakan kebebasan??? dan kebebasan bagaimana lagi yang mereka mahukan. Dalam hidup mesti ada undang-undang..kebebasan perlu ada hadnya. Dalam ada peraturan pun masih ramai pelajar tergelincir inikan pula jika diberi kebebasan sepenuhnya.

Jika mahu memperjuangkan sesuatu isu biarlah yg releven...kenapa mereka tidak memperjuangkan mengenai pelajar universiti melakukan maksiat, pelajar universiti menjadi GRO, pelajar universiti menjadi GAY dan banyak lagi masalah sosial pelajar itu sendiri. Perjuangkan isu bagaimana mengurangkan masalah sosial di kampus, bagaimana meningkatkan jati diri bukankah itu lebih memberi makna. Ini tidak sibuk berkempen...dan membuat demonstrasi yang langsung tidak mendatangkan faedah.

Mereka belajar untuk menjadi penentang, belajar untuk menjadi ganas dan bukannya bersyukur dengan keamanan yg dimiliki kini. Perasaan atau rasa untuk bersyukur itu perlu ada dan bukannya disemarakkan lagi dengan sifat tidak berpuas hati ..ini kerana lama-kelamaan apabila ianya disemai di dalam hati akan menjadi nanah dan darah. Bayangkan apabila kita tidak tahu bersyukur dan asyik menyalahkan orang lain. Tidak pernah menilai kelemahan sendiri dan sentiasa mencari salah orang lain. Belajar untuk mencari damai, mencipta keamanan, kemakmuran dan bukannya mencetuskan keganasan.

Ingat matlamat ke universiti adalah untuk belajar... belajar menjadi insan berguna kepada agama dan bangsa. Apabila tidak mendapat tawaran sibuk melalak ke sana sini, membuat pelbagai rayuan dan apabila diberi peluang...bukan saja tidak menghargai malah menentang pula. Bayangkan apabila seorang anak yang diberi peluang belajar, bantuan wang ringgit tetapi menentang bapa??? tentu si bapa akan marah bukan??? Jadi fikir-fikirkanlah...


p/s: ketika zaman belajar dulu pernah juga terbabit dengan demonstrasi pelajar tetapi ketika itu bertugas sebagai wartawan kampus. Melihat sendiri bagaimana pelajar ini mengaturkan demonstrasi demi memperjuangkan sesuatu isu dan akhirnya ke mana mereka??? dan di akhir pengajian apakah yg akan dinilai? bukankah CGPA dan ijazah kelas berapa? Adakah perjuangan atau berapa kali menyertai demonstrasi pelajar dinilai oleh pihak luar terutama apabila memohon kerja. Jika tidak bernasib baik nama akan disenarai hitamkan...siapa yang rugi???


Friday, February 11, 2011

ada apa dengan kampung

perbualan cucu dan nenek (pic lama masa Durrani umur 3 tahun)

Ada rakan sepejabat bertanya ke mana saya bercuti seminggu tahun Baru China baru-baru ini. Saya katanya kepadanya, “balik kampung saja, melawat mak dan ayah di kampung.”

Dia bertanya lagi, “ Balik kampung saja tidak ke mana-mana?”Ya memang begitulah saya dan suami apabila tiba cuti panjang yang biasanya disambung bersama cuti public Holiday selepas berhempas pulas bekerja di pejabat, terpaksa diganti dengan hari sabtu kami jadikan balik kampung sebagai medium untuk merehat juga melepaskan segala tekanan serta bebanan kerja di pejabat.

Biasanya cuti panjang ini dihabiskan di rumah saja, biarkan anak-anak dilayan datuk dan nenek, biarkan mereka merasai suasana kampung melihat kucing berlari, mendengar kicauan burung pada waktu pagi atau bermain tanah dan pasir. Biarkan mereka merasai bedanya dengan suasana bandar yang hanya seminggu sekali saja dapat bermain di taman atau pulang ke kampung di Port Dickson namun masih tidak sama kerana di sana juga sudah tiada datuk dan nenek.

Apabila pulang ke kampung suasana yang sangat saya rindui apabila mak bersedia menyediakan makanan yang pastinya jarang didapati di sini.

“Nak makan pulut durian tak?” tanya mak

sudah tentu saya tidak lepaskannya. Kemudian baki pulut itu dicampur ragi lalu dilipat kemas di dalam daun pisang untuk dijadikan tapai.

“Lagi dua hari boleh makan, sempat lagi sebelum balik KL,” kata mak bereya-eya pada hal dulu dia jarang membuat tapai sendiri.

Kemudian apabila tiba makan tengah hari, dia mencari ulam-ulaman pucuk ubi kayu dan jantung pisang dijadikan hidangan. Kemudian ikan keli yang dibeli di pasar dibakar manakala ikan kayu disumbat dengan sambal nyior kepala. Kecur liur apabila dicicih bersama sambal belacan dan disulam ulam-ulaman yang dikutip di belakang rumah. Lebih enak nasi dimakan bersama hidangan air kepala atau cendol.

Ya semua itu pastinya menjadi kerinduan kuat pada saya tatkala lama tidak menjengah mereka di kampung.

Melihat kudrat abah yang semakin hilang sedikit demi sedikit, namun dia masih kuat walaupun usianya bakal mencecah 80 tahun juga mak yang semakin dimamah usia namun masih kuat ke bendang bercucuk tanam membuatkan saya semakin kerap ingin pulang ke kampung. Kalau boleh setiap bulan atau dua bulan sekali namun kejauhan dan jarak yang memakan masa sehingga 400km serta cuti yang agak terhad, membataskannya. Tambah pula apabila Durrani sudah bersekolah tadika perlu memikirkan waktu persekolahannya pula.

Kata suami, “ pulanglah sementara masih ada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti dia pulang ke kampung sudah kurang bererti kerana tiada apa yang ingin dicari. Mak dan ayah yang sudah tiada menyebabkan kehidupan tidak bermakna.”

Ya saya akur dan bersetuju dengan katanya. Apa lagi yang ingin dicari seorang anak ketika pulang ke kampung melainkan berjumpa dengan orang tuanya. Memang berbeza sekiranya tiada ibu dan bapa seperti mana keluarga suami yang rumahnya sunyi saja yang tinggal hanya adik-beradik. Itu pun mujur setiap minggu mereka berkumpul di kampung disebabkan masing-masing tinggal di kawasan berdekatan. Bayangkan sekiranya jauh...pasti masing-masing membuat hal sendiri.


Wednesday, February 9, 2011

aktiviti CNY moh... ke Zoo kita

Ke mana cuti Tahun Baru China selain balik kampung. Oh sempat ke Muzium dan Zoo taiping walaupun dah pernah pergi tapi tetap pergi lagi sebabnya anak-anak yang tak pernah puas tgk binatang.

Sebenarnya tak plan pun nak ke Muzium..tapi disebabkan hujan lebat jadi berteduh di Muzium dulu sementara menanti hujan berhenti.

Antara yang sempat dilihat makanan tradisi Melayu

Pakaian tradisi perkahwinan zaman dulu

yang ini pula kediaman orang Asli. Teruja budak-budak bila tengok maklumlah tak pernah tengok.
Sempat bergambar dalam Muzium Taiping. Fahim, Durrani dan Afiq

Selepas Muzium tutup jam 5 petang hujan pun berhenti. Jadi kami menuju ke Zoo taiping. ramainya manusia maklumlah time cuti.

Oh gajah yang menjadi haiwan favourite untuk dilihat. Comel jer tgk keluarga gajah ni.

Aksi spontan..nasib baik Fahim nak jalan..tapi time dia letih lenguh tangan nak dukung.


Bergambar berlatar belakangkan gajah..

Masa melihat singa semua berhenti lama di sini sebabnya singa ni macam teruja melihat terlalu ramai manusia memerhatikan gelagatnya. Kata kakak singa ni teringin nak menyeberangi sungai sebab nampak banyak daging manusia.

Kakak yang takut tengok beruang

Itu sajalah gambar yang ada. Aktiviti yang sangat ringkas namun berjaya mengembirakan Durrani dan Fahim. Sampai sekarang masih ingat pergi zoo dan lihat binatang.

Wednesday, February 2, 2011

maaf ya...saya ada prinsip

Wajarkah kita meletak ke tepi prinsip atau pendirian hanya kerana inginkan imbuhan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau pangkat?
sama ada dalam dunia pekerjaan atau kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada membuat pilihan. Pilihan di tangan kita sama ada A, B atau C. Setiap pilihan dipengaruhi oleh setakat mana kita berpegang kepada prinsip yang sudah dibentuk dalam diri. Mungkin daripada didikan keluarga, persekitaran serta suasana bekerja. Kekuatan prinsip ini bukanlah satu kubu yang kuat selama-lamanya. ia akan menjadi layu, lembut dan longgar disebabkan oleh cabaran-cabaran yang mendatang yang tentunya lebih kuat untuk menggoncangkan hati kita dalam membuat pilihan.
Sebab itu ada orang mudah saja menerima sogokan atau habuan hanya kerana inginkan sesuatu yang berkepentingan untuk diri sendiri. Ada orang walau sebanyak mana sekali pun ditawarkan akan menolak kerana merasakan dia sudah melanggar prinsip yang dibina selama ini walaupun ada yg memberi atas dasar 'sedekah' dan ada juga menerima atas dasar 'sedekah'.

Ada pula berkata semua itu bergantung kepada niat. Cuba bayangkan anda memberi sesuatu kepada si miskin, ibu tunggal atau sesiapa saja dengan harapan dia boleh menjalani hidup seperti orang lain makan dan minum. Tentunya anda tidak mengharapkan apa-apa balasan drp si peminta sedekah bukan??? cuma harapan mungkin drp Allah agar dimurahkan rezeki kita pula.
dan cuba bayangkan pula sekiranya ada memberi sesuatu yang dinamakan' sedekah' tetapi ada niat lain di dalamnya seperti mengharapkan mendapat sesuatu projek atau apa saja yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan bukannya balasan drp Allah semata-mata. Adakah itu boleh dikatakan sedekah????

dan apabila situasi ini berlaku tentunya pegangan atau prinsip akan menjadi benteng paling hadapan. Berpeganglah kepada prinsip atau pendirian yang telah anda bina kerana ini akan memandu anda menjalani kehidupan sempurna sehingga ke akhir hayat. Jangan merosakkannya hanya kerana inginkan sesuatu yang mana tidak pun boleh mengkayakan anda di dunia pun...
di akhirat apatah lagi.

**** Maaf ya...saya ada prinsip***

Tuesday, February 1, 2011

alahai cik G


Hari tu masa pergi satu kawasan yang langsung tidak pasti aku sudah menggunakan perkhidmatan cik G (singkatan pd GPS). Mula-mula memang aku follow jer apa yang cik G cakap..
Kemudian dia bawa aku ke satu jalan yg memang aku tak sure langsung ke mana dan berbeza spt mana diberitahu oleh pemberi alamat. Memasuki kawasan perumahan, kemudian lorong belakang bangunan. Kata hati," ehhh...rasa macam jalan salah jer ni," mulalah aku bercakap dengan cik G, "kau nak bawa aku ke mana ni, betul ke jalan nie, eehh..salah jalanlah...are u sure??
Macam nak marah pun ada kejap right..kejap turn left...yg kelakarnya bercakap sorang-sorang dengan GPS. Lepas tu bila aku tak ikut apa yang disuruh u-turn balik. hampir satu jam setengah mencari asyik di kawasan yg sama. Lama -kelamaan bila dah fed up aku pun call orang tu dan dia minta tunggu di satu kawasan.
Ok setengah jam kemudian dia datang dan membawa aku melalui jalan belakang.
Apabila sampai di kawasan itu..alamak!!!! inilah jalan yang cik G bawa aku tadi...ayoo..yooo..betullah kamu cik G..aku yang silap. Rupanya cik G ikut jalan hadapan dan lagi dekat kot dah set situ near road lagi mahu tanya!!!!! huhuhuhu...itulah akibat tak percaya pada cik G kan dah sesat hampir 2 jam.

Yerlah aku pernah dengar org bercerita walaupun ada GPS kadang-kadang GPS ni bawa kita melalui jalan jauh. Jadi aku pun macam tak yakin betul ke tak. Sekali betul...apa daaa..
aku pernah cuba ke Puchong dan kawasan yang mmg langsung tidak tahu. memang berpandu 100% pada cik G...yess lepas tu 20 minit dah sampai. terus tekan butang i Like!!!

sukalah kamu cik G sekarang ni dah tak payah nak google map... set saja nak ke mana. duduk diam-diam dalam kereta ikut jer arahan cik G, lepas tu sampai. Senangkan teknologi...pada orang-orang yang buta jalan macam aku ni.