Lihat gambar di atas adakah ini yang menjadi perjuangan mahasiswa universiti?
Sanggup memecahkan pintu masuk bangunan pentadbiran yang menempatkan bilik TNC HEP, UPM semata-mata inginkan apa yg dikatakan keadilan. Apakah budaya keganasan yang cuba dibawa oleh golongan mahasiswa yang dianggap intelektual ini?
Apakah pula perjuangan mereka..demokrasi bagaimana yang sangat mereka inginkan sehingga sanggup membelakangkan undang-undang. Tidak cukupkah selama ini kebebasan yang dimiliki pelajar...bukankah pelajar universiti sendiri sudah cukup bebas...bebas daripada belenggu ibu bapa, bebas ke sana sini menunggang motosikal atau memandu kereta sambil membawa teman wanita di sebelah atau membonceng bersama teman lelaki?
Tidak cukup dengan itu mereka diberi kebebasan untuk keluar ke mana saja, pulang tanpa mengira waktu. Bebas menggunakan wang pinjaman untuk membeli telefon bimbit, komputer riba atau gajet-gajet IT di pasaran sesuka hati tiada sesiapa menghalang...itu bukankah juga atas nama kebebasan???
Justeru kebebasan bagaimana lagi yang mereka inginkan??
Katanya, "kami mahukan demokrasi..kembalikan suara pelajar. Biar pelajar yg membuat keputusan untuk pelajar sendiri tanpa campur tangan pihak pentadbiran"
uhhh..jelek dan pelik sekali mendengarnya. Loya tekak rasanya...
Bukankah matlamat anda dihantar ke universiti adalah untuk belajar??
Bukankah anda perlu menunaikan cita-cita diri sendiri atau impian ibu bapa dahulu?
Mahu kebebasan yang bagaimana???
Lihatlah apa jadinya sekiranya pelajar diberi kebebasan???
hanya kebebasan yang sedikit..berapa ramai pelajar universiti tergelincir mengandung anak luar nikah, melahirkan anak haram, terlanjur bersama teman lelaki...tak percaya cuba pergi ke rumah perlindungan wanita dan lihat sendiri siapa mereka. Tanyakan kepada doktor yang pernah membuat kerja haram menggugurkan kandungan siapa pelanggan mereka?? bukankah pelajar universiti dan kolej???
Jadi bukankah itu dinamakan kebebasan??? dan kebebasan bagaimana lagi yang mereka mahukan. Dalam hidup mesti ada undang-undang..kebebasan perlu ada hadnya. Dalam ada peraturan pun masih ramai pelajar tergelincir inikan pula jika diberi kebebasan sepenuhnya.
Jika mahu memperjuangkan sesuatu isu biarlah yg releven...kenapa mereka tidak memperjuangkan mengenai pelajar universiti melakukan maksiat, pelajar universiti menjadi GRO, pelajar universiti menjadi GAY dan banyak lagi masalah sosial pelajar itu sendiri. Perjuangkan isu bagaimana mengurangkan masalah sosial di kampus, bagaimana meningkatkan jati diri bukankah itu lebih memberi makna. Ini tidak sibuk berkempen...dan membuat demonstrasi yang langsung tidak mendatangkan faedah.
Mereka belajar untuk menjadi penentang, belajar untuk menjadi ganas dan bukannya bersyukur dengan keamanan yg dimiliki kini. Perasaan atau rasa untuk bersyukur itu perlu ada dan bukannya disemarakkan lagi dengan sifat tidak berpuas hati ..ini kerana lama-kelamaan apabila ianya disemai di dalam hati akan menjadi nanah dan darah. Bayangkan apabila kita tidak tahu bersyukur dan asyik menyalahkan orang lain. Tidak pernah menilai kelemahan sendiri dan sentiasa mencari salah orang lain. Belajar untuk mencari damai, mencipta keamanan, kemakmuran dan bukannya mencetuskan keganasan.
Ingat matlamat ke universiti adalah untuk belajar... belajar menjadi insan berguna kepada agama dan bangsa. Apabila tidak mendapat tawaran sibuk melalak ke sana sini, membuat pelbagai rayuan dan apabila diberi peluang...bukan saja tidak menghargai malah menentang pula. Bayangkan apabila seorang anak yang diberi peluang belajar, bantuan wang ringgit tetapi menentang bapa??? tentu si bapa akan marah bukan??? Jadi fikir-fikirkanlah...
p/s: ketika zaman belajar dulu pernah juga terbabit dengan demonstrasi pelajar tetapi ketika itu bertugas sebagai wartawan kampus. Melihat sendiri bagaimana pelajar ini mengaturkan demonstrasi demi memperjuangkan sesuatu isu dan akhirnya ke mana mereka??? dan di akhir pengajian apakah yg akan dinilai? bukankah CGPA dan ijazah kelas berapa? Adakah perjuangan atau berapa kali menyertai demonstrasi pelajar dinilai oleh pihak luar terutama apabila memohon kerja. Jika tidak bernasib baik nama akan disenarai hitamkan...siapa yang rugi???
4 comments:
tak penah join demo2 camni..
dan Alhamdulillah sepanjang 6 tahun yan kat uitm segamat.. tak penah ade kejadian begini.. kami aman damai kat sane ehehehe..
betul.. budak2 ni kan apa lah pergi berdemo tuh... belajar belum tentu berjaya kan
setuju2..dorang nie sebenonye m'hbskan wet makbapak jer..org tuo anto suh blajo..len yg di blajo ae..
fikir2kan la apo ptt di buek c2..
bkn jd kera sumbang, ptt jd insan yg bakal menyumbang..pd negara,agama n bangsa suatu hr nnt...
setuju2..org tuo anto suh g blajo..len yg dblajo ae..menghabiskan wet mak bpk yo..fikir2kan la apo ptt di buek c2..jgn jd kera sumbang, ptt jd insan yg bakal menyumbang ..pd negara agama n bangsa...
Post a Comment